Showing posts with label BFF. Show all posts
Showing posts with label BFF. Show all posts

Saturday, June 20, 2020

MEO and Rice Cooker

Ceritanya bermula begini, si MEO whatsapp sama aku.  Dia cari rice cooker yang bentuknya begini.  Macam thermos flusk bah ni tapi yang boleh masak nasi la.  Aku tanya untuk apa.  Then dia bagi tau la dia mau bawa bekal ke ofis dan masak nasi sebab di ofis dorang tiada kantin.  So, aku bagi tau la aku ada mini rice cooker yang aku tidak guna.



So, this is my mini rice cooker yang jarang-jarang sekali digunakan.  Hanya dipakai sewaktu mau ke oversea sahaja.  Bought this in 2013 tru' Groupon jenama SuGoal.  Aku pernah blog kisah rice cooker ni sebelum ini. Since i have 3 mini rice cooker,  so yang ini aku mau wariskan kepada si MEO la.  Harap dia gunakan sepenuhnya la.  Sayang juga kan kalau barang yang jarang dipakai ni... lama-lama akan jadi buruk juga.



Nahhh...comel bah rice cooker ni.  Kecil.  Boleh masak nasi 1-2 pot.  Sesuai sangat la kalau si MEO mau guna untuk dia 1 orang di ofis.




Wednesday, June 17, 2020

Belated Birthday Present For My BFF

A very belated birthday prezzie for my bff El-Liza.  Kain lace with net in royal blue from Bangkok with love ❤❤❤. Birthday nya 10 November last year tapi baru la ada masa terbagi hadiah sebab birthday girl nya sentiasa sibuk/susah mau dijumpa 😅. 

I hope she will love this as much as i do. HAPPY BIRTHDAY TO YOU MY MISS COCOS.  Semoga panjang umur, murah rezeki dan cepat kawen lagi 😝😝😝.

#novemberbabies #birthdayprezzieforsomeonespecial 
#delivered 
#banyakhutangkusamaorang
#storrumahpenuhdenganhadiah



Wednesday, April 29, 2020

Happy Birthday Cdar

To my jantan cabrets yang lahir pada 29 April... hahaha...

You have been my closest and dearest friend for a looooong time.  You were always with me, supported me and boosted me up when i was down... even when i mejok-mejok and marah-marah.  Hahaha.  Thanks for being such a wonderful and hensem friend of mine.  Adek manja sia bah tu... Pheeewittt...

I wish you the very best on your birthday and in the year to come.  May Allah swt bless you with good health and happiness always.  May success follow you in wherever you go and whatever you do in life.

HAPPY BIRTHDAY CDAR, SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA and STAY AT HOME! 

P/S:  Ndak dapat la kita buat acara sungkaian bersama tahun ni kan nak.  Hopefully after PKP kita celebrateeeee ya... Hadiah bestday nanti tuntut after PKP ya!




Friday, April 3, 2020

Happy Birthday Zally

3 April 2020



Special birthday shoutout to my KKS - Zallifah Shadan @Zally.   I always wished to be a great friend like you.  But there is no way to be a better friend than you in the world.  Have a wonderful Happy Birthday and many more to come. I lop u. 

Saturday, January 11, 2020

Happy Birthday Saima


Happy Birthday Saima Ismail
10 January 2020
We loves you very much!!

Saturday, June 4, 2016

When Beauty Meets Fabulous



Kanyat-kanyat si kawan bah nampak ni gambar kasut when i showed this to her. Terus 3 warna sekaligus dia suruh aku tolong belikan untuk dia. Hahaha.
Well...You can't buy happiness but you can buy shoes and that's kind of the same thing.
For those who interested... you can buy it tru' instagram frkl21 (fashionrepublickl@gmail.com)/ or whatsapp +60182473612.  The price is RM169 (excluding postage). Murahkan? Kalau beli di Pedro/Charles and Keith harga dalam RM300++.  Makk tak interested to buy coz makk tak pandai guna heels cam ni.  6 inci joe... ada karang makk jatuh tertiarap.  Hahahaha....




