Showing posts with label Bla-Bla-Bla. Show all posts
Showing posts with label Bla-Bla-Bla. Show all posts

Monday, June 29, 2020

Wowww kereennn...


Surprise


Kelmarin tiberrrr dapat hadiah malam2. Siap kena hantar ke rumah. Rezeki betul. Thank you @meng_aziyanah for the surprise. Bukan pula harijadi 😆😁 tapi hadiah tanda ingatan kunuk. Lamanya ndak dpt hadiah. Sukaaaa betul eh. Teringat musim kerja UMS dulu selalu terima hadiah2 walaupun kecil seperti pen cute, mousepad hello kitty la, mini stepler la. Best betul ❤❤❤. Bah korang kalo mau beli tupperware boleh cari ameng. Servis tiptop. Lajuuu. 

#tupperware #freezermatelarge 
#fits2wholechickensperfectly

Sunday, June 28, 2020

Pentingnya Komunikasi


Pernahkah kamu rasa bersalah dan agak kecewa setelah dapat tahu dari pengakuan kawan kamu sendiri yang dia sangat keciwa sama kamu sebab kamu tidak sengaja tertolong sama dia ketika dia memerlukan pertolongan kamu? Dan dia hanya bagi tau tanpa sengaja sama kamu setelah almost 1 tahun berlalu. Agak terkilan juga la. Itupun disebabkan masalah dia sudah beres jadi dia nampak happy then dia terbagi tau la apa yang terpendam/meluahkan perasaan yang disimpannya selama ini.

Aduhhh sedihnya hati bila diungkit kisah ini. Nampak sangat dia menyimpan perasaan marah or i guess dendam.  Rasa terkilan jugalah. It's soooo sad.  Padahal time tu ada masalah komunikasi sedikit.  Tapi macam mana pun i try to explain... sudah terlambat kan.  So apa boleh buat. Thats what they said... people will judge you no matter what. Terus aku jadi depresi bah 😰😨 sebab menyalahkan diri sendiri. 

Itu la keburukannya bila berkomunikasi melalui whatsapp.  Komunikasi yang berkesan seharusnya berjumpa dan berbincang dengan baik untuk mendapatkan kata sepakat.  Wooow kereennn... 😃😃😃.

Jadi kan...aku pohon sama kawan kawan rapatku di luar sana, sekiranya kalau kamu ada terambil hati denganku tolong jangan simpan dalam hati. Tak bagus simpan dalam hati lama-lama nanti jadi dendam.  Kalau boleh kita bawa berbincang... insyaallah kita boleh menyelesaikan masalah/rasa ketidakpuasan hati tu. 

Apapun, aku  harap kawanku ni tidak lagi menyimpan rasa ketidakpuasan hati sama aku dan aku doakan dia sukses dan berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin...ya rabal alamin 🤲🤲🤲.

Friday, June 26, 2020

Thursday, June 25, 2020

Tuesday, June 23, 2020

Not Good


Lately i'm not feeling well.  Rasa ndak sedap badan, ndak sedap perasaan,  otak bercelaru, ndak da selera makan and everything.  Rasa lemas and sleepy saja.  Lebih-lebih lagi sekarang ni musim hujan.  Asal petang hujan jak.  Jadi tambah lemas.  Tapi aku tidak mau kasi manja diri untuk tidur di siang hari because i know, kalau aku tidur time siang... nanti malam aku tak dapat tidur... aku jadi overthinking dan itu buat aku tambah sakit.  Mengkali mau diurut-urut bah ni. Huks huks huks... Itu SPA sudah buka kah tu ya??


Sunday, June 21, 2020

Saturday, June 20, 2020

MEO and Rice Cooker

Ceritanya bermula begini, si MEO whatsapp sama aku.  Dia cari rice cooker yang bentuknya begini.  Macam thermos flusk bah ni tapi yang boleh masak nasi la.  Aku tanya untuk apa.  Then dia bagi tau la dia mau bawa bekal ke ofis dan masak nasi sebab di ofis dorang tiada kantin.  So, aku bagi tau la aku ada mini rice cooker yang aku tidak guna.



