Showing posts with label Mycake. Show all posts
Showing posts with label Mycake. Show all posts

Monday, June 15, 2020

Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

Hari ni aku dan Rika tes bikin kek coklat secara kukus pula seawal jam 9.30am.  Semangatnya kami kan.  Tapi kenapa aku tidak suka ini kek? Too moist.  Makan 2 potong terus kenyang semacam eh.  Sisthur lebih prefer kek coklat bakar la ni macam.




Ini resepi sisthur dapat daripada Instagram (Resepimantap).  So kalau korang mau try bikin, boleh tingu resepi di bawah ni ya.


Friday, May 29, 2020

Lady F Cake Topper

Icebox rumahku rusak (will blog about this later).  Jadi barang-barang dari icebox terpaksa dikeluarkan. Then aku terjumpa nampak ni birthday cake topper ku (edible image) time harijadiku  September 2018 😂😂😂.  Yesss... i know sudah lama 😂😂😂.  Sudah expire la bah tu kan 😂😂😂.  Kira-kira umur nya ni  sudah 1 tahun 8 bulan.  Boleh masuk muzium kek sudah ni.  


Berfikir aku konok samada mau buang kah ni tidak ya.  Macam sayang pula sebab conditionnya kira masih bagus.  Lagipun masih cantik aku di situ bah 😜😝 hahaha.  Bukannya aku mau makan ni barang. Walaupun sebenarnya benda ni boleh dimakan (edible image yang diperbuat daripada gula & tepung jagung - menurut si Tini la tukang buat kek ku).  Tapi siok bah ditingu-tingu bikin kenang-kenangan hasil kerja tangan si Tini 💙💚💛💜.  

Aku test-test kunuk cucuk ni topper di pasu bunga di luar rumah.  Kasi jadi perhiasan konok.  Tapi kalau kena hujan pasti hancur juga tu.  Ndak sampai 5 minit kunampak banyak sudah semut halus hinggap.  Ketara la aku ni manis kan 😜😝😂.  Terus aku ndak sampai hati biarkan di luar pulak 😅😅😅.  Aku berniat kunuk mau buang topper ni selepas harijadiku yang akan datang nanti bulan September ni.  Biar kasi genap jadi dua tahun. Apa pendapat you ouls?? Should i throw it away or just keep it 🤔🤔🤔?  





Ini la gambar birthday kek ku tahun 2018 tu.  Simple but cute.  Tini juga yang tidak pernah mengecewakan aku.  I lerf u Tin @tiniadnan86 💙💚💛💜.  Thank you @sidarsalleh sponsor my cake.  I love it.


P/S:  Tahun ni punya kek terpaksa tema PKP hahaha.

Tuesday, May 12, 2020

Kisah Food Steamer TRIO dan Kuih Seri Muka

Haiii.... kamu ingatkah post ku pasal bikin puding caramel hari tu?  Alaa... pasal kes yang aku punya periuk kukus bucur time mengukus tu.  Hihihi.  

So, akhirnya... aku telah membeli Food Steamer letrik ya.  Jenama TRIO menjadi pilihan hati setelah menggoogle dan bertanya pendapat kawan-kawan yang menggunakan TRIO Food Steamer ni.  So, ini la dia.



Aku beli ni di Shoppee.  Kira murah la.  Harganya baru RM279.00.  Model TFS-28.  Size 25 liter (10+10+5).  Aku tanya kawan-kawan yang ada beli ni, memang durang beli dari shoppee/lazada la.  Harga lain-lain juga.  Ada yang murah, ada yang mahal.  Ikut modelnya.  Kadang ada yang murah tapi postagenya makkk aii... mahalll... mau-mau juga RM80 kalau pos ke KK (dari semenanjung).  

Jadi, aku try cari dalam shoppee yang penjual nya beralamat di Sabah (KK area).  Baru ku inbox/DM durang.  Aku tanya boleh COD kah.  Dia cakap boleh 😀😀😀.  Nah senangnya hatiku terus.  Ada nampak mami happy 😀😀😀??  Pasal aku sudah excited mau pakai ni food steamer untuk bikin kuih kukus.  Hahaha.  

Kiranya aku beli ni bukan melalui Shoppee.  Ni kira runding luar la.  Tapi harga tetap sama macam harga di Shoppee (RM279.00).  Lepas tu the next day nya dia COD sama aku di area KK.  Aku bayar direct sama dia RM279.00 and no extra charges for delivery.  Bijak tak mak 😁😁😁??  

