Showing posts with label Car. Show all posts
Showing posts with label Car. Show all posts

Monday, February 11, 2013

Evoque

Post ini tidak ada kaitan samada aku mau beli or tukar kereta baru ya.  Ini hanya untuk suka-suka saja. (Tapi siok jugak kalau betul-betul aku dibelikan ya.  Hahahaha)

5 bulan yang lepas, (ketara punya lama baru aku update/post ni kisah) me and hubby boring-boring and saja-saja pigi tengok kereta Evoque di showroom Range Rover somewhere in KL (aku tidak ingat apa nama tempat tu) dan sempat jugak untuk test drive ya.  Ambik kesempatan.... Bila lagi.  Hahaaa..... 

Mari kita tingu ni kereta....



Hensemkah kereta ni? Hahaha...












Hensem tak kereta ni??? Hehehe... Aku ni ndak brapa pakar pasal kereta sebab aku ni jenis pandu jjak bah.  Ndak reti apa-apa.  Hehehe....  Kalau kamu tanya ni kereta ok kah tidak... mesti la aku cakap okay kan. Tapi kalau kamu tanya lebih lanjut pasal kereta ni... nahh... bagus kamu terus tengok dan baca la di websitenya... segala spesifikasi dan harga semua ada di situ. 

Sedikit info menarik pasal kereta ini yang aku dapat tahu dari salesman Range Rover bila aku tanya samada tu leather seat boleh tukar atau tidak.  Dia cakap ini kereta special design for Victoria Beckham. So, aku pun google la... so ni la yang dimaksudkan tu....


Evoque Special Edition

Victoria Beckham was involved with the Evoque Special Edition, jointly designed by her and Land Rover's Gerry McGovern. The special edition was announced in April 2012 at the Beijing Motor Show. The special edition is based on the three-door coupe, featuring rose gold accents, which McGovern stated was inspired by Beckham's rose gold men's watch she wore upon first entering the design studio, vintage tan leather seating and matt grey exterior paint. The black wheels, grill, and other accents, all have rose gold accents. There is also a limited edition his and hers luggage set, a purse and a wallet, all designed by Beckham.

[edit]

Wednesday, July 8, 2009

Bajau Semporna???

Perhatikan tulisan di bawah bonet kereta ini.
So, lepas ni siapa mau try bikin di keretanya
"SULUK TAWAU" or "BRUNEI MEMBAKUT".
Amacam?? Anda berani menyahut cabaran ini?

Wednesday, April 22, 2009

Plat Number

Jeng-jeng-jeng... what have i done with my plat number? ada bling-bling... hihihi... Kalau diikutkan, ini adalah yang ke-3 kali aku tukar plat number pasal yang sebelum ni aku sudah kasi tau sama laki suruh carikan aku jenis nombor yang berkilat. Asal dia buat mesti la salah bah. Ndak faham-faham jugak dia sama bininya ni. Aku bilang, kalau boleh biar lah satu batu silauannya. Orang panggil jenis plat number ni crystal kah kunuk. Entah betulkah ndak. Nah... akhirnya... jumpa jugak aku yang number jenis berkilat ni. Bukan lagi setakat nombor. Di siring-siringnya pun ada kilatnya. Puas hatimu Chinadoll? hihihi....

P/S: Oh ya... masa aku tukar plat number ni kan sempat lagi tu bini tauke promote aku crystal/diamond yang boleh melekat di aircond kereta. Hmm... bayangkan laa... aircond tu penuh dengan bling-bling. Hmm... macam mana agaknya tu ya?

Tuesday, December 2, 2008

What's Your Dream Car?

Did you know that everyone has a specific car that perfectly matches his or her personality?Follow the instructions here to find out what's the car of your dreams.. Have Fun!



Friday, November 7, 2008

My 7 Dream Cars

Nah... ini permainan yang paling best ni dalam blog. Aku kena tag oleh Ajelin. Yang bestnya pasal tajuknya "My 7 Dream Cars". Sebenarnya tak pernah terlintas di fikiran untuk ada 7 dream cars. Palingpun... dua or tiga or empat. Lain la kalo kena tag "My 7 Dream Bags" kah... bukan lagi 7 aku list down. 77 mungkin!!.

Anyway, here are the rules:
1. The title of your entry must be "My 7 Dream Cars"
2. Add a link to the person who tagged you
3. List your 7 dream cars [preferably with pics of those cars]
4. Tag at least 7 other bloggers

So, ini la my 7 dream cars. Pelik. Baru kusedar rupanya semua kereta idaman berbentuk sport car!!



Since, aku ni ratu bling-bling, so teringin juga ada kereta macam Prince Waleed ni.

Nah... ini paling aku suka!! Brabus. Tapi setakat ni berambus jak aku dapat!



The Red Hot Ferrari. Kalo dapat bergambar dengan kereta ni ok jugak.


Yang ni Lexus. Colour ni sesuai dengan aku... bayangkan aku membawa this hot little baby bersiar-siar di Tg. Aru. Memang konpom kena kutuk orang!!! Pasal panas. Hahahaha...

Porshe - sapa tak mau kan...


