Showing posts with label Animal Planet. Show all posts
Showing posts with label Animal Planet. Show all posts

Saturday, May 30, 2020

Husky - My Pride and Joy Joy Joy

Husky is now 8 months old and semakin sangat nakal.  How time flies.  Jan la cepat besar sangat Husky πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.  Comel sangat anak mami ni bah.  Bikin aku geram sama dia hari-hari.  Kerjanya pagi-pagi suka kasi bangun aku.  Kenapa? sebab... dia nak makan treats 😏😏😏.  Itu la perangai Husky.  Tapi ni anak tidak suka dibelai-belai kecuali kalau dia mengantuk sangat. 









P/S:  Now you know kan why my baju raya suppose to be grey?? Hahaha... #ikutwarnaHuskylaa

Sunday, April 19, 2020

Faces of Cats










This is my Puteh.  He is siamese cat.  Puteh bring success, good health & long life πŸ’—πŸ’–πŸ’“



This is Husky.  Husky is BSH in grey color.  Husky bring love & harmony to my home πŸ’–πŸ’–πŸ’–


This is Princess Jasmine Aladdin.  She is mix maincoone & parsi (striped).  Jasmine bring 
good fortune & happiness  πŸ’–πŸ’–πŸ’–




Thursday, April 16, 2020

Good Morning

Good morning lovely people...


Sunday, February 23, 2020

Happy Birthday Jasmine!

Today Jasmine is officially 1 year old.  
Happy Birthday Princess Jasmine Aladdin!
DOB:  23 February 2019
Mummy loves you very mucho!





Saturday, January 4, 2020

My Little Husky

Say hello to Husky... my pride and joy joy joy πŸ’“

Name:  Husky 
Gender:  Male
D.O.B :  4 September 2019 (4 months)
Breed:  British Shorthair (BSH)
Color:  Solid Blue

Tersangat lah comel kan... Yess... i know hahahaha.  Namanya si Husky.  Tapi dia bukan sejenis anjing ya! Hahaha...  FYI, ni la kucing idaman kalbu ku selama ni.  Akhirnya... tercapai juga idamanku memiliki kucing BSH.  

Si Husky ni aku beli dari Kuching, Sarawak ya.  Berbulan juga aku tunggu untuk dapatkan dia ni.  Kena tunggu dia at least 4 months baru boleh kena rehome.  Jauh perjalanan si Husky ni.  Dari Kuching dia naik kapalterbang ke Miri jam 7am.  Tiba di Miri jam 8am.  Transit di Miri entah brapa jam.  Kurang-kurang mau juga 7-8 jam mengkali.  And then, from Miri to Lawas bertolak dalam jam 2.50pm.  Tiba di airport Lawas jam 3.30pm.  Kami ambil dia di airport Lawas (drive from KK) tiba dalam jam 4pm.  Kami terlambat sampai sebab jem teruk di area Kimanis to Beaufort.  Kasian Husky tunggu aku dalam kurungan.  Sudah la airport Lawas tu sunyi.  Masa aku collect Husky ni, kesian bah.  Sendiri2 dia dalam kurungan di lantai.  Tinggal tunggu kena pungut.  Andukk... Ada tu gambarnya.  Boleh follow di instagram husky.299

Jauh perjalanan si Husky.  Sudah naik kapalterbang, kena lagi jalan darat dari Lawas to KK.  Fuhhh... tapi bila Husky sampai rumah saja... well well well... sungguh aku tidak sangka.  Husky is very independent.  Tak payah diajar.  Dia boleh makan, minum, berak, main dan tidur sendiri.  Semua tu aku tak payah ajar. Tak payah ajar dia di mana tandas.  Dia memang cerdik.  Dia boleh bawa diri.  Mula-mula risau jugak aku.  Pasal aku takut dia trauma naik kapal/kereta... then kena menyesuaikan diri di rumah bersama si Jasmine.  Tingu-tingu... si Jasmine pula yang kena menyesuaikan diri sama dia.  Hahaha...