Kalau aku order sama dia melalui shoppee, ada extra bayaran postage RM30.00 lagi.  Bukan itu saja.  Barangnya entah bila boleh sampai.  Sebab sekarang kan ada masalah dengan perkhidmatan pos laju disebabkan PKP.  Silap haribulan, lepas raya baru barangnya sampai 😒😒😒.  Resit pembelian dia bagi melalui whatsapp .  Ada kad warranty (1 year) dalam box tu disertakan.  

Jadi dipendekkan cerita, projek pertamaku ialah membuat kuih seri muka.   Nahh ko... never in my life terfikir mau bikin kuih melayu bah.  Hahaha... ini kali la.  Kalau bukan pasal PKP, tiada ni ya.  Hahaha.  

Nah, dengan ini aku rasmikan food steamer baruku.  Comel kan food steamerku.  Besar oh.  Boleh masuk loyang size 10 x 10.  Kuat lagi tu wapnya.  Boleh satu kali stim muka 😂😂😂.  FYI, aku kukus ni kuih seri muka selama 40 minit, airnya tak payah ditambah.  


So, ini la dia, kuih seri mukaku yang baru siap dikukus dan kurang berseri 😏😏😏.   FYI, aku dapat ni resepi dari youtube.  Korang boleh tengok cara-caranya dari youtube tu.   



Setelah menunggu kuih sejuk dalam 3 jam begitu, baru la dapat potong kuih.   Walaupun rupa kuih ni kurang menarik, tapi rasanya boleh tahan ohh!  Tidak manis.  Ngam-ngam rasanya.  Kiranya berjaya juga la projek membikin kuih seri muka ni 👏👏👏👏.  Mission accomplished!  So, i was thinking... what's the next project?? Takkan itu saja kan 😁😁😁.  Any idea??




Tuesday, February 3, 2015

Birthday Girl 2012 - 2014

HAPPY BIRTHDAY GIRL

2012
#redandwhitetheme


2013
#hawaiantheme


2014
#floraltheme


2015

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

LU FIKIR LA SENDIRI!!

Thursday, March 1, 2012

Butter Cake

Hello everybody....  Hari ni si Lady F ada mood mau buat kek kerana kepingin makan Kek Butter yang diajar oleh my kazen ADEK and my auntie KAK ANI.

So, hari ni Lady F akan turunkan sedikit ilmu bagaimana cara-cara untuk membuat kek butter yang ringkas.

Okay puan-puan.... mula-mula.... sediakan bahan-bahannya.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:

250g tepung gandum

250g mentega

240g gula halus

5 biji telur (Gred A)

2 sudu teh serbuk penaik

1 sudu teh essen vanilla


Cara-cara membuatnya:

* Ayak tepung dan serbuk penaik (dicampur sekali)

* Asingkan putih telur dan pukul hingga kembang/gebu  

Begini la rupa putih telur tu dipukul hingga kembang.  Gebu kan??


* Pukul mentega dengan gula hingga kembang kemudian masukkan kuning telur yang telah diasingkan dengan putih telur tadi sebiji demi sebiji


* Masukkan essen Vanilla

* Setelah sebati dan gebu, masukkan tepung gandum yang telah dicampur dengan serbuk penaik sedikit demi sedikit.

* Kemudian masukkan putih telur dengan menggunakan sudu besar dan digaul rata

* Setelah adunan sebati, bakar kek pada suhu 180c selama 40-45 minit.

Nahh... mudah dan ringkas kan resepi ni? Lepas 45 minit... kek saya sudah siap dibakar.  Wangi kan??? Hmmmm..... Sedap ni...  Tak percaya? Sila la try buat.  Jangan malas ya.

SELAMAT MENCOBA....


Thursday, February 9, 2012

Kek Coklat

Mari kita belajar buat kek coklat yuk. Nahh... sekali lagi sejarah berulang kembali. Hahaha... Terberjaya pula aku terbikin kek. Kek coklat lagi tu. Huhuu... tingu ni gambar kek coklatku. Cantik dan menyelerakan kah?? Sedapppp ni i tell you. Bila kamu rasa ni... perghhhh.... manis macam aku ooo... hahahaha....



Ok tuan/puan sekalian... (oopsss... adakah jua lelaki membaca blogku ni???).... mari aku turunkan ilmu untuk membikin kek coklat yang telah diajar oleh macikku Kak Ani (macik tapi dipanggil kakak. Pa macam ni??) dan turut dibantu oleh sepupuku Adek. Actually ini adalah second time aku buat kek coklat ni. Yang mula-mula tu kami buat sama-sama. So, yang ni aku buat dengan si Milah - my maid.

