Sunday, December 16, 2012

Cendawan Sos Tiram Berlada


Kamu sukakah makan cendawan? Nah... kalau kamu suka... bagus kamu try ini masakan.  Ini masakan kira paling simple tapi sedap.  Aku nampak ni resepi di Majalah Nona.  Ngam-ngam ada macikku di rumah jadi aku minta tolong dia masak la.  Senang saja masak ni.  Tengok resepinya ya. Aku ni tak lokek ilmu.  Hehehe...


Bahan-Bahan:

*  Pelbagai jenis cendawan (Aku guna 2 jenis cendawan. Suka kamu la mau guna cendawan macam mana ya)
*  Lada Bengal Hijau     }
*  Lada Bengal Merah    } Ikut suka hati kamu mau brapa banyak. Agak-agak la.
*  Lada Bengal Kuning  }
*  Seleri (Kalau tak mau letak seleri pun ok)
*  Kacang Gajus
*  Sos Tiram
*  3 hiris halia
*  Minyak Bijan (Untuk menumis)

Cara Memasak:

1.  Panaskan kuali dengan minyak bijan dan tumis halia
2.  Masukkan cendawan, lada bengal, seleri dan sos tiram
3.  Masukkan kacang gajus
4.  Sedia untuk dihidang


Nah... senang jak kan.  Bagus kamu try.  Sedap ni.  Dua kali sudah aku makan ni.  Yang kedua kali tu aku minta amahku yang masak. Pandai dia masak.  Sedappp ooo.... Lebih sedap dari macikku masak ooo...  Talking about amah... lupa aku mau introduce kamu amah baruku kan.  Hehehe... Nama amahku yang baru ialah "NOOR".  FYI, dia ni kakak kepada si Milah.  Si Milah sudah berenti kerja dan balik kampung for good sejak bulan Ogos tu.  Itu saja laa yang aku mau share hari ini.  

Selamat mencoba.....




No comments:

Post a Comment