Aku ingin tujukan post ini khas untuk dua jejaka idaman Jabatan Bendahari - Putera Mahkota @ Radi & Cdar.... (phewitttt....)
Ceritanya bermula begini... Satu hari tu aku telah jumpa sample sabun Protex ni di dalam majalah Cosmo yang aku beli. (jangan ketawa... baca dulu....)
Lantas aku telah berpikiran nakal. Aku telah poskan sample sabun mandi ni ke dalam sampul surat dan ditujukan kepada one of my jantan cabrets - Cdar a.k.a Mr. B.Y. Gilaaak... Bila si Cdar dapat benda tu kan, dia bagi tahu sama aku yang dia dapat tu sample sabun protex tapi dia tidak tahu siapa yang bagi pasal tiada tulis apa-apa kecuali namanya seperti ini:
Punya la aku menahan ketawa time dia cerita sama aku tu. Time tu aku mau kasi tau sama dia hal sebenar yang aku la bah yang bagi dia tu sample sabun just untuk "suka-suka". Mana sangka dia telah berpikir bahawa kemungkinan itu sample sabun adalah from his GUARDIAN ANGEL. (Ngam-ngam time tu permainan Guardian Angel kami sudah bermula) Bulih-bulih dia terpikir begitu. Punya la aku ketawa berabis ni. Lepas tu masa dia bagi tau aku tu... aku apa lagi... mengutuk berabis ni bah. Padahal aku tahu siapa dia punya Guardian Angel. Hahaha...
Me: Punya hina ko dapat ni barang. Biar betul ini dari GA mu. Kah mengkali dari mana-mana gayboy.
Cdar: Isskk... ndak la. Syukur tu ada. Daripada “orang” tu... langsung tiada dapat apa-apa. (Menyindir aku la tu)
Me: (Tersenyum panas) (Dalam hatiku – ya ko ... bagus aku teruskan permainan ini)
Hari berikutnya... tandukku telah keluar. Tapi kali ni aku ingin mengenakan dua orang sekaligus. Jadi pagi-pagi tu aku telah masukkan makanan seperti biskut/coklat ke dalam sampul surat dan letak di atas meja si Yai. Biar si Yai jak la edarkan ataupun siapa-siapa jak yang kebetulan singgah di ofis kami untuk ambik dan pass kepada orang-orang berkenaan. Kali ni aku mau sambung kenakan Cdar dan Radi sekali. Tapi di envelope Radi aku tulis TO MY ANGEL RADIKA KALBIE. Ya laa... aku sengaja la tulis perkataan “to my angel” tu pasal last year kan memang si Radi was my angel. Tapi untuk Cdar pulak aku sengaja tak tulis perkataan”angel”. Nanti kedapatan aku mempermainkan dorang berdua.
Bila dorang terima "makanan" tu, dua-dua merepot sama aku ni bah yang dorang dapat hadiah daripada GA masing-masing. Punya la aku geli hati... tapi bulih-bulih dorang masih tidak tau aku yang bagi dorang.
Semakin hari semakin excited dorang terima hadiah berbentuk makanan ringan dariku. Siap menayang-nayang sama aku. Hahaha... Setiap kali makanan yang aku kirim sama dorang tidak akan sama. Contohnya; kalau Radi dapat coklat, Cdar maybe akan dapat biskut. Mau mengenakan dorang, kena la bijak. Hahaha.. Hmmm...pelik. Hari-hari breakfast & lunch together tapi dorang masih tidak tau sikap aku. Aduhaiiiii.... mau di rotan bah pantat durang ni. Adehhh...
Yang lucunya... si Cdar siap mem-post gambar-gambar hadiah yang dia terima dan dimasukkan dalam facebooknya. Ndak mau kalah sama aku. Duinabahhhh... Dengkikah tu lagi ya? Bulih-bulih dia cakap hadiah kedua yang aku terima dari my GA tu aku beli sendiri dan pos sama diriku sendiri. Kin panas. Tapi aku tau dia tidak bermaksudkan begitu. Dia saja mau kasi panas aku tu. Tapi dalam hatiku.... kita tingu nanti siapa yang kena. Hahahaha.... Paling siok ni tau kalau dorang tau aku la yang bagi kezutan-kezutan tu sama dorang.
Bila Cdar mem-post gambar-gambar hadiah yang dia terima dalam FB, Radi pun tidak mau kalah. Dia pun mau post gambar dalam FBnya kunuk. Asyik cakap mau post gambar dalam FB tapi ndak jugak buat. So, aku ada sedikit keciwa la sebab sometimes ada setengah benda yang aku bagi dengan dia yang aku tak sempat ambik gambar.
Yang aku geram sama dorang ni kan... asyik-asyik kasi tayang aku "makanan" yang dorang dapat dari aku tu. Tapi gaya dorang tu bah... bikin panas ni. Langsung la bah aku ni ndak kena kasi sedikit pun tu makanan.... kena offer pun tidak ya... sebaliknya dikasih jeles-jeles aku ni bah. Kalau aku ingat-ingat senyuman si Radi time menerima hadiah coklat Toblerone di ofisku hari tu bah... ermmm... bikin panas! sikit pun dia tidak mau kasih aku tu coklat. Padahal aku tu pura-pura jak bah mau minta tu. Manalaa aku suka makan coklat manis. Ahahahahaha....
Si Cdar pulak, setiap kali datang pigi ofis admin... mesti dengan bangganya mengasi tau sama kami yang dia dapat hadiah dari GA nya. Huahuahuahua... padahal hadiah yang dia dapat tu kebanyakannya dari aku. Huahuahuahua...
Actually, aku memang sudah bagi tahu sama dorang punya GA masing-masing ni. So, kiranya aku dah berpakat la dengan GA dorang. Sekiranya GA dorang mau bagi hadiah sama dorang, then aku tak akan hantar kezutan la sama dorang ni. Bertuah dorang ni... hari-hari dapat hadiah.
To Radi & Cdar... walaupun aku ni bukan GA sebenar kamu... but i just want you guys to know that... in my heart you are my angels.... I luv you guys. (Jiwang pulak. Jangan kamu menangis kerana terharu di sana aarr)
************************************************
Tapi part yang paling best dan buat aku terdiam, tersipu dan terharu tu kan.... hari ni aku sudah dapat tahu siapa GA ku. Kamu mau taukah siapa GA ku yang sebenarnya??? Baca ni nota.
Agak-agak laa bah... siapa lagi kalau bukan si Radi!!!!! Adehhh.... Aku konok yang mau mengenakan tapi aku sendiri yang terkena!!!! Huhuuuuuu..... Siap tidak percaya bah aku time dia bagi tau aku yang dia tu adalah my GA sebenarnya. Siap kasi tunjuk bukti (keratan nama) kepadaku. Memang la aku tidak percaya bah sebab last year dia la angel aku. Hahahahahahaha.... Apapun... I am happy! Very happy! Pasal aku dapat this big giant kitty!