Monday, February 2, 2015

White Fungus Drinks

Memandangkan aku ni selalu kena batuk dalaman kerana panas dalam, so my bff Pol suruh aku minum white fungus - iaitu sejenis minuman untuk buang panas, bagus untuk kita punya lungs.  Actually, aku memang suka minum ni white fungus.  Selalu aku beli di kedai dijual dengan harga RM2.50 segelas.

Hari ni kita akan belajar macam mana mereneh minuman white fungus ya.  Betulkah sebutan aku tu? Mereneh?? Hehehe… merebus la senang cerita kan.  Senang aje… Terlebih dahulu i want to say thank you to my bff Pol sebab mengajar aku menyediakan minuman white fungus ni.

Okay, mula-mula sediakan 2 keping white fungus (tengok gambar di bawah - ni gambar aku copy dari internet ya)


Rendam tu white fungus dalam 2-3 minit gitu.  Ndak lama tu white fungus mengembang.  Buang tu yang keras-keras warna kuning ya. 


(Gambar di atas selepas dibuang yang bahagian keras warna kuning tu)

Lepas tu masukkan white fungus ke dalam periuk yang berisi air (1500ml/lebih kurang 1 botol besar mineral water) bersama dengan 7-8 biji red dates (kurma merah cina) dan dried longans (longan kering) dalam 10-12 biji.  Tapi sebelum tu jangan lupa cuci dulu tu kurma merah dan longan kering.



Biar direbus dengan api besar sehingga mendidih.  Apabila mendidih, terus kecilkan api yang paling kecil dan tutup periuk.  Reneh selama 2 jam.

(Ini kurma merah)


 (Ini dried longans)

Apabila sudah hampir 2 jam, masukkan gula batu mengikut kesesuaian rasa masing-masing.  Selesai. Senangkan.  Sekarang boleh dihidang sudah.  Selamat menjamu selera.  



2 comments: