Tuesday, May 27, 2008

Shocking Pen


Hmm.... apa ni??? oooo Pen rupanya... Pen ni Zally yang bagi aku. Beli from KL. Macam lucah sikit dan ganas la pen ni. Getah, tajam-tajam, warna pun shocking pink (Tapi dlm gambar ni nampak macam warna purple pula). Tapi menarik juga pen ni. kerana mendapat perhatian ramai dari orang yang selalu mengunjungi mejaku ni. Hehehe.

Monday, May 26, 2008

Guess what???


Cantikkkk kan jam Guess ni. Ini yang terbaru di pasaran. Macam aku berkenan sangat dengan jam ni. Tapi yang ada jual dekat KK cuma ada warna putih dan silver. Tapi aku lagi berkenan dengan yang gold ni pasal nampak lebih cantik dan more bling-bling crystalnya. Tapi tak tau la kalau tengok secara live nanti macam mana kan. Pasal sebelum ni cuma berliur-liur tengok di majalah dan di internet. Lagipun harus ingat. Aku ni jenis hangat-hangat taik ayam juga. Kita tengok la camana nanti. Tunggu dan lihat.
P/S: Adakah sudah berjual ciplaknya di pasaran ya?? Tau laa... Guess ni selalu ada ciplak. Tu yang boring tu.

Sunday, May 25, 2008

My New Maid @ my chef?


Seperti yang kamurang sedia maklum, aku sudah dapat amah baru... tiada pilihan so terpaksa juga ambil si Diana @ Mama si Ira. Gajinya RM450.00 sebulan. Ya... memang mahal. Tapi terpaksa ambil pasal sudah tiada calon. Tapi RM450.00 ni termasuk jaminan kerja. Meaning to say, kami tidak perlu jamin dia pasal pas kerjanya sudah disambung oleh majikannya yang sebelum ini. Menurutnya, majikan lamanya tu adalah seorang Doktor di Hospital Pakar Likas. Majikannya tu telah pigi further study di UK selama 3 tahun.


So, dia start kerja dengan kami pada 7 Mei 2008 tu sehingga la sekarang ni. So far, aku tiada masalah dengan dia ni. Aku tak nampak la cara dia kerja sebab aku pun sibuk bekerja. Weekend pula kami jarang ada di rumah. Tapi yang bestnya dia ni.... dia pandai memasak. Pagi pun dia sediakan breakfast untuk kami. So, lately aku dan hubby kerap makan malam di rumah sebab dimasakkan. Tidak la bilang dia ni hebat memasak. Tapi bulih laa... bab-bab kerja di dapur ni kira dia laju dan expert la. Itu memang aku puji. Tapi, kucing-kucing aku masih takut dengan dia ni. Mungkin bagi dorang dia ni stranger kot.... kadang bila dia berjalan di dapur tu, semua kucing aku pandai bertempiaran. Hehehehe. Tak la nampak yang dia ni sayang kucing aku. Tapi kira, bulih la dia pelihara kucing-kucing aku tu. Aku rasa sampai sekarang dia tak pernah kenal/sebut nama kucing aku. Kalau dia nak bagi tau aku pasal kucing aku, dia cuma mention warna kucing tu saja. Lucu kan.


So, itu saja laa yang aku mo share story dengan you all pasal amah baru aku ni. Harap-harap dia dapat bertahan kerja di rumah aku dan menghadapi karenah kucing-kucing aku. Actually, aku malas nak tukar-tukar amah setiap tahun ni. Kalau boleh aku nak cari amah yang kerja tetap terus bertahun-tahun gitu. Yang boleh diharap la orang cakap kan...


Sekian, wassalam.

Saturday, May 24, 2008

Indiana Jones - Kingdom of the Crsystal Skull



Semalam aku dan hubby pigi tengok wayang di GSC. Kami tengok crita Indiana Jones - Kingdom of the Crystal Skull. Penuh panggung bah. Itupun, awal lagi kami sudah beli tiket. Kami dapat tempat duduk yang tak brapa ok. Lepas tu panas lagi. Macam tak brapa terasa aircond panggung tu pasal ramai orang kot. Jadi, wayang tu terus jadi macam tak best. Actually wayang ni kira ok jugak la. Aku ni pun kira peminat Indiana Jones. Tapi wayangnya kali ni macam kurenggg sikit dibandingkan dengan Indiana Jones yang lain-lain. Aku rasa Temple of Doom dan The Last Crusade lagi best. Itu pendapat aku la... Tapi korang kalo minat dengan Indiana Jones, mesti tengok juga crita ni. Macam tak sah ni kalau tak tengok.

Accor Advantage Plus



Apa ni?? Ini laa membership card ACCOR Advantage Plus. Tujuan aku beli membership ni pasal kami ni selalu makan di luar. So, if kami pigi restoran dekat hotel-hotel yang tersenarai dalam ACCOR ni, kami akan dapat 50% discount. Itu kalau makan 2 orang la.... lagipun, aku beli ni pasal One Borneo akan buka 2 hotel iaitu Novotel dan Mercure bulan Jun and July 2008 ni. Bulih la selalu makan di sana konon nanti. Itupun kalau sedap la. Dan bukan itu saja keistimewaannya... penginapan pun dapat special rate ya! Nanti you all boleh tengok dekat website ACCOR ni. Harga membership ni RM458.00 setahun kalau i tak silap.

So, sesiapa yang berminat mo beli membership ni, boleh lah bagi nama dekat aku. Pasal... sekiranya aku dapat cari 3 orang yang mo join this membership, aku dapat 1 voucher free 1 nightstay. Wah... bestnya...

Membership Benefits

CORE DINING BENEFITS
Advantage Plus members are entitled to the following discounts off the total food portion of their bill for breakfast, lunch and dinner at participating restaurants throughout the Asia-Pacific region
• Member and one guest – 50% discount
• 3 people - 33% discount
• 4 people - 25% discount
• 5 people – 20% discount
up to 10 people – 10% discount
• Members will receive 25% discount when dining alone
• 15% off beverages throughout in Asia
• 1 x complimentary birthday cake – must be booked two days in advance

Conditions: Card must be presented to receive benefit, card is not transferable, only one card per table, not available during promotions or special events, not available for room service or service by the pool. Block-out dates: Not valid on the eve of and on days of public holidays and special events for each country and or region. Full terms and conditions will be available in your membership pack.


CORE ACCOMMODATION BENEFITS

Advantage Plus members will receive the following accommodation benefits:

• ONE Complimentary Night Stay Certificates – non transferable, can be used at any participating hotel throughout Asia-Pacific, only one certificate per stay.
• Participating hotels will offer a 15% discount for special packages and promotions advertised directly by the hotel and the Accor Hotels website
• 15% off Ibis hotels rate of the day

In addition, in-house guests will receive the following:
• 20% off laundry
• 20% off business centre services
• 15% off in-house massage

Additional benefits :
• 10% off delicatessen purchases
• 15% off fitness club membership fees
• 30% off banquet room hire only
• Member For a Day Certificate


ADDITIONAL DINING BENEFITS IN MALAYSIA ONLY

One complimentary dining certificate for one person and 50% off for the 2nd person at the Square. Valid only for Saturday and Sunday Buffet Lunch (Valid only at NHMKL),
One 50% discount certificate for 6 – 10 people in Chinese restaurant (food only, for A+ member normal 15% discount applies for beverages) (Valid only at NHMKL), Non transferable
All A+ arrivals receive a welcome drink upon arrival and a fruit basket in the room (NHMKL)
Minimum dining discount of 20% for 5 – 10 pax (Valid only at NHMKL)
Benefit for our Ishwara Restaurant for buffet lunch (Valid only at SPRJ) ,(Non Transferable)
2nd and/or more child/children dine for free when accompanied by two paying adults (up to a limit of 4 children under 12 years of age)
This offer is valid for three months from commencement of card issuance, you will have to produce a voucher for this benefit

Additional accommodation benefits in Malaysia only

One certificate per membership entitling member to 2 nights for the price of one at the members rate (15% off best hotel promotional rates) – MUST INCLUDE A SUNDAY NIGHT i.e. stay one night on the members 15% off rate including a Sunday night, and receive the 2nd night (either Saturday or Monday) free of charge. Subject to availability at time of reservation. Certificate not valid on the weekends (including Mondays) of the: Formula 1 / MIFF / Christmas / New Year period( Valid only at NHMKL) , Non Transferable
Complimentary internet access in Business Centre and Superior room when staying in-house (Valid only at NHMKL)
2 upgrade to next room category certificates (not including complimentary night, subject to availability (Valid only at NHMKL) ,Non Transferable

Other Benefits

2 complimentary visits to gym and swimming pool certificates. Upon producing of A+ membership card (Valid only at NHMKL)
Member is entitled to a 25% discount on Mandara Signature Massage throughout the week subject to advance reservations and availability, valid whole year round (Valid only at SPRJ)
Member is entitled for usage of hotel Sports & Leisure facilities for 2 adult and 2 children (below 12). The 5th person will be charged at RM10.00 net for adult and RM5.00 net for child. The usage of the facilities will be in accordance to the attachment list, valid whole year round. (Valid only at SPRJ)
2 hours complimentary car park when dining at Novotel Hydro Majestic KL upon endorsing receipt, valid for both restaurants. (NHMKL only)

N.B. SPRJ is Sofitel Palm Resort Johor
NHMKL is Novotel Hydro Majestic Kuala Lumpur

Babies for adoption?

14 Mei 2008, si Kakak@Tinklebelle beranak lagi. Entah setahun mo berapa kali dia beranak. Tahun ni jak sudah 2 kali beranak. Last dia beranak si Babyphatt hari tu pada 4 January 2008.


Kali ni anaknya ada 3 ekor. Actually 4 ekor tapi yang seekor lagi mati. Lawa baby nya ni... gemuk dan sihat lagi... So, is there anyone out there yang interested for adoption??? atau mo tunggu giliran si Twist pula yang beranak??? si Twist pun tengah sarat mengandung. Macam mo tunggu hari dah.
Ini la baby-baby tu... sian...

Ini laa Babyphatt. Umurnya baru 4 bulan lebih. Kesian dia.... awal lagi sudah ada adik. Kurang kasih sayang. Mamanya selalu marah dengan dia.

Ini adalah si Kakak @ Tinklebelle (ibu kepada anak-anak di atas). Masih muda... awal lagi sudah mengandung.

Monday, May 12, 2008

Kisah Amah lagi...

Selepas kejadian kes si Mida tu, 7 Mei 2008, laki aku bawa pulang seorang lagi amah ke rumah kami. Kalau tak silap aku namanya si Diana @ Mama Si Ira. Amah kali ni kononnya cukup berpengalaman and that's why dia minta gaji RM450.00 sebulan ya. Tapi RM450.00 ni sudah lengkap dijamin - meaning tidak perlu ditanggung pasnya kerana majikan lamanya sudah sambung jaminannya. Bangsa bugis, agak berumur (mungkin dlm 40-an). Dia kata dia ada anak (Nama anaknya si Ira) yang berumur 20 tahun yang sedang bekerja jadi amah di Papar. Actually, aku kurenggg sikit dengan dia ni pasal mungkin faktor umur yang menyebabkan aku segan nak suruh-suruh dia kerja atau lap taik kucing aku di rumah. Kweng-kweng-kweng. Memandangkan sudah tiada pilihan dan laki aku pula sudah putus asa untuk cari amah, so dia kata biar la kami ambil ja si Diana ni sementara si Johani boleh tunjuk ajar cara-cara penjagaan kucing.


Pada 9-11 Mei 2008, si Diana cuti sebab alasannya anaknya yang bekerja di Papar tu cuti. Mati aku kalau gaya dia camni setiap bulan. Mo 3 hari cuti sebulan ni. Ok la, aku tak brapa kisah dia cuti sebab masa tu si Johani pun masih kerja dengan kami kan.


10 Mei 2008, kami dapat amah baru lagi yang di-introduce oleh seorang kawan. Laki aku bawa pulang amah tu untuk di-interview oleh aku. Namanya Darma. Orang Bugis juga. Penampilannya ok. Bertudung ada pengalaman kerja, sopan, pandai masak, umur 23 tahun. Aku berkenan dengan dia ni. Gaji pun sudah runding. Dia pun setuju kerja dengan kami. Dia minta kami ambil dia kerja bermula 12 Mei 2008 (Isnin). Malam tu juga aku siap ajar dia macam mana nak kasih makan kucing pasal kalau dia datang hari Isnin nanti, takut tak da orang tengok dia kerja sebab si Johani last day kerja hari Ahad (11 Mei 2008).


