Friday, December 7, 2007

J.Co Donutzzzz

Berliur tak korang tengok donut ni? Nak tau apa?? Betapa aku terpaksa merintangi pelbagai dugaan untuk membeli donut ini. Sehari sebelum balik KK, aku singgah Pavillion untuk beli ni donut. Tapi bila aku sampai jam 9.30pm tu, boleh-boleh J.CO ni tak kasih aku Q sudah. Tutup kadaii rupanya. Hampehh aku. Sampai termimpi-mimpi/terliur-liur nak makan donut J.CO ni. The next morning tu, aku bangun awal. Kira nak menapau donut ni untuk bawa balik KK la ni. Bila nak pg beli, hujan lebattttttt la pulak. Tak dapat menyeberang jalan. Aku tinggal di JW Marriott time tu. So, terpaksa tunggu hujan reda. 1 jam jugak aku tunggu baru la reda. Lepas tu masa nak membeli donut ni, kena Q panjang lagi.... setengah jam jugak aku baris.... penat aku... Tak sia-sia jugak aku baris sebab 4 dozen sekali aku tapau bawa balik KK. Sekalinya bila nak keluar daripada Pavillion - nak menyeberang jalan balik hotel... bulih-bulih hujan lebatttttt selebat-lebatnya la pulak.... adeh-deh... deh... Tension aku. Takut tak sempat kejar flight jam 3pm. Masa tu dah dekat jam 12pm. Belum check-out hotel lagi segala. Nasib baik akhirnya hujan tu berenti la jugak.

No comments:

Post a Comment