Monday, November 24, 2008

Alicia's Wedding

Congratulations to Alicia Kee & Tengku Shahrul Azlan
on their wedding day
22.11.2008
Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu...


Oh penatnya... baru sampai dari Tawau tadi jam 10.30pm. Menyempat lagi update blog di rumah. Gambar ini khas untuk tatapan adik beradikku di KL yang tidak dapat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan cousinku Alicia Kee. So, enjoy the pictures...

Nikah di rumah Ranggu pada 22.11.2008


Barang hantaran dari pengantin lelaki untuk perempuan


Barang hantaran dari pengantin perempuan untuk lelaki.
Kecuali kereta... tu kereta kami. Hehehe...

Majlis kahwin di Marco Polo Hotel pada 23.11.2008

Sesi potong cake

Door gift - Genie in a bottle?


Tak sangka khidmat cousin masih diperlukan sebagai pengapit.
Dari kecil hingga besar. Teringat aku zaman kahwinku dulu. Hehehe...



Happy Birthday Sila

Satu lagi perempuan harijadi ni bulan... ahyo...

To my fren... Silawati,


HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!

Umur dah makin tua... so jangan cepat marah-marah! Hehehe...
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...
P/S: Walaupun aku tidak berada di ofis or berada di luar daerah, tidak semestinya aku lupa birthdaymu... Nah.. ambik ni hadiah. Hope you'll love this!

Thursday, November 20, 2008

MacBook Vs. Sony VAIO

Dalam dilema.... mau beli yang mana satu ni?? Dua-dua pun cantik. Tapi aku tak mo la terburu-buru untuk membeli. Kena survey dan runding habis-habisan ni dengan tauke kedai. So, tolong la bagi pendapat. Mana satu yang ok ni?? Bingung ni... PC di rumah pun makin hari makin buat hal. Mo minta adik baru la tu. Hehehe...







I Do (But I Don't)


Semalam aku tengok ni cerita di 8TV. Tajuknya seperti di atas tu la - "I Do (But I Don't)". Punya siok ni movie. Romantic.... Sukaaaanya aku... Kenapa aku suka? Pasal mungkin sebab actornya si Dean Cain. Tapi ni cerita lama la. Rasanya pernah main di Astro Hallmark. Baca ni sinopsisnya sikit-sikit: Based on the popular novel of the same name by Cara Lockwood, "I Do (But I Don't)" follows the often comical ups and downs of divorced wedding planner, Lauren Crandell (Denise Richards). Lauren, in her late 20s, must deal daily with a manipulative boss, an over-bearing mother, a lack-luster love life and one pushy bride-to-be after another. While planning the nuptials for her most challenging client yet -- a certifiable "Psycho Bride" -- she meets hunky fireman, Nick Corona (Dean Cain), and sparks instantly begin to fly. To Lauren's utter shock, she learns a few days later that Nick is engaged to the "Psycho Bride," and against her better judgment, finds herself falling in love with him. Normally the consummate professional, Lauren is torn between her duties as the wedding consultant and her feelings for Nick.

Wednesday, November 19, 2008

Happy Birthday Elly!!

Today is Elizabeth Malanjun @ Elly's birthday!!
Let the whole world know that she's celebrating her sweet 17 birthday!!
Ahaaah... biar betul 17!! Suka hati la kan...
Semoga bergumbira selalu...
Nah!! Ambik ni hadiah dariku untukmu.
Hope you'll love it!!

Tuesday, November 18, 2008

X'mas Wish

IKLAN sekejap...
(khas untuk peminat LV)
All i want for christmas is Damier Canvas Neverfull!!




Kalau mau tunggu special occasion, sudah limpas...
So, terpaksa la aku berhajat dengan Santa... kweng-kweng-kweng
Santikkk ooo ni beg... sialan tul!! Khabarnya belum ada berjual di Malaysia...
So, kena banyak bersabar...

Sunday, November 16, 2008

Quarantine Crazy Dog!!