Ok... tanpa membuang masa... ini adalah bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A - untuk kek:

220g tepung gandum
250g mentega
30g serbuk koko
250g gula halus
5 biji telur (Gred A)
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla


Bahan B - untuk salut kek (topping):

1 packet milo size kecil (anggaran 350g)
1/2 tin susu pekat
Sedikit susu sejat (dlm 200ml untuk cairkan kepekatan milo - dimasukkan sikit demi sikit)
1 sudu makan mentega (sekadar untuk kasi kilat topping)
1 sudu teh serbuk koko
sedikit garam

Cara-cara membuatnya:

* Tepung, serbuk penaik dan koko diayak bersama.
* Pukul mentega dengan gula sehingga kembang kemudian masukkan telur sebiji-sebiji.
* Setelah sebati dan gebu, masukkan tepung gandum yang telah dicampur dengan serbuk penaik dan koko
* Masukkan esen Vanilla
* Setelah adunan sebati, bakar kek pada suhu 180c selama lebih kurang 40 minit.

Nahhh... begini laa rupa kekku setelah dibakar 40 minit kemudian. Nampak tu tengahnya berlubangkah? Itu pasal aku cucuk pakai kurik gigi sebab mau tau samada dia sudah masakkah belum. Ada kamu tercium wangikah??? Hihihi...



Weii.. belum siap lagi ni kek ku ni. Ada lagi ni. Biarkan dulu ni kek sejuk selama 10-15 minit. Sekarang kita mau buat salutannya (topping coklat) pula.

Ok... campur semua Bahan B tadi dalam periuk  double boiler kemudian panaskan dengan api kecil. Sentiasa digaul supaya tidak hangus dan melekat. Apabila sudah cair, tuang/siram coklat tu di atas kek. Kemudian hidangkan kepada tetamu tuan/puan yer. SELAMAT MENCOBA...


Friday, March 18, 2011

Kek Suji

Believe it or not??? Hari ini dalam sejarah... aku telah terbikin kek!!  Hahaha... Sebenarnya resepi ni telah diberi oleh my opismate si Saima long-long time a go... agak-agak dalam tahun 2000/2001.   Bila nampak orang membikin kek di dalam fb kan.. tiba-tiba kepingin... ada hati mau bikin kek pulak.  Walaupun kek ni tidak la seberapa... tapi ini saja la yang mampu aku bikin.  Kek yang paling simple seumur hidupku pernah ku bikin. Hihihi...

Jadi, malam ni aku telah merajinkan diri dan membuat kek suji ni.  Time aku buat ni kek... takut-takut aku.  Aku lupa-lupa bah macam mana cara-cara mau membikin kek ni.  Aku rasa hampir-hampir ndak menjadi bah kek ku ni.  Berdebar-debar jantungku.  Apa ndaknya... adakah aku pakai butter keras (yang masih sejuk/frozen)... i mean, terus-terus bah aku kasi masuk di mesin penggaul tu.  Ahahahaha... budssss nya aku... Betul-betul aku lupa cara-cara/etika membuat kek bah.  Ketara la bah... ndak tingu tv siaran masak-memasak.  Hina eh aku ni.

Tapi.. berkat kesabaranku menunggu butter ku lembut/cair... sebati jugak adunan kek ni. Hehehe...


Guna ni oven pun aku tidak tau ooh... terpaksa rujuk buku lagi. Hinaaa eh...


Si Hensem pun ndak sabar mau tau samada kek ku ni menjadi kah tidak.  Takut aku kek ku cair/tidak menjadi....

Setelah 45 minit... laki aku siap turun dari bilik sebab terhidu kek ku yang wangi ini.... jan jeles... Walaupun rupanya tidak seberapa... tapi... sedapnya.. mau tau... huhhhh!! Kamu cuba la sendiri... Makan panas-panas ... fuyooo sadapppp ooh!  Tak percaya?? Try la buat.



So, puan-puan... di sini saya mau share resepi kek suji yang simple tapi sedap ini...

Bahan-bahan yang diperlukan:

250gm butter
250gm gula
250gm tepung gandum
220gm telur (anggaran 3 biji)
150gm susu segar
100gm tepung suji
50gm kismis
1 sudu teh serbuk penaik


Cara-cara membuatnya:

*  Rendam tepung suji dan kismis bersama susu segar selama satu jam.

*  Pukul butter dengan gula sehingga kembang kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit.

*  Setelah sebati dan gebu, masukkan adunan tepung suji berselang-seli dengan tepung gandum yang telah dicampurkan dengan serbuk penaik

*  Setelah adunan sebati, bakar kek pada suhu 180c selama lebih kurang 45 minit.
 
*  Untuk rasa yang lebih enak... biarkan kek semalaman dan kemudian hidangkan kepada tetamu puan-puan.


SELAMAT MENCOBA....