Saturday, March 9, 2013

Hotel Indonesia Kempinski

19-23 February 2013 yang lepas, i'm following my hubby and his friends ke Jakarta, Indonesia.  This is my fourth time ke Jakarta.  Memandangkan trip kali ni aku akan berjalan "sendiri-sendiri" sebab my hubby busy playing golf with his friends jadi kami terpaksa cari hotel yang convenient untuk diriku berjalan sendiri.  We decided to stay at Grand Hyatt Indonesia memandangkan lokasi kedudukan hotel memudahkan aku menyopingkan diri sendiri.  


Mula-mula tu booking memang confirm tapi last minit travel agent from Jakarta called mengatakan bahawa booking terpaksa dibatalkan kerana pihak hotel ada function on 20 February 2013.  Huhuuu.... Musnah angan-angan kami mau tinggal di Hyatt.  Bengang aku terus.  Well... apa boleh buat laa kan...  perhaps may be next time.

Then my sister suggest that we stay at Indonesia Kempinski.  Surprisingly I've never heard that hotel before.  So, aku pun google laa.... Rupanya hotel dan apartments pulak.  Tapi kami ambik hotel la. Hotel ni terletak di JL.MH Thamrin No. 1, Jakarta Pusat.  Kedudukan hotel amat laa baik.  Tidak perlu aku mau menyeberang jalanraya kalau mau shopping.  Part-part menyeberang jalanraya memang aku paling takut ni lebih-lebih lagi kalau di kota raya yang besar.   Rate hotel agak lumayan.  Lebih kurang macam Grand Hyatt juga.  

Hotel ni berdepan dengan Grand Hyatt dan betul-betul bersebelahan dengan Grand Indonesia shopping mall.  Kalau mau shopping di Grand Indo, tidak perlu keluar dari hotel sebab hotel ada link untuk tembus ke shopping mall tu.  Great! Just what i want!  Maksudnya aku tidak perlu menyebarang jalanraya.  Hehehe... kecuali la kalau aku mau ke Plaza Indonesia.  Tapi kalau setakat mau ke Plaza Indonesia tu aku masih boleh tunggu lakiku pulang dari golf untuk bawa aku menyeberang jalanraya.  Hehehe.... Shopping di Grand Indo pun sudah cukup besar aku rasa.  Yang penting bagiku... ada pelbagai kedai makan (food court/restoran) segala... and ada salon Johnny Andrean tempat aku selalu buat hair spa.  Murah ya.  Hehehe...

Okay, berbalik kita kepada Hotel Indonesia Kempinski tadi.   So, begini la pandangan rupa hotel tu dari luar (Gambar dicuri dari internet).



After check in, kami dibawa ke bilik kami di tingkat 8 - room no. 807.  Betul-betul bersebelahan dengan lift.  Aku memang request minta bilik yang dekat dengan lift pasal aku ni penakut kan kalau sendiri-sendiri.  Hehehe.

So, bila masuk di perkarangan foyer bilik... tadaa.... Ni la bilik kami... Agak besar.  Namanya pun Grand Deluxe Room! Kami memang puas hati la.  Katilnya my Godddd... empuk bangat... bantal-bantalnya pun lembut.... Best la!  Makkkk sukeee....


Gambar ni nampak tidak cantik pasal aku ambil gambar ni pakai handphone jak. May be pasal aku pun belum buka lampu semua kan.  Kalau kamu tingu gambar di website nya lagi cantik ooo.



Ini pemandangan luar dari bilik kami ketika jam 11.30 malam. Kurang sudah jemnya di roundabout tu. 



Dan ini gambar ketika jam 7.00 pagi.  Suka aku tengok ni view.





Ini ruang wardrobe and dressing table.  Dan yang paling best sekali di bilik ni ialah... which is my favourite part in this room.  Tengok gambar seterusnya...


Tadaa.... 


Bathroomnya besar!!! Me very likeyyy!! Kamu nampakkah tu ada 2 tempat cuci muka berasingan?? Sukaaaanya aku... Ndak payah aku berebut sama lakiku.  Masing-masing ada tempat sendiri.  Best kan. Dan yang paling best sekali.... my godddd.... dia punya bathtub punya laa huge!! Oh myyy...


