Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Friday, June 26, 2020

Thursday, June 25, 2020

Tuesday, June 23, 2020

Not Good


Lately i'm not feeling well.  Rasa ndak sedap badan, ndak sedap perasaan,  otak bercelaru, ndak da selera makan and everything.  Rasa lemas and sleepy saja.  Lebih-lebih lagi sekarang ni musim hujan.  Asal petang hujan jak.  Jadi tambah lemas.  Tapi aku tidak mau kasi manja diri untuk tidur di siang hari because i know, kalau aku tidur time siang... nanti malam aku tak dapat tidur... aku jadi overthinking dan itu buat aku tambah sakit.  Mengkali mau diurut-urut bah ni. Huks huks huks... Itu SPA sudah buka kah tu ya??


Sunday, June 14, 2020

Nevermind


This happens when i get mad/upset with someone.  But... akhirnya... NEVERMIND..... or... tidak apa la...🤷‍♀️🤷‍♀️🤷‍♀️🤷‍♀️ always mengalah hati 😅😅😅 walaupun hati sakit dan sedih.  So i just pray that the pains will go away.  Begitu la bah kehidupan kan.

Wednesday, June 3, 2020

Life Begins at 40

Tenang di penghujung usia 30 an. Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia 37 tahun ke atas ni, memang 'temper' selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil pun boleh melenting. Asyik melenting sahaja! Tapi bila saya yang berada di tempat mereka sekarang ini, barulah saya faham. 

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya! Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan. Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun. 

Tak pun cuba kalian semak diri sendiri. Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun! Pang!! Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu. Kesihatan. Keluarga. Sahabat. Kerjaya. Ibubapa. Adik-beradik. Ipar duai. Kebendaan. Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅. You have to face it! Masa inilah ada yang rumahtangga goyang. Masa inilah ada rumahtangga yang gagal. Masa inilah ada yang hilang kerjaya. Masa inilah ada yang mula sakit-sakit. Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri. Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal. Masa inilah kenderaan rosak. Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene 'repair' sana sini. Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal. 

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah yg dahsyat! Menguji keimanan. Menguji kesabaran. Melatih diri dengan reda dan ikhlas. Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan. Mengajar diri menjadi lebih beriman. Kenapa? Kenapa semua ini berlaku? Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah - ALLAH SAYANG- DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu. DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 

30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat? Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW! Hati lebih sabar. Hati lebih tenang. Hati lebih ikhlas. Hati lebih tawaduk. Hidup lebih bahagia. Hidup lebih sempurna. Hidup lebih nampak arah tujunya. Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan. Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal. 

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh. Semua urusan diniatkan ibadah. Sudah mula ke rumah Allah. Sudah mula perbaiki diri. Sudah mula perbaiki solat. Sudah mula perbaiki akhlak dan adab. Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain. Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌. 

Take a second to think about how blessed you are. Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi. Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar. Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa. 

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik. Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian! Baik, 'kan Allah . . . Yes. Life is simple. Do good and good will come to you. Please share it to save more people out there. Kita pun copy paste juga 😊


Wednesday, May 27, 2020

Happy 51 Year Anniversary


27 May 2020
HAPPY 51 YEAR ANNIVERSARY 
TO MY PARENTS

Sunday, May 24, 2020

Raya PKPB Be Like

Raya PKPB be like 😆😆😆.  Kena ikut SOP beraya di rumah orang walaupun di rumah family sendiri 😂😂😂.  Comel sangat la gaya tuan rumah nie 😂😂😂.




Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2020
MAAF ZAHIR DAN BATIN
0-0 yer 😁

P/S:  Tahun ni sambut Raya dekat KK jer... pigi makan di rumah SIL aje. Tak balik kampung sebab PKPB.  Sedih... Huhuu... 







