Showing posts with label Her Wardrobe. Show all posts
Showing posts with label Her Wardrobe. Show all posts

Tuesday, August 18, 2015

Baju Kurung Moden Pink For Sale

BAJU KURUNG MODEN 
BY ARI WEDDING COUTURE
FOR SALE 

MURAH-MURAH… 

Color -  Sweet Pink
Size - S to M boleh masuk 
Material - Chiffon (fully lining)
Skirt Type - Mermaid Cut

@@@
@@@
@@@

Harga - RM450.00 sahaja 
 Ini baju masih baru ya… belum pernah pakai lagi…  








Reason untuk dijual sebab saya ada dua pasang yang hampir sama.... hihihi... cuma baju yang satu tu lagi simple la bunganya.  Ni gambar baju yang satu tu.   


Untuk makluman, size baju dan warna adalah sama saja sebab ni custom made.  Cantik kan pink nya.... baju ni masih boleh di alter.

Bah... kalau berminat, boleh emel saya di ladyfamila@gmail.com or just leave your handphone number and i will reply you asap by whatsapp or sms.  Thanxxx....


Tuesday, February 17, 2015

Doublewoot Dackay in Red

Lama sudah tidak shopping online.  Lebih-lebih lagi shopping baju online di doublewoot.  Bila aku check history shoppingku di doublewoot… last aku beli dressnya tahun 2012! Oh my goodness!!  Punya lama sudah tu.  Where have i gone??? Kalau tu doublewoot kenal sama aku, tentu dia rindu sama aku sudah.  Hehehe...

Kali ni aku tertarik dengan red dressnya yang bernama Dackay.  Dress ni keluar sempena chinese new year.  Banyak dressnya cantik-cantik kaler merah oh.  By the way, aku memang suka dress kaler merah okay… Red is an auspicioius colour! Aku beli ni dress dengan harga RM90.  Mahal aku rasa kali ni dress nya. Tapi nasib baik aku ada reward point selama ni so setelah ditolak dari point aku hanya bayar RM73.53.  Aku ambik size M.  Harap-harap baju ni ngam la sama aku.  Nangis la aku kalau tak muat ataupun bidak sama aku.  Huhuuu… 

What say you about this dress?? Cantikkah? Ngamkah pakai time tahun baru cina? Mau pakai time Valentine terlambat sudah.  Itupun harap-harap la tu pos laju malaysia sampai sebelum cuti tahun baru cina.  Hahaha…  Ngamkah sama aku ya ni dress?? sekalinya aku pakai nanti.… genduk-genduk tengahnya.  Huahuahuahua….  Apapun…. wait and see...







DETAILS

Doublewoot exclusive KNIT LUXE collection.
Bandage panels are knit into this neat classy fashioned with a flattering bodice and a figure-following pencil dress.

Material : Stretchable Knitted polyester
Details : Featuring off shoulder, structured mode  cut and hidden back zip. 

MEASUREMENTS

Measurements : (measurements are taken laid flat, x2 for circumference) 
SIZE S: Length:89cm, Bust:35-39cm, Waist: 33-37cm, Hips:35-39cm
SIZE M:  Length:90cm, Bust:36-40cm, Waist: 34-38cm, Hips:36-40cm
SIZE L:  Length:91cm, Bust:39-43cm, Waist: 36-40cm, Hips:39-43cm

Friday, May 1, 2009

Kain Baju Raya

Hari ni aku telah bershopping kain raya di Jakel.  Hmm... mungkin terlalu awal bagi korang tapi bagi aku sudah terlambat.  Sebab last week aku tanya tailorku samada bila tarikh last boleh hantar kain untuk bikin baju raya.  Bulih-bulih tu auntie cakap, "haii yaa... saya manyak sibuk ooo...." Aduiii... kejam bunyinya. Tapi bisuk aku mau try jugak pujuk dia terima kainku ni. So, tema colour tahun ni aku pilih hijau. Jarang juga aku pakai kain plain ni. Entah hijau apa ni. Hijau epal kah ni? Warna dalam gambar tak brapa jelas. Kalau diikut warnanya lebih tua dari yang di gambar ni. Amacam? Cun kah? Hihihi....


Aku punya sebelah kiri (Shantung Silk) dan hubby punya sebelah kanan (Viscose).

