16 April 2008, aku, Tasha, Joe & Mar telah menghadiri Seminar Sehari Peringkat Kebangsaan anjuran Kelab Setiausaha UiTM sempena Minggu Setiausaha 2008 yang bertemakan "Setiausaha Berminda Kelas Pertama" (Konon laa.... ) di Dewan Annex, UiTM Shah Alam. Penatnya kan... lepas balik dari cuti kena attend seminar la pulak. Tu la pasal blog aku senyap pasal bz...
Seminar ni dirasmikan oleh Datin Seri Jane Abdullah. Penceramah yang lain kira boring juga la kecuali Kertas Kerja 2 yang bertajuk "Keunggulan Peribadi Setiausaha dari Perspektif Islam" yang disampaikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. Sebenarnya aku tak kenal pun dengan Ustazah ni. Konon dia ni selalu masuk tv, majalah etc. Ketara sangat aku ni tak tengok/baca citer-citer pasal motivasi ni. Kah-kah-kah. Tapi... seronok giler Ustazah ni menyampaikan ceramahnya. Sepanjang aku dengar ceramah-ceramah, aku tak pernah pay attention dengan penceramah. Kebiasaannya, bila orang berceramah dekat depan, aku pun berceramah dengan orang sebelahku. Hehehehe. Tapi yang ni lain sikit. Pandai dan best cara dia menyampaikan ceramahnya. Sakit perut aku sebab asyik ketawa sepanjang dia menyampaikan ceramahnya. Lucu. Sempat aku catat tips cara-cara mo menambat hati suami konon.
Berikut adalah 5 petua untuk menambat hati suami daripada ceramah yang disampaikan oleh beliau:-
1. Melayan suami dengan elok tidak kira siang atau malam (contoh; kalau suami minta tolong garuk belakang walaupun tengah malam, kena bangun dan tolong garukkan. Lucunya)
2. Menyikat rambut suami (Mana laa laki aku mau minta tolong sikat rambutnya. Takut kali dia aku buat sisiran macam Goto. hehehe)
3. Menggunting misai suami (Jangan sampai misainya terendam ke dalam kopinya)
4. Menyikat janggut suami (ini kes untuk orang yang ada janggut la. Geli aku eh)
5. Menggunting kuku suami (kena jadi tukang manicure la ni... hehehe)
So, untuk kaum-kaum wanita muslim di luar sana yang sedang membaca blog ini dan mau jadi isteri syurga... salinlah petua ini. Hehehehe.
No comments:
Post a Comment