Yang ni pulak Aston Martin. Macam dalam filem James Bond la pulak.



Wow... Lamborghini

Tapi ini semuanya impian.... setiap orang pun ada impian masing-masing. Kalo dapat ertinya rezeki la. Kalo tak dapat... tengok dalam gambar ni jak la.
So now, i would love to tag:-
1. My sister Amoi
2. My sister Elsa
3. My cousin Lisa
4. My fren Momie Cay
5. My fren Kimora
6. My best buddy Neetot - Walaupun aku tau dia ni pemalas pasal ndak pandai update blognya!
7. My fren Rosie

Saturday, November 1, 2008

Untuk Tatapan Sahaja

Akhirnya.... ya... akhirnya... sampai juga kereta yang kena booking tu. Ini la dia. Sialan betul. Baru jugak orang beli kereta baru, baru sebulan jagung, kenapa sekarang baru la dia sampai. Bikin sakit hati betul! Tapi aku tak mo menyesal sebab nanti tambah sakit hati. So, terpaksa la gambar ini hanya dibikin untuk tatapan sahaja. Sedih. Kweng-kweng-kweng...
Wah.... so baru aah this car... Blackie Avantgarde Sporty

Thursday, October 9, 2008

BMW Vs. Benz


Ingat kah kisah cerita mengenai kereta yang telah diorder tapi tidak sampai-sampai lagi??? So, kami telah mengambil keputusan untuk beli kereta yang telah di-testdrive sebelum ini. So, surprise!!! ini la dia... memang mengejutkan... sebab tak pernah terlintas/berangan pun aku nak beli/drive kereta BMW. Ceritanya begini... mula-mula hari tu just test drive. Bila kita orang call SiKhiong, dia kata tak sure bila kereta akan sampai. So, my hubby kata bagus tukar BMW ja la sebab sudah terlalu lama tunggu tu kereta tapi tak sampai-sampai juga. Then i agreed. The next day after testdrive kami hantar loan application. Mana sangka sehari kemudian Bank dah telefon dan approved loan suruh datang sign agreement.... dan tidak disangka lagi, kereta BMW ni hanya boleh diambil pada 29 September - which is my birthday (Lambat keluar sebab mo tinted, polish etc). Tapi sama juga bohong laa... coz' masa kereta tu keluar, kami di Tawau..... hehehe... So, Sunday after balik from Tawau baru la kami dapat ambik ni kereta.



So, RAV4 telah jadi mangsa trade-in. Gud Bye my RAV4... kesian dia.

Monday, September 22, 2008

Test Drive BMW 530I

Weekend lepas kami saja-saja pergi test drive kereta. Ini kira memang kegiatan laki aku la. Asal ada masa lapang selalu pergi tengok kereta. Ya laa... lelaki kan... Hobi dorang kali. Boringkan tiada apa-apa nak buat di hujung minggu lebih-lebih lagi time puasa ni.
So, kali ni dia nak suruh aku test drive BMW 530i la pulak. Yang sioknya... aku test drive kereta ni tanpa membawa salesman. Apa lagi... aku drift sampai ke Karambunai!!! Laju giler... 3000cc, 24 valve, 6 speed auto, enjin immobilizer. Tengok gambar ni:

Yang bestnya... ada TV siul... Boleh dapat siaran TV1,2,3 & NTV7


Tengok tu amoi dalam kereta... bergaya sungguh... hehehe!

Saturday, June 28, 2008

Test Drive - CRV

28 Jun 2008, aku dan laki pergi ke Boon Siew untuk test drive kereta CRV. Macam boring tunggu "kereta baru" kami lambat betul sampai. Kami dah booking kereta dari bulan February. Bayangkan dari bulan February, dijangkakan bulan April kereta tu akan sampai. Dari bulan April dijangka ke bulan Mei pulak. Dari bulan Mei dijangka ke bulan Julai la pulak. Dari bulan Julai dijangkakan tidak tau bila sampai. Betul la apa orang cakap tu. Penantian tu satu penyiksaan. Geram betul. So, kami bercadang mo trade in RAV4 ku dan diganti dengan CRV ni.
Perasaan drive kereta ni sama macam drive RAV4. Cuma CRV ni lebih rasa comfortable la... Aku berkenan dengan warna hitam (warna yang ada cuma grey, silver, gold, black). Kalau confirm nak beli kereta ni, dijangkakan 2 bulan baru sampai. Itu kata salesman tu la. Entah betul atau tidak. Tapi aku masih memikir-mikirkan samada mo beli CRV ataupun kereta jenis lain. Sebenarnya, aku masih sayang dengan kereta biru aku tu...


Yang ni warna grey

Saturday, January 19, 2008

The Car

Kesian kereta aku... tiba-tiba tak boleh start.... nasib baik masa tu parking depan Maybank Karamunsing. Time tu aku dan hubby ada urusan di bank. Bila selesai urusan, nak start enjin tak boleh start la pulak. Rupa-rupanya weak battery.... adakah itu tanda-tanda minta tukar kereta baru??? hehehehe.....


My next car? C200 kompressor