Showing posts with label SPA. Show all posts
Showing posts with label SPA. Show all posts

Wednesday, October 8, 2014

Toilet Blings

Cantik kan???? Berpinar mata ooo… Alangkah bestnya kalau ada tandas begini di dalam rumah… huhuu… Malar ber-selfie di jamban ooh.  Hahaha… Sayang mau pakai ni jamban untuk buang air.  Bikin perhiasan saja ni.  Bestnyaaaaa kalau ni jambanku.  How i wishhhh!!


#gambardicopydariinternet
#alangkahbestnyakalauinijambanku

Friday, August 1, 2008

Listen To Your Skin




Take a break ladies!! Apa ertinya bekerja keras kalau tiada lagi my time dalam list anda. Sekali sekala di hujung minggu, manjakan diri dengan urutan relaxing aromatherapy . Lagi best kalau dibuat terus dengan body scrub supaya kulit jadi licin dan halus mulus. Kalo tidak mampu buat di kedai, buat sendiri la di rumah. I was thinking mo try buat di Thai Odyssey Penampang or di 1 Borneo. Ada kah sesiapa luar sana yang pernah buat di situ?? Share la sikit pengalaman.

Chinadoll Choice



Monday, January 14, 2008

SPA @ Cress Moment

12 Januari 2008, 4pm aku dah buat appointment untuk pergi ber-SPA dekat Cress Moment, Warisan Square bersama dengan laki aku. Mula-mula datang tu adakah kena suruh bayar dulu. Treatment belum start tapi dah kena bayar la pulak. Aku tak suka tapi terpaksa jugak... sebab dia kata pernah ada kes orang tak bayar... terus jalan la pulak....

Ok, sesi pertama bermula.... iaitu buat scrub the whole body (30 minit). Kalau pasal buat body treatment ni, aku paling suka bab bodyscrub ni. Tapi kali ni punya bodyscrub aku tak berapa gemar pulak. Sebab dia guna milk+salt. Macam tak terasa. Macam langsung tak rasa kasar-kasar dekat badan. Ok, lepas scrub tu, baru la buat milk bath selama 20 minit. Memang best la berendam tu. Sebab environmentnya cantik, berendam sambil minum-minum lagi... best la... ooops.... tapi jangan silap ya... laki aku tak buat treatment ni. Dia join sesi treatment yang ke-2 (start jam 5pm). Harga sesi pertama ni ialah RM88.00 - for 1st trial.

After kulit dah licin/gebu, sesi treatment kedua bermula iaitu buat foot bath & foot massage/reflex selama 30-40 minit. Kira best la foot massagenya ni sebab tak berapa sakit. Selesai urutan kaki, baru buat back massage & scalp & shoulder massage. Harga sesi kedua ni ialah RM88.00 - for 1st trial jugak. Harga sebenarnya memang mahal. Dalam RM200 ke atas juga. Actually, korang mesti ambil treatment yang kedua ni then baru boleh buat treatment yang pertama tu.

So, kalau korang berminat nak cuba ber-SPA di Cress Moment ni, contact la aku. Kot-kot aku boleh dapat free treatment pasal jadi introducer... hehehehe....