Monday, June 29, 2020

Wowww kereennn...


Surprise


Kelmarin tiberrrr dapat hadiah malam2. Siap kena hantar ke rumah. Rezeki betul. Thank you @meng_aziyanah for the surprise. Bukan pula harijadi 😆😁 tapi hadiah tanda ingatan kunuk. Lamanya ndak dpt hadiah. Sukaaaa betul eh. Teringat musim kerja UMS dulu selalu terima hadiah2 walaupun kecil seperti pen cute, mousepad hello kitty la, mini stepler la. Best betul ❤❤❤. Bah korang kalo mau beli tupperware boleh cari ameng. Servis tiptop. Lajuuu. 

#tupperware #freezermatelarge 
#fits2wholechickensperfectly

Sunday, June 28, 2020

Pentingnya Komunikasi


Pernahkah kamu rasa bersalah dan agak kecewa setelah dapat tahu dari pengakuan kawan kamu sendiri yang dia sangat keciwa sama kamu sebab kamu tidak sengaja tertolong sama dia ketika dia memerlukan pertolongan kamu? Dan dia hanya bagi tau tanpa sengaja sama kamu setelah almost 1 tahun berlalu. Agak terkilan juga la. Itupun disebabkan masalah dia sudah beres jadi dia nampak happy then dia terbagi tau la apa yang terpendam/meluahkan perasaan yang disimpannya selama ini.

Aduhhh sedihnya hati bila diungkit kisah ini. Nampak sangat dia menyimpan perasaan marah or i guess dendam.  Rasa terkilan jugalah. It's soooo sad.  Padahal time tu ada masalah komunikasi sedikit.  Tapi macam mana pun i try to explain... sudah terlambat kan.  So apa boleh buat. Thats what they said... people will judge you no matter what. Terus aku jadi depresi bah 😰😨 sebab menyalahkan diri sendiri. 

Itu la keburukannya bila berkomunikasi melalui whatsapp.  Komunikasi yang berkesan seharusnya berjumpa dan berbincang dengan baik untuk mendapatkan kata sepakat.  Wooow kereennn... 😃😃😃.

Jadi kan...aku pohon sama kawan kawan rapatku di luar sana, sekiranya kalau kamu ada terambil hati denganku tolong jangan simpan dalam hati. Tak bagus simpan dalam hati lama-lama nanti jadi dendam.  Kalau boleh kita bawa berbincang... insyaallah kita boleh menyelesaikan masalah/rasa ketidakpuasan hati tu. 

Apapun, aku  harap kawanku ni tidak lagi menyimpan rasa ketidakpuasan hati sama aku dan aku doakan dia sukses dan berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin...ya rabal alamin 🤲🤲🤲.

Friday, June 26, 2020

Thursday, June 25, 2020

True Facts


Unboxing My Lantern Diffuser

Finally, my order for Young Living set yang "1 day sale" tu telah sampai.  So, ni la dia... boleh tingu video i unboxing tu lantern aah.  









Untuk keseluruhan set ni harganya RM531.50 (harga for members) termasuk lantern tu la.  Ada 5 oils semuanya. Kiranya lantern tu free.  Ini set kira memang berbaloi la. 


Cantiknya lantern nya. Boleh tukar-tukar colour.



Itu saja la. Bye.

Wednesday, June 24, 2020

Birthday Prezzie For My April Babies

Oleh kerana bingung tidak tau mau kasi apa untuk April babies tahun ini... so hadiah kali ni lebih kepada masak-masak 😆😆😆.  

So, here it is...  Si Donna aku belikan mixer sebab si Melterney cakap si Donna suka buat rangkaan untuk anaknya si Ompoyok.  Jadi sis beli mixer jenama KHIND.  Sis pun guna mixer yang sama almost 20 years sudah.  Bagus ni Mixer.  Harap-harap dia belum ada mixer la.  




Sekali dengan set baking tools yang comel ni sis kasi dia.  Yang ni beli di Shoppee.


Yang ni pula untuk si Zilla @ Jill.  Periuk color sweet pink.  Comel jer... yang ni pun sis beli dekat Shoppee juga.  Lambat sampai.  


Si Nana aku belikan periuk dari jenama Lock & Lock.  Good kualiti punya periuk.  Beli di Parkson.  Ngam-ngam ada offer.  If not harganya mencekik juga ni.


Itu saja la yang saya mau share untuk simpanan dan tatapanku 😄.


Tuesday, June 23, 2020

Not Good


Lately i'm not feeling well.  Rasa ndak sedap badan, ndak sedap perasaan,  otak bercelaru, ndak da selera makan and everything.  Rasa lemas and sleepy saja.  Lebih-lebih lagi sekarang ni musim hujan.  Asal petang hujan jak.  Jadi tambah lemas.  Tapi aku tidak mau kasi manja diri untuk tidur di siang hari because i know, kalau aku tidur time siang... nanti malam aku tak dapat tidur... aku jadi overthinking dan itu buat aku tambah sakit.  Mengkali mau diurut-urut bah ni. Huks huks huks... Itu SPA sudah buka kah tu ya??