Malam tu baru la senang hati aku tidur pasal dapat amah baru. But the next daynya.... Tipah tertipu lagi!! Petang kelmarn, laki aku kira tak mo ambik si Diana kerja sebab sudah dapat si Darma. So, untuk kepastian, dia call si Darma untuk kasih confirmation samada betul-betul kah si Darma ni nak kerja dengan kami. Sekiranya dia confirm, then kami kena la menolak si Diana dengan cara baik. Laa... sekali kami phone, si Darma ni tak mau la pulak kerja dengan kami. Dia kata dia berada di Sandakan la pulak. Apa la nasib malang kami dapat amah ni.... Mo tak mau, petang tu juga kami terpaksa ambik si Diana kerja dengan kami. Akhirnya aku pun dah putus asa dengan amah ni. Nampaknya terpaksa la aku meneruskan kehidupan dengan si Diana ni.....



Thursday, May 8, 2008

China Doll New Phone

Tadaaa..... presenting you my new handphone - Iphone. Canggih siul... touch screen...16G. Tapi susahnya mo ber-sms pakai i-phone ni... Banyak yang perlu dibelajar sebab masalah i-phone ni, tak der manual. Kena rajin bertanya dengan tauke kedai ataupun tengok dalam internet. Tapi yang boringnya iphone ni, dia tak boleh terima MMS. Kalau terimapun, kena tengok MMS tu dlm website lagi. Tu yang leceh tu. Tapi kalau kita nak hantar MMS sama orang lain boleh lah.


Wednesday, May 7, 2008

Amah Sot

Seperti yang telah dijanjikan, semalam kami tunggu amah yang nak kerja dengan kami tu (Mida) di depan Giant, Kolombong. Tunggu punya tunggu dia tak juga timbul-timbul. Bila kami call, dia tak mau jawab phone. So, kami blah la. Setan punya amah. Dia buat kami jadi bodoh ja menunggu dia. Kalau tak mo kerja tu cakap la tak mo kerja. Jangan buat orang jadi bodoh tertunggu-tunggu. Buang masa kami jak. Aku rasa dia ni sot la. Bikin sakit hati betul.

Monday, May 5, 2008

Maid in Indon


Amah-Amah-Amah.... susahnya mo cari amah. Kami laki bini dalam dilema sekarang ni kerana amahku (Johani) tidak lama lagi mo berenti kerja pasal mo balik Indon jaga emaknya setelah satu tahun kerja dengan kami. Rupanya susah mo cari amah sekarang ni. Agent pun sudah tak ada amah sekarang ni. Terpaksa kami dari rumah ke rumah/kampung ke kampung untuk mencari amah. Bukan senang mencari amah sekarang ni. Macam pisang goreng dorang ni tau. Lucu juga pengalaman kami mencari amah sepanjang 2-3 minggu kebelakangan ini.

23 April 2008 - Aku dan ipar ke Kampung Likas cari amah bangsa butun. Kononnya amah tu mo kerja tapi masih mo rehat. Dia suruh kami datang 3 hari kemudiannya.

24 April 2008 (petang) - Masih tidak berputus asa. Aku dan ipar ke Kampung Tebobon pulak atas rekomen dari kawan ipar kononnya di sana banyak amah bugis. Dapat la seorang amah ni tapi tidak memenuhi kriteria kerana:

1. Agar berumur (40 ke atas). Aku takut nanti dia tak sayang kucing.
2. Bangsa tidak diketahui/orang Sandakan konon
3. Ada IC tapi rasanya bukan orang tempatan tapi tidak boleh dijamin. Takut pulak nanti bila kami biarkan dia seorang di rumah dia mencuri/lari pulak. Kweng-kweng-kweng.

24 April 2008 (Malam) - Dapat panggilan telefon daripada biras. Kononnya ada amah bugis yang mahu bekerja tinggal di Kepayan. Biras suruh kami contact direct dengan amah tu. Namanya Siska. Kamipun tanpa membuang masa terus menghubungi si Siska. Setelah communicate dengan si Siska, malam tu juga kami terus jumpa dia. (kita kena la tengok penampilan/interview jarak dekat kan). Bila kami sampai di Kepayan.... laa... rupa-rupanya miscommunication pulak! Bukannya dia tinggal di Kepayan. Dia tinggal di area Kepayan Ridge!!! Mak aii... banyaknya dugaan... Kami pun terus jumpa dekat Kepayan Ridge. Bila sampai di sana, rupa-rupanya 2 orang yang nak bekerja ni. Kali ni aku reject jugak. Pasal:-

1. Demand betul. Mo gaji RM400.00.
2. Sudah tu tak mo dijamin.
3. Lepas tu, kalau boleh dorang ni nak bekerja bersama-sama. Dia nak kami ambik dorang 2 orang kerja sekali. Dorang 2 ni bersepupu dan pernah kerja di tempat yang sama.