So, this is my mini rice cooker yang jarang-jarang sekali digunakan.  Hanya dipakai sewaktu mau ke oversea sahaja.  Bought this in 2013 tru' Groupon jenama SuGoal.  Aku pernah blog kisah rice cooker ni sebelum ini. Since i have 3 mini rice cooker,  so yang ini aku mau wariskan kepada si MEO la.  Harap dia gunakan sepenuhnya la.  Sayang juga kan kalau barang yang jarang dipakai ni... lama-lama akan jadi buruk juga.



Nahhh...comel bah rice cooker ni.  Kecil.  Boleh masak nasi 1-2 pot.  Sesuai sangat la kalau si MEO mau guna untuk dia 1 orang di ofis.




Wednesday, June 17, 2020

Sad



Malam ni aku sedih. Sekian, terima kasih.

Sunday, June 14, 2020

Nevermind


This happens when i get mad/upset with someone.  But... akhirnya... NEVERMIND..... or... tidak apa la...🤷‍♀️🤷‍♀️🤷‍♀️🤷‍♀️ always mengalah hati 😅😅😅 walaupun hati sakit dan sedih.  So i just pray that the pains will go away.  Begitu la bah kehidupan kan.

Thursday, June 4, 2020

Oh Shoppee!

Begini la bah tu... kalau shopping online.  Yang diharapkan besar macam dalam gambar.  Sekali yang sampai punya laa kecil dari tapak tangan 😂😂😂.  Ndukkk kesian.  Sudah la barangnya lambat sampai.  Silapku juga tidak mengukur sebelum membeli.  Sesuai sangat la dengan harganya.  Belum masuk kos postage.  Hahaha.  What say you?

#ohshoppee  #PKP  #simpansiniuntukkenangan






Wednesday, June 3, 2020

Whatsapp Conversation With Bapa Be Like

Bicara tadi pagi with my bapa.  My bapa is soooo cute... whenever i ask him about something, kalau sudah susah dia mau explain tru' whatsapp... he will send me his cute drawing 😆😆😆.  And this will make me laugh!  Semoga bapaku dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.  Aamiin...




Apa-apa hal pun, i still WFH.  So, hari ni aku masak ikan stim kerapu merah lagi gais.  Ngam-ngam laki ke pasar KK tadi pagi. Kebetulan ada jual ikan kerapu hidup-hidup masih.  So, stim la jawapannya.  Nahh... banyak kan condiments nya.  Aku memang suka.  Lagi meriah lagi aku suka sebab aku memang makan tu halia goreng/bawang goreng segala 😆😆😆.  Sedap bah tu.  Resepi boleh check di post i sebelum ini ok.



Life Begins at 40

Tenang di penghujung usia 30 an. Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia 37 tahun ke atas ni, memang 'temper' selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil pun boleh melenting. Asyik melenting sahaja! Tapi bila saya yang berada di tempat mereka sekarang ini, barulah saya faham. 

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya! Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan. Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun. 

Tak pun cuba kalian semak diri sendiri. Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun! Pang!! Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu. Kesihatan. Keluarga. Sahabat. Kerjaya. Ibubapa. Adik-beradik. Ipar duai. Kebendaan. Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅. You have to face it! Masa inilah ada yang rumahtangga goyang. Masa inilah ada rumahtangga yang gagal. Masa inilah ada yang hilang kerjaya. Masa inilah ada yang mula sakit-sakit. Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri. Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal. Masa inilah kenderaan rosak. Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene 'repair' sana sini. Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal. 