Sampai di sini dulu cerita si Husky.  Kalau mau tengok gambar-gambar si Husky boleh tengok dekat instagramnya.  Jangan lupa follow ya gais.  husky.299


Tuesday, January 22, 2019

Oh Puteh

Missing my pride and joy joy joy.  Semalam dia kena admitted di klinik sebab demam panas.  Suhu sampai mencecah 41 celcius 😿😿😿.  Menurut doktor konok gara-gara luka-luka di badannya sebab selalu bergaduh.  Pening mami PutehπŸ’†πŸ’†πŸ’†.  Sudah-sudah la tu bergaduh.  Gangster kampung pisang betul ko ni. After 3 days baru boleh bawa pulang sebab perlu dijarum tiga hari berturut-turut.  Andukkk... kesian.  Cepat-cepat la ko sembuh ya nak.  Mummy miss you 😿😿😿.




FYI, ni gambar-gambar lama time muka masih comel.  Sekarang haram jadah tak boleh masuk rumah sebab pandai mengancit 😹😹😹.  Sorry yer Put.  

Tuesday, June 7, 2016

My Pride And Joy Joy Joy

Meet Baby One Eye Willy and Baby Pearl Grey
My Bundle of Joy


Sila la LIKE page mereka di FB ya ----> One Eye Willy and Pearl Grey




#myprideandjoyjoyjoy #bundleofjoy #babywhite #babywilly #babypearlgrey

Wednesday, June 1, 2016

Lipas oh lipas



Banyak-banyak serangga/binatang... aku palinggggggg benci dan takut dan geli sama lipas lebih-lebih lagi kalau lipas tu berterbangan.  Kalau aku ternampak lipas saja... aku boleh berteriak dan melompat dan terlepas apa saja barang yang aku pegang.  Dan badan aku juga boleh diserang cramp kerana terlalu cepat bertindak melompat/berlari.  Hahahaha.  Kalau aku sendiri di rumah, ngam-ngam ada lipas berjalan... nah confirm aku sedia majalah.  Aku akan lempar ke arah lipas tu biar dia mati terpenyek!! Hambekkk ko!



Lucu tapi benar!  Kalau kamu apa? Apa serangga/binatang yang paling kamu takut? Cuba share sikit.

Friday, April 1, 2016

Thursday, January 22, 2015

My Baby Black

17 Oktober 2014, anak kucing yang mungkin berumur 2 bulan sesat datang di luar dapur rumah kami menangis-nangis mencari mamanya. Telinga dan badan berkurap habis, kurus kelaparan.  So, the next day nya kami bawa ke klinik untuk dirawat.  Selepas dirawat, anak kucing ni yang kami namakan Baby Black kuat makan sehinggakan perutnya semakin hari semakin besar macam mau pecah! 

Bloated habis.  Sampai takut aku mau pegang dia. Dia makan tak berenti.  May be pasal lapar or i don't know la.   Gastrik kali.  So, lepas tu kami hantar lagi dia ke klinik dan dikasi tinggal di klinik selama 4 hari gitu sebab kami outstation time tu. Bila balik dari klinik kurapnya ada kering-kering… tapi perut tetap boroi.  Klinik bagi 10 hari punya ubat makan untuk Baby Black.  Kesian dia hari-hari makan ubat dan dikasi pakai ubat sapu. 


17 Disember 2014, selepas 2 bulan… syukur alhamdullillah… Perut sudah slim, kurap sudah hilang, semakin aktif, nakal, kuat makan, kuat birak, makin berat dan semakin hensem.  Kos rawatan Baby Black termasuk mummynya… almost 1k! Huhuu… kenapa aku sebut termasuk kos mummynya??? Sebab aku telah terjangkit kurap or something like kutu hamak Baby Black!! Nanti la kalau ada masa satu hari nanti aku post pasal jangkitan kutu hamak yang kena sama aku tu ya.



Today


Me selfie with my pride and joy joy joy :)
and of course with my new hair color!


Saturday, October 11, 2014

Say Hello to Elsa and Olaf

Say hello to Elsa and Olaf :)

Untuk makluman ini bukan kucing saya ya… jangan salah sangka.  Saya copy foto miau ni dari group page Borneo Catlover Community (BCC) di FB.  Kalau ndak silap tuan punya kucing berasal dari Labuan.  So si Elsa and Olaf ni tinggal di Labuan la.   






