Day 4 (6 Februari 2008)
Aku bangun pagi dengan menerima berita mengenai kematian kucingku, anak si Kakak yang masih belum ada nama. Mulanya dia cuma ceret beret. 3 hari berturut-turut dirawat oleh doktor. Tiba-tiba dengar jak dia dah mati. Rasanya mungkin doktor terlebih bagi ubat kot.
Aku bangun pagi dengan menerima berita mengenai kematian kucingku, anak si Kakak yang masih belum ada nama. Mulanya dia cuma ceret beret. 3 hari berturut-turut dirawat oleh doktor. Tiba-tiba dengar jak dia dah mati. Rasanya mungkin doktor terlebih bagi ubat kot.
Ini la gambar baby yang mati tu (sebelah kiri yang terbaring. Gemuknya...)
Hari ni birthday bapa yang ke-61. Happy Birthday pa.... Sementara menunggu acara malam, kami sambung shopping lagi. Kali ni bukan lonely planet shopping lagi. Memandangkan aku tak der apa nak beli sudah, so, kali ni biar la laki aku pulak yang shopping. Dia kata nak beli kasut untuk jalan-jalan, pakai dengan jeans.
Kami ke KLCC. Banyak butik yang dia masuk tapi tak der satu pun kasut yang berkenan. Bilangnya dia suka jugak kasut yang dia nampak dekat The Gardens. Entah… butik A. Testoni?? Tak pernah aku dengar. Pokoknya kasut ni dari Italy la. So, my sister Elsa bawa kami ke The Gardens. Sampai jak dekat A. Testoni, The Gardens, dia terus berkenan dengan kasut ini.
Ini la kasut A.Testoni tu
Lepas bayar kasut, aku ajak adik aku ni untuk masuk ke Jamban RM5.00. Aku nak dia tengok jugak tu jamban RM5.00. So, bila kita orang nak masuk, kami pun bagi lah resit pembelian tu dengan orang yang jaga toilet tu. Since harga kasut tu pun dah melebihi RM1K, kiranya kalau mo masuk jamban 10x hari tu pun tak per la. Rupa-rupanya kalau pembelian yang melebihi RM1K, dorang akan bagi membership percuma. Ingatkan membership apa. Rupanya membership jamban seumur hidup!! So, adik aku pun daftar laa… lagipun percuma kan… apa salahnya… selain masuk jamban premier, ada… laa keistimewaan yang lain-lain seperti priority kalau nak buat booking di hotel/function room dorang (sebab The Garden kan ada hotel dekat situ), ada discount voucher etc.
Lepas tu kita orang bergerak terus ke Telawi, Bangsar pigi minum/makan kek Tiramisu di Alexis. Selepas tu terus jalan-jalan di The Curve/buang-buang masa sementara menunggu jam 7pm.
Lepas tu kita orang bergerak terus ke Telawi, Bangsar pigi minum/makan kek Tiramisu di Alexis. Selepas tu terus jalan-jalan di The Curve/buang-buang masa sementara menunggu jam 7pm.
Sempat gambar dengan lembu DOME, The Curve. Abang Mamat yang kebetulan lalu depan kami pun heran apsal kami ambik gambar dekat situ. Hehehehe...
Ini gambar kaki yang penat akibat terlalu banyak shopping
Jam 7.00pm kami dah sampai di Tony Romas, Ceneleisure untuk celebrate birthday boy – Bapa… Semua kami ada kecuali mummy sebab mummy kena jaga rumah. Kakak aku yang order makanan. Kami serahkan kepadanya sebab dia yang expert bab-bab order makan ni. Kira banyak juga yang kami order sampai terpaksa tapau.
Birthday boy kena nyanyikan lagu "Happy Birthday" oleh staff Tony Romas
Sebagai pengganti kek yang dibagi free oleh Tony Romas
Birthday boy with all the daughters
Macam pengantin pulak. Hahahaha. Malu-malu lagi tu si Awang... kah kah kah
Selesai saja acara birthday dinner, kami pergi lepak-lepak minum kopi kampung. Sebelum tu, sempat lagi menyinggah tengok selipar Crocs dekat Ikano.
Hmm.... kaki siapa agaknya ni?
Sebelum balik tu, kami singgah minum-minum kopi di Rasta, TTDI.
Elsa menunjukkan skillnya ber-shisha. Terror la tu konon.
Amoi jadi naga...
No comments:
Post a Comment