Showing posts with label Opis. Show all posts
Showing posts with label Opis. Show all posts

Monday, June 29, 2020

Surprise


Kelmarin tiberrrr dapat hadiah malam2. Siap kena hantar ke rumah. Rezeki betul. Thank you @meng_aziyanah for the surprise. Bukan pula harijadi 😆😁 tapi hadiah tanda ingatan kunuk. Lamanya ndak dpt hadiah. Sukaaaa betul eh. Teringat musim kerja UMS dulu selalu terima hadiah2 walaupun kecil seperti pen cute, mousepad hello kitty la, mini stepler la. Best betul ❤❤❤. Bah korang kalo mau beli tupperware boleh cari ameng. Servis tiptop. Lajuuu. 

#tupperware #freezermatelarge 
#fits2wholechickensperfectly

Wednesday, April 29, 2020

Happy Birthday Cdar

To my jantan cabrets yang lahir pada 29 April... hahaha...

You have been my closest and dearest friend for a looooong time.  You were always with me, supported me and boosted me up when i was down... even when i mejok-mejok and marah-marah.  Hahaha.  Thanks for being such a wonderful and hensem friend of mine.  Adek manja sia bah tu... Pheeewittt...

I wish you the very best on your birthday and in the year to come.  May Allah swt bless you with good health and happiness always.  May success follow you in wherever you go and whatever you do in life.

HAPPY BIRTHDAY CDAR, SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA and STAY AT HOME! 

P/S:  Ndak dapat la kita buat acara sungkaian bersama tahun ni kan nak.  Hopefully after PKP kita celebrateeeee ya... Hadiah bestday nanti tuntut after PKP ya!




Tuesday, April 21, 2020

Program Subsidi Upah (PSU) SIP, PERKESO

Syukur alhamdulilah... hari ni terima emel dari Perkeso duit PSU sudah masuk.  Boleh lah serba sedikit dapat membantu syarikat untuk menampung bayaran gaji pekerja sepanjang tempoh PKP ni.  Syukur... amat-amat... Ya Allah ...  🙌🙌🙌



Apakah Program Subsidi Upah?

Subsidi upah adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah untuk tempoh 3 bulan sahaja.  Tujuan Program Subsidi Upah (PSU) ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi COVID-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Program Subsidi Upah yang diumumukan pada 6 April 2020 adalah menggantikan Program Subsidi Upah yang telah diumumkan pada 27 Mac 2020.

Program Subsidi Upah mula berkuatkuasa 1 April 2020.  Tempoh Program Subsidi Upah adalah selama 3 bulan bermula 1 April 2020 atau mengikut bulan permohonan dikemukakan.  Tarikh akhir permohonan Program Subsidi Upah adalah pada 15 September 2020.  Butiran lebih lanjut boleh baca di sini.

Kepada majikan yang terkesan dan belum memohon, boleh lah cuba membuat permohonan secara online di website ini.

Nota: 

Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka, tidak memotong gaji ataupun mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.

Tuesday, April 7, 2020

Happy Birthday Jill @ Zeela




Happy Birthday sista!  

May Allah SWT bless you with long age with good health, wealth and prosperity in your life.  
I wish happiness for you and your family today and always.
💕💕💕



Saturday, April 4, 2020

Happy Birthday Donna

4 April 2020


Here's to the sweetest and loveliest person I know.  Happy Birthday to one of my favourite April babies - Pretty Mummy Joel @ Donna Totu.  I wish that life brings you a beautiful surprise for every candle on your birthday cake!  God bless you!

Friday, April 3, 2020

Happy Birthday Zally

3 April 2020



Special birthday shoutout to my KKS - Zallifah Shadan @Zally.   I always wished to be a great friend like you.  But there is no way to be a better friend than you in the world.  Have a wonderful Happy Birthday and many more to come. I lop u. 

Saturday, January 11, 2020

Happy Birthday Saima


Happy Birthday Saima Ismail
10 January 2020
We loves you very much!!

Monday, October 27, 2014

Selamat Pengantin Baru Roslia Mathew

SELAMAT PENGANTIN BARU ROSLIA & SUAMI
Semoga bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat



Friday, October 17, 2014

Cash RM1500

Alkisahnya...  aku dapat RM1500 tunai daripada kawan-kawan tersayangku sempena harijadi ku tahun ini.  Happynya aku....  Ros bagi RM300, Melania RM150, Muha RM200, Saima RM200, Zally RM200, Bad RM200, Radi & Esda bagi RM250.  So total ada RM1500. Yeayyy...


