Showing posts with label Dinner. Show all posts
Showing posts with label Dinner. Show all posts

Wednesday, January 21, 2015

First Reunion Dinner St Ursula Convent Secondary School (Class of 1988-1992)

Majlis makan malam sempena reunion SM Konven St Ursula Tawau (class of 1988-1992) yang pertama telah berjaya diadakan pada 27 Disember 2014 jam 7.00 malam bertempat di Hotel Promenade, Tawau.  Tema malam itu ialah merah/hitam.  Seramai hampir 50 orang bekas pelajar telah hadir ke majlis ini.

Selain makan malam, pelbagai acara telah diadakan seperti sesi karaoke, cabutan bertuah, games, slideshow gambar-gambar lama, tarian jamilah/poco-poco/sakitnya tuh di sini/chicken dance etc.

Tak banyak foto yang saya masukkan dalam post ni sebab actually saya belum terima lagi foto yang lain-lain.   Anyway, bah… tingu la sikit-sikit foto ni ya.  Let the photos tell the story…...

(Yours truly - dengan muka yang gumuk)


(From left:  El-Liza, Neng Suznie, Me & Aryati)

(From left:  Siti Rabiyah, Andriah, me)

 (From left:  Zarina, Jennifer, Me & Siti Rabiyah)

 (My BFF Paulina & me)

(From left:  Paulina, Norizan, Mr Tan Hock Seng, Kamariah & me - belakang tu Arsyati)

Ini la AJK Makan Malam Reunion.  Orang-orang yang bekerja keras untuk menjayakan majlis ini. Ehem-ehem… saya pun turut terlibat okay…

(From left:  Juliana, Asmiati, Noraini, Zarina (Pengerusi Penganjur), Kamariah, Norizan, Me, Paulina, Siti Rosidah, Arsyati, Kartina & Boon)

 (Bergambar dengan chinese friends.  Ada yang aku ingat nama dan ada yang lupa nama tapi muka memang familiar la)


Yang ni gambar group photo.  Jangan la tanya nama dorang semua ya.  Aku memang tak boleh ingat sudah ni.  Hahaha… bayangkan… ada yang sudah 22 tahun tak jumpa.  Huhuu…. 22 tahun??? Macam tak caya ja kan.  Ya la… lepas saja SPM kiranya aku sudah menetap di KK.  Lamanya tu.  Bila jumpa kawan-kawan lama ni perasaannya macam baru juga semalam meninggalkan SPM.   Hahaha…rupanya sudah 22 tahun.  Sob-sob-sob...


Gambar santai jam 11.30 malam time orang semua sudah berpulangan ni.  Kami sempat berfoto kasi habis filem.  Hahaha… Why i look like a minnie mouse??? Becausenya….


I was chosen to be one of the Minnie of the Night!! Kekekekek….


Me and my friend Neng Suznie telah menang undi dan terpilih jadi badut malam itu! Hahahaha…. Comel tak kami???  Itu saja la gambar dinner untuk malam tu yang saya mau kongsi.  

Oh ya… sebelum majlis makan malam tu, kamiurang sempat lagi photoshoot di sekolah pagi tu ya.  Banyak foto sebenarnya.  Tapi cukup la 1 keping ni saja group foto.  Tak ramai yang dapat datang pagi tu.  So, here it is… bergambar dengan t.shirt merah dan hitam yang ada nama kamiurang.  Hihihi.



Oh ya… makan malam kami yang meriah ni masuk akhbar Utusan Borneo bertarikh 9 Januari 2014.  Glamour makkk… hahaha…

Yang di bawah ni pula masuk akhbar Borneo Post tapi tak ingat tarikh akhbar bila.  Macam 2-3 hari selepas majlis makan malam tu. 


 Lucunya mukaku di sini.  Nasib la bukan color.  Betul-betul minnie mouse bah.  Hahaha… 

Harap tahun ni ada reunion yang kedua… kerana… aku rindu bangettt sama semua kawan-kawanku.  Adakah kerana faktor umur mengakibatkan kita mau merapatkan hubungan silaturahim bersama kawan-kawan??? atau ???

