Tuesday, April 14, 2020

Udang Masak Kam Heong

Kelmarin sis ternampak ada orang post gambar udang masak Kam Heong di FB. Nampak sedap ooo... jadi sis pun google la resepi.  Macam-macam style juga cara orang masak.  So, hari ni sis pun try la masak ni udang kam heong memandangkan semua bahan-bahan ada dekat rumah.  Setelah menggoogle dan meningu 3 jenis cara masakan kam heong, so ini cara sis masak pula ya.  Boleh try la.

Bahan A:

500gram udang basah (tak perlu kupas/hanya belah tengah dan buang taiknya 😜)
2 tangkai cili/lada merah (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
4 ulas bawang putih (dicincang)  
2 ulas bawang besar (1 ulas dicincang dan 1 ulas dihiris bulat)
1 sudu udang kering (dihiris)
sedikit cili padi (dihiris)
3 tangkai daun kari
sedikit air asam jawa
Gula
Garam/Aji


Bahan B:

2 sudu rempah kari + air (jadikan pes)
2 sudu sos cili*
2 sudu sos tomato*
2 sudu sos tiram*
2 sudu kicap makan*
1 sudu lada lada kering (lada giling)*

Nota:
*campurkan sekali dalam pes kari


Cara-caranya:

1.  Goreng udang dengan minyak panas (Letak kunyit dan garam sebelum digoreng).  Asingkan udang selepas digoreng.

2.  Tumis bawang besar, bawang putih, halia, lada padi dan cili/lada merah hingga kekuningan/wangi.

3.  Kemudiaan masukkan udang kering dan goreng seketika.

4.  Masukkan Bahan B (pes) dan daun kari.  Kacau rata hingga pekat.

5.  Masukkan air asam jawa, gula, garam dan aji.

6.  Kemudiaan masukkan udang yang telah digoreng tadi dan bawang besar (bulat).  Gaul hingga sebati.  




Tadaaaa.... siap untuk dimakan...


Memang sedap okayyy...  Cuba la..

No comments:

Post a Comment