Ceritanya gini... dorang tidak tau mau kasi aku hadiah apa.  So, aku bagi tau la sebenarnya aku teringin sangat mau ada ni Gopro konok.  Tu la dorang kasi aku cash supaya aku boleh beli ni Gopro konon.



Hari tu ada la aku check di kedai harga Gopro HERO3 ni dalam RM1399.  Tapi sekali aku tengok offer di Groupon baru-baru ni... makkk aiii... lagi murah... start from RM799 bergantung dengan MP nya.  Paling mahal RM1199 (12MP).  Excited makkkk.... 





Tapi... bila fikir punya fikir... kes terlampau lama berfikir la bah ni...  macam aku rasa membazir pula kalau aku beli Gopro sebab aku ni jenis hangat-hangat taik ayam.  Nanti hujung-hujung aku ndak pun pakai ni benda tu kan.  Huhuu...

Lagi bukan apa... sebenarnya... ada orang pernah cakap sama aku konok... dia mau kasih hadiah aku ni Gopro... siap inbox sama aku dia booking mau kasih hadiah aku Gopro... toinkkkk.... siapa la tu ya... biar dia baca ni post... biar dia tersedak di situ.  2-3 kali cakap konok tapi tiada juga mau kasi... apa laa... poraaa.... cakap tidak serupa bikin.

Anyway.... aku sudah fikir-fikir... aku tidak akan beli ni Gopro kecuali la aku dapat free.  Free??? harap-harap dapat lucky draw la kali.  Itupun kalau ada.... Hahaha....

Aku masih lagi ni berfikir-fikir apa mau beli.  Kamurang ada suggestion kah???



Thursday, October 9, 2014

Kisah Periuk


Mesti kamu hairan kenapa aku ambil gambar periuk buruk ni kan? Hehehe… hari ni aku mau cerita pasal kisah periuk ini.  Periuk ini adalah merupakan pemberian daripada kawan-kawan ofis lamaku sempena harijadiku 14 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2000.  Kalau tidak silapku, memang aku sendiri yang request supaya aku dihadiahkan periuk memasak memandangkan time tu aku baru saja mendirikan rumahtangga.  So, kiranya this is my first periuk non-stick jenama apa ni ya… macam Vision kah.  Kalau tak silapku harga dalam sekitar RM80 dan dibeli di Parkson.  Dulu-dulu kutipan staff di Bendahari macam RM5.00 seorang dan staff Bendahari time tu pun masih sedikit.  Lama-lama… pandai up sudah bajet dorang pasal sudah lama kerja dan mungkin juga pasal dorang terlebih sayang sama aku kali.  Terasa diri ini begitu berharga…. toinkkk…

Jadi aku mau kasi tau kamu ni.  Kamu tingu bah ni rupa periuk.  Umur sudah 14 tahun.  Tapi sampai sekarang aku masih pakai walaupun kedua-dua telinganya telah putus tapi penutup kacanya pula masih dalam keadaan baik walaupun boleh dikatakan periuk ini mostly digunakan seharian memandangkan periuk ini adalah periuk kegemaranku disebabkan sizenya tak begitu besar dan tak begitu kecil… orang bilang… just nice la.  Boleh masak sup ikan, boleh juga masak ayam kicap.  Hehehe…

Actually, aku sudah tidak pakai ni periuk untuk masak masakan kami sejak 2 tahun lepas memandangkan keadaan dalam periuk sudah terkupas-kupas.  Hilang sudah non-stick nya ya. Sorry tak sempat ambil foto dalam periuk sebab ada ikan masih di dalam periuk.  Tetapi aku masih gunakan periuk ini untuk merebus ikan kucingku setiap hari!

Walaupun periuk ini sudah buruk, aku masih sayang dengannya.  Banyak juga kuali/periuk lain yang buruk yang aku sudah tidak gunakan dan telah dibuang.  Tetapi yang ini juga yang paling kena sayang.  Hahaha…. Begitu banyak jasanya kepadaku dan setiap kali aku tengok ni periuk aku mesti terkenangkan ianya adalah pemberian harijadiku dari kawan-kawan lamaku.  Kalau pun satu hari nanti aku mau buang, terpaksa la aku minta kebenaran dengan mereka terlebih dahulu.  Hahaha...

Aku ingin ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan ofis lamaku yang telah menyumbang membelikan aku periuk ini.  I love you all.  This post is dedicate to you all.  Kalau la aku masih ada di dalam CERMIN… memang aku akan post kisah periuk ini di dalam CERMIN.

Tq Zally, Saima, Muha, Bad, MEO, Kak Tipa, Inai, Kak Beth dan yang lain-lain…. i miss all of you.