25 April 2008
Malam tu hujan lebat. Kami datang ke rumah Butun di Kampung Likas yang katanya ada amah butun yang nak bekerja tu. Malang sekali bila sampai di sana dia kata tu amah sakit pulak. Belum ready untuk bekerja. Tapi jam 10.00 malam kami dapat panggilan telefon daripada si Siska. Katanya sepupunya yang bernama Pero kebetulan baru sampai dari Indon yang ada passport/mahu dijamin hendak bekerja dengan kami. Katanya cousinnya ni tidak ada pengalaman kerja di Malaysia tapi ada pengalaman kerja di Indon. Pengalaman amah ni kami tidak kisah sebenarnya. Yang penting dia jujur, tanggungjawab dan independent.


26 April 2008
So, tengahari tu kamipun menjemput si Pero dan dibawa balik ke rumah untuk di-test. Si Johani pun dengan senang hatinya mengajar si Pero/menurunkan ilmu-ilmu kepada si Pero. Mengajar macam mana cara nak kasih makan kucing etc.


28 April 2008
Lakiku tanya si Pero samada dia betul-betul nak kerja kah dengan kami. Sebab sekiranya dia betul nak kerja dengan kami, kami mau jamin dia etc. So, si Pero kata dia suka kerja di tempat kami dan mahu dijamin. Kamipun happy. Aku suka juga dengan si Pero ni walaupun dia agak pendiam. Tapi nampak dia rajin dan beri kerjasama.


29 April 2008
Lakiku dapat panggilan telefon daripada kakak Pero bahawa si Pero nak berenti kerja pulak!! Alasannya:-

1. Dia tidak boleh kerja kalau ada orang tua/saudara mara yang datang ke rumah (kebetulan mummy aku mo datang dari Tawau).
2. Dia tidak suka kucing - pulak!!! Sebelum ni dia ok.
3. Kakaknya telah dapatkan dia kerja baru di mana majikan ini sanggup mengambil mereka ber-2 bekerja sebumbung dan bergaji RM450.00 seorang. Macam tidak logik saja... kweng-kweng-kweng. Kalau dah nak berenti tu, cakap terus terang ja la kan...

So, tengahari tu, lakiku terpaksa hantar si Pero balik. Malam tu tanpa putus asa, kami ke rumah Butun di Kampung Likas lagi. Saja laa bertanya mana tau dia masih berminat untuk bekerja. Malangnya kami diberitahu dia tidak mahu bekerja pulak!! Hancusss harapan kami.


30 April 2008
Lakiku telah membawa pulang amah baru daripada Kampung Likas yang di-introduce oleh tukang urutnya. Bila aku balik aku tengok amah tu, aku terus tidak berkenan pasal:-

1. Agak berumur (40-an)
2. Ada IC tapi bukan orang tempatan (Ni yang pelik ni... )
3. Tiada pengalaman/Hanya suka-suka mo kerja
4. Masih ada keluarga (nenek yang berumur 100 tahun) yang harus dijaga.

So, malam tu kami hantar dia balik sebab nampak gaya dia pun tidak berminat mo kerja.


