Friday, February 20, 2015

Kisah Floral Vintage Dress dan Dinner Retro 60s PESETIA

Ingatkah postku yang sebelum ni pasal vintage dress tu? Baru-baru ni aku terjumpa baju lebih kurang  sama designnya berjual di Instagram.  Tengok ni.  Cantikkah?? Hihihi… merah lagi… betul-betul amoi la aku ni.  Suka betul warna merah.




Harga baju ni RM165.00 dengan postage.  Kira murah la dari harga di butik.  Yang di butik Suria Sabah tu jual RM389.00. Cuma masalahnya tak boleh try.  Itu saja keburukan baju online ni.  Harap-harap kualitinya ok sebab menurut penjual tu, baju ni from Korea and kualiti dijamin bagus.  Tak sama macam yang China punya.  Dress ni kena pre-order and  3 minggu baru sampai.  Lamanya kan.  Sabar ja la aku.  

Nasib baik baju tu bukan aku yang bayar ya.  Baju ditaja oleh my BFF - Salmah Arnie hadiah sempena belated birthday tahun lepas.  Hahaha… Betul-betul belated ohh!  Ndak sabar aku tunggu ni dress sampai bah.  Harap-harap la tidak mengecewakan.  Huhuu…

Oh ya! Ni dress aku kira mau pakai untuk acara/dinner sempena retro 60s kah ataupun high tea society.  Ngam ni. Tinggal cari aksesori saja.  Ndak  la aku pening tercari-cari dress lagi bila tiba masanya kan.   

Cerita pasal tema retro 60s, tak sempat aku blog kisah dinner PESETIA 2013 kami.   Kamu tengok gambar ja la ya.  Hihihi… 


Cukup retro tak mak??


 Me with bestie - natasha



Kalau ada sesiapa berminat nak beli baju yang mak pakai warna kuning ni… haa… boleh la hantar komen/email di ladyfamila@gmail.com.  Nanti mak terus reply cepat-cepat by whatsapp ok.  Kira baju preloved la bah ni. Baru pakai sekali jak.  Free size gitu… Tak payah susah-susah cari baju retro.


1 comment: