Bursar's Ladies Nite 2011
2 July 2011
Blue Lagoon Marina Sutera Harbour Resort
Theme: Masquerade & Mysteries
Dresscode: Elegant & Glamour
Saksikan laa model-model ini bergaya di red carpet. Phewitttt.....
2 July 2011 yang lepas, pihak perempuan-perempuan di ofis kami dengan penuh semangat telah mengadakan jamuan makan malam khas for the ladies only bertempat di Blue Lagoon, Marina Sutera Harbour Resort. Tema yang dipilih adalah Masquerade & Mysteries and the dresscode is Elegant & Glamour. Seramai 50 orang staff wanita yang penuh bergaya telah hadir ke majlis makan malam ini dengan berpakaian cantik-cantik sekali. Wowww... i like.
Selain makan malam, pelbagai aktiviti telah dijalankan pada malam itu seperti aktiviti karaoke, games, lucky draw, pertandingan best dress & beautiful masquerade. Turut diundang sebagai artis jemputan pada malam itu ialah Felix. (Thank you Felix kerana sudi meluangkan masa bersama kami)
Saya tidak akan bercerita pasal acara games or lucky draw kerana bukan saya yang menguruskan aktiviti tersebut. Selain urusan tempahan makan malam, saya juga diminta untuk menguruskan aktiviti beauty pageant @ Best Dress untuk malam itu. Memandangkan saya yang menguruskan acara ini, jadi sama sekali saya adalah tidak layak untuk menyertai acara Best Dress ini. (Pity me huhuuuu.... terpaksa pakai baju hitam jak)
So, pada malam itu seramai 11 orang wanita yang berpakaian cantek-cantek telah terpilih untuk dicalonkan sebagai Best Dress @ Queen of the night. Sebenarnya memang susah mau pilih sebab mostly semua berpakaian cantik. Jadi saya telah meminta pertolongan daripada 3 orang pegawai yang hadir pada malam tersebut iaitu Zally, Saima & Ros sebagai judges dan memilih 11 orang yang mereka rasa sesuai untuk dicalonkan sebagai Best Dress dan.... calon-calonnya adalah terdiri daripada 11 orang wanita yang sporting & jelita ini....
(from left: Nana, Meng, Sera, Shelly, Mel, Loly, Mariyah, Noliah, Wawa, Aznaem & Tasha)
Mereka semua ini telah diminta untuk ber-catwalk di dance floor yang tersedia di depan judges sebab time tu la dorang kena nilai. Aku masih ingat aksi si Tasha dengan penuh confident ber-catwalk mengalahkan model antarabangsa. Sporting habis dia ni. Semua orang bersorak-sorak time tu.
Si baju biru dan merah tu mengalahkan anak dara. Betul-betul mengancam dorang dua ni. Berseri betul wajah dorang maybe pasal pembawaan baby yang dikandung. Hot mama!!
Si Nana bah siap buat aksi mendada. Hebattt ko na! Is that you Sera? You look different & absolutely gorgeous!
Setelah acara catwalk selesai, 11 wanita ini telah diminta untuk memilih/mengambil sampul surat dari tangan saya dan menjawab soalan yang tertera pada sampul tersebut. Macam mau mengalahkan pertandingan Ratu Cantik! Ada main uji-uji IQ! Jangan main-main.... (Nahhh... tu la kamu suruh aku uruskan... siapa suruh kamu tidak suruh aku ikut tu Best Dress. Wakakakaka... ni kali laa...)
Mau tau kah apa soalan-soalannya??? Actually, soalan-soalan ini adalah disediakan oleh one of the judges... iaitu si Zally.... Mari kita tengok soalan lucu yang disediakan oleh si Zally ni.
SOALAN BEAUTY PAGEANT
1. Sekiranya anda berpeluang menjadi bintang terkenal Bollywood untuk sehari, bintang terkenal manakah yang anda pilih dan kenapa? (I think Wawa dapat soalan ni and she answered mau jadi Sonali Bandre sebab dia minat dengan Sonali)
2. Anda diberi peluang menjalani pembedahan plastik secara percuma sekali dalam seumur hidup. Bahagian tubuh yang manakah anda akan ubah dan kenapa? (Yang ni hot mama Noliah yang dapat soalan ni. Noliah jawab dia nak buat pembedahan mukanya kerana untuk menghilangkan scar) - Hmm... macam x logik jak Noliah. Nampak cantik pun mukamu tu... tiada scar pun...
3. Bayangkan diri anda menjadi Perdana Menteri wanita yang pertama di Malaysia, apakah rancangan anda untuk memartabatkan lagi status kaum wanita Malaysia? (Tough nya soalan si Tasha ni. Macam Tasha jawab dia nak supaya kaum wanita diberi cuti bersalin selama 1 tahun! Nahhh ambik mu!)
4. Anda adalah seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya dgn pendapatan yg lumayan, untuk membuat derma dalam jumlah yg besar institusi manakah yg akan anda pilih, rumah anak yatim atau persatuan ibu tunggal? Nyatakan mengapa. (si Meng jawab dia pilih anak yatim pasal anak yatim lebih memerlukan perhatian)
5. Apakah anda menyokong atau tidak kewujudan Kelab Taat Suami? Nyatakan pendirian dan pendapat anda berkaitannya (Ngam betul si Nana dapat ni soalan tau. Huahuahua... Aku tidak ingat apa Nana jawab. Macam rasanya dia tidak setuju. Hohoho... ni kali laa)
6. Bos wanita selalu dikaitkan dengan sifat-sifat garang dan cerewet, apa pendapat anda? (Punya la aku ketawa bila si Mel dapat ni soalan. Si Mel siap cakap dengan Bosnya iaitu one of the judges pada mlm tu supaya jangan kasih rendah SKTnya. Huahuahua... Jawapan si Mel memang dia setuju la yang bos wanita ni memang cerewet...)
