Friday, October 10, 2014

Missing Sunshine

Huwarghhhhhhh…. rindunya aku sama cahaya matahari…. rindu aku mau tengok ni langit warna biru dan rindu mau tengok matahari terbenam ketika waktu senja.  Huhuu…. 



Aku rasa macam mau 1 minggu sudah ni hujan berterusan di KK. Hujan tanpa henti… sampai jemuranku ndak kering.  Nah terpaksa aku menjemur di bawah kipas.  Kalau pun hujan tu berenti, mengkali 5 minit ja dia berenti lepas tu sambung lagi raining.  Alalala…. sampai bila la ni begini?? Duinaaa bah… ndak pernah aku rindu matahari.  Ni kali laa ya… 

Tengok ni gambar di bawah.  Aku copy dari FB orang.  Gambar di bawah ni dikatakan banjir di kawasan Penampang disebabkan hujan tidak berenti.  Alalalala…. kesian kan orang yang tinggal di area Penampang.  Kereta pun tenggelam bah.  Kesian.  Harap-harap esok dan hari-hari seterusnya akan ada cahaya matahari keluar kerana aku sudah merinduimu… rumahku kotor kena tempias hujan dan dipijak-pijak oleh kucingku dengan tapak kakinya yang bertanah.  Alahai….








#rainpleasegoaway
#iwantshunshine