Friday, April 17, 2020

Thursday, April 16, 2020

Challenge Tag: Travelling Photos

#ChallengeAccepted  #24hrs

I was tagged by Michelle Chong Yun Kee.

I choose 16 photos of myself from 14 countries to remind me of happier times when we could travel freely and hope all the places will be safe from COVID-19 soon.

If i tagged you, please don't disappoint me.  Fitri Suzanie  Sharizal Othman  Anne Charles  Pamela A.Moguil  Lennie Tang  Elsa Emmilia Kee

Upload 4 or more pictures of yourself.  Then tag many people to do the same and keep the day interesting.

To those i tag, i hope you keep this circle going.  Miss my travel life so much.

Pic 1 -  Cape Town, South Africa (2006)

Pic 2 - Florence, Italy (2010)

Pic 3 - Mount Titlis, Switzerland (2010)

Pic 4 - Melbourne, Australia (2011)

Pic 5 - Stonehenge, Wiltshire, England (2011)

Pic 6 - Mykonos, Greece (2012)

Pic 7 - Athens, Greece (2012)

Pic 8 - New York City, United States (2012)

Pic 9 - Jardin De Luxembourg, Paris, France (2013)

Pic 10 - Monte Carlo, Monaco (2013)

Pic 11 - Grand Canyon, Arizona, Nevada, United States

Pic 12 - Cappadocia, Turkey (2016)

Pic 13 - Edinburgh, Scotland (2018)

Pic 14 - Dubai, UAE (2019)

Pic 15 - Rovaniemi, Finland (2019)

Pic 16 - Osaka, Japan (2020)


Did You Know?



Is it ?? 🤔🤔🤔


Good Morning

Good morning lovely people...


Wednesday, April 15, 2020

Covid 19: Sporadic



Apakah Maksud Kes Sporadic? Ketua Pengarah Kesihatan, menjelaskan bahawa terdapat 69 Kes Sporadic di negara ini. Kes Sporadic merupakan kes seseorang individu itu tidak mempunyai sejarah perjalanan dan tidak ada berhubung dengan kontak rapat COVID-19, tetapi dia telah disahkan positive COVID-19. 

Bagaimanakah dia boleh dijangkiti? Jangan ambil mudah penyakit ini walaupun kita tidak keluar dari rumah. Virus ini amat berbahaya. Ibu-ibu harus pastikan kebersihan menjadi amalan semua ahli keluarga.  Jangan selalu berkumpul dengan jiran atau ahli keluarga dalam kelompok yang ramai. Yang balik dari pasar mesti basuh tangan, dan mandi sebelum berdekatan dengan ahli keluarga. Elakkan risiko kebarangkalian kita dan ahli keluarga kita dijangkiti. 

Jika ada rasa sayang yang mendalam kepada ahli keluarga, semua ahli harus prihatin dengan virus Convid-19. Banyak kemungkinan untuk kita dijangkiti secara tidak disedari. Contohnya: Kita berada di pasar raya atau market basah, orang yang pembawa virus bersin atau batuk, virus itu pun boleh kena kepada kita walaupun kita pakai penutup muka tetapi datang di rumah kita tak bersihkan diri. Terus memasak dan buat kerja itu ini atau lepak menonton TV. 

Harus diingat, kita tidak akan terus sakit tetapi kesannya hanya diketahui setelah 14 hari, kita pun tak ingat tempat yang kita kunjungi. Jagalah diri, hargailah nyawa. Duduk di rumah memang selamat tetapi kalau kita asyik keluar ke sana ke sini, kita mungkin tidak selamat. 

Oleh itu, kurangkan pergerakan. Ingat, jika seorang kena, mungkin semua ahli keluarga kita akan kena juga. Kalau tak nak, sila jaga diri betul-betul semasa tempoh PKP ini. Minum air panas. Mandi air panas (jika ada). Mandi 3 kali sehari (setiap kali selepas keluar rumah).  Minum air putih 1.5 liter sehari.  Basuh tangan dengan kerap dan betul.


Mee Goreng Udang

Saja la nak post gambar Mee Goreng Udang yang sangat sedap dimasak oleh sis sendiri hahaha.  Biar  simpan di sini untuk tatapan diri sendiri.



FYI, kalau sis goreng mee, sis akan guna mee cap udang (Sandakan Mee) ya.  Ni nah gambarnya.  Selalu sis beli di Sunny Supermarket Tg. Aru ada jual.