#feelingconfused #feelingsad #feelingrindu #feelingmacammacam #feelingold #omaigattt


THE END





Wednesday, June 5, 2013

Loose Bun Hairstyle

Saja laa... tiada kerjakan... so saya mau juga kasi masuk ni gambar-gambar my favourite loose bun hairstyle dalam blog saya untuk dijadikan panduan ketika mau menghadiri majlis makan malam.  I say man....  bukan aku yang buat sendiri rambut aku ya... biasa aku buat di salon ja ya ataupun orang lain yang tolong aku buatkan untuk aku.  Mana la aku pandai buat sendiri.  Huhuu.... Aku pandai kasi tunjuk gambar sama salon saja.  Hahaha...

Sebenarnya... palingggg saya minat tengok rambut si Tailor Swift la.  Tapi kalau saya mau tiru sebiji rambutnya macam susah pasal rambut si Tailor ni original curl.  Kalau saya mau buat rambut ini macam... ndak sampai 15 minit turun jadi ikal.  Kalau ikal yang cantek ndak apa.  Ini ikal patah.  Cian... apa boleh buat sudah original rambut mak lurus.  Hihihi.... (Gunakan la Pantene... Toinkkk)









So, baru-baru ini saya minta tolong sama si Toucher my ofismate merangkap my personal make up artist konokkkk laa.... untuk buat  messy bun konok... ala-ala gambar-gambar di atas ni la.  And..... kamu mau tengok hasilnya???? Hehehe... aku kasi tunjuk juga walaupun kamu tidak mau tingu.


?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Tadaaa......



Kesian bah.  Ndak berapa banyak bah rambutku ni.  But i think ok la... I like it!  Gorjes kan aku? Hahaha.... (sila muntah di jamban okayyy...).

Terima kasih laa kepada Ms. Toucher Hazel Gee.  Berminat untuk diandam?? Bah jangan ragu-ragu untuk add ini sumandak di facebooknya ;).   May be boleh dapat special price kali ya kalau mention pasal blog saya.  Hahaha.... who knows....







Monday, May 21, 2012

A Night To Remember


5 Mei 2012, Selepas saja selesai berpicnic petang tu, aku kelamkabut pigi ke City Mall untuk mengambil bajuku yang telah dibeli semalam/sehari sebelum untuk attend Majlis Makan Malam yang bertemakan "Masquerade Night" anjuran Koperasi Usahawan Koridor Sabah Berhad yang diadakan jam 7.00 malam bertempat di Dewan Serbaguna SESB KK.   Kali ni the dresscode is "Costume".  Mana laa aku ada costume kan. Sebenarnya aku tidak mau pigi ni dinner pasal aku tiada baju tapi si Zimah yang mati-mati mau pigi.  Dia siap sponsor aku tiket lagi ya.  Tiket dijual dengan harga RM75.00.  (Thank you very much Zimah).  

Berbalik pada cerita pasal baju, aku tiada baju/costume mau pigi tu dinner.  Jadi last minute si Zimah la yang temankan aku pigi cari baju.  Kami ke Citymall mencari baju.  Kalau di Citymall, ada satu butik tu aku selalu masuk.  Aku tidak ingat apa nama butik tu (ketara dia pelokek sampai nama kedai pun susah mau diingat).  Aku ni kira regular customernya la.  Sebelum masuk butik tu, si Zimah tanya aku samada aku mau pakai baju macam mana.  Aku cakap kali ni aku mau pakai baju pendek dan kembang.  Asyik-asyik selama ni kalau pigi dinner asyik pakai gown panjang/flare/duyung.  Jadi ni kali laa.... aku pun mau tengok macam mana rupaku kalau pakai dress pendek/kembang. 

So, sampai jak tu butik... macam biasa la tu sales girl melayan aku.  Aku cakap sama dia aku mau cari gown kembang yang pendek.  Ada laa beberapa baju yang dia kasih tunjuk aku tapi semuanya bidak-bidak.  Fesyen lama semua yang dia kasi tunjuk kami. Hampir aku putus asa.  Sekali last-last tu aku terjumpa laa baju yang aku berkenan dan si Zimah cakap baju tu pun lawa..... dan si Zimah cakap dress tu macam ala-ala baju "Tinkerbelle" kunuk.  Tinkerbelle costume la kunuk ni.  Hihihi.... Jadi aku pun terus la menerai.  Macam biasa.... baju tu longgar ya.  Jadi tetap perlukan alteration as usual.  Ndak sampai 10 minit try, aku terus setuju dan beli tu baju sebab sudah tiada masa lagi kalau mau cari.  Itu tauke butik cakap dia suruh aku datang ambik tu baju di Wisma Merdeka (selepas alteration) agak-agak dalam jam 1.30pm la begitu. Sebab besok pagi baru dia dapat hantar tu baju ke Wisma untuk alter.  Aku pun setuju la.

