Cuba kamu teka apa perbezaan rambutku ni??
Pic A Pic B
Senang saja... Pic A adalah gambar before cut, toning and treatment. Dan Pic B adalah after cut, toning and treatment. Actually di gambar tak la nampak banyak perbezaan. Mau tengok live baru nampak kali ya.
Pic A (before) - rambutku masih nampak panjang, halus dan nipis di hujung. Dan warnanya macam bertagar. Too orange. I don't like the colour.
Pic B (After) - nampak macam banyak sikit, di hujungnya nampak shape rata/U-shape dan warnanya sedikit gelap (after toning). Actually rambut dipotong sebanyak 3 inci tanpa disedari. (Pic taken on 11 Nov 2013 after treatment. Aku sengaja letak date supaya aku senang check balik bila aku last gunting rambut - Reminder for myself)
Aku selalu rasa sedih setiap kali rambutku dipotong. Entah kenapa. Bukan saja rasa sedih bila dipotong... rasa sedih time membayar bil pun ada jugak. Hahaha... Untuk makluman, kos untuk potong, toning and treatment almost RM500. Yupp... it's true. Saya tidak bohong. Kadang aku rasa saloon aku tu memang cekik darah. Nasib baik aku tak pigi every month buat treatment. Aku hanya akan datang dalam 3 bulan sekali. Apa kan nasib, aku memang sudah lama pigi tu saloon dari time aku bujang lagi. Setakat ni hanya tu saloon saja yang aku akan pigi untuk buat colour and potong. Kalau treatment tu boleh lagi buat di kedai lain. Tapi kalau potong and colour aku tetap akan setia pigi ke salon lamaku. By the way, nama saloon aku tu ialah HAIR CUT HAIR SPA yang terletak di Lintas Plaza, KK. Memang tidak dinafikan Bossnya si Julia tu memang pandai gunting rambut. So far memang aku puas hati la kalau dia yang gunting. Bukan saja gunting, part blow rambut kalau mau blow set (curl) memang hebat. Memang lawa, cantik, tiptop. Cuma rambutku saja yang tidak tahan diblow curl sebab andangnya lurus kan. So, siapa rasa mau try pigi tu saloon sila la buat appointment terlebih dahulu. (Tel: 088-236237 - Julia)
Aku memang sangat sayang dengan my hair. For me my hair is my mahkota. Jadi aku tidak mau pigi ke sembarangan salon untuk potong rambutku. For me, hanya si Julia saja yang memahami rambutku. Hehehe. Tapi aku terpaksa juga potong setiap 3 bulan at least 2 inch sebab rambutku sangat kering di hujung. May be pasal pengaruh iron or curling tong kerana aku ni adalah pengguna tegar. Lebih-lebih lagi ndak pakai serum sebelum guna tong. Nah apa lagi... Hehehe. Oleh sebab itu, aku selalu menghadapi masalah setiap kali bangun tidur di mana rambutku jadi sangat kusut dan menggerbang macam singa dan susah mo disisir!!
Sudah la rambutku ni jenis kering di hujung tapi berminyak di kulit kepala. Uwargghhhhhh.... Oily and greasy. Terpaksa aku cuci rambut hari-hari. Kalau ndak rambut asyik flat jak.
Can u imagine aku terpaksa cuci rambut every morning?? Nasib baik aku sudah tidak kerja. Kalau dulu terpaksa awal bangun pagi. Kerana rambutku aku terpaksa bersiap awal untuk pigi kerja. Urus rambut lagi lama banding pakai mekap ya.
Actually, aku sudah pernah buat rawatan kulit kepala sebelum ni. Siap sign pakej di Bee Choo Herbal Hair. I don't know whether you heard it before. Nanti kamu google sendiri la tu Bee Choo. Lakiku yang bawa aku pigi situ pasal lakiku buat rawatan di sana. Sama lakiku ngam pula ni product. Bukan saja bikin kasi tumbuh rambut. Malahan grey hair pun bertukar jadi golden hair. Hehehe. Aku pakai ni product tapi masih juga oily bah. Aku ni jenis berpeluh di kepala bah. So itu la terpaksa cuci rambut hari-hari. Kalau ndak bidak jugak tu berbau kepala kan. Hahaha. Rambutku ni bukan saja berminyak... malahan gugur juga. Eee... bencinya aku. Bikin stress kalau nampak rambut here there everywhere di lantai. Helloooo ladies out there... kamu ada mengalami masalah begini kah juga??
Jadi kesimpulannya, terpaksa la aku menerima kenyataan bahawa aku punya kulit kepala memang jenis berminyak serta menerima hakikat bahawa aku terpaksa cuci rambut hari-hari. Itu la sebabnya rambutku kering di hujungnya. Akibat pakai hairdryer sebab mo kasi kering rambut dengan segera kan. So, untuk MENGURANGKAN kekeringan yang tahap melampau tu, aku pakai ini sekarang. Argan Oil. Aku beli ni argan oil di London lama sudah ya. Harganya macam 1pound kalau ndak silapku. Memang la murah sebab tube kecil ja kan. Tapi jimat ni. Pakai sikit saja. Rambut jadi licin dan senang disisir. Ndak payah la pakai satu kepala. Pakai di hujung rambut jer.
Ini bukan tanganku ya. Ini gambar aku dapat dari internet. Hehehe.
Sometimes kalau bukan pakai Argan Oil, aku pakai ni serum Kerastase - Elixir Ultimate. Tau laa aku ni memang pencinta product Kerastase yang tegar. Aku suka semua product Kerastase. Aku masih lagi pakai syampu dan hair mask nya. For me this is the best hair product yang aku pernah cuba. Tapi kalau kamu tanya aku mana lagi bagus samada argan oil or elixir ultimate.... jawapannya ARGAN OIL.
Argan oil buat rambutku lebih lembut dan licin. Jadi kalau ada sesiapa yang kepingin mo beli minyak/serum rambut tu... aku syorkan beli la argan oil. Ndak kisah la apa brand. Janji pure argan oil. Jangan jak minyak petrol. Hahahahah....
sayang nya... byk ni dulu aku tgk argan oil di dubai tapi dilimpas limpas seja.
ReplyDelete