7. Setakat manakah anda sanggup berkorban untuk orang yang anda sayangi?...dan siapakah orang tersebut? (Loly jawab - dia sanggup berkorban untuk orang yang dia sayang iaitu anaknya... of course la bah kan)
8. Anda telah memenangi pakej percutian ke Eropah untuk 3 orang. Siapakah dua orang daripada semua yg ada dalam dewan ini yg akan anda pergi bersama anda? Nyatakan mengapa? (Aznaem jawab dia mau bawa si Dayang-dayang & Zulin sebab dorang dua ni yang paling rapat dengan dia di ofis dan selalu mendengar masalahnya. Hmm... hampehhhh i tak kena bawa! Huahuahua)
9. Bercinta dahulu sebelum kahwin, atau berkahwin dulu bercinta kemudian, yg mana anda setuju dan mengapa? (Uisehhh! Sera jawab dia mau bercinta dulu baru kahwin sebab dia dengan lakinya pun bercinta dulu baru kahwin. Phewittt... )
10. Anda diberi peluang menjadi pengerusi penganjur Ladies Night pada tahun hadapan, apakah tema yg akan anda pilih dan apakah kelainan dan tarikan lain yg akan anda janjikan? (Aku tidak ingat apa Shelly jawab. Rasanya dia mau konsep Retro kali. Ya kah Shelly?? Sorry... tak ingat apa you jawab)
Untuk soalan nombor 11, saya tidak brapa ingat soalan tu sebab soalan nombor 11 ni adalah merupakan soalan spontan. Actually hanya 10 soalan yang telah tersedia pada malam tu. Tetapi memandangkan pihak judges telah memilih 11 orang calon, maka soalan nombor 11 terpaksa dicipta secara spontan dan bunyinya lebih kurang macam ni nah:
11. Anda tiba-tiba telah menjadi seorang jutawan, apakah yang anda akan berikan kepada kawan-kawan yang berada di dalam dewan ini dan kenapa? (Mariyah jawab dia mau buat kenduri kesyukuran dan bawa semua orang yang ada di dewan untuk pergi melancong ke luar negara!)
Itu la dia 11 soalan yang telah disediakan untuk calon-calon best dress.
Dan setelah mendengar jawapan daripada 11 wanita gorgeous ini... pihak juri sebulat suara telah bersetuju menganugerahkan......title Best Dressed or Queen of The Night kepada....
PN. LOLITA MOHD. TAIB
TAHNIAH LOLY!! Phewittt!
Hot Mama juga yang angkat hadiah!
Loly membawa pulang hadiah best dressed yang merupakan set perfume/kosmetik daripada jenama Lancome. Hadiah ditaja oleh Lady F.
Kepada 10 wanita yang tidak menang tu, juga tidak dihampakan... terima la souvinier kecil dan cute ni daripada Lady F sebagai kenang-kenangan.... I hope you all have fun & happy.
Kasut Ballerina yang merupakan tempat cincin
Manakala untuk kategori Beautiful Masquerade... pemenangnya ialah....
???????
?????
???
?
of course kita punya Pengerusi Penganjur Ladies Nite 2011
Congratulations to Ms. Melterney Richard Voo
Si Mel mendapat hadiah barangan set make up Elianto. Memang favouritenya pun... Punya senang hati dia terima tu hadiah (tak sempat aku snap photo hadiahnya)
Masquerade si Mel memang lawa. Siap ada geriting-geriting lagi (Yang colour hitam). Lady F punya bling-bling masq pun kalah oohh!! At least kamurang puji la bah masq saya ni. Saya bikin sendiri bah ni..... (kalau si Cdar baca ni memang aku kena jeling. Huahuahua. Pasal dia yang tolong aku gam tu tangkai)
Yang ni apa pulak kesnya???
Nahh... kalau kamurang mau tau... ini perempuan paling manangggg tu malam aaahh.... Dia dapat cabutan lucky draw GRAND PRIZE!!! Wehooooooooo.... Tahniah kepada Pn. Ammysiah Severinus! Beliau telah membawa pulang wang tunai berjumlah dot-dot-dot!! (Biar laa rahsia! Biar kami urang jak yang tau. Siapa suruh kamu tidak datang. Kweng-kweng-kweng)
Acara selesai hampir jam 12 malam. I think semua pun enjoy pada malam tu. Kepada kakitangan Jabatan Bendahari yang sedang membaca blog ini terutamanya yang tidak dapat datang pada malam itu, untuk makluman you all, Pn. Erniza Zamanhuri telah terpilih untuk menjadi Pengerusi Majlis makan malam untuk tahun 2012. Temanya??? Belum tau lagi... korang ada ideakah?? Share la sini... Terima kasih.
Sebagai penutup tirai... saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat bagi menjayakan majlis ini and special thanks juga kepada jurufoto yang terlibat iaitu Mr. T & Mr. S.
Kepada pembaca blog saya, terima la gambar saya ini. Adik saya bilang muka saya macam burung di sini. Huahuahua..... but i like.
The End...
yang last tu kah 'lady F'?? ^_^
ReplyDeleteLawa itu kasut ballerina... ^_^.. untung juga yg tidak menang...
Punya best kamu punya Dinner ni..semua pun sporting pakai baju yg glam2...tapi ko juga lah yg paling vogue!
ReplyDeleteI like ur mask! bestnya ba opis kamu kak mimi ada party gini2.. kalau tpt kami nduk baaa kesian.. hampir semua ndak sporting.. huhu..
ReplyDeletenak tny,mask tu beli dkt mana ye?
ReplyDelete