Wednesday, April 8, 2020

Spaghetti Tuna

Hai ouls!  Hari ni kita akan masak spaghetti tuna yer.  Masakannya mudah aje.  Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1 tin tuna flakes in olive oil (sis pakai jenama ayam brand jer)
2 biji bawang besar (dihiris halus)
2 batang lada merah (dihiris)
1/2 biji Capsicum kuning/hijau/merah (dihiris) - tapi sis hanya guna warna merah 
Sayur carrot/kacang pea (ikut suka)
sedikit lada padi (kalau suka pedas/optional)
Minyak zaitun 



Mula-mula rebus dulu spaghetti hingga lembut (jangan lupa letak sikit minyak & garam yer)



Selepas tu goreng  sekejap sayur dan capsicum tadi dan diasingkan.


Tumis bawang besar dan lada besar yang telah dihiris hingga naik bau enak dengan menggunakan minyak zaitun (generous amount).  Kemudian masukkan 1 tin tuna dan tumis hingga kekuningan.  Masukkan sayur carrot dan capsicum.  Dan akhir sekali masukkan spaghetti yang telah direbus bersama kacang pea.  Jangan lupa serbuk perasa (garam/aji) ya.  Tabur chili flakes kalau ada.

So ni la dia my humble spaghetti tuna.  Macam kurang warna pula.  Mungkin sebab tak cukup bahan (kurang capsicum merah dan carrot kot).  Walau macam manapun sedam juga la.  Hihihi...


Sila la cuba.

No comments:

Post a Comment