Suka bah aku tengok ni kucing.  Sebab rupa durang ni unik, keriput dan macam berbogel kan.  Tiada bulu.   Hehehe… Macam kulit semata-mata.  Kalau ndak silapku macam spesies Eyptian cat (hairless) bah dorang ni.  Rasa-rasanya la… Macam mana la feel nya memegang kucing ni ya?? Ndak mudah kesejukan kah durang ni? Itu la sebabnya kena kasi pakai baju kali.  Hahaha…

Kadang-kadang aku berfikir… mau juga aku memiara kucing comel yang mahal tapi keadaan tidak mengizinkan.  Pasal aku kesian bah kalau piara kucing mahal ni, terpaksa simpan dalam rumah atau kurungan kan.  Lebih-lebih lagi aku ni jarang ada di rumah.  Siapa la yang mau jaga kucing tu.  Lagi satu hal aku takut juga perabot rumah hancur dikerjakan kucing.  

Macam kes aku sekarang… kucing-kucingku dibiarkan bertempiaran di luar rumah saja.  Ndak dikasi masuk dorang ke dalam rumah.  Sekali-sekala ja aku kasih masuk tapi itupun aku kena jaga dorang la.  Sebab sekejap saja sofa atau langsir kena cakar.  Lain lagi carpet bulu abis kena cabut-cabut.  Hahaha… menghambur lain cerita lagi.  Ndak sampai hati bah aku mau kurung kucing dalam kurungan sebab ndak bebas bah dorang berlari-lari.  Kesian kan… 

So, jawapannya… piara kucing kampung saja la…. huhuuu…


Saturday, September 27, 2014

3 Tanda Apabila Kucing Datang

Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita.  Kenapa tak pada orang lain?  Saya biasa alami situasi ini.  Saya kan rungkaikan di sini 3 tanda apabila kucing datang kepada kita dan bukannya orang lain.



1.  Allah sedang bagi tahu makanan kita yang kita rasa hak kita itu, bukan semuanya rezeki kita.  Sebahagiannya adalah rezeki kucing itu.  Sebab itu ia datang pada kita.

2.  Allah sedang bagi tahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik.  Sebab 1 kebaikan itu Allah balas dengan 10 kebaikan atau pahala.  Allah maha kaya untuk bagi lebih dari itu.

3.  Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita.  Rezeki dari Allah itu luas, bukan hanya pada wang.  Tapi meliputi semua kehidupan kita.  Ingin ikhlas memberi?

Berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita.  Ia hanya tahu minta dan makan.  Dan haiwan sentiasa bertasbih memuji Allah.


#cutandpastedariFBorang  #sedakarkongsiinfotips #akupencintakucing




Saturday, November 23, 2013

My pride and joy joy joy

BERITA GEMBIRA!  Si Puteh telah melahirkan di atas atapku pada 4 Oktober 2013.  Dari hari dia melahirkan kami tidak tau di mana lokasi sebenar dia letak anaknya.  Ada beberapa kali my maid cuba menyubuk ke atap rumah tetapi tidak dijumpa.  Sehingga la minggu lepas kami dapat mengesan kerana anak-anak kucing itu sudah pandai berlari-lari.  Got cha!!  Akhirnya anak-anak si Puteh telah berjaya diturunkan.   Hanya 2 ekor saja yang kami dapat tangkap.  Manakala yang seekor lagi si Puteh yang bawa turun sendiri.  Punya laa susah mau tangkap ini anak miauuu.... sebab liar dan penakut... ndak pernah nampak orang kan.  Tu la pasal.  Nahh... ni nah gambar dorang.  3 ekor.  Besar sudah.  1 bulan lebih.  Gemuk-gemuk lagi tu.  Tidak sangka pulak.  Macam cantik jer... macam comel jer... hahahaha....


Ni la indung nya... si Puteh.