1 Mei 2008
Kami balik semula ke Kampung Tebobon untuk bertanya kot-kot mana tau ada amah bugis yang berminat untuk bekerja. Dapat la konon ada amah ni berminat bekerja. Namanya Ati. Bila kami call Ati, dia terus mo tahu brapa gaji yang kami bagi dengan dia dan brapa orang anak yang hendak dijaga. So, lakiku offer dia RM350.00 dan pas kerja dijamin/tiada anak. Si Ati ni terus-terus setuju nak kerja. Dan dia suruh kami ambik dia di Giant Kolombong pada 4 Mei 2008 (Ahad). Bila letak telefon, aku tak puas hati. Aku suruh laki aku telefon si Ati tu semula. Sebab kalau boleh as soon as possible la kita nak ambik dia kerja kan. Pasal dorang ni macam pisang goreng. Takut nanti diambil oleh orang lain la pulak kan. Lagipun, sementara si Johani masih ada di rumah, boleh la si Johani ajar/tengok-tengok dia dekat rumah. Pulakk... bila kami call dia semula, husband dia yang jawab phone. Rupa-rupanya si Ati ni dah kahwin!!!! Dan lakinya pula kerja di sebuah bengkel di area Kolombong. Sudah tu, dia kata dia pandai buat kerja (ada pengalaman) dan tidak perlu diajar. Aku terus tak berkenan sungguh dengan si Ati ni. Bukannya apa... atas nasihat mummy/kawan-kawan, takut jugak mo ambik si Ati ni kerja di rumah pasal kami ni selalu tak der dekat rumah. Karang dia bawa lakinya datang ke rumah.... apa jadi nanti kan.????

4 Mei 2008
Oleh kerana masih tiada pilihan....dan tiada rezeki.... so, terpaksa la kami jumpa si Ati yang memang ada janji untuk jumpa dia pada 4 Mei 2008 jam 1.30pm. Pusing punya pusing cari tempat perjumpaan bukan senang. Sebab dorang ni malas nak keluar betul-betul ke Giant tu. Kami yang terpaksa pusing cari dia. Bila dah jumpa si Ati ni, kebetulan dia bawa seorang kawannya bernama Mida. Kebetulan si Mida ni pun mau bekerja. Si Mida ni orang timur manakala si Ati orang bugis. Bila kami mulakan interview, kami lebih berkenan nak ambik si Mida ni kerja pasal si Mida ni single sedangkan si Ati ni sudah berkahwin. Bukannya apa... kami tak mau la ambik si Ati ni kerja pasal takut nanti setiap minggu dia nak cuti jumpa laki kan.(Fullstop). Si Mida ni kebetulan pulak baru berenti kerja dari sebuah restoran. So, kami setuju ambik si Mida kerja dengan kami dan dia minta kami ambik dia malam tu jam 7pm kerana mahu mengambil barang-barangnya yang masih ada di restoran lama tempat dia bekerja. Kami pun happy.......

Bila kami sampai jam 7.15pm malam tu, si Mida ni sudah sedia menunggu kami. Bila lakiku keluar dari kereta si Mida ni terus cakap dengan lakiku dia minta kami tunggu dia pasal dia kena ambik dokumen/barang dengan kawannya dekat area Giant. Tunggu punya tunggu. Hampir 1 jam kami tunggu dia. Si Mida ni tak timbul-timbul. Kamipun heran dia ke mana. Bila call handphonenya pula tutup. Banyak betul dugaan kami ni.

5 Mei 2008
Lakiku try call si Mida ni. Tiga kali call tak jugak kena jawab. So, my hubby putus harapan. Last-last aku try call sendiri pakai handphoneku. Kali ni kena jawab pulak. So, aku terus pass handphone tu dengan lakiku. Lakiku siap marah dengan si Mida pasal buat kami tertunggu-tunggu. Alasan si Mida dia jumpa "kawan" tapi laki aku tak bagi peluang dia terangkan keadaan. Tapi si Mida ni kata dia betul-betul pulak nak kerja dan suruh kami ambik dia keesokkan harinya. Tapi laki aku ni macam semacam ja... tiada mood sudah dengan si Mida ni. So, kita tunggu dan lihat laa apa yang akan terjadi esok.... samada si Mida ni betul-betul kah nak kerja dengan kami ni.

Jadi, kepada kawan-kawan yang sedang membaca blog ini, kalau tahu ada amah yang mo bekerja ataupun amah-amah yang mahu bekerja dengan kami, sila la hubungi kami melalui blog ini. Syarat-syaratnya:-

1. Mesti sayang kucing
2. Jujur, Rajin, Tanggungjawab, Berdikari
3. Gaji boleh dirunding
4. Warganegara Indonesia (Pas kerja dijamin)
5. Berumur 20-35

Note:
1. Tuan rumah tiada anak. Tapi ada banyak kucing yang harus dijaga.
2. Bilik amah disediakan lengkap dengan katil, almari, tv, radio.