Day 5 (27 January 2009)
Ndak sangka hari ni hari terakhir kami di HK. Sebelum check out sempat lagi aku merayap ke shopping mall (Grand Century Place) yang link dengan hotel kami ni. Tapi rupanya masih tutup. Masib ber-CNY. Flight kami from HK ke Brunei jam 3.20 petang. Tiba di Brunei jam 6.30 petang and connecting to KK jam 12.20 tengah malam. Makk aii... lamanya kami menunggu di airport Brunei. Sudah la di airport Brunei tu tiada apa-apa. Nasib baik dapat masuk pergi Sky Lounge. Dapat jugak berurut dengan kerusi OSIM, makan tanpa henti, tengok HBO, bertenet etc. Bila jam 10.00pm, aku tengok makin tiada orang sudah di airport. Dalam Sky Lounge pun tinggal aku dengan laki saja. Ndak lama tu staff RBA jumpa aku dan bagi tau bahawa flight kami kena postponed ke esokan harinya jam 8.20 pagi atas sebab/masalah teknikal. Terperanjatnya aku... macam mo menangis aku... apa ndaknya... risau aku pasal aku patut masuk kerja ke-esokan harinya. Nasib baik dia cakap dorang sediakan penginapan untuk kami di Hotel Shereton konon. Aku pun senang hati... apa ndaknya... terbayangkan Shereton Hotel setelah penat-penat ni... Terbayang aku... sekurang-kurangnya macam Hotel Shereton di Labuan tu kah... Jadi, bila kami keluar dari Sky Lounge kena iring pergi ke taxi. Terkejut aku. Sebab dalam airport tu sudah kosong. Tiada orang. Tinggal kami 2 orang lagi. Entah ke mana semua orang pigi.
So, bila sampai Hotel Shereton... lagi la aku terperanjat. Pasal buruknya hotel ni.... aduiii... sunyi lagi tu hotel ni. Meriah lagi Hotel Promenade KK. Atau mungkin kami sampai hotel sudah jam 10.30pm jadi tak brapa nampak apa-apa. Gelap. Aduiii.... bikin ndak semangat mo tangkap gambar hotel.
Nah... ini la rupa bilik kami...
Bila baring, tilam pun termasuk sudah. Expired! Perlu ditukar ni tau.
Tapi tidak apa la.... janji free kan.... tidur saja la.... (Nasib baik RBA sanggup kasih keluar beg kami. Jadi boleh la jugak bertukar pakaian).
The next morning kami cabut dari hotel jam 7.00 pagi. Taxi sudah stand by menunggu. Kami dijangka terbang jam 8.40 pagi. Hmm... aku kira-kira....sampai KK dalam jam 9.10am (30 minit - sekejap saja. Jauh lagi pigi ke Tawau), kiranya mo pergi masuk ofis terus la. Berabis lagi aku melantak di Sky Lounge lepas check in tu. Kenapa pulak sudah jam 7.45am tu, pihak RBA bagi tau kami yang flight kami kena re-timed ke jam 1.40pm la pulak!!!! (Itupun dia kata tak pasti. Pasal kapalterbang rosak kah apa kah.... ahyo-yo). Jadi, laki aku minta dorang transfer kami ikut flight MAS yang dijadualkan terbang jam 12.15pm. Aduiii... lamanya kami di airport.... tapi nasib baik la MAS memang confirm terbang jam 12.15pm. So, akhirnya kami selamat mendarat di Lapangan Terbang KK jam 12.45pm dan akhirnya aku terpaksa cuti!! Tak kan la mo masuk kerja tinggal setengah hari... bikin malu jak!!
Sengsaraaaa juga kamu ya...
ReplyDeletewah.....senangnya bisa jalan-jalan
ReplyDeleteasyik benar dan dapat kado oleh-oleh cerita bagi siapa saja
salam kenal dengan saya
mengapa tidak:)
ReplyDelete