Wednesday, May 13, 2020

Sunday, May 10, 2020

Happy Mother's Day



Wishing a very Happy Mother's Day to the most amazing, awesome, extraordinary loving mummy Hajah Fatima Abdullah.  I love you mummy 💋💖

Friday, May 8, 2020

Bil Letrik PKP



Psstt!  Sudah kamu terima bil letrik rumah kamu? Aku baru terima bil letrik kelmarin. Ngam2 tu staf SESB ada depan gate tengah check meter reading.  Terkejut makkkk terima bil.  Untuk 2 bulan punya bil letrik is RM1664.85. (Bulan Mac is RM653 and bulan April is RM1012.85). Last payment is 4 Mac 2020. Never in my life bil letrik sebegini tinggi. Paling tinggi pun dlm RM600++ sebulan. Ndak juga pasal steamer baru bah kan 🤣🤣🤣. 3 org ja tinggal dalam rumah ni. Dan hanya guna 1 acond (panasonic 2hp mini) saja dalam bilik kami dan bukan guna 24 hours. Sebab kalo di bawah kami memang akan lepak di luar dengan pakai kipas saja. Kamon SESB... betul kah ni meter reading siurang 😪😪😪. Banyak ni tau. Bulan ke 2 saja sudah 1k++. Diskaun yang Kerajaan bagipun ciput.  Hanya 2% bah untuk bil RM400 ke atas 😅😅😅.  Maigatt...

Saturday, April 25, 2020

Hi everything


Hi everythinggg...  how are you to find out? 😜😜😜

Thursday, April 23, 2020

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa Ramadan


Panduan Solat Sunat Terawih Di Rumah (Untuk Wanita)












Info dipetik dari facebook

Sup Sayur Cendawan

Hi ouls!  Hari ni sis mau share resepi macam mana mau masak sup sayur cendawan tiram.  Simple ja... tapi sedap.  Ngam ni untuk menu orang diet-diet.  Hihihi. 

Ok, bahan-bahannya seperti berikut:

1 paket cendawan (dicarik-carik/ikut suka)
Sedikit sayur sawi (ikut suka/nak campur boleh...tak nak pun ok)
4 biji bawang merah (hiris)
2 biji bawang putih (hiris)
1 biji tomato (belah 4)
1 biji lada besar/merah (belah 2)
Sedikit ikan bilis
Serbuk lada putih
Perasa (garam/aji)
Daun Sup (hiris)

Cara-caranya:

1.  Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih.  
2.  Setelah kekuningan, masukkan ikan bilis.
3.  Apabila wangi, masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah.
4.  Setelah mendidih, masukkan cendawan, sayur sawi, tomato, lada merah, serbuk lada putih dan perasa.  Matikan api apabila sayur/cendawan sudah mulai masak.
5.  Akhir sekali, masukkan daun sup dan tadaa... jadi la sup sayur cendawan sia.  Sedia untuk dimakan 😁😁😁.




Sunday, April 19, 2020

Throwback 2003 - Seoul, Korea

Memandangkan PKP ni sisthur ada banyak masa free, so sisthur mau share some of my foto-foto percutian.

This was 17 years ago... semasa percutian musim winter in Muju Resort (Deogyusan Resort), Seoul, Korea pada awal tahun 2003 (Januari or Feb 2003 I can't remember).  Mudanya sisthurrr time ni 😁😁😁.  How time flies... yeehaww...

Tengok ni.  Chomel kan sisthur 😆😆😆






Itu ja la untuk hari ini 😁.

Saturday, April 18, 2020

Bantuan COVID-19 Sabah

Kerajaan Negeri Sabah telah membuat satu inisiatif dengan memberikan bantuan kepada rakyatnya yang bekerja di Semenanjung Malaysia yang berjumlah RM300 secara one-off.  Permohonan bantuan ini meliputi warga sabah dari keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang berada di Semenanjung.  Tujuannya adalah untuk membantu rakyat Sabah untuk membeli barangan keperluan semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) berlangsung.   

Sehubungan dengan itu, rakyat sabah boleh membuat semakan dan membuat permohonan Bantuan Khas Covid-19  melalui sistem bantuan.covid19.sabah.gov.my bagi menggantikan sistem sedia ada iaitu wecare.sabah.gov.my sejak 15 April lalu.  Laman web ini juga boleh digunakan untuk membuat permohonan untuk golongan-golongan berikut:

1.  Anak-anak Sabah yang bekerja di Semenanjung Malaysia
2.  Pemandu Teksi, bas, lori dan kereta sewa
3.  Petani/pekebun kecil, nelayan dan penternak
4.  Porter/Malim Gunung
5.  Freelance Tour guide
6.  Warga tua, anakyatim, orang kelainan upaya (OKU)

So, hari ni sis belajar macam mana nak buat permohonan ni.  Tapi sis bukan buat untuk diri sendiri.  Sis tak layak la ouls... Sis buat ni untuk ibu/bapa sis yang dalam kategori golongan warga emas/warga tua. Tak tau la lulus kah tidak ni.  Just try mohon la sebab ibubapa suruh mohon kan. Harap-harap lulus la.