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah yg dahsyat! Menguji keimanan. Menguji kesabaran. Melatih diri dengan reda dan ikhlas. Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan. Mengajar diri menjadi lebih beriman. Kenapa? Kenapa semua ini berlaku? Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah - ALLAH SAYANG- DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu. DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 

30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat? Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW! Hati lebih sabar. Hati lebih tenang. Hati lebih ikhlas. Hati lebih tawaduk. Hidup lebih bahagia. Hidup lebih sempurna. Hidup lebih nampak arah tujunya. Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan. Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal. 

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh. Semua urusan diniatkan ibadah. Sudah mula ke rumah Allah. Sudah mula perbaiki diri. Sudah mula perbaiki solat. Sudah mula perbaiki akhlak dan adab. Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain. Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌. 

Take a second to think about how blessed you are. Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi. Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar. Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa. 

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik. Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian! Baik, 'kan Allah . . . Yes. Life is simple. Do good and good will come to you. Please share it to save more people out there. Kita pun copy paste juga 😊


Friday, May 29, 2020

Lady F Cake Topper

Icebox rumahku rusak (will blog about this later).  Jadi barang-barang dari icebox terpaksa dikeluarkan. Then aku terjumpa nampak ni birthday cake topper ku (edible image) time harijadiku  September 2018 😂😂😂.  Yesss... i know sudah lama 😂😂😂.  Sudah expire la bah tu kan 😂😂😂.  Kira-kira umur nya ni  sudah 1 tahun 8 bulan.  Boleh masuk muzium kek sudah ni.  


Berfikir aku konok samada mau buang kah ni tidak ya.  Macam sayang pula sebab conditionnya kira masih bagus.  Lagipun masih cantik aku di situ bah 😜😝 hahaha.  Bukannya aku mau makan ni barang. Walaupun sebenarnya benda ni boleh dimakan (edible image yang diperbuat daripada gula & tepung jagung - menurut si Tini la tukang buat kek ku).  Tapi siok bah ditingu-tingu bikin kenang-kenangan hasil kerja tangan si Tini 💙💚💛💜.  

Aku test-test kunuk cucuk ni topper di pasu bunga di luar rumah.  Kasi jadi perhiasan konok.  Tapi kalau kena hujan pasti hancur juga tu.  Ndak sampai 5 minit kunampak banyak sudah semut halus hinggap.  Ketara la aku ni manis kan 😜😝😂.  Terus aku ndak sampai hati biarkan di luar pulak 😅😅😅.  Aku berniat kunuk mau buang topper ni selepas harijadiku yang akan datang nanti bulan September ni.  Biar kasi genap jadi dua tahun. Apa pendapat you ouls?? Should i throw it away or just keep it 🤔🤔🤔?  





Ini la gambar birthday kek ku tahun 2018 tu.  Simple but cute.  Tini juga yang tidak pernah mengecewakan aku.  I lerf u Tin @tiniadnan86 💙💚💛💜.  Thank you @sidarsalleh sponsor my cake.  I love it.


P/S:  Tahun ni punya kek terpaksa tema PKP hahaha.

HappyCall VS Tefal

Orang shopping raya beli baju/kasut.  Aku pula... beli periuk/pan.  Hahaha... ni gara-gara terpengaruh sama si Suzana. Dia bilang tu kuali/periuk jenama Happycall from korea bagus konok... ada diamond coating.  Jadi aku beli la sebab ngam-ngam ada discount 30% di Parkson and lagipun kebetulan hari tu adalah Bonuslink member's day sale... dapat la 5x ganda bonuslink points.  Weeehooo...

Aku beli 1 wok dan 1 periuk kecil color green yang comel untuk rebus telur/masak maggie 😁🤭. Selama ni aku setia pakai brand Tefal jak. Kebetulan Tefal pun ada promo pan set (2 pcs for RM120++), so terbeli la aku sekali.  Boleh la pakai untuk guring-guring ikan/telur 🤣. Terus 3 bah wok/pan ku pajak 🤣🤣🤣. Ni kali la. Pakai untuk 2-3 tahun la ni. Its about time juga sebab pan/wok yang ada di rumah sekarang ni sudah expire 🤦‍♀️🤷‍♀️. PKP punya pasal...hari-hari memasak 😁😁😁 

#goodforme #wok #happycall #tefal #happyme #doyouknowiloveperiukkuali? #incaseyoudidntknow





P/S:  Do you know i love periuk/wok/pan? Do check out my post year 2014 sebelum ni.