Tadi aku pigi tengok wayang QUARANTINE. Wayang paling bodoh yang pernah aku tengok!! Dari awal sampai habis bikin aku pening dan sakit mata tengok ni wayang. Wayang murahan! Mulanya aku tengok iklan di TV macam best. Ya la.. cerita-cerita horror gitu. Ingatkan cerita pasal zombies gitu. Rupa-rupanya... cerita wabak anjing gila!! Buduh dan palui punya cerita. Buang masa dan buang duit tengok ni cerita. Walau bagaimanapun, aku kasih copy/paste ni sinopsis wayang supaya kamurang boleh baca.
For a reality TV show about people who work while the rest of the world is asleep, reporter Angela Vidal and her cameraman, Scott, are assigned to cover a night shift with a pair of firemen at a Los Angeles fire station. (So kamurang boleh bayangkan daripada awal ni movie, kita asyik tengok si Scott ni menggambar si Angela. Baru tu goyang-goyang. Sakit mata/kepala tengok dia menggambar sambil berjalan/berlari-lari). After an uneventful evening, a 911 distress call in the middle of the night takes them to a small apartment building downtown. Police officers are already on the scene in response to bloodcurdling screams coming from an apartment on the third floor. Having stumbled onto a breaking story, Angela and Scott are determined to get it all on tape. Entering the apartment unit to investigate, they find an old woman in a nightgown, standing alone in the dark. She's covered in blood, her breathing erratic and raspy. She seems sick. And when a policeman approaches to help her, she suddenly attacks--with her teeth. (Nah! Mati-mati aku ingat dia ni zombie. Rupanya kejangkitan penyakit anjing gila ya!! Yang ketara tidak logik ni!) The group subdues the woman and tries to get help for the injured policeman. But when they attempt to leave the complex, they find that the CDC has quarantined the building. All exits are sealed and guarded by heavily armed men. Telephone, internet, TV, and cell phone access have been cut-off, and officials won't give any explanation to those locked inside. The apartment complex and its residents quickly descend into panic. Trying to make sense of what's happening, the inhabitants are forced to look to each other for help. Then there's another scream from above. In the atrium lobby where everyone is gathered, a body falls to the ground from the third floor. And the attacks begin again. When the quarantine is finally lifted, the only evidence of what took place is the cameraman's videotape. (Dan yang paling menyampahnya... semua orang dalam bangunan tu berpenyakit anjing gila!! Semua jadi zombie kampung pisang!)

Friday, November 14, 2008

Tagged by Zue

Oooh... ko ingat aku tidak berani Zue... Nah... ambik ni!! Dengan bangganya... aku ingin memberitahu bahawa aku telah ditag oleh si Zue. Ok, permainan dan syaratnya mudah aje.
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!
(okay... tengok gambar di atas tu. Masih tetap bergaya bah... walaupun sudah jam 6.50pm, baru balik dari kerja. Mulanya masa aku tau aku kena tag, masa tu jam 8.30 pagi di ofis. Macam tidak acih jugak kalau aku mau tangkap gambar time fresh-fresh baru datang pigi kerja. So, tidak apa la... Time balik kerja la baru buat ini tag).
2) DON'T change your clothes, DON'T fix your hair...just take a picture.
(Nah... betul la ni. Tidak payah tukar baju. Masih pakai baju kerja. Rambut pun memang tidak payah sisir. Macam aku tidak pernah sisir rambut la sejak aku curl my hair).
3) Post that picture with NO editing.
(Nah... posted la tu. Mana ada editing lagi tu kalau segala bra, seluar dalam laki semua ada di belakang tu. Mulanya aku mo delete dan tangkap gambar yang kedua tapi nanti dicakap main buyuk la pulak. So, terpaksa biarkan la).
4) Post these instruction with your picture.
(Done)
5) Tag 10 people to do this
(Yang sioknya permainan ni kalo kita tag orang yang suka bergaya/control ayu gitu. Tapi kebanyakkan bloggers yang kukenali semuanya natural. Ndak da yang control ayu gitu. Ada pun kawan-kawan yang control ayu ni tiada blognya la pulak. Anyway, tidak apa la. Tapi aku mau juga tag orang-orang ini dan aku berharap ketika dorang dapat tau yang dorang kena tag, masa tu dorang tengah pakai baju tidur dan tengah menempek bedak sejuk. Ahaakkk.... Nah... tu baru best!! Saya cabar 10 orang bertuah ini. Adakah anda berani??)
1. My sister Amoi
2. My sister Elsa
3. My cousin Alicia
4. Si Beeps
5. Sexy Neetot (Aku tetap mau tag dia walaupun dia tidak layan permintaan aku)
6. My fren Rosie
7. My fren Fele (Macam mana rupa dia ni agaknya ya? Lama sudah tidak ketemu)
8. My fren Kimora
9. My fren Cora
10. My fren Wendi... (nah... aku baru ketahuan dia ada blog... kasi dia buat assignment sikit)

Monday, November 10, 2008

Aku Sakit....