Aku ni suka bah dengan anak kucing.  Terutama kalau kucing tu sudah masuk umur 3 bulan.  Suka betul aku.  Tapi setiap kali aku ada anak kucing mesti aku dalam dilema.  Apa ndaknya.  Biasa umur 3 bulan ke atas ni kucing akan jadi nakal.  Kuat main... lari sana lari sini.  Pandai panjat pagar dan pigi ke kawasan rumah jiran.  So, jiran akan mengamuk sama aku.  Itu yang buat aku susah hati.  Terpaksa bah aku kasi anak-anak kucing sama orang walaupun aku tidak mau.  Susah juga kan kalo hidup di kawasan perumahan yang berjiran ni.  Especially berjiran dengan kawasan cina yang tidak suka dengan kucing.  Hairan aku.  Kiri kanan depan belakang semua tak suka dengan kucing.  Entah la kenapa.   Kalau dorang nampak kucingku jak terus dorang akan halau atau siram.  Kadang aku pun turut kena marah oleh tu jiran.  Kalau ada kucing lain (yang bukan kucingku) limpas di kawasan rumah jiran, aku juga yang kena tuduh.  Kena tuduh kerana membiarkan kucing tu ke rumah dorang dan berak di rumah dorang.  Huhuuu...  Kin panassss... Bikin sakit hati... bikin stress!! Begini comel nya kucing aku ni... bulih-bulih ndak kena suka. Heran aku... Susah juga kalo ada manusia yang tidak suka dengan binatang.  Tiada perasaan kebinatangan langsung.   Biar dorang dapat pembalasan di akhirat nanti.  Baru dorang tau.  Huhuu.... 

Apapun, I just love my cats.... my pride and joy joy joy....





Monday, March 4, 2013

Look Who's Crying

Di kala aku sedang rehat-rehat sambil minum petang di luar rumah, tiba-tiba aku terdengar suara anak kucing menangis.  Suara tangisan tu datangnya dari penjuru luar rumahku (di luar bilik amahku).  Dalam hatiku, nah mengkali si Paris sudah bawa pulang anaknya ke rumah.  Untuk makluman semua, si Paris telah melahirkan anak yang kedua kalinya pada 13 Februari 2013.  Tapi kali ni dia beranak bukan di bilik amahku.  Kami sendiri tidak pasti di mana dia beranak/simpan anaknya selama ini.  

So, aku pun check la kotak yang kami sudah stand by letak di penjuru rumah dekat dengan motosikal honda ni... memang kotak tu khas untuk si Paris mana la tau dia mau bawa pulang babynya kan... (Gambar di bawah)



Please excuse the motor's seat ya.  Hehehe.  Dilapik konok pakai tuala buruk.  Hahaha.  Ini bertujuan untuk elak agar kerusi motor tidak dicakar oleh kucing-kucingku.  Hehehe.... Mesti kamurang hairan tu kan kenapa ada motosikal di rumahku.  Sebenarnya tu motosikal lakiku beli pasal mau simpan nombor kereta bah tu konok.  Tu laa pasal. Mana bah pernah tu motor kena pakai.  Entah sudah berapa tahun tu. 

Okay... berbalik kita kepada story tangisan kucing tadi tu.  So, bila aku periksakan... tiada la pulak kucing.  Time tu juga si Paris pun sibuk mengecheck apa yang aku check.  Jadi aku bagi tau la amahku yang aku dengar suara baby.  Then amahku cakap sebelum ni pun dia pernah dengar suara tangisan anak kucing tapi bunyi tangisan tu seperti datangnya dari atas atap.  

Jadi amahku cakap bagus dia cubuk siling rumah kami ni pasal ada lubang jugak kan.  Lubang tu boleh dibuka.  My maid bergegas ambil tangga untuk mau naik cubuk mana tau betul ada anak miau.  Ini la bah lubang yang aku maksudkan tu. (Gambar di bawah)


Bila amahku tolak ja tu penutup lubang... guess what???? Berkeluaran bah kaki baby kucing mau terjatuh.  Hahaha.... Terpaksa aku pun kelamkabut membantu dia sambut anak-anak kucing di atas tu.  

Kamu mau tau brapa ekor semuanya??????? 

Sila laa lihat gambar di bawah.

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

5 ekor dan semuanya gelap!!
Semoga rezeki kami makin bertambah amin....




Paris the mother of 5 or should i say the mother of 8??


