Aduhhhh... tensionnya gue.... pleaseeeeeeeee..... i need a tailor!! Tapi aku mau tailor yang paling bagus. Adakah di KK ni yang sudi menerima aku sebagai pelanggan tetapnya? Aduhhh... yang paling aku tidak suka tu kan... setiap kali aku hantar kain dengan design baju yang aku mau kan, mesti bila siap lain kejadiannya dan akhirnya baju itu tidak akan berpakai kerana hodoh! Sudah tu... yang paling sakit hati bila kain yang kita beli tu mahal!! Macam buang duit aku rasa bah. Kalau mau beli baju ready made di butik pulak selalunya colour baju tu tidak berkenan di hati. Sudah tu harganya pulak melebih-lebih... cecah sampai beribu-ribu lemon. Aduiiiii mati laa... kalau pakai selalu tu tidak apa jugak.
Hari ni aku dalam dilema. Aku telah membeli kain dengan harga RM300++ dan telah menghantar kain di Butik X dengan harapan kain tu akan siap mengikut design baju yang aku mau. Yang peliknya aku heran dengan diriku ni. Sebelum ni aku sudah pernah menjahit baju di Butik X dan bila kain tu siap memang sangat mendukacitakan dan langsung dress tu tidak boleh dipakai kerana skirtnya hanging! Itu la aku heran kenapa aku masih tidak jerak bah. Mungkin sebab aku terpegun tengok baju-baju yang dijual di Butik X cantik-cantik dan berharap bajuku pun jadi cantik macam seperti yang dijual di Butik X. Aduhhh.... betul-betul aku takut sekarang ni. Takut dengan kejadian baju tu... mudah-mudahan la bila bajuku siap nanti jadi cantik macam gambar di dalam majalah tu. Huhuuu....
My tailor yang sebelum ni - Lavalley jahitannya memang tidak dinafikan sangat kemas dan cantik. Memang aku puas hati except the manik. Maniknya memang out dan paten dulu-dulu. Hehehe... dan lagi satu Lavalley ni lambat siap. Berbulan-bulan baru siap tu baju. Jadi kena banyak bersabar. Dengar-dengar tauke Lavalley ni sudah mau jual syer nya dengan orang lain pasal taukenya sudah mau balik kampung. Aduhhhhh.... matai kudasai... di mana la kan ku cari ganti ni... helpppppppppppppp.....
Nampaknya terpaksa la aku cari tailor di KL ni tau... adakah sesiapa di luar sana yang tahu ada tailor bagus di KL?? or di KK yang sudi menerima tempahan pada bila-bila masa saja??? Please tolong bagi tau k.... I really need one.
Masa2 ini lah org pusing keliling mencari Tailor... hihihihi...
ReplyDeleteBukan minta puji lah.. kalau adik ku itu tidak terikat kontrak nah boleh juga mencuba nasib potongan dan jahitan nya... tapi skrg ni dia tak menjahit dulu... baru di operation lagi... padahal baru saja beranak operate juga.. hayaa... kesian....
Semoga kau jumpa lah tailor yg baik nak... nda lama lagi puasa tu nakkk... hihihi..
eh.. bukan puasa... nda lama lagi Raya bah maksud ku tu.. hihihi..
ReplyDeleteAda try patche? I heard good review about the kedai jahit
ReplyDelete