Wednesday, April 18, 2012

From 46" inch to 60" inch

Hari ni aku mau mengumpat pasal lakiku.  Aku kan paling benci kalau biarkan lakiku berjalan sendiri.  Dia ni boleh tahan juga shopaholicnya.  Kalau dia berjalan saturang tu ada jak yang dia shopping yang ndak-ndak bah.  Bikin panas bah kadang-kadang.  Contohnya dia beli handphone atau ipad ndak sampai sebulan dia akan tukar lagi untuk model yang terbaru (trade in).  Kalau bilang cepat bosan ndak jugak.  Tapi macam jadi habitnya.  Kalau aku ada dia ndak gitu sebab aku ni malar putung stimnya tapi kalau dia sudah berjalan sendiri tu.... nahhh... ada-ada jak la dia tu.  Sudah tu ndak mengasi tahu kalau dia membeli barang.  Tunggu tu barang ada di rumah baru dia bagi tau aku.  Kadang dia membeli barang tapi ndak pun dipakainya.  Contoh barang:  DVD Blueray dan handphone blackberry.  Handphone blackberry dia tidak pandai guna.  Manakala DVD blueray tu hanya sekali saja digunakan kerana itu DVD hanya untuk CD Blueray.  Sejak bila bah dia ni pandai tingu CD.  Aku pun tidak faham.  (En. Awang... mesti ko ketawa-ketawa ni kan kalau ko baca blogku ni)

Aku masih ingat last year dia tipu aku.  Aku tanya mana keretanya.  Dia cakap keretanya di workshop pasal konok driver terlanggar tiang time reverse kereta jadi ada ngigis sikit so dia pigi repair la kunuk.  Sudah seminggu ndak juga pandai keluar dari workshop.  Itu yang aku hairan tu.  Tuk-tuk... nah....rupa-rupanya... member tukar kereta baru.   Yang lucunya tu... aku ndak pun perasan dia tukar baru sebab cat kereta/colour, badan kereta semua sama.  Dia cakap ada perbezaan kunuk dari segi spec dalaman kah.  Pokoknya aku tidak dapat bezakan pun.  Pelik aku orang lelaki nie.  Semua lelaki begitu kah ataupun lakiku jak begitu?

Jadi... ceritanya yang terkini... last Sunday tu aku pigi facial.  Bila aku balik rumah aku call dia.  Dia cakap dia berada di Karamunsing.  Aku suruh la dia pulang awal.  Aku cakap sama dia, "pulang ko sekarang.  Nanti ko tu terbeli barang yang ndak-ndak lagi".

Sekalinya... Monday baru-baru ni... aku pulang kerja... dia sambut aku dengan tersenyum-senyum tersipu-sipu.  

Me :  "Napa ko? macam senang hati jak ni.  Ko dapat projek kah??" (Aku pun excited sudah nie).
Hubby:  "Hehehe... lai, aku beli TV untuk bilik kita"
Me:  "Ko sudah gila kah?!!" (Bikin panas)

Tau napa aku marah?? sebab TV di bilik kami tu baru juga dibeli last year. Berkecai hatiku tapi nak buat camana... dia sudah beli.   


Ini adalah TV kami yang dibeli last year 46" inch.  For me 46" tu quite big juga.



Dan yang terbaru ni dia beli 60" inch dengan jenama yang sama - SHARP!! Gilaak.... Kenapa tidak besar??? Terus terpikir bah aku.  Adakah juga orang letak tv sebesar 60" inch di bilik tidur dorang aah?? Kalau di ruang tamu tu ndak hairan la. Isskk pelik la aku.  Tambah la aku susah mau tidur malam kalau lakiku tengok tv pasal kalau kasi mati lampu bilik tu tv terlampau terang.  Silau!


So, keputusannya... TV yang di bilik tidur dipindahkan ke ruang tamu.  Manakala tv yang di ruang tamu akan dihantar ke kampung.  Takkan mau kasih taruk di bilik amah lagi.  FYI, amahku pun sudah ada TV besar aah... Hebat kan.  Gara-gara kes tukar tv juga la ni.  Untung dia. 

To my hubby En. Awang... if you reading my blog...  lain kali kalau mau beli barang rumah, sila berbincang dengan Menteri Kewangan terlebih dahulu ok.  Jangan pandai-pandai beli.  Terima kasih di atas kerjasama anda.


1 comment:

CathJ said...

Hahahahaha.... Adoi...... Nasib lah aku yg control apa brg harus ada di rumah ni.... Kalau tiba2 terbeli hadiah utk aku... Ah itu boleh..hahahahaba...

Tiapa la mi... Hehehe....