My pride and joy, joy, joy.... Sabina (Puteh), Argo (Grey) and Juno (Hidung Hitam) umur sudah 5 bulan.  

Monday, December 3, 2012

Three little kittens

Hari ini 3 Disember 2012, genap la dua bulan umur anak kucingku.  Nakalnya kucing aku ni... bila aku tengok gambar dorang ni... eee... geramnya aku.  Rindu aku sama kucingku.  Huhuu.... (FYI, Aku sedang mem-blog dari KL).  Nanti balik from KL aku kena bawa dorang pigi klinik for vaksin.  Kalau mau hantar pigi vaksin, mesti klinik akan tanya apa nama kucingku ni.  Aku belum kasi nama dorang pasal aku tidak pandai tengok jantina kucing kalau masih baby ni.  So, apa la patut aku kasih nama ya?? Yang warna kelabu tu aku kasih nama dia si Sabina sempena watak dalam drama filipin kegemaranku MAJIKA.  Hehehe... Tinggal yang dua ekor tu lagi mau dikasi nama.  Kamurang boleh tolong suggest??




Monday, October 8, 2012

Paris Babies

3 Oktober 2012 around jam 3.00 petang my cat si Paris @ Betina telah selamat melahirkan 4 ekor anak miauuu yang cumil.  Nasib satu jak yang warna hitam/grey.  Manakala yang 3 ekor tu ikut warna mamanya.  My maid cakap si Paris telah pecah air ketuban (darah) di katil my maid.  Time tu si Paris tengah tidur dan my maid tengah tengok tv.  Tiba-tiba my maid sedar yang si Paris tercungap-cungap.  Sekali my maid tengok dia... naahh ada darah sudah di katil.  Jadi my maid terpaksa angkat si Paris masuk dalam kotak yang memang kami sudah sediakan.

Nah tengok ni gambarnya baru abis beranak.  Masih ada lagi tu tali pusat.  Belum lagi aku kenal pasti jantina the babies.  Ndak sabar aku mau tengok anaknya membesar pasal aku memang suka dengan anak kucing terutama yang sudah umur 2 bulan.  Gerammm....


Tapi hari ni 8 Oktober 2012 bersamaan dengan hari ke-6 si Paris telah memindahkan semua anak-anaknya.  Kami masih sedang mencari di mana dia tapuk anaknya.  Dia naik atas atap rumah kami.  Kami sudah check juga tapi tidak dapat dikesan.  Hopefully nanti dia bawa balik turun la anak-anaknya tu.  Risau juga sekarang ni lagi musim hujan.  Harap-harap tiada apa-apa la.  Dulu pernah juga kucingku kasi pindah anak ke atap rumah juga tapi bila umur 1 bulan dia bawa balik turun.  Itupun sebab ada yang jatuh ke rumput.  Nasib ndak mati.  Hopefully anak-anak si Paris selamat la... 


Wednesday, February 22, 2012

Finding Handsome

LOST CAT


"still searching" for my pride and joy-joy-joy


"HANDSOME"



MISSING FROM LORONG RAJA UDANG 7, TAMAN KINGFISHER II ON

13 FEBRUARY 2012


Monday, March 21, 2011

British Vs. American

Oleh kerana stok kucingku telah makin berkurangan.... hari demi hari semakin pupus kerana tua... pengurat dan tidak pandai pulang ke rumah... dan yang tinggal hanya 3 ekor iaitu si Baby Hitam, si Oren @ Sadong & Babyphatt... itupun dorang ni suka hati mau pulang rumah ataupun tidak tapi time makan tetap pulang punya. Maka i decided untuk memelihara kucing baru. YESSS!! Kucing baru. Kali ni aku pikir mau piara kucing yang memang disimpan di dalam rumah. Macam tidak picaya ooh kan... selama ni aku pelihara kucing, tapi kucingku tinggal di luar rumah. Kenapa kali ni so special??? Sebab... kali ni... aku mau BELI kucing!!

Untuk makluman, this is BRITISH SHORTHAIR. Ini memang kucing idamanku la. Seharusnya warna GREY. Actually, grey is not my favourite colour tapi untuk kucing... it has to be GREY!