Semasa di picnic, hatiku tidak tenteram kerana itu butik telah call aku.  Dia cakap dorang tidak sempat hantar tu baju untuk di-alter.  Tetapi mama kepada tauke tu telah buat alteration tu baju sendiri ok.  Dia suruh aku datang ke kedainya di Citymall jam 2.00 petang. Mau meradang sudah aku bila kena call.  Sebab can you imagine... saya ada appointment untuk buat rambut di Wisma Merdeka jam 2.00pm.  Mau rehat dan mekap lagi... adehhh... mana laa sempat.  Jauh bah tu Citymall.  Aduii... Kin panas.

Bila aku sampai Citymall, nahhhh... bermasalah lagi tu baju ya.  Bulih-bulih terlampau kecik dia alter tu baju!!  Ndak boleh dizip langsung! Aduiii... mau naik berang aku bah terus.  Terpaksa la itu salesgirl telefon itu mama tauke kedai untuk datang ke kedai untuk repair tu baju balik.  Dan aku terpaksa menunggu di kedai tu untuk dia datang sukat aku semula.  Setelah setengah jam gitu, itu mama tauke pun datang.  Dia minta maaf la sama aku.  Dia cakap dia akan buat terus dan sementara menunggu dia repair tu baju, dia minta aku pigi ke salon di Citymall untuk buat rambut.  Maknanya aku tak boleh la pigi buat rambut di Wisma Merdeka sebab tak sempat sudah.  Jadi aku pun pigi la tanya salon-salon di Citymall tu kalau dorang boleh buat sanggul donut.  3 salon aku pigi semua cakap dorang tak pandai buat sanggul.  Terkejut aku.  Ada satu salon tu setuju buat aku tapi dia cakap suruh aku menunggu sebab banyak pelanggannya.  Akupun menunggu.  Tapi setengah jam aku tunggu ndak jugak aku dilayan.  Jadi aku keluar la dari tu salon dengan perasaan hampehhh!  

So, aku balik pigi tu butik yang repair bajuku dan tengok status perkembangannya.  Sekali tengok.... aduiii lambatnya dia kerja.... dia kena buka semula jahitan di pinggang serta jahitan manik-manik di sekeliling pinggang (kiri dan kanan).  OMG.... dalam hatiku jam brapa la boleh siap ni... Mau menangis sudah aku.  Aku tengok jam time tu sudah jam 3.30pm.  Sempat kah ni?? Hairan juga dia kenapa aku belum buat rambutku.  Aku bagi tau la masalah salon di sana semua tidak pandai buat sanggul donut. Pelik aku.  Makin tension aku tengok dia menjahit bajuku.   Alteration sudah siap.  Tapi sekarang aku kena tunggu dia jahit tangan satu-satu manik yang dia telah telah cabut tu. Huhuuu.... Sementara menunggu dia jahit, aku call la salon kebiasaanku iaitu 52nd Street, salon yang terletak di kawasan perumahanku.  Aku tanya dia samada aku boleh datang jam 5pm kah.  Dia cakap dorang tutup awal pasal rupa-rupanya HARI WESAK laa pulak....adehhh.... Makin tension aku. Aku tingu jam sudah mau dekat jam 4.15pm.  Sempat kah nie.  Then tidak lama itu mama tauke butik call dia punya kawan untuk datang ke butik untuk tolong aku set rambut.  Wahhh... dalam hatiku ada pulak servis begini.  Kenapa dia tidak sound awal-awal.  Kin panas. Kebetulan itu orang berada di kawasan Luyang dan dia boleh sampai dalam masa 15 minit untuk buat sanggul dan termasuk mekap.  Walaupun aku ni ndak suka orang mekap aku tapi aku sudah terdesak time tu sebab bajuku belum siappppp.... jadi mau ndak mau... aku setuju agar mak andam tu datang ke butik tu untuk buat rambutku dan terus mekap aku.  Lagipun dia cuma charge aku RM50 only (sanggul dan mekap).