Tuesday, April 14, 2020

Udang Masak Kam Heong

Kelmarin sis ternampak ada orang post gambar udang masak Kam Heong di FB. Nampak sedap ooo... jadi sis pun google la resepi.  Macam-macam style juga cara orang masak.  So, hari ni sis pun try la masak ni udang kam heong memandangkan semua bahan-bahan ada dekat rumah.  Setelah menggoogle dan meningu 3 jenis cara masakan kam heong, so ini cara sis masak pula ya.  Boleh try la.

Bahan A:

500gram udang basah (tak perlu kupas/hanya belah tengah dan buang taiknya 😜)
2 tangkai cili/lada merah (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
4 ulas bawang putih (dicincang)  
2 ulas bawang besar (1 ulas dicincang dan 1 ulas dihiris bulat)
1 sudu udang kering (dihiris)
sedikit cili padi (dihiris)
3 tangkai daun kari
sedikit air asam jawa
Gula
Garam/Aji


Bahan B:

2 sudu rempah kari + air (jadikan pes)
2 sudu sos cili*
2 sudu sos tomato*
2 sudu sos tiram*
2 sudu kicap makan*
1 sudu lada lada kering (lada giling)*

Nota:
*campurkan sekali dalam pes kari


Cara-caranya:

1.  Goreng udang dengan minyak panas (Letak kunyit dan garam sebelum digoreng).  Asingkan udang selepas digoreng.

2.  Tumis bawang besar, bawang putih, halia, lada padi dan cili/lada merah hingga kekuningan/wangi.

3.  Kemudiaan masukkan udang kering dan goreng seketika.

4.  Masukkan Bahan B (pes) dan daun kari.  Kacau rata hingga pekat.

5.  Masukkan air asam jawa, gula, garam dan aji.

6.  Kemudiaan masukkan udang yang telah digoreng tadi dan bawang besar (bulat).  Gaul hingga sebati.  




Tadaaaa.... siap untuk dimakan...


Memang sedap okayyy...  Cuba la..

Monday, April 13, 2020

10 Years Challenge


Hari ni kena tag di FB oleh si @Zeela Ila.  Tajuknya "10 years challenge".  Kena suruh post gambar 10 tahun lalu.  So, here it is... back to year 2010... when i was still a bebeh kunuk... slim and still young... hahaha...  This photo was taken in Paris 2010.  Feels like yesterday.  Haisshh... how time flies...

Unboxing My GG Marmont Mini

Merujuk kepada post sebelum ini... oleh kerana i terjumpa video/pic 2018, so hari ni i post la video/pic unboxing my gucci pula ya.  Sila jangan kecam i.  I sengaja post di sini untuk tatapan dan simpanan i.  Apa boleh buat la kalau kamu tertengok hahaha.  




So, here it is... my GG Marmont Mini top handle bag in dusty pink chevron (actually not so pink but more to nude color).  Bought this bag also in London (late December 2018).




Nahhh kali ni ada gambar bag sama modelnya sekali  ðŸ˜œðŸ˜œ.  Jadi apa ko rasa sana?? Ada kukisah.


#ohmygucci #latepost #iworkedhardforthis #itspaybacktime #whateverrr

Sunday, April 12, 2020

Unboxing My Dior Bag

Hari ni buka PC dan check google photos dalam my account.. dan terjumpa la pic/video ni.  I memang suka ambik video/pic tapi biasanya i akan delete semula photo/video tu. Tapi tak sangka pula pic/video 2018 masih ada tersave dalam google photos.  Nahh... biar la post di sini untuk tatapan/kenang-kenangan ya. Sila jangan kecam sis 😜😜.






So ni la dia my Diorama bag in medium size.  Bought this bag in London hujung tahun 2018.  Mula-mula cadang mau beli mini lady dior.  Tapi bila masuk butik terus jatuh cinta terhadap color beg ni (powder blue).  Masa tu color ni memang "in" la dan kebetulan hari i datang ke butik tu, beg ni memang baru sampai (fresh from the oven).  Ada juga color powder pink (rose).  Cantikkk... tapi i lebih tertarik kepada color blue ni sebab color ni belum ada dalam my handbag collection.



