Tuesday, September 30, 2008

My mother's catssss

Balik kampung tahun ni ndak la terasa boring pasal mamaku telah memelihara kucing di rumah kami. Amazing kan.... mamaku paling tidak suka dengan kucing. Tapi boleh pulak dia menerima kehadiran 7 ekor kucing ini.... Ceritanya konon, kucing ini telah beranak di dalam rumah kami.... tetapi telah membawa lari anak-anaknya selepas beranak. sebulan kemudian mama kucing ini telah kembali ke rumah dan membawa 6 ekor anaknya.... my god.... 6!! Bulu tiga pula tu!! Manja and nakal!! Geram....

Mummy's Cat


Birthday Dinner

Birthday aku tahun ni kami celebrate di Tawau. Bukan la celebrate besar-besaran. Hanya makan-makan sekeluarga saja. Bukan senang untuk kami berkumpul sekeluarga ni. Siap ada nenek sekali ikut. So, malam tu (29.9.2008), kami sekeluarga telah berbuka puasa di Restoran Seafood, Tawau Golf Club.

Apa-apa halpun, sempena harijadiku tahun ni, seperti biasa la kan... aku cuma berharap agar dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia (<----- macam jiwang pulakan) ..... amin....


Ini la lauk-pauk kami. Tak ingat la apa nama-nama masakannya coz my sister yang order. Boleh tahan juga la masakannya.

Monday, September 29, 2008

Double 3

Happy Birthday to me...


Happy Birthday to me...


Happy Birthday to mimi....


Happy Birthday to me.....


29 September @ 33 years old




Tengok tu... ada nama aku di wallet tu. Best nyer...






Saturday, September 27, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Kepada semua kawan-kawan yang sedang membaca blog ini... saya ingin mengucapkan...
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Friday, September 26, 2008

Ladies Fingerssss

Ingatkah kisah pasal bekas amahku yang suka bercucuk tanam tu? Now, kami sudah tidak perlu membeli kacang bendi lagi.. kalo mo makan, hanya perlu petik di belakang rumah. Hehehehe. Tengok hasilnya ni...
P/s: Kiranya... kami telah menyahut seruan Pak Lah untuk bercucuk tanam. Hehehehe. Kamurang bila lagi?

Green Plants

Untuk makluman, lately aku suka membeli pokok-pokok hijau yang rendah-rendah untuk diletak di luar rumah. Memandangkan rumah sudah siap kena cat, jadi macam bersemangat sikit mo hias di luar rumah. Tengok pokok-pokok ni... hijau... subur... kena baja habis-habisan. Cantikkan.... Pokok-pokok ni beharga dalam lingkungan rm35-5m45.
Ini pokok yang paling aku suka tengok. Hijau betul daunnya.



Asyik pilih/ambik pokok, tidak sedar rupanya yang ini yang paling mahal. RM60. Entah pokok apa ni dan entah apa keistimewaannya.




Tuesday, September 23, 2008

Gathering of kee Family On October 4

Wah.... gathering of the Kee Family masuk NST you... Read this article.
TAWAU, MON: The first gathering of the Kee family, a big family synonymous with Tawau will be held at the Tawau community hall here on Oct 4. The Kee family were descendants of Chinese national Kee Kim Swee who later embraced Islam using the name Kee Abdullah and became the first civil servant in Tawau as tax collector in 1894. One year later, Kee was given the responsibility to develop the Tanjung area, the present site of Tawau town.Many descendants of Kee Abdullah rose to prominence including Sabah State Secretary Datuk KY Mustafa and Assistant Finance Minister Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan, the State Assemblyman for Apas.—MORE TAWAU-KEE 2 (LAST) Tawau district chief OKK Kee Mohd Ayub Kee Abu Bakar was a great grandson of Kee Abdullah. His father Kee Abu Bakar was Tawau’s first district chief.

Gathering chairman Kee Hamid Kee Sulaiman said the event during Aidilfitri was aimed at giving the Kee family members the opportunity to meet as many did not seem to know each other anymnore.He was hopeful that all descendants of the Kee family would return to attend the historic occasion.

Monday, September 22, 2008

Test Drive BMW 530I

Weekend lepas kami saja-saja pergi test drive kereta. Ini kira memang kegiatan laki aku la. Asal ada masa lapang selalu pergi tengok kereta. Ya laa... lelaki kan... Hobi dorang kali. Boringkan tiada apa-apa nak buat di hujung minggu lebih-lebih lagi time puasa ni.
So, kali ni dia nak suruh aku test drive BMW 530i la pulak. Yang sioknya... aku test drive kereta ni tanpa membawa salesman. Apa lagi... aku drift sampai ke Karambunai!!! Laju giler... 3000cc, 24 valve, 6 speed auto, enjin immobilizer. Tengok gambar ni:

Yang bestnya... ada TV siul... Boleh dapat siaran TV1,2,3 & NTV7


Tengok tu amoi dalam kereta... bergaya sungguh... hehehe!