(Gambar dipetik daripada internet. Untuk makluman, gambar ini telah dijadikan profile pictureku di dalam FB gara-gara ada orang yang tidak aku kenali telah men-tag foto-fotoku di tempatnya... eee... yuckss! Biar la aku jadi kucing gendut buat seketika. Hihihi)

Chantiqqq kan si maw-mau ni?? Sudah laa grey... gendut lagi... lepas tu mukanya pun macam kucing jahat. I likeeee...

S0, setelah 3 minggu berturut-turut mencari kucing di Gaya Street, akhirnya..... aku tidak jugak jumpa baka British Shorthair. Kucing kelabu pun tiada di pasaran. Alaahaiiii.... desperatenya aku mau memiara kucing... ya laa... apa tidaknya... kucing-kucing yang ada sekarang ni langsung tidak mau bermain sudah. Ini kan lagi bermanja-manjaan. Jangan harap la. Kalau disayang/dipegang terus lari! Eeeee... menyampahnya aku!!! I miss my Kelabu :(

(In Memory - hilang sudah ni. Ndak pulang rumah sebab asyik mengurat dan aku redha kehilangannya... jangan jak aku tau dia mati kerana dot-dot-dot...)

So, akhirnya... aku telah beli si Hensem @ Encem ni... Cukup hensem kah dia?? Hehehe... Di sini si Encem baru berumur 3 bulan. Menurut penjual si Encem ni... dia ni adalah baka daripada AMERICAN SHORTHAIR.

(Gambar diambil pada hari pertama si Encem berada di rumah - umur 3 bulan)

Entah la kenapa aku boleh terbeli si Encem ni. Mengkali pasal desperate sudah kan. Lagipun tiga minggu berturut-turut pigi ke Gaya Street... asyik-asyik kucing persian saja yang bertempiaran. Kalau boleh aku tak mau la piara kucing jenis bulu yang panjang-panjang tu pasal aku takut nanti aku kena penyakit asthma sebab simpan kucing dalam rumah. Ya la kan... lately aku ni asyik sakitttttttttttttttt saja....

Cuma aku ada sedikit keciwa juga la... Pasal aku rasa si Encem ni bukan laa pure breed from American Shorthair bah. Sudah laa mahal aku beli. Bila dia makin membesar/dewasa, aku tengok muka si Encem ni macam kucing kampung la pulak. Mengkali campuran sama kucing kampung bah dia ni. Cuba bah kamu tengok ni. American Shorthair kah dia ni????



Tapi aku tetap sayang sama si Encem ni walaupun kasih sayangnya sama aku agak "KURANG" kerana dia lebih sayang dengan my maid. Huhhh!! Ya laa kan... pasal my maid yang kasih makan dia dan sentiasa berada di sisinya. Infact, menurut my maid, jam 5 pagi si Encem akan menangis di luar bilik my maid, minta buka pintu sebab mau tidur dengan my maid. (Sama aku ndak mau pulak. Benciiii... tapi sayanggg)

Sekarang umur si Encem sudah lebih kurang 6 bulan gitu. Kesian dengan si Encem ni sebab kehidupannya dalam rumah jak. Apa ndaknya, asal keluar rumah, dia akan kena serang oleh kucing-kucing yang lain. So, terpaksa dikasi keluar time "taiko-taiko" tu keluar. Hahaha...



Ini baru la gambar Pure Breed American Shorthair.... Punya cantik dan gumukkk... very-very like la. But these cats are not for sale... Ini kucing kedai - for display only ya... Aku berharap nanti si Encem akan besar dan gemuk macam kucing-kucing ini. Tapi aku tengok muka si Encem jenis bukan bulat :( - betul-betul muka kucing kampung!! Adehhh... bolehkah ada miracle tu ya?


Haaa... yang ni apa pulak??? Khikhikhikhik... ini just IKLAN SEMATA-MATA... ini gambar anak buahku bersama dengan kucing monsternya - spesies Maine Coone kalau tak silap aku. Saja jak aku mau tayang gambar ni dalam blogku pasal aku terkejut meningu kucing ni besar. betul. Kupikir anjing bah. Hahahaha... Punya siok kalau aku ada kucing macam ni. Boleh dipaluk-paluk... aduiiii... bestnya...