3 orang pun boleh masuk oooo...  siap ada tv! Kalau laa di rumahku begini... heavennya... huhuu... Teringat aku terus Presidential Suite Hotel Hyatt Kinabalu.  Dia punya bathtub pun ada tv and yang paling best tu viewnya laut! 

Yang ni shower room nya pun best.  Air nya punya laa kuat... macam air terjun.  Ndak payah mau mandi lama-lama pasal terasa bersih sudah.  Hehehe.  



Lepas mandi terus pakai tu bathrobe nya.  Punya laa lembut dan tebal.  Cepat kering bah badan.  Hahaha.  Aku bercerita ni kan macam kampungan ndak pernah masuk hotel la pulak kan.  Bukan bah... banyak jugak hotel aku pernah pigi sebelum-sebelum ni tapi so far ini yang paling best dan aku puas hati ooo.




Yang paling aku kampungan part toilet ni ya.  Hahaha... Ini adalah toilet automatic yang kedua kali aku pernah jumpa.  Sebelum ni aku jumpa toilet automatic di Korea.  Tapi yang di Korea tu tidak secanggih yang ini aku rasa.  Hahaha....



Ada pelbagai button kena kita tekan.  Kalau mau bercibuk pun boleh pilih alunan dan rentak air nya. Siap ada dryer agin kasi kering tuutttt... okayyy...  Ooops!  Aku sempat ambil video ya.  Tapi bukan la gambar bercibuk bah... hahaha...  Just watch this youtube.  




Oleh kerana aku terlalu puas hati dan sayang mau kasi tinggal bilik 807 ni, aku siap ambik video untuk dijadikan kenang-kenangan.  So, kalau kamu mau tengok keadaan sebenar bilik ni, silakan nonton di youtube ini ya :)

Sekiranya ada sesiapa yang ingin cuti-cuti or honeymoon ke Jakarta tu... aku suggest kamurang stay di hotel ni.  The best!!



Friday, March 8, 2013

Ulat dan Poison

Aku just mau share gambar ni sama kamu.  Punya laa aku geli tengok ni ulat.... duinaaa bah... Ndakku perasan bah ada ulat besar di sebalik daun ku punya pokok.  Geliii aku yaaiii... bikin kambang bulu.  Cuba bah kamu tingu tu ulat betul-betul.  Siap ada mata.  Macam ular bah.


Aku perasan ni ulat suka betul makan daunku punya pokok.  Pebretnya kali.  Baru tu satu pokok bukan satu ekor ulat jak.  2-3 ekor untuk satu pokok.  Sudah tu taiknya pun besar-besar.  Tingu ni taiknya jatuh di lantai.  Mula-mula aku pikir tanah dari pasu jatuh.  Rupanya taiknya la pulak.



Jadi... jawapannya....





@

@

@

@

@

@

@

@

@


Gunakan laa racun serangga!!



Walaupun tarikh racun sudah expired 2011... tapi masih bagus pulak tau.  Mati tu ulat kena spray. Selamat daun aku.  Macam aku mempromosi racun serangga la pulak.  Hehehe.  Tapi memang kebiasaannya kami pakai jenama ni PLASBON 250 - boleh didapati di Kedai Lian Lee Kimia sanaaa Jalan Tuaran.



P/S:  Me sedang ketawa jahat - adakah ini bermaksud aku seorang pembunuh???? Ooh... tidakkkk.....


Happy Woman's Day!


Heyyy!! Today's is 8 Mac 2013...... 
"Selamat Hari Wanita Sedunia"




P/s:  I'm wondering kalau lelaki pun ada hari istimewanya kah??? Man's Day??


Tuesday, March 5, 2013

Preloved Sale

SALE.... Murah-murah.... mari sini.... siapa minat beli baju pre-loved?? Harga bermula dari serendah RM10.00 only.  Sila lihat dulu.  Kalau berminat boleh inbox saya di FB or hantar email ke ladyfamila@gmail.com. Sila nyatakan code baju apabila ingin membeli ya.