Wednesday, May 27, 2020

Tangle Teezer Hairbrush


Hari ni aku mau share barang bagus sama kamu yang menghadapi masalah dengan rambut kusut atau rambut yang susah disisir. Macam kes aku la bah ni.  FYI, aku paling malas dan tidak suka menyisir rambutku. 1 hari 1 kali saja aku sisir rambutku sebelum keluar rumah.  Mesti kamu tidak picayakan. Jadi bayangkan kalo aku tidak keluar rumah.  Memang tidak menyisir la jawapannya. Macam rambut nenek kebayan bah aku.  Aku tidak suka sisir rambutku sebab rambutku ni jenis halus... menyangkut2 sebab kering/tangled. 

So dijadikan cerita, aku pigi Parkson Imago hari tu beli barang. Time aku que mo membayar, aku nampak la ni sisir Tangle Teezer namanya. Actually sudah lama bah aku mo beli ni sisir tapi tidak terjumpa.  Selama ni nampak berjual di online saja.  But since sudah ada depan mata, bah menerai membeli la aku konok. Nahhh... ndak pernah bah aku membeli sisir semahal ini.  RM69.00 bah harganya 🤣🤣🤣. Selama ni harga sisirku less than RM10 jer.  Itupun bertahun-tahun dipakai.  Yang kuat membeli sisir ni lakiku sebenarnya. Apa ndaknya.... asal travel lupa bawa sisir.  Nah melalut sudah aku kan. 

Jadi, aku mau kasi tau kamu ya....sejak aku ada sisir ni... rajin sudah aku sisir rambutku. Sebab ni sisir memang bagus ohh. Senang sikit aku sisir rambut. Rambut berkulut pun boleh terbuka/terlerai. Kalau dulu kan, rambutku tersimpul ikat mati, nah jawapannya aku gunting ja tu.  Sekarang ni ndak sudah sakit rambutku setiap kali menyisir walaupun rambutku basah (lepas cuci). Rajin aku menyisir eh.  Macam Rapunzel bah 😁🤭. Sebelum tidur pun aku sisir rambut ya 😁🤭. 

Oh ya! Kalo kamu mau beli ni sisir, ada berjual di Parkson Imago (Ground Floor) tepi kaunter Biotherm. Boleh guna la kod promo LADY F utk dapatkan discount hahahaha (percaya la kamu ya hahaha). Tembirang ja aku tu. vItu saja la. 

Sekian terima kasih. 

#tangleteezer #hairbrush #bukanmenjual #justsharing #ladyFtestimoni










Happy 51 Year Anniversary


27 May 2020
HAPPY 51 YEAR ANNIVERSARY 
TO MY PARENTS

Monday, May 25, 2020

My Raya OOTD


This year tema color baju raya suppose warna Grey.  But since baju laki tidak siap disebab PKP... the show must go on juga 😜😜.  So, terpaksa la pakai baju 3 tahun lepas (baju yang tak pernah dipakai) untuk kasi match sama warna baju laki yang lebih kurang colornya (padahal tak sama pun).  Hahaha...  Cuk tak hakak? ala-ala tak pandang camera konok.  Etching gitew... hahaha... 

Sunday, May 24, 2020

Raya PKPB Be Like

Raya PKPB be like 😆😆😆.  Kena ikut SOP beraya di rumah orang walaupun di rumah family sendiri 😂😂😂.  Comel sangat la gaya tuan rumah nie 😂😂😂.