Sunday, April 12, 2020

Unboxing My Dior Bag

Hari ni buka PC dan check google photos dalam my account.. dan terjumpa la pic/video ni.  I memang suka ambik video/pic tapi biasanya i akan delete semula photo/video tu. Tapi tak sangka pula pic/video 2018 masih ada tersave dalam google photos.  Nahh... biar la post di sini untuk tatapan/kenang-kenangan ya. Sila jangan kecam sis 😜😜.






So ni la dia my Diorama bag in medium size.  Bought this bag in London hujung tahun 2018.  Mula-mula cadang mau beli mini lady dior.  Tapi bila masuk butik terus jatuh cinta terhadap color beg ni (powder blue).  Masa tu color ni memang "in" la dan kebetulan hari i datang ke butik tu, beg ni memang baru sampai (fresh from the oven).  Ada juga color powder pink (rose).  Cantikkk... tapi i lebih tertarik kepada color blue ni sebab color ni belum ada dalam my handbag collection.



2 gambar di atas ni i google dari internet.  Tu bukan gambar i yer.  I copy jer ni dari internet.  Tak sempat pula i ambil foto beg sendiri sehingga ke hari ni ya 😅😅.  Picaya kamu? Bulihnya i terlupa ambil foto beg  sendiri ya 😅😅.   (I promise to myself, selepas i publish ni post, i akan ambil gambar beg ni 😂😂)

Nice kah beg ni? Nice kan.  Cuma yang bikin panas/sakit hati tu kan, beg ni sudah masuk dalam factory outlet.  So you know kah apa maksudnya? Maksudnya harganya sudah discount/sale.  Bikin sakit hati juga tu... 😡😤😥.  Belum puas lagi i pakai ni beg.  Apa boleh buatlah kan... Haishhh.... Sekian, terima kasih kerana mendengar bebelan i. 

P/S:  Next post is Unboxing my Gucci...

#latepost #iworkedhardforthis #itspaybacktime #ilovedior #simpandisini #formytatapan

No comments:

Post a Comment