Hmm.. kenyang... aku baru balik dari menghadiri Majlis Makan Malam & Jejak MAYA (Persatuan Mantan Pelajar Tajaan Yayasan Sabah) di Shangri La Tg. Aru Resort Hotel. Tujuan dinner ni diadakan adalah untuk menjayakan Pelancaran MAYA yang dirasmikan oleh Datuk Masidi Manjun. Kebanyakan ahli-ahli MAYA ni adalah terdiri daripada mantan pelajar yang dibiayai oleh Yayasan Sabah menerusi program penghantaran anak-anak negeri Sabah untuk bersekolah di Semenanjung Malaysia. Actually hubby aku yang bekas pelajar tajaan Yayasan Sabah ni. Dulu dia sekolah di Perlis. So, dia diminta untuk membeli sebuah meja. Mau tak mau kena juga pigi. Mulanya aku ajak beberapa kawan-kawanku untuk memeriahkan lagi majlis tapi tiba-tiba last minute they cannot make it. So, hanya Melania saja yang sudi menemaniku sepanjang majlis ini. Tanpa Melania, aku akan jadi kera sumbang dan boringgggg.... Memang pun majlis ni boring la kalo diikutkan. Bayangkan... dekat jam 9.00 malam baru la kena serve makanan. Nasib baik makanannya sedap-sedap belaka! So, sepanjang masa tu aku dan Mel asyik ngumpat/flashback cerita dulu-dulu kami masa di ITM. Macam-macam la yang kami cerita. Lama tak jumpa kan. Hehehe...
Oh ya... ni nak share sikit cerita. Time makan-makan tu, ada laa pihak penganjur ni buat cabutan bertuah. Tapi hadiah-hadiahnya tidak la grand. Sekadar hamper, kettle jug, periuk nasi etc. Bulih-bulih salah satu daripada hadiahnya tu sangat melucukan bah! Macam tidak masuk akal. Adakah salah satu daripada cabutan bertuahnya adalah SCOPE!! Aa'ah... bah... scope tanah bah. Aduhss... sandi betul!! Sampai ramai orang ketawa. Bila nombor tu disebut macam tiada yang mau naik pentas untuk claim the hadiah. Last-last tu kena cabut nombor lain lagi. Bila second time kena cabut.... ada laa seorang perempuan ni naik pentas untuk ambik tu scope. Oooh... simpati aku. Bagi aku sampai hati jugak pihak penganjur ni mo kasih tu hadiah cabutan bertuah SCOPE bah!!! Please laa... banyak lagi barang lain di luar sana tu. Kalo aku punya nombor yang kena tu scope... aku tak akan claim tu hadiah!! Bikin malu jak. Nasib baik aku dapat iron. Tu pun dry iron jenama ICHIBAN. Hehehe... ambik jak la. Nanti boleh la kasih hadiah orang kahwin. Oopss... sapa next kahwin ni ya??? hehehehe...
Selepas cabutan bertuah tu, setiap meja diberi borang khas iaitu borang untuk menaja VIP-VIP untuk menyanyi karaoke. VIP yang dimaksudkan adalah orang-orang kuat MAYA la seperti Datuk Masidi Manjun, Datuk Normah Gagoh, Datuk K (Bukan Datuk K, Siti Nurhaliza tapi Datuk K, our VC) ya... Datuk K pun ada pasal dia pun pelajar tajaan Yayasan Sabah dalam masa yang sama beliau diminta untuk berucap - Santapan Minda la gitu. Ada beberapa orang yang menaja tu VIP-VIP untuk menyanyi. Memang boring la sebab orang tua yang menyanyikan. Ada yang tak pandai menyanyi pun terpaksa menyanyi pasal sudah kena taja!! Hahahaa.... So, dipendekkan cerita... my hubby telah menaja Datuk K untuk menyanyi. Ya Allah... tau la Datuk K kan... mana pandai serius. Bila naik pentas jak... mula-mula konon mo nyanyi lagu orang putih. Tapi bila lagu tu kena main, dia suruh orang tu berenti la pulak. Dia kata mo nyanyi lagu P.Ramli "Bunyi Gitar". Ni aku sudah tau ni... mesti dia mo buat lawak! Aduh... Sakit perut kami ketawa terbahak-bahak bila part Datuk K nyanyi. Satu ballroom terhibur dengan Datuk K. Apa ndaknya... dia siap ber-twist!! Terlutut-lutut di pentas dengan gayanya yang gila-gila tu. Entah siapa tu (rasanya one of the VIP) siap naik pentas, sama-sama ber-twist dengan Datuk K. Datuk Normah pun siap naik pentas menari dan kasi bunga dengan Datuk K. Mati gila lucu Datuk K ni. Rasanya malam tu semua orang terhibur dengan persembahan Datuk K. Rasanya itu saja yang bikin kemuncak majlis ini. Kalo ndak tu... alamakk... boringgg.... lagu orang tua-tua saja....aduhssss....
Oh ya.... hampir terlupa!! HAPPY HALLOWEEN!!
Tengok ni. Ni hantu pun rupanya ex-pelajar tajaan Yayasan Sabah jugak!! Untung si Sulaiman ni. Rupanya dia ditaja free dari sekolah menengah sampai la dia masuk Universiti.

Alamakkk... rambut aku flat sudah. Maka tengahari tadi kembang.
Oleh kerana asyik keboringan, asyik kami ber-dua jak yang mengambil gambar.