Sunday, April 12, 2020

Sotong Goreng Telur Masin

Siapa di sini suka makan sotong goreng telur masin angkat tangan πŸ™‹.  Haa... kalau gitu, kita geng πŸ˜ŠπŸ˜€.  Ini cara saya memasak sotong goreng telur masin favourite saya.  Kiranya ini cara simple la.  Lain orang lain caranya.   Kalau mau tau cara saya masak, resepinya seperti di bawah yer.




Bahan A:

500 gram sotong
1 cawan tepung jagung
1 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan B:

3 sudu makan mentega
2 pelepah daun kari
7 tangkai cili padi - dicincang
secubit gula
1 kiub ayam
2 biji telur masin yang telah direbus (ambil kuningnya sahaja dan hancurkan)

Cara-caranya:

1.  Goreng sotong dengan minyak panas (sotong dipotong bulat, campur lada hitam dan golek dengan tepung jagung.  (Kalau mau senang, golek sotong tu dalam plastik yang sudah bercampur tepung jagung dan lada hitam tadi).  Goreng sotong sekejap sahaja. Kalau terlebih masak nanti tekstur sotong akan jadi keras.

2.  Cairkan mentega dengan api kecil.  Lalu masukkan kuning telur masin yang telah dihancurkan sambil terus kacau.

3.  Jika telur masin mula berbuih, masukkan daun kari, kiub ayam, gula dan cili padi.

4.  Kecilkan api dan campur sotong goreng ke dalam aduan kuning telur.  Apabila telah sebati, bolehlah matikan api dan dihidangkan.

5.  Siap - boleh dimakan daa...


FYI, resepi ni saya google dari internet.  Credit to: Ms. Fiza

No comments:

Post a Comment