Dalam jam 4.45pm gitu, mak andam datang.  Muda rupanya mak andamnya ni.  Chinese girl.  Umur mungkin dalam lingkungan 22-24 tahun.  Dia buat mukaku dulu.  Lama jugak la.  Mau jugak satu jam lebih sikit ooh. Tapi dia buat rambutku sekejap jak.  Dalam 15 minit jak.  Huhuuu....  Semasa aku dimekap aku nampak bajuku sudah siap dijahit maniknya dan sudah ready bergantung.  Tapi satu hal, mukaku pula belum siap. Akhirnya.... setelah bertungkus lumus si mak andam mekap aku yang tidak seberapa... memang aku tidak berkenan dengan mekapnya dan memang aku kena pulang rumah kasi touch up balik tu mekap.  Jam 6.15pm baru aku siap dan kelamkabut untuk balik rumah.  Nasib baik lakiku on time menunggu aku di bawah Citymall.  Kalau dia lambat ambik aku... nahhh memang luntur la mekapku akibat menangis.  Aku ni paling jarang bah lambat bersiap kalau mau pigi majlis.  Aku akan pastikan aku ready semuanya.  Tapi kali ni betul-betul laa last minit.  Tiada masa untuk rehat betul.

Aku sampai jak di rumah kelamkabut mandi itik dan mencari beg dan kasut yang bersesuain dengan bajuku.  Ndak lama si Zimah datang ke rumahku.  Aku teriak dia suruh dia naik ke bilikku untuk tolong pilih handbagku.  Aku dengar bunyi dia naik tangga macam kain berleret.  Sekali aku keluar dari bilik tengok.. makkkk aiii... macam runaway bride!!  


Rupa-rupanya dia pakai costume gown Cinderella! Dia memang ada kasi tau aku yang dia mau pakai gown tapi aku tidak sangka dia pakai gown Cinderella. Hihihi.... 

So, selepas pilih beg tangan kami pun bertolak dari rumah sekitar jam 7.00pm dan sampai di SESB dengan selamat dan jayanya around 7.20pm.  Terkejut jugak kami bila sampai sana.  Temanya Masquerade night dengan pakaian costume.  Tapi yang peliknya macam aku tak nampak orang yang pakai costume selain kami berdua.  Macam malu jugak la kami sebab ya la... kami betul-betul ikut tema bah.  Aku nampak ada yang datang simple banget.  Tapi yang penting... kami yakin jak la.  Hahaha.

Anyway... kamu mau tingu gambarku jadi pari-pari malam tu??? Please scroll down :)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tadaaa..... itu dia... si Tinkerbelle! Cumilkan aku? Ahahaha.... jangan bah kamu meluat.



Selain makan malam, pengisian aktivitinya adalah sesi karaoke, menari sesuka hati, pertandingan "Best Dress" dan lucky draw.  Hadiah lucky drawnya yang paling lumayan adalah tiket penerbangan ke Jakarta dan KL.  Tapi malangnya malam tu aku tidak memenangi sebarang lucky draw la pulak.  Aku cuma bernasib baik kerana telah memenangi tempat kedua sebagai Best Dress (kategori wanita).  Yeehaaa.....


Macam mana pemilihannya dibuat? Mula-mula semua orang dalam dewan yang memakai topeng/masquerade telah diminta untuk berkumpul di tengah-tengah dewan dan muzik lagu dipasang.  So, semua orang diminta berjalan dalam bulatan sambil menari gaya bebas.  Dari situ pihak juri akan memilih beberapa orang yang dirasakan layak untuk dinominee sebagai Best Dress.