Our 8th Wedding Anniversary

2 September 2008 yang lepas, kami menyambut ulangtahun perkahwinan kami dengan serba sederhana. We celebrate our anniversary dengan berbuka puasa di Hotel Hyatt. Hubby telah bagi bunga dan kad. Sebenarnya aku tidak expect langsung dapat bunga dari dia coz aku dah beberapa kali cakap dengan laki aku supaya jangan bagi aku bunga. Bukan apa... membazir... bagus lagi kalo dia bagi aku bunga plastic daripada bunga hidup. Sebab bunga hidup ni tak tahan... 2-3 hari jak. Lepas tu layu, berbau busuk dan akhirnya dibuang... Buang duit jak kan. Tapi .... sudah dikasih/dihadiahkan... apa boleh buat... terima aja la... Terpaksa laa aku puji-puji dia. Bukan apa... takut nanti tahun depan tak dibagi apa-apa... bikin panas pulak! Hehehehe.

Babyphatt

Babyphatt sekarang ni dah besar.... Bukan lagi BABY... Sudah jadi TEENphatt. Kalo tak silap aku umurnya dah masuk 8 bulan kali. Masa dulu kecik-kecik mukanya cuteeee betul. Bulu kembang semacam. Sudah besar, tak brapa pula bulu dia kembang. Ni mau cerita sikit pasal si Babyphatt ni. Tiba-tiba jari dia bengkak sebelah. Sekali aku check tangan dia... makkk aiii.... entah kenapa jadi begitu. So, kami bawa la dia ke klinik. Kononnya fungus.... so, Doktor telah bagi injection dekat dia dan bagi ubat antibiotik. Tapi setelah seminggu, yang herannya... dia jadi tempang semula. Jari balik bengkak. Di sekeliling jari jemari menjadi kemerah-merahan. Akhirnya Doktor cuma bagi krim sapu saja. Aku tak tau la sama ada krim ni berkesan ataupun tidak pasal setiap kali kami sapu krim dia akan jilat sampai habis tu krim.
Gambar tak berapa jelas pasal aku tangkap gambar ni guna Iphone. Tak brapa terang la.



Oh ya!! Setelah 8 bulan... akhirnya baru la aku tahu jantina sebenar si Babyphatt ni. Selama ni aku keliru. Tapi aku beranggapan yang dia ni betina pasal ciri-cirinya seperti kucing betina. Aku tak boleh check jantinanya sebelum ni pasal dia sensitif sangat. Kalo diangkat ekor saja dia terus lari. Lagipun bulu dia kembang, so susah mo check bijinya. So, ada sekali tu dia duduk terbangkang-bangkak. Tiba-tiba... nah!!! Lada padi merah terkeluar!!! Confirm!!! Confirm jantan!! Ku ingatkan selama ni dia tu betina! Ahahahahaha..... Nampaknya habis la keturunan kucing bulu-bulu kembang aku ni. Pasal dia jak yang tinggal. Kweng-kweng-kweng...

Birthday wish in advance

12 September 2008, aku telah terima satu kezutan. Ohh.... awalnya..... Ingatkan apa. Awalnya aku dapat hadiah harijadi. Ada bunga, ada anak patung dan ada kad sekali. How cute. 3 in one. Ingatkan minuman Nescafe saja yang ada 3 in 1. Hehehe. Thanks to Silawati... harap-harap tahun depan ada lagi... Hehehe...
P/s: Orang ofis di luar sana yang tengah membaca blog ini..... aku masih menanti hadiah dari anda.





Dead Mouse


Lamaaaaaaaaaaaaanya aku tidak memblogging!!! Rindu aku mo meluahkan perasaan aku yang membuak-buak ni. Kamu ingat pasal apa aku senyap?? Gara-gara mouse aku la buat hal. Tiba-tiba mouse tak berfungsi la pulak. Mo memblogging dari ofis, sibuk gila la pula. Penatnya lately... Kalo diikutkan banyak yang aku mo update kan dalam my blog ni. Tapi masa betul-betul mencemburui aku. Sabar peminat.... hehehe... aku akan berusaha untuk meng-update blog ini dari masa ke semasa.... bawa bertenang dan bersabar ok....




Dan, akhirnya... baru la aku ada masa pergi kedai untuk membeli mouse yang baru...


Friday, September 12, 2008

From Guangzhou with love

My hubby baru balik from Guangzhou, China semalam dan tengok apa dia belikan untuk aku.

Tadaa......











Pandai laki aku belikan aku accessories. Kecuali bab baju saja yang out. Hehehehe.

Thursday, September 4, 2008

Baby on September


Teka baby siapa yang comel ini? Hehehe.... Congratulations to Rusli and Norfaizan on their new baby born boy. Hmm.... ramainya orang birthday bulan September ni. Including me ya!! Please do not forget!! Thank you very much....
D.O.B : 3 September 2008 @ 5.30pm
Weight: 3.2kg @ boy (anak ke-2)
Name : Belum diketahui

Tuesday, September 2, 2008

Wish & Whisper

Hmm, my WISH....
Monogram Embossed Suede Collection. Made out of suede. Comes in Khol and Jade. 12.1"x 12.9"x 5.9" ~ 31x 33x 15 cm. M95811Khol; M95810Jade
Monogram Embossed Suede Collection. Made out of suede. Comes in Khol and Ivory. 12.1" x 9.8" x 7.8" ~ 31 x 25 x 20 cm.M95809Khol; M95808Ivory
Monogram Embossed Suede Collection. Made out of suede. Comes in Khol and Amethyst. 14.1" x 10.2" x 4.7" ~ 36 x 26 x 12 cm. M95812Khol; M95813Amethyst