Monday, March 16, 2009

Kain Batik Free


Hooray.... kami satu ofis dapat kain batik free.  Rasanya semua staff UMS dibekalkan kain batik free (corak dan warna berbeza mengikut jabatan masing-masing) memandangkan kakitangan Kerajaan diminta untuk memakai baju batik pada setiap hari Khamis.  Lawa kah kain ni? Actually ini bukanlah pilihan aku. Kalau ikutkan hati, aku mau sangat yang warna merah tu.... tapi apakan daya... ramai orang yang berkulit gelap rupanya di ofis kami ni. Hahahaha... Jadi terpaksa la akur dengan warna yang ini (aku pun tak tau apa colour ni sebenarnya. Bukan juga oren dan bukan juga coklat. Seakan-akan warna oren bata?).  Apa warna atau corak sekalipun, janji ianya GRATIS!!   Tapi... yang bikin panas tu... tailor aku pulak buat hal.  Baju Raya tahun lepas pun masih belum siap. Kalau aku hantar kain ni entah bila pulak mau siap. Kweng-kweng-kweng... kawan-kawan di luar sana yang sedang membaca blog ini, tolong rekomen tailor yang bagus ya.  Muchas Gracias...

Wednesday, February 11, 2009

From Bandung with love

Thank you 10000000000000000000000 kali to Neetot.... 

P/S:  Aku pesan belikan warna pink macam air bandung.  Yang ko belikan aku ni macam warna belacan Bandung apahal?? Anyway, thank you la. Aku memang tiada colour ni pun.  So, boleh diterima laa.  (Sempat cerewet lagi... sudah la kena kasih free.  Sempat Neetot cakap dengan aku.  "Lain kali pesan warna pink panther..." kweng-kweng-kweng)

Wednesday, August 13, 2008

Sale and the city

8-11 Ogos 2008, aku ikut hubby ke KL ada urusan rasmi. Wah... mega sale di KL. Tapi teruk kali ni pigi KL pasal taxi tak mo guna meter. Musim Arab... tu la tu gitu... makan darah betul la taxi-taxi tu. Benci aku!! Anyway, kali ni macam sikit jak aku shopping. Banyak beli kain jer. Tengok ni. Sempat kena suruh beli baju renang. Konon mo start swimming semula... padahal bukannya aku pandai swimming pun... berendam jak... hehehehe.






Wow... so flowery... and i loike it so much.




Oopss... deep purple??!
Ini laa baju Raya kami berdua tahun ni. Dark purple you.... pilihan laki ya!! Harus ingat... Aku punya sebelah kiri dan hubby punya sebelah kanan. Entah ada kah lagi orang nak ambik jahitan ni. Rasanya macam tak ader ja ni... Terpaksa aku pakai baju raya tahun lepas ja ni.

Sunday, July 27, 2008

Skinny Amber

Kenalkan my new friend - Amber. Not Amber Chia... but my new levis jean - AMBER. She's sooo... skinny.... and i love her....







Friday, January 25, 2008

Manik-manik

Ini saja ja iklan ni... kira nak hantar baju kurung ke kedai ni untuk buat manik. Nama kedainya aku tak ingat tapi terletak di Indah Permai. Harga untuk buat manik ni dalam RM100-RM200 termasuk jahit manik di tangan. Apa pendapat korang pasal manik yang dijahit ni? Ok kah?

Sample 1
Sample 2
Sample 3
Sample 4
Sample 5



Monday, December 3, 2007

Kara-Kara Sale


Kara-Kara ni adalah merupakan salah satu butik kegeramanku yang terletak di area Lintas Plaza. Butik ni kira best la. Baju-baju datang dari Korea, Hong Kong etc. Beg dan kasut dia pun cantik-cantik. Ngam-ngam weekend tu pulak dia ada year end pre sale.... So, bayangkan baju ni i cuma dapat dengan harga RM47++. 60% discount. Eee.... Murahnya.... Tapi aku tak sempat pulak beli kasut pasal kasut yang aku mau tu tak der size... sedihnya....

Tuesday, September 25, 2007

Lelong-Lelong...

Gambar-gambar baju ini cuma sementara bertempek di blogku sebab atas permintaan ramai. Sesiapa yang berminat untuk beli boleh hantar YM sama aku. TQ.
Picture 1 - RM30 (SOLD OUT)
Picture 2 - RM15 (Booked)
Picture 3 - RM30 (SOLD OUT)
Picture 4 - RM10 (SOLD OUT)
Picture 5 - RM35 Picture 6 - RM15
Picture 7 - RM10 (Booked)
Picture 8 - RM30
Picture 9 (2nd hand) - RM10
Picture 10 - RM35
Picture 11 - RM15 (SOLD OUT)
Picture 12 - RM35
Picture 13 - RM30 (SOLD OUT) Picture 14 - RM15 (SOLD OUT)
Picture 15 (2nd hand) - RM10 (SOLD OUT)

Picture 16 - RM30
Picture 17 - RM44 (Booked)
Picture 18 - RM40 Picture 19 - RM30 (SOLD OUT)
Picture 20 - RM30 (SOLD OUT)