8 orang wanita telah terpilih untuk dicalonkan sebagai Best Dress. (Gambar dicopy dari FB orang. Tiada pulak yang bewarna original)



Manakala 9 orang lelaki telah terpilih untuk dicalonkan sebagai Best Dress.  (Yang ni pun sama. Dicopy dari FB orang juga)


Dan akhirnya keputusan telahpun dibuat. Dari kiri:  Lelaki ber-kot silver memenangi tempat ketiga (kategori lelaki), me tempat kedua (kategori wanita), lelaki berbaju merah memenangi tempat kedua (kategori lelaki), pasangannya yang berbaju merah memenangi tempat pertama (kategori wanita), si Zimah memenangi tempat ketiga (kategori wanita), baju purple menang tempat ke-empat (kategori wanita) dan lelaki berbaju phantom of the opera memenangi tempat pertama (kategori lelaki)




Hadiah telah disampaikan oleh Guest of Honour malam tu iaitu Y.Bhg. Datuk YB Jainab.  Saya telah membawa pulang hadiah ini yang merupakan handbag yang cute dan baucer RM200 untuk menjahit manik from Aunty Anne Sidik.  Awesome!  Bulih laa hantar baju raya ni nanti. Hehehe. FYI, aunty Anne ni bisnes buat manik.



So, sesiapa yang mau hantar baju kurung untuk dimanikkan bolehlah hubungi beliau.  Kasi zoom tu name card.  Ada tertera nombor telefonnya di situ.  Aku sudah pernah hantar bajuku sebelum ni.  Memang dijamin puas hati la. Nahh... aku kasi iklan manik bajuku yang pernah dibuat oleh Aunty Anne.  Lawa kan?



Me, Norlizah dan Zimah


Yang baju biru tu la si Aunty Anne Sidik and dia juga adalah salah seorang penganjur majlis makan malam ni.


Oh ya! Selain Best Dress, dua orang wanita telah dinobatkan memenangi Best Masquerade sebab dorang punya masquerade original dibikin terus di muka.  Bukannya yang main pakai topeng.  So, my aunty Jayne telah memenangi The Best Masquerade.


And this lady also known as Snake Woman juga telah menangi Best Masquerade. Dia pakai baju jumpsuit ala-ala snake print.  Sungguh exotic ooo... Ada keberanian.  Hebat!


Yang lucunya kan, boleh dikatakan meja kami sapu habis bah hadiah malam tu.  Bayangkan, malam tu aku duduk satu table dengan semua pemenang iaitu si Zimah (nombor 3 Best Dress), Aunty Jayne (menang Best Masquerade dan lucky draw), Norlizah (No. 1 Best Dress), abangnya (no. 3 Best Dress lelaki) dan cousinnya (no. 2 Best Dress lelaki).   Hahaha.... Sungguh bernasib ooo meja kami.  Macam kena rancang pulak padahal kebetulan dan kami pun tidak berkenal. Baru la malam tu berkenalan bah.

Itu saja la aku mau cerita pasal dinner kami ni.  Dari pagi aku berjalan (picnic) dan terus urus baju... dan terus pigi makan malam... nahhh ndak sia-sia juga aku menang Best Dress tempat kedua kan.  Hahaha...

Saksikan la gambar di bawah ini sebagai penutup tirai.  Kerana di sebalik gambar ini... ada episod cerita seterusnya.  To be continue....





Wednesday, May 16, 2012

Let The Games Begin!

11 Mei 2012 @ 6.30pm, me and my girl friends telah menghadiri acara tahunan/cocktail anjuran Hotel Hyatt KK yang diadakan khas untuk appreciation for the Private Line Members di Kimanis Ballroom Hyatt.  So, tahun ini temanya adalah HYATT OLYMPIC GAMES 2012 and the dresscode is SPORTS ATTIRE.   Hehehe.... mula-mula tu jadi pikiran juga mau pakai baju apa pasal macam sungguh tidak glamer la pakai baju sukan.  Hahaha....

So, finally... here i am.....


Pakai pakaian tennis konok.... perasan aku jadi Anna Kournikova.  (Sila pigi ke jamban kalau mau muntah ya).  Hahahaha. sikit-sikit macam cheerleader pulak aku. Huhuuu... Nampak tu rantai? gold medal ok... jangan main-main.




Well... hanya kami ber-tiga saja yang hadir from UMS.  Yang lain missing in action. 

Aktiviti tahun ini tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ni.  Kalau tahun-tahun sebelum ni biasanya kami diminta untuk ber-gambling.  Kalau menang banyak then duit tu boleh tukar untuk lucky draw.  

