Monday, February 23, 2009

Bag from Charles & Keith

Jeng-jeng-jeng....


Bulih bawa jalan-jalan dan bulih juga simpan macbook....

Sunday, February 22, 2009

Our Belated Valentino


Ini gara-gara merajuk dengan laki time Valentine. Kunun sepatutnya mo ber-valentine dinner dengan laki pada 14 Feb tu tapi laki telah mungkar atas sebab-sebab yang bikin panas.  Tu la ceritanya aku terpaksa ber-valentine dengan Neetot dan family. Jadi dipendekkan cerita, 3 hari selepas valentine baru laa hati aku ni sejuk setelah kena pujuk kunun... Dibelikan konon aku hadiah ni.  Apa ni? Crystal musical ball kah yang berbentuk cawan. Lucu pulak aku rasa laki kasi hadiah ni. Terasa macam budak-budak. Hehehe... Cute jugak la... walaupun masa terima hadiah tu mulutku muncung pasal i hate surprise terutamanya daripada laki. Tau la orang perempuan ni. Dibelikan barang/hadiah marah. Ndak dibelikan barang pun lagi marah. Hahahaha....  Jadi ni la bah hadiahku kunun... bising la bah aku masa menerima hadiah ni. Aku cakap buang duit saja beli benda macam ni. Semak sudah dressing table.  Nasib ada jugak fungsi benda ni iaitu bulih taruh cincinku yang gabak-gabak tu. Thank you lai... love you too...


So, malam tu laki bawa la pigi dinner di Tatu, Shangri La Tg. Aru.  Actually aku sudah bawa camera - kunun mo bergambal-gambal dan dimasukkan dalam blog.  Tapi kenapa pulak, time dinner tu kan, meja kami bersebelahan dengan meja si Velvet dan Rich (AF). Malas la bah aku mo mengeluarkan camera pasal nanti dorang ingat aku ni kampungan pulak.  Ataupun nanti dorang perasan aku mo menggambar durang la pulak. Oh ya... fyi, pregnant sudah si Velvet.  Congrats la...

Jadi, untuk membalas jasa budi lakiku ni... hehehe... aku ajak laa laki pigi bercuti di Kundasang kelmarin.  Kami tinggal di Hotel Mount Kinabalu Herritage & Spa Resort (Perkasa Hotel).  Tukar management sudah konon hotel ni.  Harga bilik RM230.00nett termasuk breakfast and dinner.  Kira ok laa....

Cuma yang bikin panas tu kan, kami dapat bilik yang 2 biji katil.  Eee........ benci. Entah kenapa setiap kali kami dapat bilik mesti yang 2 katil sedangkan sudah booking awal dan siap request.  Hairan... bila kami mo tukar bilik, ndak dapat tukar pasal bilik semua penuh.  Ada group TYT datang la pulak..... laa..... sedih... terpaksa main sambung katil jak.

Menyempat jugak kami laki bini pigi ke SPA nya. Tengok dalam internet nampak best... rupanya indah khabar dari rupa... SPA nya sekarang ni sedang dalam renovation. Konon kalau siap, ada gym lagi kunun.  Harap-harap next time kalau mo bercuti ke sini SPA nya sudah siap la.  So, itu la al-kisahnya... aku, dia dan Valentine.  

Friday, February 20, 2009

Fratini's Restaurant

Hari ni aku pau si Bad. Ceritanya si Bad ada di KK untuk attend meeting.  Jadi tanpa dirancang konon dia mo minta aku hantar dia balik ke KK lepas meeting tu (mo menumpang/test drive kereta la tu).  Jadi apa lagi... aku mengayas dia la. Entah angin apa di hari Jumaat aku konon mo makan pasta. Jadi, aku dan Zally minta Bad belanja kami makan di Fratini's Restaurant, Warisan Square.  Actually ini bukan la kali pertama aku makan di situ.


Ini makanan kami:
-  Snaper Fillet (Bad)
-  Mushroom soup (Chinadoll)
-  Linguine Seafood (Zally)
-  Penne Pugliese (Chinadoll)


Ini minuman kami:
-  Cafe Vienna (Zally)
-  Nama minumanku "Cowboy" berperisa almond - sedapppp  
-  Adakah si Bad order oren jus - apa kelas order juice di Restoran Italian... aduiii... jadi aku tak tangkap gambar oren jus nya sebab nothing special. Jaga badan la dia tu...



