Hari ni aku mo bercerita pasal maidku. Maidku yang bernama Nor telah berkhidmat denganku selama 1 tahun lebih. Actually si Nor ni adalah kakak kepada maid lamaku si Milah. Memandangkan si Milah telah balik kampung so dia minta kakaknya si Nor yang menggantikan tempatnya. Dua adik beradik ni memang boleh tahan. Serba boleh. Pandai kerja. Aku masih ingat hari pertama si Nor datang ke rumahku, aku tidak perlu mengajar dia apa yang perlu dibuat. The next morning dia sudah tahu menyediakan sarapan pagi untuk kami. Yaa.... masak mee goreng okay...
Seperti si Milah, bukan sahaja dia pandai memasak. Sebaliknya juga tahu membuat kerja-kerja rumah seperti vacuum lantai, mop lantai, sapu rumah, siram bunga, kasi makan kucing, kasi bersih taik kucing, iron baju dan sebagainya.
Well, kalau dulu si Milah pandai menggubah bunga untukku. Manakala si Nor pula boleh menjahit baju untukku. Tapi bukan la menjahit baju kurung atau baju bah. Maksudku menjahit ni adalah seperti mengasi kecik baju yang besar, jahit/tampal baju koyak, jahit butang terlepas, menjahit manik simple dan sebagainya. Aku siap beli mesin jahit singer bah sebab dia familiar guna mesin jahit. Bukan macam puan nya ni. Apapun tidak tahu.
Selain itu, kerja-kerja seperti membalut present pun aku biar dia yang buat. Sometimes, menggulung rambutku pakai curling tong pun dia tolong buatkan. Dan siap tolong aku cabut rambut putih ya! Oopss... did i say rambut putih?? No, no, no, no... i mean golden hair. Kekekekekek. Rambut putih sounds too old. Hahahaha. Kadang sebelum aku mau keluar rumah pun aku minta pendapat my maid tentang kasut or accessories yang perlu dipakai untuk kasi match dengan bajuku. Kiranya macam maidku ni adalah personal assistantku yang serba boleh. Memang beruntung aku dapat maid adik beradik ni.
Tapi apakan nasib.... nasib kita tak selalu bertuah. Huhuuuu... Bulan lepas si Nor telah memaklumkan kepada kami bahawa dia terpaksa berhenti kerja dan balik ke kampungnya di Pare Pare kerana si Milah akan berkahwin dalam bulan 12 ni. Dia terpaksa juga balik sebab selepas si Milah berkahwin dia akan pindah ke kampung lakinya. So rumah orang tua dorang tiada orang jaga kerana adik beradik yang lain semua sudah berkeluarga dan masing-masing mempunyai rumah sendiri. Milah adalah merupakan adik paling bungsu dan kedua orang tua mereka sudah lama meninggal dunia. So, rumah tersebut perlu didiami oleh seseorang sebab kalau dibiarkan kosong takut buruk la pula. Kalau dulu si Milah berhenti kerja pun atas desakan adik beradiknya kerana dia yang paling bungsu dan diminta untuk menjaga rumah arwah. Tapi apa boleh buat jodoh sudah tiba terpaksa juga si Kakak (Nor) sacrifice untuk balik. Kalau ikutkan si Nor masih mau bekerja denganku. Kami sudah uruskan pemeriksaan fomema untuk penyambungan pas kerjanya. Huhuu....
So, dijadikan cerita.... sekarang ni aku dalam dilema la bah ni. Dilema mencari amah yang serba boleh. Adakah tu di luar sana aar??? Bolehkah dapat menandingi adik beradik ni?? Aduhhh... bila memikirkan ni... sakit kepalaku. Malas bah aku mau mengajar dan mempercayai amah baru. Bukan senang bah. Keciwa aku terus mau bercuti-cuti di hujung tahun. Alalalala.... apakan daya.... alalalala....
Sudah la bukan senang mau cari maid. Aduhhh.... apa kan nasib. Hari tu ada dapat saturang amah ni. Muda... umur baru 17 tahun. 3 hari dia kerja di rumahku. Akhirnya kami hantar dia balik semula ke rumahnya. Pasal budak tu tak pandai kerja. Iron baju pun tidak pandai. Macam mana?? Sudah la dia penakut kalau tinggal saturang di rumah. Kena lagi kami ni jarang ada di rumah. Lepas tu satu hal lagi dia ngadu sama aku yang dia ada allergic gatal-gatal di tangan dan kakinya. Tak boleh makan sembarangan dan terkena air. So fikir-fikir macam mana la tu mau buat kerja di dapur dan cuci kain kan. Alalalala.....
So, now... I am desperately seeking for amah. Si Nor akan balik ke Tawau pada 29 November 2013 ni. Rindu la aku sama dia ni nanti. Kalau kamurang tau ada maid mo cari kerja... bah kasi tau la sama aku. Untung bah siapa kerja sama aku ni. Kena sayang-sayang. Hehehe. Bukan banyak pun kerja di rumahku ni. Puan rumahnya selalu tiada pun. Cuma mau jaga binatang ja bah. Hehehe...
Ini la si Nor. Hehehe. Terpaksa ambik gambar pasportnya. May be last day dia kerja nanti kami kena bergambar sama-sama juga ni sebagai kenang-kenangan.
Yang ini pula si Milah. This picture was taken last year on the day si Milah mau balik ke Tawau. Maigattt.... besarnya aku. Kah si Milah yang kecik ni???
No comments:
Post a Comment