Thursday, October 2, 2014

RM200+RM200=RM400

Happy nyaaaaa… sebab dapat cash money from Bad and Saima for my birthday prezzie.  Bulih laa bikin tambah-tambah beli tuuuttttt…. hehehe…  Hari tu si Ros kasih RM300, si Melania kasi RM150, Bad kasi RM200, Saima kasi RM200.  So total jadi RM850.00.  Sukanya… Thank you so much guys.  I luv u all...

 (From Bad)

(From Saima)

  Ada lagi kah yang mau kasi aku duit ya?  Hahaha…  dialu-alukan…

#modehappyandfeelingloved

Friday, September 26, 2014

Angpow Birthday

Ada orang bengang tak tau mau kasi hadiah apa sempena harijadiku yang tidak lama lagi menjelma.  So, si kawan transfer cash money to my account.  RM300 lagi tu… Punya siokkkk…. 


Thanks Ros! Love you ketat-ketat…. Harap-harap ada orang kasi hadiah cash lagi supaya boleh la beli "sesuatu" yang i likeeee…. hihihi...

Wednesday, September 3, 2014

Ignored

Tiba-tiba i feel like blogging again.  Begitu lama aku senyap kan.  Macam banyak bah yang aku mau cerita di blog ni… yang aku mau luahkan perasaanku di blog ni.  May be pasal aku terasa kesunyian lately sampaikan aku terasa tiada kawan untuk luahkan perasaanku.  I hate being alone and lonely.  Bila aku saturang di rumah… terasa sunyi betul… tiada kawan… lain la kalau dulu ada si Nor (my maid)… ada juga kawan bercerita… makan-makan… tempat bermanja… minta bikin rambut…minta jahit baju… minta masak…. membungkar almari… main mekap-mekap… bergosip… sekarang bila si Nor sudah tiada… alahaiii…. semua pun aku kena buat sendiri.  Now i miss my Nor.  Huhuu… Aduhh sedihnya… sedihnya bila keseorangan di rumah… sudah la my hubby selalu outstation.  Kesian aku…. terpaksa makan maggie sorang-sorang.


Tiba-tiba aku terasa… macam ada perasaan menyesal sebab berenti kerja.  Huwargggghhh…. tapi aku tak mau la cakap menyesal…. Kalau dulu di ofis… sentiasa busy… and dikelilingi oleh kawan-kawan. Walaupun tak rapat sangat sama kawan ofis kita… tapi at least masih boleh bercakap… bersapa dan bercerita… well maklumlaa… ofisku tu dikira "one stop centre".  Tempat memfaks di situ.  So, sesiapa yang mau memfaks akan bergosip/meluahkan perasaan di bilikku.  Huhuu… betapa rindunya aku dengan ofis lamaku dengan mukaku yang marung-marung tension dan melayani karenah orang ofis/luar.  Kalau dulu di ofis lama… ketika aku sedang marah/no mood… mesti ada kawan-kawan yang akan duduk depan aku dan mendengar keluhan perasaanku.  Bila aku sudah tidak kerja… tiba-tiba aku terasa kehilangan semua kawan-kawanku.  Perasaan ini lagi terasa bila mana aku kena serang sakit gastrik yang aku rasa berpunca dari stress.  Terasa sangat-sangat aku…. bila mana aku perlukan kawan-kawan di sekelilingku untuk bagi moral support to me..… kawan pula not around… as everybody also busy with their life.  Terasa betul aku tidak kena peduli bah… Huks huks huks…. Manja kan aku?? Well…. begitu la bah tu… as my mummy always said… aku ni mati kalau tiada kawan.  Hahaha….  




"Some people hurt by words…... and some by action…. and some by silence…. but the biggest hurt I believe is that someone ignoring you when you value them more than anything else"

Betul tidak ayat di atas tu??  Nah begitu la bah yang aku terasa tu… as i always value a true friendship. I feel ignored :(



#feelingignored

Thursday, April 4, 2013

Happy Birthday April Babies

HAPPY BIRTHDAY APRIL BABIES 2013

Nana, Sherry, Donna & Zilla

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki... 
amin....


Check out the youtube guys -----> Happy Birthday April Babies 2013


Saturday, November 17, 2012

Happy Birthday Radi

Happy Birthday Radika @ Putera Mahkota
14.11.2012


Semoga dipanjangkan umur, bertambah dimurahkan rezeki... dan cepat kahwin... amin....




P/S:  Chantek tak mak punya kek??


