Showing posts sorted by relevance for query mini rice cooker. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query mini rice cooker. Sort by date Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

Mini Rice Cooker

Memandangkan kami ni selalu travelling, tiba-tiba aku terfikir dan berminat untuk membeli mini rice cooker untuk diangkut ke sana ke mari.  Kalau di negara asian senang sikit boleh minta steam rice kalau di hotel.  Tapi kalau di negara Eropah ni belum pasti ada steam rice.  Sudah la my hubby ni cerewet sikit.  Mesti mau juga makan nasi.  Mana dia tahan tu kalau makan maggie with sardin saja. Hehehe... 

So, i pun menggoogle laa mana mau cari ni mini rice cooker yang kiut-kiut konok.  Ndak mau la periuk nasi yang macam di rumah tu.  Besar kalo mau diangkut.  Aku cari yang betul-betul mini.  Yang boleh masak nasi setakat 1 or 2 pot saja.              

Jadi aku ternampak la gambar-gambar ni.  Punyaaaa la cumilllll..... Ntah di mana mau dapat ni.  Bikin grigitan.  Nah... kiut kan? Sizenya pun cumil. Aku mauuuuuuuu...... Ada juga aku cari di KL tapi tak jumpa.



Yang ini pun cumil.... endukk.... bentuk apple.




Laaa.... ada kaler pink lagi tu.  Siap dengan gambar Hello Kitty. Betul-betul cumil. Ya ampun.... tolongggg belikan aku.... hahaha.... (Yang ni ada aku pernah nampak tapi sizenya bukan mini)



Kalau dapat yang ni pun kiut kan? Boleh rebus2 sayur lagi tu.  Hihihi....


Yang ni jenama Cuisintech.  My sister suruh aku beli yang ni.  Dia cakap ada berjual di Metrojaya KL. Tapi hari tu aku cari macam tiada sudah.



Time aku cari-cari ni mini rice cooker, tiba-tiba ada la pulak aku dapat emel dari Groupon.  Check this out.


Aku sign mati jak ni masa membeli.  Hehehe.  Sebab tidak yakin dengan sizenya.  Takut la pulak besar kah apa kah.  Oleh kerana murah... hanya RM88.00 so aku pun beli la.







































2 minggu kemudian.... 


Tadaaa.....




Awal pulak kena deliver kali ni.  Hehehe.... Sizenya ok... cuma gumuk sikit la.  Tapi tetap kiut la walaupun bukan pink.  Aku terima seadanya.  Bersesuaian la dengan harganya yang murah.  Dan kami sudah test masak nasi guna periuk ni.  Dan nasi tu normal seperti nasi yang kita makan hari-hari.  Hehehe... Thank you GROUPON! You make my day :)


So, begitu la kisah mini rice cooker ku yang bakal aku bawa ke Paris tidak lama lagi.



Saturday, June 20, 2020

MEO and Rice Cooker

Ceritanya bermula begini, si MEO whatsapp sama aku.  Dia cari rice cooker yang bentuknya begini.  Macam thermos flusk bah ni tapi yang boleh masak nasi la.  Aku tanya untuk apa.  Then dia bagi tau la dia mau bawa bekal ke ofis dan masak nasi sebab di ofis dorang tiada kantin.  So, aku bagi tau la aku ada mini rice cooker yang aku tidak guna.



So, this is my mini rice cooker yang jarang-jarang sekali digunakan.  Hanya dipakai sewaktu mau ke oversea sahaja.  Bought this in 2013 tru' Groupon jenama SuGoal.  Aku pernah blog kisah rice cooker ni sebelum ini. Since i have 3 mini rice cooker,  so yang ini aku mau wariskan kepada si MEO la.  Harap dia gunakan sepenuhnya la.  Sayang juga kan kalau barang yang jarang dipakai ni... lama-lama akan jadi buruk juga.



Nahhh...comel bah rice cooker ni.  Kecil.  Boleh masak nasi 1-2 pot.  Sesuai sangat la kalau si MEO mau guna untuk dia 1 orang di ofis.