Aduhhhh.... berapa hari ni aku tak berapa sihat. Mula-mula tu, time tengah malam aku kena demam panas. Oleh kerana laki tiada di rumah masa tu, so aku hantam panadol jak la. Keesokan paginya, demamku dah ok tapi perutku pulak meragam... aku kena cirit birit la pulak. Aduhh... lama jugak aku melabur di jamban. Jadi tengahari tu aku pigi la klinik. Sah!! Doktor Prem bilang, aku demam panas+virus sikit la. So, since dia pun tidak offer aku MC (aku ni bukan jenis memandai mintak MC), aku apply cuti rehat the next day nya tu konon since aku punya cuti masih banyak... jangan jeles. Mo berehat la di rumah konon. Aku makan la ubat yang doktor bagi tu. Tapi selang 2 hari, masih jugak tidak sembuh. Itu cirit birit sudah sembuh la. Tapi sakit kepala yang kenyat-kenyat tu datang-datang. Pigang rambut pun sakit!! Sampai ubat pun aku hantam kasih habis. Terpaksa aku jumpa lagi si Prem ni mintak ubat yang lebih kuat. Sebab kali ni bukan sejak aku sakit kepala. Sakit perut gastrik la pulak. Perut kembung!! Alamakk..... aduiii dogok.... terlampau banyak sudah aku makan ubat 2 hari ni ndak jugak baik-baik aku punya perut ni. Perut besar, kembung macam perut anjing sudah!!
Ini ubat-ubat yang aku hantam tu.


Jadi.... kesimpulan ceritanya adalah.... tiba-tiba laki telefon aku tengahari tadi. Katanya mau membawaku pigi berjumpa dengan Tabib Cina. Ketawa jugak aku la. Macam mana dia boleh terfikir mau membawa aku pigi jumpa Tabib Cina!!! Seingat-ingat aku last aku berjumpa dengan Tabib Cina masa pigi Beijing dulu. Tapi, macam tiada pilihan sudah aku ni pasal macam ubat-ubat tu sudah ndak berapa berkesan dalam perut aku. Perutku bertambah buncit, keras, berangin. Akan rasa lega apabila "urghhhhhh...." jak. Macam-macam aku hantam sudah ni. Segala ENO pun aku minum ndak jugak keluar tu angin. So, pigi la aku ke kedai Tabib Cina tu... Kedainya terletak di Shop Lot-8, Taman Canggih, Bukit Harapan, Jalan Tuaran Bypass, Inanam.

Ini gambar kedainya


So, masa jumpa Tabib Zhonghua: Chin Yam Yen, dia pegang nadi di tangan aku ni. Sebelah menyebelah dia periksa. Aku senyap la masa tu. Dia bilang... aku punya perut sama hati banyak gas+asam+panas!!!! (Hmm... patutpun aku ni pemanas). Itu panas sampai naik jadi sakit kepala, cepat rasa penat dan sakit bahu. (Dalam hatiku, eh.. orang tua ni macam mana dia tau aku punya sakit ni. Memang lately aku cepat penat dan sakit bahu terutamanya. Tiap minggu pigi berurut ndak jugak baik).

Jadi, dia suruh aku makan ini ubat untuk tempoh 10 hari. Mesti mo kasih habis. Satu kali makan mo 4 biji. Satu hari 2 kali. Kalo pun 2-3 hari sudah sembuh katanya, aku mesti jugak makan sampai 3 bulan ini ubat pasal penyakit ini akan berulang semula. Oh ya.. sempat jugak dia cakap.... ada kemungkinan penyakit ini adalah faktor keturunan. (To my sisters yang sedang membaca blog ini - Hmm... aku rasa kita adik beradik semua pun jenis ada angin. Bukan saja berangin di badan. Orangnya sekali pun berangin!! Rasanya confirm dapat dari mami!!)

Jelek ubat ni. Berbau lagi tu...

Nah.. yang ini pulak, dia bilang, pasal apa terjadinya perutku kembung tu... ini la akibatnya... kerana pemakananku katanya. Hihihihi. Ndak la semua ni aku makan bah. Aku cuma makan mangga, pedas, makanan asam dan berminyak. So, benda-benda ni kena avoid la.