Tuesday, November 13, 2012

Selamat Pengantin Baru Yati & Benjy

SELAMAT PENGANTIN BARU
YATI & BENJY
11.11.2012

SEMOGA KEKAL BAHAGIA SELAMANYA HINGGA 
KE AKHIR HAYAT.... AMIN....





Friday, July 27, 2012

It's a boy!

Hari ni 27 Julai 2012, ada 2 orang kawanku telah melahirkan baby boy!


Congratulations to Saidah Abd. Salam 
on your new born baby boy!

Muhammad Affan Azfar Bin Mohd Afiq



and not forgetting to Sharron Lydia Chia
(belum tau lagi apa nama baby boy nya ni)


Sunday, May 20, 2012

One Fine Day

Sempena meraikan Lady F yang mengambil cuti tanpa gaji selama setahun, adik-adik manja di ofis telah mengadakan picnic secara kecil-kecilan yang diadakan pada 9 Mei 2012 (maaf kerana lambat diblog) bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 petang bertempat di Taman Awam, Teluk Likas. Yeayyy....

I'm not sure siapa-siapa yang terlibat mengeluarkan duit/membawa makanan semasa hari tu.... tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang berkenaan kerana susah payah mengadakan picnic ini.  Susah-susah aje.  Hihihi... I likeee... Special thanx to Putera Mahkota, Sidar, Yati, Sazura, Pecinta Ungu, Nana, Bunga Seri Indah, Yus, Ebon, Zila, Chris, Mel and her cousin, Donna and her beloved Ben and son and not forgetting my dear angel - Azira Asrin - cian dia... susah-susah membakar chicken wing.

Tiada apa yang mau distory.... just enjoy the photos ok.






Siapa pakai tudung hitam tu??? Macam kanalll. Hihihi..


Si Ebon bah... ndak da gaya lain kah bergambar??


The tukang bakar.  Memang sedap bakaran dorang nie.




with all the beautiful ladies in Bendahari...



Oh ya! Hampir terlupa!! Tengok kita ada apa di sini??? Wahhhhh.... ada kezutan harijadi in advance untuk si Yati.....  Picnic-picnic juga.... celebrate harijadi is a must! Actually birthday Yati is on 14 Mei 2012.  So, alang-alang biar la kami celebrate dua hari awal.  Yummy cake!  Terus lapar aku tengok ni kek bah.  Lepas ni mau pigi Secret Resepi la.  Huhuuu...


Happy Birthday yang ke-22 Yati!  Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.  Aminnn....  Mari kita tengok video klip Birthday Yati <------- click situ.  Enjoyyyy...


Majlis selesai around 1.30pm.  Lady F kelamkabut petang tu pasal mau urus baju dan rambut for Masquerade Dinner untuk malam tu.  Huhuuu... nantikan post seterusnya...

Monday, April 30, 2012

Happy Labour Day

Today is my last day kerja.  Starting from tomorrow aku akan start bercuti tanpa gaji selama 1 tahun.  Actually cuti tanpa gajiku bermula 1 Jun 2012 tetapi start bulan Mei ni aku menghabiskan cuti rehatku yang berkelayakan.  Maksudnya bulan Mei aku masih dibayar gaji.

Bagaimana perasaanku?? Hihihi.... Macam bingung-bingung aku.  Tadi pagi time aku bersiap mau pigi kerja aku cakap sama lakiku aku macam sedih hari ni.  Entah kenapa tiba-tiba aku terpikir aku akan meninggalkan ofisku untuk selamanya.  I mean, aku pun tak pasti samada selepas satu tahun tu aku akan balik semula kerja ataupun tidak.  Entah laa... aku pun belum ada perancangan dan hala tuju lagi ni.  Biar la aku berehat seketika dulu.  Penat sudah aku memikir di mana aku simpan dokumen boss, jaga Bossku dan dalam masa yang sama memikir untuk menaikkan imej jabatan.  Huhuuu... Sudah tiba masanya aku membusy body di ofis laki laa pulak.  Hahaha...

Jadi... aku pun ndak pasti la samada aku patut sedih ataupun gembira ni.   Of course la perasaan sedih tu lebih banyak dibandingkan dengan perasaan gembira.  Selama ni aku memang kepingin mau berenti kerja sebab aku sudah penat dan bosan dengan kerjaku.  Jadi kunuk aku telah buat keputusan untuk ambil cuti tanpa gaji dulu.  Test-test dulu ni.  Takut aku rindu ofis la pula nanti.  Kalau rindu, pendek la cutiku ni nampaknya. Hahaha...