Ngam-ngam ni restaurant ada promotion.  Order 2 pasta dapat free pizza ini:

oopss... sorry... kerana terlalu ghairah ... aku termakan pizza ni dan lupa tangkap gambar sebelum makan!  Ketara rangkak!

Rating:  ****  Total bil = RM126.50

Komen:  Makanan kira okay-okay laa... aku suka tu minuman cowboy - sedappp,  restorannya bersih, layanan pun okay...

Thursday, February 19, 2009

Kursus Kesetiausahaan & Imej

13-15 February 2009, semua PA UMS telah dijemput untuk menghadiri Kursus Kesetiausahaan & Imej yang dianjurkan oleh Reka Kencana Sdn. Bhd. bertempat di Shangri-La Rasa Ria Resort, Sabah. Terharu jugak la sebab UMS buat kursus sedemikian untuk PA-PA di UMS. Pasal jarang bah kami ni kena kasi kursus. Lebih-lebih lagi kursus di luar. Sudah tu... penginapan pun disediakan.... bukan calang-calang hotel lagi. Wah... mewahnya kami. Hahahaha... Pokoknya boleh dikira dengan jari yang aku ni mimang paling jarang attend kursus. Kursus kali ni memang best. Best gila. Pasal:-


1. Dapat berjumpa, berkumpul, berborak, bergossip dengan kawan-kawan/PA-PA yang lain dan berkenalan dengan PA junior yang kami tidak kenal dan tidak ingin tahu. (<----hmmm.... jahatnya aku. Hahaha...)

2. Dapat tidur satu bilik dengan "geng keras", ber-bedtime story, ber-lipstick jungle (maklumlah tidur di Rasa Ria - hutan kan... hehehe)

3. Dapat pengetahuan - al-maklumlah sudah lama ndak berkursus - kena polish semula la. Aduii... ketara la bah sudah veteran ni.

4. Dan part yang paling best adalah dapat belajar teknik grooming, make up, penampilan <----- semua ni harussss (Actually part ni jak yang paling aku suka sebenarnya dalam kursus ni... tu yang buat aku semangat datang untuk hadir ke kursus ni)

5.  Kursus ni tidak membosankan. Kursus yang paling best setakat ni yang pernah aku hadiri.

Sebenarnya banyak yang mo dicerita pasal kursus ni tapi aku malas mo crita panjang pasal nanti aku penat menaip dan korang boring la pulak. 



Sesi "turn me beauty".  Neetot & Qion jadi model.  Yang baju merah tu adalah Pn. Azura, kami punya penceramah. Kira macam perunding imej la.  Pn. Azura ni lawaaaaaa orangnya... Umur dah 38 tahun, anak 4 orang tapi masih bergetah...macam bujang you.... Fuyoo... baju dia lawa-lawa.... Kagum aku dengan dia ni. 


Ini gambar selepas make-up. Tak berapa terang. Pasal aku tak guna flash. 
Lagipun ini untuk make up siang (simple make up).


FYI, aku merajuk sama laki time valentine tu.  Aku tunggu-tunggu laki datang ambik aku jam 6pm.  Konon mau ber-valentine dinner.  Akhirnya aku ber-valentine dinner with Neetot's family di Tepi Laut, Shangri La Rasa Ria.  


Yang ni apa pulak???


Ini adalah hadiah cenderahati daripada pihak penganjur kursus.  Bukan semua PA dapat ni gelas tau... hanya peserta kursus yang menonjol sahaja. Huhuuu... Aku tidak sangka aku termasuk dalam golongan itu.  Kah kah kah.... Thank you la kepada Reka Kencana... Entah macam mana cara dia buat pilihan peserta menonjol.  Mungkin pasal kami duduk depan sekali kot sebab aku, Neetot & Qion sama-sama dapat.