Sunday, June 21, 2020

Saturday, June 20, 2020

MEO and Rice Cooker

Ceritanya bermula begini, si MEO whatsapp sama aku.  Dia cari rice cooker yang bentuknya begini.  Macam thermos flusk bah ni tapi yang boleh masak nasi la.  Aku tanya untuk apa.  Then dia bagi tau la dia mau bawa bekal ke ofis dan masak nasi sebab di ofis dorang tiada kantin.  So, aku bagi tau la aku ada mini rice cooker yang aku tidak guna.



So, this is my mini rice cooker yang jarang-jarang sekali digunakan.  Hanya dipakai sewaktu mau ke oversea sahaja.  Bought this in 2013 tru' Groupon jenama SuGoal.  Aku pernah blog kisah rice cooker ni sebelum ini. Since i have 3 mini rice cooker,  so yang ini aku mau wariskan kepada si MEO la.  Harap dia gunakan sepenuhnya la.  Sayang juga kan kalau barang yang jarang dipakai ni... lama-lama akan jadi buruk juga.



Nahhh...comel bah rice cooker ni.  Kecil.  Boleh masak nasi 1-2 pot.  Sesuai sangat la kalau si MEO mau guna untuk dia 1 orang di ofis.




Wednesday, June 17, 2020

Sad



Malam ni aku sedih. Sekian, terima kasih.

Belated Birthday Present For My BFF

A very belated birthday prezzie for my bff El-Liza.  Kain lace with net in royal blue from Bangkok with love ❤❤❤. Birthday nya 10 November last year tapi baru la ada masa terbagi hadiah sebab birthday girl nya sentiasa sibuk/susah mau dijumpa 😅. 

I hope she will love this as much as i do. HAPPY BIRTHDAY TO YOU MY MISS COCOS.  Semoga panjang umur, murah rezeki dan cepat kawen lagi 😝😝😝.

#novemberbabies #birthdayprezzieforsomeonespecial 
#delivered 
#banyakhutangkusamaorang
#storrumahpenuhdenganhadiah



Tuesday, June 16, 2020

Ikan Masak 3 Rasa

Hari tu sis try memasak Ikan Masak 3 Rasa.  Walaupun 1st time masak ni.  Boleh tahan juga rasanya.  Sis dapat resepi dari Azie Kitchen.  So, hari ni sis mau kongsi tu resepi di sini.  Sengaja post di sini supaya kalau lain kali sis mau masak ni, boleh rujuk terus di blog sis sendiri.  Senang kan.  Tak payah mau google lagi.  Hihihi.



Bahan A (tumis):

4 ulas bawang putih (diketuk)
6 tangkai cili padi - dipotong kecil/hiris
1 inci halia - dihiris halus
1 batang serai (diketuk)


Bahan B (Sos):

2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar cili kering (blend)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
3 sudu jus nenas (nenas dalam tin)
sedikit minyak bijan


Bahan-bahan lain:

Daun limau purut (optional)
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu (optional)
kiub nenas dalam tin
Daun sup/daun bawang - untuk hiasan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Sedikit air


Cara-cara:

1.  Ikan dibersihkan dan ditoskan.  Lumur dengan garam dan kunyit.  Biar seketika.  Bila hampir hendak digoreng, lumur dengan tepung jagung termasuk bahagian dalam perut ikan.

2.  Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali.  Pastikan minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan tadi.  Goreng dengan minyak terendam ikan tersebut.  Setelah garing, angkat dan ketepikan.

3.  Panaskan minyak di kuali lain.  Pastikan minyak tidak terlalu banyak (nanti jadi ikan masak sambal).  Tumis Bahan A.  Setelah bawang kekuningan, masukkan Bahan B (sos) dan daun limau purut.  Kacau sebentar.

4.  Akhir sekali, masukkan bahan-bahan lain  iaitu bawang besar, tomato, nenas dan cili benggala.  Masukkan sedikit air.  Sesuaikan rasa garam, gula dan ajinomoto.  Biar kuah merenah seketika.  Setelah kuah agak pekat berkilat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang.  Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Monday, June 15, 2020

Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

Hari ni aku dan Rika tes bikin kek coklat secara kukus pula seawal jam 9.30am.  Semangatnya kami kan.  Tapi kenapa aku tidak suka ini kek? Too moist.  Makan 2 potong terus kenyang semacam eh.  Sisthur lebih prefer kek coklat bakar la ni macam.




Ini resepi sisthur dapat daripada Instagram (Resepimantap).  So kalau korang mau try bikin, boleh tingu resepi di bawah ni ya.