Bila sudah ada kelulusan cuti tanpa gaji tu kenapa ada perasaan sedih la pulak.  Adehhh.... ni yang aku tidak suka ni.  Selama 16 tahun lebih aku kerja di ofisku di Jabatan Bendahari ni... banyak betul memory suka duka bersama kawan-kawan ofis yang tersayang.  Boleh dikatakan aku lebih banyak meluangkan masa di pejabat berbanding dengan di rumah.  Ofis adalah sebahagian dari hidupku.  I'll be missing my ofis especially my friends... and my bos.... huhuuu.... Walaupun perangai Bos sometimes menjengkelkan... tapi aku tetap setia dengan Bosku.  Aku belajar erti kesabaran dari Bosku la. Hahaha... Penyabar kah aku ni? Toinkkk.... hahaha... Aku tidak mau la meleter panjang ataupun meluahkan perasaan di sini nanti kamu boring pulak kan.  

So... kepada semua kawan-kawan ofisku yang tersayang, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf sekiranya kamu telah terambil hati dengan saya, saya telah terkasar bahasa and of course marah-marah sayang kepada kamu.  Saya tidak akan melupakan kamu semua.  You all are the best.  PALING BESTTT & PALING MANANG!!  Luv you all.... (tears).  Sedang aku menaip blog ni kan, banyak juga la yang aku terbayang dan ingat rupa-rupa kamurang ni.  Of course la ada muka si Sidar, Radi, Nana, Shelly, Donna, Linah.N, Linah.B, Wani, Yati, Yus, Alice, Fender, Meng, Ijan, Beth, Inai, Jovelin, Sherry, Meng, Mariah, Mel, Airul, Pecinta Ungu pun ada, si Bunga, Loly, Roslia, Cindy, Erniza, Arfan, Fui, Tini, Marlin, Sarimah, Sazura, Zulin and of course tak ketinggalan all the favourite officers Zally, Saima, MEO, Bad, Sila, Ros, Muha, Matsah, Elly, Nazir, Zainon, Johnson,William, Yuslinah, Ilham, Terence (oh ya... nama si Terence yang terakhir la pasal dia tiada datang melawat aku kan.  Jadi biar dia sedar. Huhuu) dan ramai lagi la... sorry yang tak tersebut namanya tu. Mau ku sebut semua nama-nama tu tapi makin panjang la pulak blog aku nanti. Hahaha...

Sebelum aku akhiri post ini, just want to share & show off hadiah yang aku dapat dari Donna & Yusri petang tadi yang telah mengembirakan hari terakhirku di pejabat :)



Cute. Palingggg di-LIKE.  Thanx Don & Yus for making my day.


Oh ya! Besok cuti kan... so, SELAMAT HARI PEKERJA...


Tuesday, April 3, 2012

Happy Birthday Zally & April Babies

Post ini kutujukan khas kepada my opismate yang meraikan harijadi dalam bulan April ni iaitu si Zally, Cdar, Don, Naem, Fui, Sherry...and not forgetting Ziela, Nana, Shamsol and Haslan walaupun dorang ber-4 ni tidak muncul time sambut harijadi tadi.

To Zally, HAPPY BIRTHDAY. Aku harap ko puas hati dengan sambutan majlis harijadimu kali ni sebab ini last la ni aku buat harijadi untukmu.  I am sure ko akan rindu aku di harijadi mu tahun depan.  Hahaha... (Special thanks to Shelly, Donna & Cdar kerana turut membantu menjayakan sambutan majlis ini dan tidak dilupakan juga staff Zon Bendahari PPI - Rafeah, Andy, Sharon & Rahma yang turut membantu menghias/memasang belon)



and... i hope you'll love my birthday prezzie.  Kasih kerja dulu sama ko untuk piara ni 7 ekor ikan.  Why 7 ekor?? entah laa... suka hatiku laa... hahaha... Nanti pandai-pandai la ko kasi nama dorang aah... Yang penting, satu hari dua kali diorang perlu makan (pagi dan petang).  Dan itu cahaya lampu hanya perlu on selama 8 jam.  1 minggu airnya perlu ditukar separuh dan diganti dengan air R.O.  Air R.O boleh dibeli daripada si Cdar.  (Shelly please take note)


and for the rest of the April babies.... terima laa sebuah kek perisa Mango pilihan si Donna from Secret Resepi ikhlas dari Lady F. (Fuyooo... untung kamu lahir bulan April... dapat celebrate harijadi sekali dengan Boss)

HAPPY BIRTHDAY TO YOU ALL
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu.... amin...

Nah... saksikan laa youtube kamu ni.

GONNA MISS YOU ALL...

Sincerely Love,


LADY F