Friday, April 29, 2016

Happy Birthday Cdar

HAPPY BIRTHDAY TO MY COACH
29 APRIL 2016

SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR, DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN DIMURAHKAN REZEKI... AAMIIN...

P/S:  Jangan kuat mejok... nanti makin kerdut.  Hehehe...


#bff #selamatharituak #yangkeberapatu? #temanbergaduh #orangharapankujuga

Wednesday, April 27, 2016

Holiday Trip with BFF To Turki

Manisnya Cinta Di Cappadocia

Akhirnya tercapai juga hasrat naik hot air baloon with my BFF di Cappadocia, Turki on 22 April 2016.  Tak gayat pun... elok ja udaranya.  Tak windy.  Seronok... best giler... sejukkkk....  jam 5.50 pagi naik atas langit... sebab nak tengok sunrise.  Memang cantik giler la pemandangan dari atas.  Actually ini adalah cubaan yang kedua untuk naik dan kiranya successful.  Sehari sebelum tu kita orang sudah stand by dari jam 5 pagi untuk naik tapi tak berjaya.  Cuaca nampak ok... tapi menurut pilot... cuaca di atas yang tak baik (windy).  So semua trip hot air baloon kena cancel disebabkan cuaca yang tak mengizinkan.  Nasib baik la kita orang ada 2 malam stay di Cappadocia.  Kalau tidakkk.... kempunan naik hot air baloon.  Kiranya nasib-nasib juga la ni.

FYI, bayaran untuk naik hot air baloon ni USD200.  Agak lumayan juga la.  Bayaran tak termasuk dalam pakej tour kami (optional).  Agak-agak kami di atas tu lebih kurang 45 minit rasanya.  Sejuk sampai nak terkucil zura.  Hehehe... apa-apapun seronok...











with the pilots


#hotairbaloondone! #wishlist #bff #janjiBFFmenemankanakunaikhotairbaloon #taktakutpun #takgayatpun #seronokadalah #sejukgiler

Friday, February 20, 2015

Kisah Floral Vintage Dress dan Dinner Retro 60s PESETIA

Ingatkah postku yang sebelum ni pasal vintage dress tu? Baru-baru ni aku terjumpa baju lebih kurang  sama designnya berjual di Instagram.  Tengok ni.  Cantikkah?? Hihihi… merah lagi… betul-betul amoi la aku ni.  Suka betul warna merah.




Harga baju ni RM165.00 dengan postage.  Kira murah la dari harga di butik.  Yang di butik Suria Sabah tu jual RM389.00. Cuma masalahnya tak boleh try.  Itu saja keburukan baju online ni.  Harap-harap kualitinya ok sebab menurut penjual tu, baju ni from Korea and kualiti dijamin bagus.  Tak sama macam yang China punya.  Dress ni kena pre-order and  3 minggu baru sampai.  Lamanya kan.  Sabar ja la aku.  

Nasib baik baju tu bukan aku yang bayar ya.  Baju ditaja oleh my BFF - Salmah Arnie hadiah sempena belated birthday tahun lepas.  Hahaha… Betul-betul belated ohh!  Ndak sabar aku tunggu ni dress sampai bah.  Harap-harap la tidak mengecewakan.  Huhuu…

Oh ya! Ni dress aku kira mau pakai untuk acara/dinner sempena retro 60s kah ataupun high tea society.  Ngam ni. Tinggal cari aksesori saja.  Ndak  la aku pening tercari-cari dress lagi bila tiba masanya kan.   

Cerita pasal tema retro 60s, tak sempat aku blog kisah dinner PESETIA 2013 kami.   Kamu tengok gambar ja la ya.  Hihihi… 


Cukup retro tak mak??


 Me with bestie - natasha



Kalau ada sesiapa berminat nak beli baju yang mak pakai warna kuning ni… haa… boleh la hantar komen/email di ladyfamila@gmail.com.  Nanti mak terus reply cepat-cepat by whatsapp ok.  Kira baju preloved la bah ni. Baru pakai sekali jak.  Free size gitu… Tak payah susah-susah cari baju retro.