So sesiapa yang ingin membuat permohonan atau menyemak permohonan boleh tengok di website ini.  Caranya mudah saja.  Just key in no. kad pengenalan dan klik dekat petak kosong (saya bukan robot) dan tekan SEMAK.


Sekiranya belum ada permohonan, tekan butang BUAT PERMOHONAN.


Keluar la gambar macam ni.  PERINGATAN:  Permohonan akan terbatal dengan sendirinya dan tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu.  So pastikan maklumat yang dihantar adalah benar.

Pendaftaran untuk ibu tunggal boleh dibuat melalui website wise.sabah.gov.my.


Isikan maklumat peribadi seperti di bawah (no kad pengenalan, nama penuh, no telefon, daerah, maklumat pekerjaan, sektor pekerjaan dan maklumat lain-lain yang diperlukan)



Last sekali, kena muatnaik gambar kad pengenalan dan dokumen yang menunjukkan no. akaun bank (buku bank, screenshot penyata online banking etc) dalam format pdf, jpg, jpeg, png (maksimum size 20mb).


Ini contoh format lampiran (kad pengenalan & buku bank) yang perlu dimasukkan (upload) ke dalam sistem.

Selepas isi maklumat dan upload gambar, tekan butang HANTAR. Jangan lupa klik di ruangan SAYA BUKAN ROBOT.

So selepas hantar permohonan, boleh rujuk semula permohonan di website tadi.  Key in no kad pengenalan semula dan tekan butang SEMAK.  Then keluar la status begini.  MENUNGGU GILIRAN UNTUK DIPROSES.  


Begitu la caranya.  Mudah kan? So kita tunggu saja la.  Harap-harap lulus la.  Senang hati jugak dorang terima bantuan ni.  RM300 ouls... siapa kasih kan.  Bah ouls yang di luar tu... kesian ibu/bapa yang tak reti nak upload2 ni.. boleh la tolong buatkan untuk dorang.  Kalau kita tak bantu, siapa lagi nak buatkan untuk dorang kan.   

Itu saja la sis nak share untuk hari ini.  Sekian, terima kasih.

Info dipetik dari:


Friday, April 17, 2020

Thursday, April 16, 2020

Challenge Tag: Travelling Photos

#ChallengeAccepted  #24hrs

I was tagged by Michelle Chong Yun Kee.

I choose 16 photos of myself from 14 countries to remind me of happier times when we could travel freely and hope all the places will be safe from COVID-19 soon.

If i tagged you, please don't disappoint me.  Fitri Suzanie  Sharizal Othman  Anne Charles  Pamela A.Moguil  Lennie Tang  Elsa Emmilia Kee

Upload 4 or more pictures of yourself.  Then tag many people to do the same and keep the day interesting.

To those i tag, i hope you keep this circle going.  Miss my travel life so much.

Pic 1 -  Cape Town, South Africa (2006)

Pic 2 - Florence, Italy (2010)

Pic 3 - Mount Titlis, Switzerland (2010)

Pic 4 - Melbourne, Australia (2011)

Pic 5 - Stonehenge, Wiltshire, England (2011)

Pic 6 - Mykonos, Greece (2012)

Pic 7 - Athens, Greece (2012)

Pic 8 - New York City, United States (2012)

Pic 9 - Jardin De Luxembourg, Paris, France (2013)

Pic 10 - Monte Carlo, Monaco (2013)

Pic 11 - Grand Canyon, Arizona, Nevada, United States

Pic 12 - Cappadocia, Turkey (2016)

Pic 13 - Edinburgh, Scotland (2018)

Pic 14 - Dubai, UAE (2019)

Pic 15 - Rovaniemi, Finland (2019)

Pic 16 - Osaka, Japan (2020)