Haiii.... kamu ingatkah
post ku pasal bikin puding caramel hari tu? Alaa... pasal kes yang aku punya periuk kukus bucur time mengukus tu. Hihihi.
So, akhirnya... aku telah membeli Food Steamer letrik ya. Jenama TRIO menjadi pilihan hati setelah menggoogle dan bertanya pendapat kawan-kawan yang menggunakan TRIO Food Steamer ni. So, ini la dia.
Aku beli ni di Shoppee. Kira murah la. Harganya baru RM279.00. Model TFS-28. Size 25 liter (10+10+5). Aku tanya kawan-kawan yang ada beli ni, memang durang beli dari shoppee/lazada la. Harga lain-lain juga. Ada yang murah, ada yang mahal. Ikut modelnya. Kadang ada yang murah tapi postagenya makkk aii... mahalll... mau-mau juga RM80 kalau pos ke KK (dari semenanjung).
Jadi, aku try cari dalam shoppee yang penjual nya beralamat di Sabah (KK area). Baru ku inbox/DM durang. Aku tanya boleh COD kah. Dia cakap boleh 😀😀😀. Nah senangnya hatiku terus. Ada nampak mami happy 😀😀😀?? Pasal aku sudah excited mau pakai ni food steamer untuk bikin kuih kukus. Hahaha.
Kiranya aku beli ni bukan melalui Shoppee. Ni kira runding luar la. Tapi harga tetap sama macam harga di Shoppee (RM279.00). Lepas tu the next day nya dia COD sama aku di area KK. Aku bayar direct sama dia RM279.00 and no extra charges for delivery. Bijak tak mak 😁😁😁??
Kalau aku order sama dia melalui shoppee, ada extra bayaran postage RM30.00 lagi. Bukan itu saja. Barangnya entah bila boleh sampai. Sebab sekarang kan ada masalah dengan perkhidmatan pos laju disebabkan PKP. Silap haribulan, lepas raya baru barangnya sampai 😒😒😒. Resit pembelian dia bagi melalui whatsapp . Ada kad warranty (1 year) dalam box tu disertakan.
Jadi dipendekkan cerita, projek pertamaku ialah membuat kuih seri muka. Nahh ko... never in my life terfikir mau bikin kuih melayu bah. Hahaha... ini kali la. Kalau bukan pasal PKP, tiada ni ya. Hahaha.
Nah, dengan ini aku rasmikan food steamer baruku. Comel kan food steamerku. Besar oh. Boleh masuk loyang size 10 x 10. Kuat lagi tu wapnya. Boleh satu kali stim muka 😂😂😂. FYI, aku kukus ni kuih seri muka selama 40 minit, airnya tak payah ditambah.
So, ini la dia, kuih seri mukaku yang baru siap dikukus dan kurang berseri 😏😏😏. FYI, aku dapat ni resepi dari
youtube. Korang boleh tengok cara-caranya dari
youtube tu.
Setelah menunggu kuih sejuk dalam 3 jam begitu, baru la dapat potong kuih. Walaupun rupa kuih ni kurang menarik, tapi rasanya boleh tahan ohh! Tidak manis. Ngam-ngam rasanya. Kiranya berjaya juga la projek membikin kuih seri muka ni 👏👏👏👏. Mission accomplished! So, i was thinking... what's the next project?? Takkan itu saja kan 😁😁😁. Any idea??