Saturday, February 7, 2015

Lo Han Guo

Kalau hari tu kita belajar macam mana mau rebus tu white fungus… hari ni kita belajar rebus Lo Han Guo.  Nah ni lagi senang.  Ni pun ajaran my BFF si Pol.  Sayang betul dia sama aku sebab aku selalu mengadu dengan dia yang aku ni selalu kena sakit batuk-batuk.  Jadi konok itu petanda yang aku ni lemah paru-paru dan panas dalam.  Lo Han Guo ni bagus untuk buang panas dalam.

Jadi si Pol mengirim la aku ni akar-akar dari Tawau.   Haa… ada 2 jenis ni ya.  Yang sebelah kiri tak tau apa namanya.  Yang kanan tu Lo Han Guo.  Yang kiri tu liver.  Ada sedikit kelat rasanya.  Cara rebusannya sama saja.   


Mula-mula masukkan 1500ml air dalam periuk.  Agak-agak 1 botol besar mineral water.


Terus masukkan 1 plastik akar Lo Han Guo.  Dalam plastik tu sudah lengkap tu siap ada labu putih kah tu dan macam bentuk telur.  Tu telur kena kasih pecah pakai genggaman tangan sahaja.  Jangan la kasih hancur.  Asal pecah saja.


Lepas tu tekan-tekan tu akar agar sebati dengan air.  Rebus dengan api besar.  Apa bila mendidih, kecilkan api yang paling kecil dan tutup periuk.  Rebus sehingga 2 jam.  Apabila sudah hampir 2 jam, masukkan gula batu mengikut kesesuaian rasa masing-masing.  Kalau rasa pahit, letak la lebih gula batu.


Kalau sudah sejuk, buang akar-akar tu.  Toskan dan diambil airnya.  Air tu la yang kita minum.  Boleh diminum time panas atau kalau suka sejuk boleh disimpan di peti sejuk.  



Ni la minuman Lo Han Guo saya.  Sudah ready untuk diminum.  Sedapppp….

#herbaldrinks

Wednesday, January 21, 2015

First Reunion Dinner St Ursula Convent Secondary School (Class of 1988-1992)

Majlis makan malam sempena reunion SM Konven St Ursula Tawau (class of 1988-1992) yang pertama telah berjaya diadakan pada 27 Disember 2014 jam 7.00 malam bertempat di Hotel Promenade, Tawau.  Tema malam itu ialah merah/hitam.  Seramai hampir 50 orang bekas pelajar telah hadir ke majlis ini.

Selain makan malam, pelbagai acara telah diadakan seperti sesi karaoke, cabutan bertuah, games, slideshow gambar-gambar lama, tarian jamilah/poco-poco/sakitnya tuh di sini/chicken dance etc.

Tak banyak foto yang saya masukkan dalam post ni sebab actually saya belum terima lagi foto yang lain-lain.   Anyway, bah… tingu la sikit-sikit foto ni ya.  Let the photos tell the story…...

(Yours truly - dengan muka yang gumuk)


(From left:  El-Liza, Neng Suznie, Me & Aryati)

(From left:  Siti Rabiyah, Andriah, me)

 (From left:  Zarina, Jennifer, Me & Siti Rabiyah)

 (My BFF Paulina & me)

(From left:  Paulina, Norizan, Mr Tan Hock Seng, Kamariah & me - belakang tu Arsyati)

Ini la AJK Makan Malam Reunion.  Orang-orang yang bekerja keras untuk menjayakan majlis ini. Ehem-ehem… saya pun turut terlibat okay…

(From left:  Juliana, Asmiati, Noraini, Zarina (Pengerusi Penganjur), Kamariah, Norizan, Me, Paulina, Siti Rosidah, Arsyati, Kartina & Boon)

 (Bergambar dengan chinese friends.  Ada yang aku ingat nama dan ada yang lupa nama tapi muka memang familiar la)


Yang ni gambar group photo.  Jangan la tanya nama dorang semua ya.  Aku memang tak boleh ingat sudah ni.  Hahaha… bayangkan… ada yang sudah 22 tahun tak jumpa.  Huhuu…. 22 tahun??? Macam tak caya ja kan.  Ya la… lepas saja SPM kiranya aku sudah menetap di KK.  Lamanya tu.  Bila jumpa kawan-kawan lama ni perasaannya macam baru juga semalam meninggalkan SPM.   Hahaha…rupanya sudah 22 tahun.  Sob-sob-sob...


Gambar santai jam 11.30 malam time orang semua sudah berpulangan ni.  Kami sempat berfoto kasi habis filem.  Hahaha… Why i look like a minnie mouse??? Becausenya….


I was chosen to be one of the Minnie of the Night!! Kekekekek….


Me and my friend Neng Suznie telah menang undi dan terpilih jadi badut malam itu! Hahahaha…. Comel tak kami???  Itu saja la gambar dinner untuk malam tu yang saya mau kongsi.  

Oh ya… sebelum majlis makan malam tu, kamiurang sempat lagi photoshoot di sekolah pagi tu ya.  Banyak foto sebenarnya.  Tapi cukup la 1 keping ni saja group foto.  Tak ramai yang dapat datang pagi tu.  So, here it is… bergambar dengan t.shirt merah dan hitam yang ada nama kamiurang.  Hihihi.



Oh ya… makan malam kami yang meriah ni masuk akhbar Utusan Borneo bertarikh 9 Januari 2014.  Glamour makkk… hahaha…

Yang di bawah ni pula masuk akhbar Borneo Post tapi tak ingat tarikh akhbar bila.  Macam 2-3 hari selepas majlis makan malam tu. 


 Lucunya mukaku di sini.  Nasib la bukan color.  Betul-betul minnie mouse bah.  Hahaha… 

Harap tahun ni ada reunion yang kedua… kerana… aku rindu bangettt sama semua kawan-kawanku.  Adakah kerana faktor umur mengakibatkan kita mau merapatkan hubungan silaturahim bersama kawan-kawan??? atau ???

#feelingconfused #feelingsad #feelingrindu #feelingmacammacam #feelingold #omaigattt


THE END





Friday, October 17, 2014

Cash RM1500

Alkisahnya...  aku dapat RM1500 tunai daripada kawan-kawan tersayangku sempena harijadi ku tahun ini.  Happynya aku....  Ros bagi RM300, Melania RM150, Muha RM200, Saima RM200, Zally RM200, Bad RM200, Radi & Esda bagi RM250.  So total ada RM1500. Yeayyy...


Ceritanya gini... dorang tidak tau mau kasi aku hadiah apa.  So, aku bagi tau la sebenarnya aku teringin sangat mau ada ni Gopro konok.  Tu la dorang kasi aku cash supaya aku boleh beli ni Gopro konon.



Hari tu ada la aku check di kedai harga Gopro HERO3 ni dalam RM1399.  Tapi sekali aku tengok offer di Groupon baru-baru ni... makkk aiii... lagi murah... start from RM799 bergantung dengan MP nya.  Paling mahal RM1199 (12MP).  Excited makkkk.... 





Tapi... bila fikir punya fikir... kes terlampau lama berfikir la bah ni...  macam aku rasa membazir pula kalau aku beli Gopro sebab aku ni jenis hangat-hangat taik ayam.  Nanti hujung-hujung aku ndak pun pakai ni benda tu kan.  Huhuu...

Lagi bukan apa... sebenarnya... ada orang pernah cakap sama aku konok... dia mau kasih hadiah aku ni Gopro... siap inbox sama aku dia booking mau kasih hadiah aku Gopro... toinkkkk.... siapa la tu ya... biar dia baca ni post... biar dia tersedak di situ.  2-3 kali cakap konok tapi tiada juga mau kasi... apa laa... poraaa.... cakap tidak serupa bikin.

Anyway.... aku sudah fikir-fikir... aku tidak akan beli ni Gopro kecuali la aku dapat free.  Free??? harap-harap dapat lucky draw la kali.  Itupun kalau ada.... Hahaha....

Aku masih lagi ni berfikir-fikir apa mau beli.  Kamurang ada suggestion kah???