Saturday, February 7, 2015

Lo Han Guo

Kalau hari tu kita belajar macam mana mau rebus tu white fungus… hari ni kita belajar rebus Lo Han Guo.  Nah ni lagi senang.  Ni pun ajaran my BFF si Pol.  Sayang betul dia sama aku sebab aku selalu mengadu dengan dia yang aku ni selalu kena sakit batuk-batuk.  Jadi konok itu petanda yang aku ni lemah paru-paru dan panas dalam.  Lo Han Guo ni bagus untuk buang panas dalam.

Jadi si Pol mengirim la aku ni akar-akar dari Tawau.   Haa… ada 2 jenis ni ya.  Yang sebelah kiri tak tau apa namanya.  Yang kanan tu Lo Han Guo.  Yang kiri tu liver.  Ada sedikit kelat rasanya.  Cara rebusannya sama saja.   


Mula-mula masukkan 1500ml air dalam periuk.  Agak-agak 1 botol besar mineral water.


Terus masukkan 1 plastik akar Lo Han Guo.  Dalam plastik tu sudah lengkap tu siap ada labu putih kah tu dan macam bentuk telur.  Tu telur kena kasih pecah pakai genggaman tangan sahaja.  Jangan la kasih hancur.  Asal pecah saja.


Lepas tu tekan-tekan tu akar agar sebati dengan air.  Rebus dengan api besar.  Apa bila mendidih, kecilkan api yang paling kecil dan tutup periuk.  Rebus sehingga 2 jam.  Apabila sudah hampir 2 jam, masukkan gula batu mengikut kesesuaian rasa masing-masing.  Kalau rasa pahit, letak la lebih gula batu.


Kalau sudah sejuk, buang akar-akar tu.  Toskan dan diambil airnya.  Air tu la yang kita minum.  Boleh diminum time panas atau kalau suka sejuk boleh disimpan di peti sejuk.  



Ni la minuman Lo Han Guo saya.  Sudah ready untuk diminum.  Sedapppp….

#herbaldrinks

No comments: