Showing posts with label Photoshoot. Show all posts
Showing posts with label Photoshoot. Show all posts

Tuesday, May 10, 2016

Sister


Hahahahahaha....
Oh what a feeling! Ni kali la!






#randomphotos #gambardipetikdarialbumpercutianTurki #April2016 #bezaumurkami6tahun #canyouguessmyage?

Wednesday, January 21, 2015

First Reunion Dinner St Ursula Convent Secondary School (Class of 1988-1992)

Majlis makan malam sempena reunion SM Konven St Ursula Tawau (class of 1988-1992) yang pertama telah berjaya diadakan pada 27 Disember 2014 jam 7.00 malam bertempat di Hotel Promenade, Tawau.  Tema malam itu ialah merah/hitam.  Seramai hampir 50 orang bekas pelajar telah hadir ke majlis ini.

Selain makan malam, pelbagai acara telah diadakan seperti sesi karaoke, cabutan bertuah, games, slideshow gambar-gambar lama, tarian jamilah/poco-poco/sakitnya tuh di sini/chicken dance etc.

Tak banyak foto yang saya masukkan dalam post ni sebab actually saya belum terima lagi foto yang lain-lain.   Anyway, bah… tingu la sikit-sikit foto ni ya.  Let the photos tell the story…...

(Yours truly - dengan muka yang gumuk)


(From left:  El-Liza, Neng Suznie, Me & Aryati)

(From left:  Siti Rabiyah, Andriah, me)

 (From left:  Zarina, Jennifer, Me & Siti Rabiyah)

 (My BFF Paulina & me)

(From left:  Paulina, Norizan, Mr Tan Hock Seng, Kamariah & me - belakang tu Arsyati)

Ini la AJK Makan Malam Reunion.  Orang-orang yang bekerja keras untuk menjayakan majlis ini. Ehem-ehem… saya pun turut terlibat okay…

(From left:  Juliana, Asmiati, Noraini, Zarina (Pengerusi Penganjur), Kamariah, Norizan, Me, Paulina, Siti Rosidah, Arsyati, Kartina & Boon)

 (Bergambar dengan chinese friends.  Ada yang aku ingat nama dan ada yang lupa nama tapi muka memang familiar la)


Yang ni gambar group photo.  Jangan la tanya nama dorang semua ya.  Aku memang tak boleh ingat sudah ni.  Hahaha… bayangkan… ada yang sudah 22 tahun tak jumpa.  Huhuu…. 22 tahun??? Macam tak caya ja kan.  Ya la… lepas saja SPM kiranya aku sudah menetap di KK.  Lamanya tu.  Bila jumpa kawan-kawan lama ni perasaannya macam baru juga semalam meninggalkan SPM.   Hahaha…rupanya sudah 22 tahun.  Sob-sob-sob...


Gambar santai jam 11.30 malam time orang semua sudah berpulangan ni.  Kami sempat berfoto kasi habis filem.  Hahaha… Why i look like a minnie mouse??? Becausenya….


I was chosen to be one of the Minnie of the Night!! Kekekekek….


Me and my friend Neng Suznie telah menang undi dan terpilih jadi badut malam itu! Hahahaha…. Comel tak kami???  Itu saja la gambar dinner untuk malam tu yang saya mau kongsi.  

Oh ya… sebelum majlis makan malam tu, kamiurang sempat lagi photoshoot di sekolah pagi tu ya.  Banyak foto sebenarnya.  Tapi cukup la 1 keping ni saja group foto.  Tak ramai yang dapat datang pagi tu.  So, here it is… bergambar dengan t.shirt merah dan hitam yang ada nama kamiurang.  Hihihi.



Oh ya… makan malam kami yang meriah ni masuk akhbar Utusan Borneo bertarikh 9 Januari 2014.  Glamour makkk… hahaha…

Yang di bawah ni pula masuk akhbar Borneo Post tapi tak ingat tarikh akhbar bila.  Macam 2-3 hari selepas majlis makan malam tu. 


 Lucunya mukaku di sini.  Nasib la bukan color.  Betul-betul minnie mouse bah.  Hahaha… 

Harap tahun ni ada reunion yang kedua… kerana… aku rindu bangettt sama semua kawan-kawanku.  Adakah kerana faktor umur mengakibatkan kita mau merapatkan hubungan silaturahim bersama kawan-kawan??? atau ???

#feelingconfused #feelingsad #feelingrindu #feelingmacammacam #feelingold #omaigattt


THE END





Thursday, January 15, 2015

Hello 2015


My first selfie 2015!  
Hello 2015!! Hahaha…





#toolate #idontcare #thisismyblog #ipostwhateveriwant #megettingolder #dryhair

Tuesday, May 22, 2012

A Fairy Tale - Kisah si Pari-Pari

Hi! I'm back. Masih ingatkah kisah makan malam "Masquerade Night"ku? Hehehe. Well, malam tu aku telah digambar oleh dua orang photographer yang aku tidak kenal.  Aku cuma tahu dorang tu adalah photographer yang dilantik oleh pihak penganjur majlis makan malam tersebut.  So, gambar ni adalah salah satunya yang aku kena tag dalam FB.


Ceritanya begini.... itu photographer yang bernama En. Ag. Shahrin also known as Shar Reign Fotografi telah add aku di FB dan inbox me.  Dia tanya samada aku biasa buat photoshoot kah dan berminat untuk diphotoshoot.  Sebab dia kata dia ada projek yang mau dipropose kepadaku.  Aku cakap aku tidak biasa photoshoot tapi pernah la buat photoshoot time ambik gambar kahwin hari tu.  Itu ja la.  Then dia bagi tau la dia mau jadikan aku sebagai modelnya untuk photoshoot projek yang bertemakan "Pari-Pari".  Awal-awal lagi dia sudah berterus terang yang dia tidak mampu untuk buat bayaran kepadaku.  Dia hanya boleh kasi aku softcopy gambar-gambar yang telah diambik nanti.

Dia bilang ngam sudah baju yang aku pakai malam tu, cuma tidak perlu pakai masquerade.  Tu masquerade diganti dengan stick pari-pari jak.  Cadangan photoshoot adalah outdoor dan berkemungkinan di kawasan taman/berlatar belakangkan pokok-pokok.  Dia cakap dia bukan mau ambik gambar biasa-biasa.  Katanya dia mau buat satu kelainan seperti pari-pari kecewa dengan sayap/tongkat yang patah lebih kurang macam tu la.  Projeknya ni lebih kepada photo editing. Dia akan buat gambar aku bila siap nanti ada sayap pari-pari konok. Hihihi... lucukan. Macam di alam animasi pulak aku rasa.  Dia kata kalau sempat siap, maybe my photo ni boleh dimasukkan di pameran fotografi yang akan diadakan pada 19 Mei 2012 di 1 Borneo.

So, aku pun setuju la pasal aku anggap photoshoot ni ada special sikit sebab ada kelainan.  Jarang-jarang juga tu ada orang bergambar sebagai pari-pari.  Asyik-asyik orang selalu buat photoshoot berlatar belakangkan laut senja dan main air.  So, why not yang ni si pari-pari di dalam hutan? hahaha....

Akhirnya photoshoot telah berjaya diadakan pada 13 Mei 2012 (Sunday) jam 1.00pm bertempat di kawasan ODEC, UMS.  Alhamdulilah cuaca agak ok juga hari tu. Tidak la panas sebab kami berada di bawah pokok-pokok besar.  Sesi pengambaran dilakukan oleh 6 orang photographer termasuk si Cdar dan Radi.  Sebenarnya aku memang bawa si Cdar, Yati dan Rati sebagai temanku time sesi pengambaran tu.  

Punya la aku kekok sebab 6 orang sekali ambik gambarku.  Dasyat. Macam artis ooo. Hahaha... Aku tengok si Yati asyik kasi ketawakan aku jak. Macam-macam gaya bah aku kena suruh buat.  Disuruh konok aku buat aksi melompat la, berjalan-jalan sambil ketawa/senang hati la, posing macam ballerina la.  Bukan senang mau jadi ballerina sebab kena balancekan badan ooo.... silap haribulan jatuh!


Sesi fotografi selesai dalam jam 4.30pm kerana tiba-tiba hujan ribut melanda ODEC la pulak.  Almaklum laa kawasan tepi laut.  Tapi sempat juga kami bergroup photo dengan cuaca yang gelap tu.   So, ini la muka-muka photographernya.  Mr. Anthony Wong tu datang all the way from Keningau aar...semata-mata untuk buat photoshoot/terlibat dengan this project and si Ag. Shahrin pulak from Bongawan.  Aku rasa paling banyak ambik fotoku ialah si Aj Azazi.  Dia la yang tentukan aku buat posing macam mana. Menurut si Ag. Shahrin, si AJ tu kepakarannya buat photo editing.  Yang baju merah tu adalah isteri si Aj Azazi.  Dia la yang kasih lukis corak di mukaku tapi mekap aku sendiri ya.  Muka si Radi tiada dalam gambar ni pasal dia kena balik awal untuk hantar si Esda pulang. 

Setelah 2 hari kemudian, aku telah di-tag beberapa keping foto di FB oleh si AJ Azazi.  Mau tingu trial photo yang dia buat??? Hehehe... jan kamu ketawa ya.  Jaga kamu sana.


@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@

Tadaaaa......


Begini la bah contoh gambar/foto yang dorang mau masukkan dalam pameran tu konok. Lucu kan?? Hahaha....



Yang ni siap ada api. Hihihi..



Sayapku juga la yang mantap.  




Hahahaha... mana kamu dapat pari-pari cina dari Hongkong.  Hahahaha....



Haa.. yang ni boleh masuk dalam kalender cina 2013, Miss September.  Hahaha...


Yang ni pulak boleh bikin kad tahun baru cina 2013. Macam mercun pulak tu merah-merah. Hahaha



Foto yang ni pulak ditag oleh Mr. Anthony Wong dengan menggunakan lens barunya konok.  Hehehe.

Aku belum nampak lagi hasil foto-foto yang lain especially from si Ag. Shahrin.  Maybe dia belum ada masa lagi sebab hari tu dia memang ada bagi tau sama aku yang dia masih busy.  Dia kena buat photo masquerade night tu dulu then baru buat my photo.  Huhuuuu.... can't wait.

Oh ya!! Unfortunately to tell you that my foto tak sempat dimasukkan dalam pameran di 1B pasal last kena hantar foto adalah pada 17 Mei 2012 hari Khamis lepas. Si Shah inbox me dalam FB mengasi tau kekecewaannya. Huhuuuu...  So, begitu saja la kan.... kisah si pari-pari... hehehe.... at least saya sudah merasa jadi si pari-pari.  Hahaha...