Tahun ni pulak kami diminta untuk bermain indoor games.  Games yang dimaksudkan adalah javelin, memanah, menimbak, basketball and bowling darat.  Kami diminta untuk bermain ke-lima-lima games ni.  Sekiranya menang, kami akan diberi sticker.  Sekiranya kalah, kena cuba lagi sampai dapat.  Tetapi untuk mencuba sekali lagi tu, kami diminta untuk beratur ke belakang di mana ramai lagi orang yang berbaris untuk main.  Bayangkan untuk bermain javelin, aku terpaksa beratur sampai 6 kali! Dan setiap barisan tu mau 20 orang que! Sebab game tu yang paling susah.  Kena lontar tu cucuk satay ke lantai (polestrine) dengan syarat tu cucuk satay mesti tercacak berdiri di polestrine dan hanya 5 cucuk lidi saja yang kena bagi. Haishhhh punya susah...

Susah juga mau terangkan pasal cara-cara permainan ni sebab aku tak sempat ambil photo untuk setiap games.. Kalau permainan basket ball, kena masukkan 3 biji bola dalam tu jaring.  Hanya 6 bola sahaja disediakan.  Ini pun kira susah juga tau.  Manakala game memanah pulak kena dapatkan 10 mata dan hanya 5 panah disediakan. Game menembak tu dia pakai senapang nerf tag.  Hanya 3 peluru diberi untuk tembak ke arah bulatan yang disediakan and finally game bowling darat tu... aku pun tidak tau apa nama games tu sebenarnya.  Aku yang kasi nama bowling darat. Hehehe.... Itu game dorang sediakan 5 biji batu berbentuk telur ayam (lonjong) dan kita kena roll itu telur ke lubang goal sebanyak 3 kali.  Sebenarnya games nya nampak senang tetapi susah.... huhhhh! Ramai orang beratur berkali-kali untuk try nasib.

So, kalau dapat 5 games/5 sticker kena beratur pula ke bahagian lucky draw untuk dapatkan hadiah.  Pemilihan hadiahnya kali ni... kita kena pilih sticker negara yang terletak di board.  As usual, hadiah-hadiah lucky drawnya adalah barangan letrik and voucher seperti TV LCD, vacuum, DVD, voucher penginapan dan voucher makan.  Setelah struggle bermain/bersabar dengan javelin... akhirnya.... aku dapat juga sticker yang terakhir.... 5 sticker telah lengkap aku menangi! Yeehaa....  And guess what?? Entah kenapa...  hatiku telah kuat untuk memilih negara Turkistan! So, bila tu sticker Turkistan dicabut... jeng-jeng-jeng.... teka apa aku menang?


?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Hampehhhhh!!!!  
Aku harap dapat Presidential Suite!

Sekali tengok.....

DVD Player again!!





Tapi aku masih bersyukur.... at least ada juga yang dibawa pulang.  Hahaha.... Tasha tidak dapat melengkapkan stickernya kerana tewas dengan javelin.  Faridah dapat voucher penginapan.  Lucky her. Terus aku teringat last year aku dapat Presidential Suite... Punya best!!!!  Manakala Karen pulak lambat menang.  Bila sticker sudah lengkap, lucky draw sudah habis sapu.... sedihhh....  tapi walau camanapun, Karen tidak la pulang dengan tangan kosong sebab.... dia berjaya meneka kuantiti coklat yang ada dalam botol.  Huhuuu.... Not sure brapa tekaannya.  




Hadiahnya... dia berjaya membawa pulang coklat dalam botol tu la.  Hahaha... Congrats Karen!

Friday, April 13, 2012

An Evening of Kebaya



Aduii... punya lama... mau hampir sebulan baru aku ada masa memblog pasal kami punya Majlis Makan Malam KESUMBA 2012 yang diadakan pada 17 Mac 2012 di Blue Lagoon, Marina Sutera Harbour Resort.  Cian.  Sorry-sorry... aku harap bila aku cuti panjang nanti aku ada masa untuk memblog.  

Majlis makan malam kali ni adalah bertemakan "An Evening of Kebaya".  Untuk makluman, Yang DiPertua KESUMBA telah melantik kamiurang Setiausaha-Setiausaha kepada Pegawai Utama UMS   sebagai Ahli Jawatankuasa untuk majlis makan malam kali ini.  Kamiurang yang dimaksudkan tu adalah si Joe, Natasha, Mariana, Nurul, Kak Sal and me yang menggelar ourself sebagai 6 Jahanam.  Hihihi...  Oh ya! Mana la tau ada yang tidak tau apa tu KESUMBA... KESUMBA stands for KELAB SURI RUMAH DAN STAFF WANITA UMS.