Enrich Offers


Nah... berita baik untuk kawan-kawan yang ada Enrich sekiranya mau pigi bercuti di hujung tahun ni dengan menggunakan Enrich point masing-masing. Bagus periksa point anda sekarang ini. Sebab, aku baru dapat brochure World of Riches Nov 2008-Jan2009 tadi. Huh!! Hebat offernya!! Nanti tengok sendiri di internet la. Aku cuma kasi tau sikit-sikit jak. Nanti difikir aku kerja sama MAS la pulak. Ini la dia... Enrich Offers tu:
KL to LA/New York = 63,000 Enrich Miles
KL to Narita/Osaka = 31,500 Enrich Miles <----- ini kira murah ni
KL to Frankfurt/London/Paris/Rome = 42,000 Enrich Miles
KL to Beijing = 31,500 Enrich Miles
KL to Guangzhou/Hong Kong/Kaohsiung/ = 24,500 Enrich Miles
Kuniming/Macau/Shanghai/Taipei/Xiamen (Murah sudah ni)
(Semua yang aku sebut di atas tu adalah Promotional/Economy Return)
Offer is valid from 1 November 2008 to 31 January 2009 with travel to be completed by 31 January 2009.

Sunday, November 9, 2008

Another Birthday Present


Satu bulan lebih dah limpas harijadiku. Tak sangka masih ada yang ingat dan sayang sama aku ni. Hehehe... Kali ni aku dapat Perfume & Body lotion Dreaming by Tommy Hilfiger. Sedap jugak wangi dia ni. Thank you Chloe... Tahun depan ingat lagi ya moi. Hahaha...

Friday, November 7, 2008

My 7 Dream Cars

Nah... ini permainan yang paling best ni dalam blog. Aku kena tag oleh Ajelin. Yang bestnya pasal tajuknya "My 7 Dream Cars". Sebenarnya tak pernah terlintas di fikiran untuk ada 7 dream cars. Palingpun... dua or tiga or empat. Lain la kalo kena tag "My 7 Dream Bags" kah... bukan lagi 7 aku list down. 77 mungkin!!.

Anyway, here are the rules:
1. The title of your entry must be "My 7 Dream Cars"
2. Add a link to the person who tagged you
3. List your 7 dream cars [preferably with pics of those cars]
4. Tag at least 7 other bloggers

So, ini la my 7 dream cars. Pelik. Baru kusedar rupanya semua kereta idaman berbentuk sport car!!



Since, aku ni ratu bling-bling, so teringin juga ada kereta macam Prince Waleed ni.

Nah... ini paling aku suka!! Brabus. Tapi setakat ni berambus jak aku dapat!



The Red Hot Ferrari. Kalo dapat bergambar dengan kereta ni ok jugak.


Yang ni Lexus. Colour ni sesuai dengan aku... bayangkan aku membawa this hot little baby bersiar-siar di Tg. Aru. Memang konpom kena kutuk orang!!! Pasal panas. Hahahaha...

Porshe - sapa tak mau kan...


Yang ni pulak Aston Martin. Macam dalam filem James Bond la pulak.



Wow... Lamborghini

Tapi ini semuanya impian.... setiap orang pun ada impian masing-masing. Kalo dapat ertinya rezeki la. Kalo tak dapat... tengok dalam gambar ni jak la.
So now, i would love to tag:-
1. My sister Amoi
2. My sister Elsa
3. My cousin Lisa
4. My fren Momie Cay
5. My fren Kimora
6. My best buddy Neetot - Walaupun aku tau dia ni pemalas pasal ndak pandai update blognya!
7. My fren Rosie

Sunday, November 2, 2008

Little Shoes

Nah kan.... lain yang dicari, lain yang terbeli... semalam konon jalan-jalan mo cari birthday present untuk kawan. Tapi akhirnya terbeli present untuk diri sendiri!! Nah.. ini yang aku tak suka ni. Hahahaha... Nasib baik murah!! Mesti laki aku bising pasal buat semak di dressing table. Hahaha.... rasakan... sapa suruh belum buat almari khas untuk simpan accessoriesku. Kweng-kweng-kweng...
Tengok cincin gumukku... berjijir...


Yang kasut warna hitam ni pulak aku gantung hair clipku. Cute kan.



Saturday, November 1, 2008

Untuk Tatapan Sahaja

Akhirnya.... ya... akhirnya... sampai juga kereta yang kena booking tu. Ini la dia. Sialan betul. Baru jugak orang beli kereta baru, baru sebulan jagung, kenapa sekarang baru la dia sampai. Bikin sakit hati betul! Tapi aku tak mo menyesal sebab nanti tambah sakit hati. So, terpaksa la gambar ini hanya dibikin untuk tatapan sahaja. Sedih. Kweng-kweng-kweng...
Wah.... so baru aah this car... Blackie Avantgarde Sporty