2 gambar di atas ni i google dari internet.  Tu bukan gambar i yer.  I copy jer ni dari internet.  Tak sempat pula i ambil foto beg sendiri sehingga ke hari ni ya 😅😅.  Picaya kamu? Bulihnya i terlupa ambil foto beg  sendiri ya 😅😅.   (I promise to myself, selepas i publish ni post, i akan ambil gambar beg ni 😂😂)

Nice kah beg ni? Nice kan.  Cuma yang bikin panas/sakit hati tu kan, beg ni sudah masuk dalam factory outlet.  So you know kah apa maksudnya? Maksudnya harganya sudah discount/sale.  Bikin sakit hati juga tu... 😡😤😥.  Belum puas lagi i pakai ni beg.  Apa boleh buatlah kan... Haishhh.... Sekian, terima kasih kerana mendengar bebelan i. 

P/S:  Next post is Unboxing my Gucci...

#latepost #iworkedhardforthis #itspaybacktime #ilovedior #simpandisini #formytatapan

Sotong Goreng Telur Masin

Siapa di sini suka makan sotong goreng telur masin angkat tangan 🙋.  Haa... kalau gitu, kita geng 😊😀.  Ini cara saya memasak sotong goreng telur masin favourite saya.  Kiranya ini cara simple la.  Lain orang lain caranya.   Kalau mau tau cara saya masak, resepinya seperti di bawah yer.




Bahan A:

500 gram sotong
1 cawan tepung jagung
1 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan B:

3 sudu makan mentega
2 pelepah daun kari
7 tangkai cili padi - dicincang
secubit gula
1 kiub ayam
2 biji telur masin yang telah direbus (ambil kuningnya sahaja dan hancurkan)

Cara-caranya:

1.  Goreng sotong dengan minyak panas (sotong dipotong bulat, campur lada hitam dan golek dengan tepung jagung.  (Kalau mau senang, golek sotong tu dalam plastik yang sudah bercampur tepung jagung dan lada hitam tadi).  Goreng sotong sekejap sahaja. Kalau terlebih masak nanti tekstur sotong akan jadi keras.

2.  Cairkan mentega dengan api kecil.  Lalu masukkan kuning telur masin yang telah dihancurkan sambil terus kacau.

3.  Jika telur masin mula berbuih, masukkan daun kari, kiub ayam, gula dan cili padi.

4.  Kecilkan api dan campur sotong goreng ke dalam aduan kuning telur.  Apabila telah sebati, bolehlah matikan api dan dihidangkan.

5.  Siap - boleh dimakan daa...


FYI, resepi ni saya google dari internet.  Credit to: Ms. Fiza. 

Saturday, April 11, 2020

Instag Travellers Challenge

Daa kena tag oleh si @sidarsalleh dekat instagram.  Jadi mari la kita menyahut cabarannya.

Dear all travellers, I #challenge you to post a picture and tag the location, spread positivity and good vibes through social media.  Tag 5 of your friends who love travelling.  #travelaftercovid19


Location:  Rovaniemi, Finland (Dec 2019)


Now your turn:  @fazuraazima @schaothman121 @shelly_ly27 @carlstini @danishhh__

#instagram #instagramchallenge #travelaftercovid19 #rovaniemi #finland #aurorahunting #winter2019 #december2019 #missinglapland

Friday, April 10, 2020

When Watching Netflix

Bila ko tengah asyik menonton and suddenly... 


Bikin panassss... terpaksa meraba mencari handphone 🤣🤣🤣.

PKP Dilanjutkan


Bertabah la semua rakyat Malaysia.  Ini semua untuk kebaikan kita bersama.  We can do it!

P/S:  FYI, kalau tak kena lanjut PKP hingga hujung bulan pun sis tetap kuarantin diri di rumah.  Biar la sampai betul-betul redah dulu.  

Thursday, April 9, 2020

Lady in Pink

Once upon a time... when i was in Kyoto... jalan-jalan pakai kimono in winter time 5 celcius gitewww... Sejuk giler... kerja bodoh kan.  Hahaha... Sekali seumur hidup.  So, why not.  Merasa jugakan.  Hehehe...



Amacam? Ada nampak macam Japanese girl kah? hehehe... I think more to China girl la bah ni.  Heyyy... mana sudah tu darah Jipun saya tidak kelihatan sudah ni.  Nampak sangat gen mamak sia lebih kuat.  Hahaha.


#throwbackpic #Feb2020 #5celcius #sejukgiler #imissjapan