Tuesday, June 16, 2020

Ikan Masak 3 Rasa

Hari tu sis try memasak Ikan Masak 3 Rasa.  Walaupun 1st time masak ni.  Boleh tahan juga rasanya.  Sis dapat resepi dari Azie Kitchen.  So, hari ni sis mau kongsi tu resepi di sini.  Sengaja post di sini supaya kalau lain kali sis mau masak ni, boleh rujuk terus di blog sis sendiri.  Senang kan.  Tak payah mau google lagi.  Hihihi.



Bahan A (tumis):

4 ulas bawang putih (diketuk)
6 tangkai cili padi - dipotong kecil/hiris
1 inci halia - dihiris halus
1 batang serai (diketuk)


Bahan B (Sos):

2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar cili kering (blend)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
3 sudu jus nenas (nenas dalam tin)
sedikit minyak bijan


Bahan-bahan lain:

Daun limau purut (optional)
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu (optional)
kiub nenas dalam tin
Daun sup/daun bawang - untuk hiasan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Sedikit air


Cara-cara:

1.  Ikan dibersihkan dan ditoskan.  Lumur dengan garam dan kunyit.  Biar seketika.  Bila hampir hendak digoreng, lumur dengan tepung jagung termasuk bahagian dalam perut ikan.

2.  Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali.  Pastikan minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan tadi.  Goreng dengan minyak terendam ikan tersebut.  Setelah garing, angkat dan ketepikan.

3.  Panaskan minyak di kuali lain.  Pastikan minyak tidak terlalu banyak (nanti jadi ikan masak sambal).  Tumis Bahan A.  Setelah bawang kekuningan, masukkan Bahan B (sos) dan daun limau purut.  Kacau sebentar.

4.  Akhir sekali, masukkan bahan-bahan lain  iaitu bawang besar, tomato, nenas dan cili benggala.  Masukkan sedikit air.  Sesuaikan rasa garam, gula dan ajinomoto.  Biar kuah merenah seketika.  Setelah kuah agak pekat berkilat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang.  Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment