Bolehkah aku post aku sakit hati? Tapi aku memang sudah ter-post pun. Apa boleh buat la ya. Aku sakit hati betul sama maid baru ku bah. Stress mak... stresssss tahap gaban macam aku mau teriakkkkk saja..... Ini maid baru kerja sama kami selama 2 minggu. Aku tengok dalam tempoh 2 minggu ni tiada perubahan langsung. Bikin sakit hati ada laa... Umur my maid ni baru 17 tahun. Sweet 17 la katakan... so masih budak-budak lagi. Fikiran masih belum stabil. Belum reti mau buat kerja betul-betul. Kalau kerja sambil lewa dan macam main-main. Asyik terperuk di bilik tengok tv sambil baring-baring. Katilnya masih kusut masai tak berkemas. Aduhaiii... Kalau dipanggil keluar untuk bekerja, dia tak pandai off lampu, kipas dan tv. Beberapa kali sudah aku tegur masih tak makan saman. Aku tak tau la nak buat camana. Cara dia kerja... menghampehhhhkan... Kalau sapu lantai, dia tak akan kasi lari tu karpet/lap kaki. Ibaratnya, kalau ada ular depan mata pun dia tak peduli. Banyak lagi aku mau cakap pasal ni amah tapi aku kelamkabut ni. Sebab aku nak keluar pigi interview amah baru. Kebetulan ada amah timur yang cari kerja juga ni. So, wish me luck!
Showing posts with label oh my amah. Show all posts
Showing posts with label oh my amah. Show all posts
Tuesday, November 18, 2014
Monday, October 6, 2014
Daifonai Herbal Bath
Daifonai Herbal Bath ataupun Mandian Herba Daifonai adalah sejenis ubat tradisional turun-temurun. Kini telah diproses dengan kaedah saintifik. Keberkesanannya telah dipastikan. Produk ini diproses dengan bahan semulajadi tidak dicampur dengan bahan pewarna dan pengawet. Senang digunakan.
Mandian herba ini digunakan oleh ibu-ibu bersalin untuk membuang angin (digunakan berterusan selama 30-40 hari). Ia juga boleh digunakan untuk spa, rendam kaki atau mandian biasa. Ia dapat melegakan perasaan kepenatan dan tekanan dan juga melancarkan peredaran darah.
Apabila saya rasa badan berangin, terutamanya apabila angin gastrik melanda macam yang saya alami sejak 2 minggu lepas… maka saya pun terpaksa la merebus ni Herbal Bath. Kalau dulu ada si Nor (my maid), nah dia la yang mengatur mandianku. Sekarang… kotohhhh!! Padan mukakan… Kena buat sendiri. Huwargghhh… terpaksa call my mummy lagi tanya macam mana cara mau rebusnya.
So, here it is… mudah saja… kalau ikut arahan dalam packet, cara penggunaannya adalah seperti berikut:
Masukkan sebungkus herbal bath ke dalam air sebanyak 1.8 liter (boleh menambahkan halia) dan dimasak sehingga mendidih, selepas itu dibiarkan mereneh selama 10-15 minit dan dibiar sejuk sehingga suhu yang sesuai. Ia boleh digunakan untuk mandi atau mengelap.
Tetapi, kalau ikut cara my mummy pula…
Masukkan sebungkus herbal bath ke dalam air sebanyak 1.8 liter, campur serangkai halia tua yang telah dibersihkan/diberus - tak perlu dikupas/hanya diketuk/dipecahkan) - halia tu lagi banyak lagi bagus, masukkan 5-6 batang serai (yang telah dibersihkan/diketuk) dan masukkan beberapa helai daun pandan (tujuan untuk kasi wangi saja) seperti gambar di bawah.
Direbus selama 45 minit (tutup periuk). Selepas itu, rebusan tadi jangan dibiarkan sejuk. Terus duduk berbungkus dalam selimut panas (2 atau 3 lapis selimut seboleh-bolehnya) bersama-sama periuk rebusan tersebut selama 20-30 minit atau sehingga wap rebusan sudah tidak berapa panas. Macam gambar di bawah. Kiranya macam ber-sauna/steambath la ni. Konpom satu badan basah keluar peluh ya! Badan terus rasa ringan dan lega… Tidak percaya?? Sila la cuba...
Selepas selesai, lap bersih badan dan pakai baju. Jangan berkipas. Bungkus kaki, kalau boleh pakai stocking. Sebab takut nanti angin masuk semula. Rehat selama 30 minit atau 1 jam. Selepas badan sudah sejuk, baru la mandi. Selepas mandi, air rebusan tadi dilap ke badan ya (pakai towel).
SELESAI… badan konpom baukkkk… ahahahaha…
Lepas tu, kalau ikut cara saya… saya akan gosok badan pakai ubat buang angin supaya badan rasa lagi lega.
Wednesday, October 1, 2014
Oh My Amah Nor
Semasa bulan puasa hari tu, si Nor my maid ada hantar sms sama aku. Dia cakap dia mau balik kerja denganku. Akupun melonjak gembira! Sangat gembira. Dia cakap dia mau balik kerja sama aku selepas hari Raya which is bulan 8 la kalau diikutkan. Tunggu punya tunggu… sampai openhouseku tahun ni pun ndak terbikin sebab menunggu kepulangan si Nor… ndak juga timbul.
So, dia sms aku mengasi tau yang dia sakit dan tidak boleh datang ke Sabah. Jadi aku minta la dia berehat sehingga dia betul-betul sihat baru la datang kerja. Aku memang betul-betul mengharap si Nor datang balik kerja sama aku sebab aku tidak ada niat mau ambil orang gaji lain. Malas aku mau cari orang gaji lain sebab aku ni agak malang kalau dapat orang gaji. Selalu dapat yang lemau. Selama ni cuma si Milah dan Nor saja yang terbaik aku rasa. By the way, Milah and Nor adalah adik beradik ya.
So, berbalik kita kepada cerita si Nor tadi… ini sms yang dia hantar kepadaku mengatakan yang dia sakit. Kesian jugak.
8 September 2014, aku dapat berita sedih dari si Nor. Dia tidak dapat kerja sama aku. Sebab dia masih lagi tidak sihat :(. Bila dapat sms nya aku tidak reply sebab aku sedih. Huks huks huks...
Pada 27 September 2014, tiba-tiba aku teringat si Nor sebab aku rindu dia. So, aku respond terhadap sms nya.
And the next day nya, dia hantar sms kepadaku yang membuatkan aku tersenyum. Walaupun aku tidak mengharap dia kembali kepadaku, at least aku rasa dia ada ingat aku juga la.
#feelingappreciated
Wednesday, September 3, 2014
Ignored
Tiba-tiba i feel like blogging again. Begitu lama aku senyap kan. Macam banyak bah yang aku mau cerita di blog ni… yang aku mau luahkan perasaanku di blog ni. May be pasal aku terasa kesunyian lately sampaikan aku terasa tiada kawan untuk luahkan perasaanku. I hate being alone and lonely. Bila aku saturang di rumah… terasa sunyi betul… tiada kawan… lain la kalau dulu ada si Nor (my maid)… ada juga kawan bercerita… makan-makan… tempat bermanja… minta bikin rambut…minta jahit baju… minta masak…. membungkar almari… main mekap-mekap… bergosip… sekarang bila si Nor sudah tiada… alahaiii…. semua pun aku kena buat sendiri. Now i miss my Nor. Huhuu… Aduhh sedihnya… sedihnya bila keseorangan di rumah… sudah la my hubby selalu outstation. Kesian aku…. terpaksa makan maggie sorang-sorang.
Tiba-tiba aku terasa… macam ada perasaan menyesal sebab berenti kerja. Huwargggghhh…. tapi aku tak mau la cakap menyesal…. Kalau dulu di ofis… sentiasa busy… and dikelilingi oleh kawan-kawan. Walaupun tak rapat sangat sama kawan ofis kita… tapi at least masih boleh bercakap… bersapa dan bercerita… well maklumlaa… ofisku tu dikira "one stop centre". Tempat memfaks di situ. So, sesiapa yang mau memfaks akan bergosip/meluahkan perasaan di bilikku. Huhuu… betapa rindunya aku dengan ofis lamaku dengan mukaku yang marung-marung tension dan melayani karenah orang ofis/luar. Kalau dulu di ofis lama… ketika aku sedang marah/no mood… mesti ada kawan-kawan yang akan duduk depan aku dan mendengar keluhan perasaanku. Bila aku sudah tidak kerja… tiba-tiba aku terasa kehilangan semua kawan-kawanku. Perasaan ini lagi terasa bila mana aku kena serang sakit gastrik yang aku rasa berpunca dari stress. Terasa sangat-sangat aku…. bila mana aku perlukan kawan-kawan di sekelilingku untuk bagi moral support to me..… kawan pula not around… as everybody also busy with their life. Terasa betul aku tidak kena peduli bah… Huks huks huks…. Manja kan aku?? Well…. begitu la bah tu… as my mummy always said… aku ni mati kalau tiada kawan. Hahaha….
"Some people hurt by words…... and some by action…. and some by silence…. but the biggest hurt I believe is that someone ignoring you when you value them more than anything else"
Betul tidak ayat di atas tu?? Nah begitu la bah yang aku terasa tu… as i always value a true friendship. I feel ignored :(
#feelingignored
Labels:
BFF,
Bla-Bla-Bla,
Life,
MyAmah,
oh my amah,
ohwhatafeeling,
Opis
Friday, November 22, 2013
Evatronik Robot Vacuum Cleaner
Aku ni ndak sabar. Hari tu aku ada beli robot vacuum cleaner di Groupon. Dijangka deliver dalam bulan 12 ni. Kira mau blog pasal ni lepas terima barang. Tapi aku ndak sabar juga mau blog. Kamu pernah kah beli atau guna ni robot vacuum? Aku tau ada banyak jenama robot vacuum berjual di pasaran sekarang ni. Hari tu aku pernah tengok dekat 1Utama. Terperanjat aku harga robot vacuum tu RM4ribu lebih ya. Ndak sanggup aku beli kalau harga begitu.
So, ni aku mau kasi tau la... aku nampak ni robot vacuum ada jual di Groupon hari tu. Harga dijual RM369. You save RM730.00. Maksudnya kalau tidak harganya dalam 1k juga tu. Jenama nya Evatronic.
Sebelum aku beli ni robot vacuum, aku tengok iklannya di youtube macam best bah. Aku beli ni robot vacuum sebenarnya untuk letak di bilik tidurku. Pasal malas bah aku tengok rambut gugur di atas lantai. Sekurang-kurangnya kalau ada robot ni, biar la dia yang bekerja sambil-sambil tu aku boleh tengok tv ataupun kasi kering rambutku kan. Selepas tengok ni youtube kan ndak sabar aku mau tunggu robotku sampai bah. Harap-harap berbaloi la aku beli. Nanti la kalau robot ni sudah sampai... aku sudah try guna... and ada masa, baru aku akan blog ya.
Product specifications and features
- Model: Evatronic-K6
- Dimension: 25cm (W) x 25cm (L) x 7.5cm (H)
- Colour: cyan
- Weight: 2kg
- Dustbin capacity: 0.2L
- Material: plastic
- Operation time: Up to 55 minutes
- Charge time: approx. 3 to 4 hours
- Washable dustbin
- Cleans most surfaces including carpet, hardwood, tile, and linoleum
- Scheduling function: pre-set intelligent vacuum cleaner to start-up automatically
- Intelligent Suction Adjustment for thorough cleaning and saves 30% of power
- Cliff Sensor allows vacuum cleaners to avoid stairs and other drop-offs
- Soft bumper protects vacuum cleaners and nearby furniture in case of contact
- Indicator for full dustbin
- Manufacturing warranty:
- 6-month warranty for unit
- 3-month warranty for battery
Package includes
- 1 x vacuum cleaner
- 1 x left side brush
- 1 x right side brush
- 1 x dustbin filter
- 3 x dusting paper
- 1 x dusting paper holder
- 1 x rechargeable battery
- 1 x power adaptor
- 1 x user manual
Thursday, November 21, 2013
Lagi-Lagi Kisah Amah - My Amazing Maid
Hari ni aku mo bercerita pasal maidku. Maidku yang bernama Nor telah berkhidmat denganku selama 1 tahun lebih. Actually si Nor ni adalah kakak kepada maid lamaku si Milah. Memandangkan si Milah telah balik kampung so dia minta kakaknya si Nor yang menggantikan tempatnya. Dua adik beradik ni memang boleh tahan. Serba boleh. Pandai kerja. Aku masih ingat hari pertama si Nor datang ke rumahku, aku tidak perlu mengajar dia apa yang perlu dibuat. The next morning dia sudah tahu menyediakan sarapan pagi untuk kami. Yaa.... masak mee goreng okay...
Seperti si Milah, bukan sahaja dia pandai memasak. Sebaliknya juga tahu membuat kerja-kerja rumah seperti vacuum lantai, mop lantai, sapu rumah, siram bunga, kasi makan kucing, kasi bersih taik kucing, iron baju dan sebagainya.
Well, kalau dulu si Milah pandai menggubah bunga untukku. Manakala si Nor pula boleh menjahit baju untukku. Tapi bukan la menjahit baju kurung atau baju bah. Maksudku menjahit ni adalah seperti mengasi kecik baju yang besar, jahit/tampal baju koyak, jahit butang terlepas, menjahit manik simple dan sebagainya. Aku siap beli mesin jahit singer bah sebab dia familiar guna mesin jahit. Bukan macam puan nya ni. Apapun tidak tahu.
Selain itu, kerja-kerja seperti membalut present pun aku biar dia yang buat. Sometimes, menggulung rambutku pakai curling tong pun dia tolong buatkan. Dan siap tolong aku cabut rambut putih ya! Oopss... did i say rambut putih?? No, no, no, no... i mean golden hair. Kekekekekek. Rambut putih sounds too old. Hahahaha. Kadang sebelum aku mau keluar rumah pun aku minta pendapat my maid tentang kasut or accessories yang perlu dipakai untuk kasi match dengan bajuku. Kiranya macam maidku ni adalah personal assistantku yang serba boleh. Memang beruntung aku dapat maid adik beradik ni.
Tapi apakan nasib.... nasib kita tak selalu bertuah. Huhuuuu... Bulan lepas si Nor telah memaklumkan kepada kami bahawa dia terpaksa berhenti kerja dan balik ke kampungnya di Pare Pare kerana si Milah akan berkahwin dalam bulan 12 ni. Dia terpaksa juga balik sebab selepas si Milah berkahwin dia akan pindah ke kampung lakinya. So rumah orang tua dorang tiada orang jaga kerana adik beradik yang lain semua sudah berkeluarga dan masing-masing mempunyai rumah sendiri. Milah adalah merupakan adik paling bungsu dan kedua orang tua mereka sudah lama meninggal dunia. So, rumah tersebut perlu didiami oleh seseorang sebab kalau dibiarkan kosong takut buruk la pula. Kalau dulu si Milah berhenti kerja pun atas desakan adik beradiknya kerana dia yang paling bungsu dan diminta untuk menjaga rumah arwah. Tapi apa boleh buat jodoh sudah tiba terpaksa juga si Kakak (Nor) sacrifice untuk balik. Kalau ikutkan si Nor masih mau bekerja denganku. Kami sudah uruskan pemeriksaan fomema untuk penyambungan pas kerjanya. Huhuu....
So, dijadikan cerita.... sekarang ni aku dalam dilema la bah ni. Dilema mencari amah yang serba boleh. Adakah tu di luar sana aar??? Bolehkah dapat menandingi adik beradik ni?? Aduhhh... bila memikirkan ni... sakit kepalaku. Malas bah aku mau mengajar dan mempercayai amah baru. Bukan senang bah. Keciwa aku terus mau bercuti-cuti di hujung tahun. Alalalala.... apakan daya.... alalalala....
Sudah la bukan senang mau cari maid. Aduhhh.... apa kan nasib. Hari tu ada dapat saturang amah ni. Muda... umur baru 17 tahun. 3 hari dia kerja di rumahku. Akhirnya kami hantar dia balik semula ke rumahnya. Pasal budak tu tak pandai kerja. Iron baju pun tidak pandai. Macam mana?? Sudah la dia penakut kalau tinggal saturang di rumah. Kena lagi kami ni jarang ada di rumah. Lepas tu satu hal lagi dia ngadu sama aku yang dia ada allergic gatal-gatal di tangan dan kakinya. Tak boleh makan sembarangan dan terkena air. So fikir-fikir macam mana la tu mau buat kerja di dapur dan cuci kain kan. Alalalala.....
So, now... I am desperately seeking for amah. Si Nor akan balik ke Tawau pada 29 November 2013 ni. Rindu la aku sama dia ni nanti. Kalau kamurang tau ada maid mo cari kerja... bah kasi tau la sama aku. Untung bah siapa kerja sama aku ni. Kena sayang-sayang. Hehehe. Bukan banyak pun kerja di rumahku ni. Puan rumahnya selalu tiada pun. Cuma mau jaga binatang ja bah. Hehehe...
Ini la si Nor. Hehehe. Terpaksa ambik gambar pasportnya. May be last day dia kerja nanti kami kena bergambar sama-sama juga ni sebagai kenang-kenangan.
Yang ini pula si Milah. This picture was taken last year on the day si Milah mau balik ke Tawau. Maigattt.... besarnya aku. Kah si Milah yang kecik ni???
Subscribe to:
Posts (Atom)


