Pelbagai aktiviti telah diadakan pada malam tu seperti games, karaoke, tari menari, cabutan bertuah dan termasuk la acara kemuncaknya iaitu Pertandingan Ratu Kebaya Inovatif.  Seramai 15 orang ahli KESUMBA telah mendaftar diri untuk menyertai pertandingan tersebut.  Peserta yang mengikuti pertandingan ini hendaklah memperagakan baju kebaya yang kreatif dan inovatif dengan mengekalkan keaslian dan ciri-ciri klasik kebaya tradisional tetapi diberi sentuhan moden.

Okay, mari la kita tengok peserta-peserta dengan fesyen baju masing-masing.... (kalau gambar ni kecik, boleh kasi click tu photo to enlarge ya)







Nahh... itu dia.... semua ber-catwalk malam tu... dengan penuh ayu, anggun dan chantek.


Untuk makluman, peserta adalah dinilai berdasarkan kepada kriteria berikut:

 ·       Keaslian (mengekalkan ciri-ciri kebaya tradisional) = 30%
 ·       Kreativiti (kebolehan menggabungkan ciri-ciri tradisional dan moden) = 50%
 ·       Penampilan diri (imej, solekan dan dandanan) = 20%

Daripada 15 peserta di atas, pihak juri telah memilih 7 orang wanita ini untuk sesi round 2 dan mereka diminta untuk catwalk sekali lagi.  





Sementara menunggu keputusan juri dibuat, Yang DiPertua KESUMBA telah diminta untuk membuat 3 cabutan terakhir tiket bertuah.  Hadiah Grand Prizenya adalah LCD TV 40 inch bernilai RM1299, hadiah kedua ialah handphone Samsung Wave bernilai RM999 dan hadiah ketiga adalah Washing Machine bernilai RM799.

Tanpa membuang masa, saya ingin maklumkan kepada kamu bahawa... eh malu pulak aku mau cakap bah.  Hahahaha.... Kamu tengok sendiri la gambar ni ya.


Nahhh... kamu nampakkah tu aku ketawa berabis?? Apa ertinya tu? 
Hahahahaha....


Yeayyyy.... aku menang tu handphone!! Wehooo.... 
Jeleknya aku di gambar ni.  Hahaha...

Time tu kan, ndak juga aku sangka bah yang aku akan menang handphone.  Padahal aku tu pok TV bah tu. Hahahaha.... Bila kena annouce tu nombor 015 terkejut jugak aku.  Pasal time tu aku memang bertugas di atas pentas dan tengah pegang tu handphone untuk dipass kepada YDP KESUMBA.  (Sebab aku AJK Hadiah).  Itu yang aku terpaksa turun dari pentas untuk ambik tiket aku dengan si Yati.  Hihihi...  Happy punya pasal sampai ndak ku peduli bah siapa yang menang TV time tu. Hahaha...  Congrats to my friend/opismate - Silawati sebab dapat tu washing machine la.  Happy and tumpang gembira aku kalau orang ofisku sendiri yang dapat cabutan bertuah.

Okay... Majlis malam tu telah ditamatkan dengan pengumuman Ratu Kebaya Inovatif KESUMBA 2012 yang telah dimenangi oleh Cik Jurinah Johnny dari Jabatan Pendaftar dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM500.  Manakala tempat kedua telah dimenangi oleh Puan Aznaem Azilah dari Jabatan Bendahari dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM300 dan tempat ketiga dimenangi oleh Cik Ima.R dari Pejabat Pendaftar dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM200.


Sebelum pulang tu, kami sempat mengadakan kezutan harijadi untuk si Joe malam tu.  Hihihi... Happy Birthday Joe.  May God bless you.


Ini la 6 Jahanam tu.  Hihihi...
From left:  Joe, Kak Sal, Mariana, Tasha, Nurul & me


Sempat bergambar dengan para juri


Lama sudah Baby C tak keluar-keluar dari kotak. Baru laa keluar malam tu. Cian...


Kami 6 Jahanam turut dibantu oleh rakan-rakan Setiausaha yang lain.
Thanks a lot guys...


Ramai yang sudah pulang.  So, ini saja yang ada.  Bulih laa kan....