Saturday, August 2, 2008

ICI Dulux

Setelah hampir 6 tahun menduduki rumah kami yang sekarang ini, kami telah bersetuju untuk mengecat semula/menukar warna luar rumah ini memandangkan warna cat sudah mulai pudar. Ya laa kan.... ICI weathershield pun hanya menjanjikan jaminan 5 tahun saja untuk exterior wall paint. Hehehehe.
Rupanya bukan senang memilih cat rumah yang bersesuaian. Ya la... takut nanti apa yang dipilih jadi lain la pulak. Laki aku nak pilih colour yang gelap dan aku pula nak pilih warna yang terang. Peningggg kami memilih cat yang sesuai untuk rumah kami. Akhirnya kami berdua sebentuk hati telah bersetuju memilih colour ke arah kuning+coklat = Falling Star . Falling Star ni actually adalah cat kahwin. I mean, cat yang dicampur dengan colour-colour yang sedia ada.
Memandangkan kami telah memilih cat kahwin, menarik juga tengok cara cat tu dibuat. Dorang guna komputer, then cat tu kena mix. Sudah dimix, dimasukkan ke dalam mesin untuk di-shake la pula. Tak sampai 3 minit, cat tu sudah siap. Actually, aku ada ambil video semasa cat ni dikahwinkan tapi entah kenapa la pula tak boleh masuk dalam blog ni. Mungkin size file terlalu besar kot. Hmm.... tak tau la apa kejadiannya nanti setelah rumah ini dicat. Kita tunggu dan lihat ok....

No comments:

Post a Comment