Untuk makluman aksesori seperti rantai/tali pinggang adalah tidak dijual dan harga baju adalah tidak termasuk postage.  Kalau area KK boleh by hand di KK.  Enjoy your shopping ladies....


PL001- RM10 

PL002 - RM10  (SOLD)

PL003 - RM10 (SOLD)

PL004 - RM10

PL005 - RM25 (1 set/2 pieces)


PL006 - RM25 (1 set/2 pieces) (SOLD)

PL007 - RM25 (1 set/2 pieces) (SOLD)

PL008 - RM25 (1 set/2 pieces) 

PL009 - RM25 (1 set/2 pieces)

PL0010 - RM25.00 
(Riben melekat di pinggang/back zip)

 PL0011- RM15.00 
Black bat wing cardigan (singlet tidak dijual)

 PL0012 - RM35.00 (Fit to size S) (SOLD)

PL0013 - RM20


PL0014 - RM20 (SOLD)



PL0015 - RM20 (SOLD)


PL0016 - RM20

PL0017 - RM20 - RESERVED

PL0018 - RM20

PL0019 - RM20 (SOLD)


PL0020 - RM20 (SOLD)


PL0021 - RM20

PL0022 - RM20 - SOLD

PL0023 - RM20

PL0024 - RM35 (SOLD)


PL0025 - RM25 (SOLD)

Monday, March 4, 2013

Look Who's Crying

Di kala aku sedang rehat-rehat sambil minum petang di luar rumah, tiba-tiba aku terdengar suara anak kucing menangis.  Suara tangisan tu datangnya dari penjuru luar rumahku (di luar bilik amahku).  Dalam hatiku, nah mengkali si Paris sudah bawa pulang anaknya ke rumah.  Untuk makluman semua, si Paris telah melahirkan anak yang kedua kalinya pada 13 Februari 2013.  Tapi kali ni dia beranak bukan di bilik amahku.  Kami sendiri tidak pasti di mana dia beranak/simpan anaknya selama ini.  

So, aku pun check la kotak yang kami sudah stand by letak di penjuru rumah dekat dengan motosikal honda ni... memang kotak tu khas untuk si Paris mana la tau dia mau bawa pulang babynya kan... (Gambar di bawah)



Please excuse the motor's seat ya.  Hehehe.  Dilapik konok pakai tuala buruk.  Hahaha.  Ini bertujuan untuk elak agar kerusi motor tidak dicakar oleh kucing-kucingku.  Hehehe.... Mesti kamurang hairan tu kan kenapa ada motosikal di rumahku.  Sebenarnya tu motosikal lakiku beli pasal mau simpan nombor kereta bah tu konok.  Tu laa pasal. Mana bah pernah tu motor kena pakai.  Entah sudah berapa tahun tu. 

Okay... berbalik kita kepada story tangisan kucing tadi tu.  So, bila aku periksakan... tiada la pulak kucing.  Time tu juga si Paris pun sibuk mengecheck apa yang aku check.  Jadi aku bagi tau la amahku yang aku dengar suara baby.  Then amahku cakap sebelum ni pun dia pernah dengar suara tangisan anak kucing tapi bunyi tangisan tu seperti datangnya dari atas atap.  

Jadi amahku cakap bagus dia cubuk siling rumah kami ni pasal ada lubang jugak kan.  Lubang tu boleh dibuka.  My maid bergegas ambil tangga untuk mau naik cubuk mana tau betul ada anak miau.  Ini la bah lubang yang aku maksudkan tu. (Gambar di bawah)


Bila amahku tolak ja tu penutup lubang... guess what???? Berkeluaran bah kaki baby kucing mau terjatuh.  Hahaha.... Terpaksa aku pun kelamkabut membantu dia sambut anak-anak kucing di atas tu.  

Kamu mau tau brapa ekor semuanya??????? 

Sila laa lihat gambar di bawah.

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

5 ekor dan semuanya gelap!!
Semoga rezeki kami makin bertambah amin....




Paris the mother of 5 or should i say the mother of 8??


My pride and joy, joy, joy.... Sabina (Puteh), Argo (Grey) and Juno (Hidung Hitam) umur sudah 5 bulan.