Award from Umanja


Thank you.... thank you.... thank you.... 1000000000000000 kali thank you to Umanja.  Best bah kalau terima award dalam blog. Kalah-kalah macam terima anugerah juara lagu. Kah kah kah.  Jadi, aku mau pass ni award sama si.......

1.  ajelin      2.   Rosc     3.  Momiecay     
4.  Herda     5.  Cathj    6.  Zue    7.  Agee   
8. dan kepada yang sedang membaca blog ini.  TQ.


Tuesday, February 17, 2009

Souvinier from Bali

Awal February tu my sister Amoi pigi bercuti ke Bali untuk yang ke-3 kali rasanya.  Mari kita tengok sini apa yang dia belikan untuk aku.

1.  Key chain 2-piece

2.  Coin purse yang penuh dengan manik/labucci


3.  Yang ni aku tidak tau apa namanya.  Aroma oil (perisa lavender) tu kena simpan di patung (bear) tu.  Boleh bikin pewangi kereta la.  (Terpaksa kasi miring kepala untuk tengok gambar ni. Banyak kali sudah aku adjust supaya gambar ni mengadap aku -lanscape la konon tapi ni gambar degil tak mau dengar cakap - sot-sot bah ni blog. Macam orangnya jugak kali.)


4. Aramotic Body scrub (Javanese Lulur) - Haa... Yang ni pun sama. Tak boleh adjust kasi lanscape. Dia tetap mo berdiri. Benci aku... sot! 
Kegunaan:  Lulur ini dari resep jawa kuno berkhasiat sekaligus untuk menghilangkan nyeri pada otot, memperbaiki sirkulasi darah tepi, mencegah rematik, membuat kulit lebih elastis, dengan aroma rempah yang menyegarkan juga baik untuk proses penyembuhan demam dan flu.  Tidak dianjurkan untuk wanita hamil. (Hehehe... lucu)


5.  Yang ni pulak iklan semata-mata.  Kah kah kah... suka-suka untuk bikin ketawa..... Ingatkan batang berjuntai cuma ada di Selangor.  Rupanya di Bali pun ada. Lucu.  Ada pulak kote dibikin sebagai pembuka botol. Adehdeh..... lucah!! (Wah... bukan main kamu ketawa di situ ya... suka la tu...)


Sunday, February 15, 2009

Magic Box

Nah... teka apa ni?






Tadaaaa.... ndukkk bah... 3 buting cincin jak yang boleh masuk.  Kesian.


My Cute Cup Cakes

Santikkkk kan??? Hehehe.... Cupcakes ni bukan untuk dimakan. Ini untuk simpan accessoriesku... cute kan...






Tagged by Zue - Tanda-Tanda, Apa, Bila, Bagaimana

TANDA-TANDA



1. Tanda2 kamu badmood?

Senyap. Tak mau bercakap dengan orang.
Terjadi kalau mo time dekat period.  Paham-paham jer la.

2. Tanda2 kamu marah?


Muka masam dan tak mau bercakap.

3. Tanda2 kamu sinting?


Hahaha... sinting tu ertinya sot-sot.  Nah… aku la bah tu.  Setiap hari pun pandai datang sintingku. So, tiada petanda-petanda sebab semulajadi.

4. Tanda2 kamu malu?

Control ayu gitu or serius kunun.

5. Tanda2 kamu sedang cemburu?

Laki jak yang tau ni. Hehehehe...

6. Tanda2 kamu sedang sedih?


Daripada air muka pun sudah boleh tahu. Nampak rasa macam susah hati – can't eat, can't sleep...


7. Tanda2 kamu tengah gumbira?


Senyum sendiri macam orang sinting/sot tu nah.


APA

1.    Apa warna baju yg kamu pakai sekarang?


Pink

2.     Apa kah kamu termasuk orang yang suka shopping?


HARUSSS…. Semestinya!

3.  Apa kah kamu percaya love at first sight?

Ndak eh..  tu macam crita Hindustan la bah tu.

4. Apa yg ingin kamu lakukan skrg?


Mau mandi...

5.  Apa rasa di hati kamu saat ini?


3M – Merajuk, Marah, Mintak Puji!!  Rasa macam munyitttt pun ada!!!




BILA

1. Bila pertama kali kamu dilahirkan ke dunia?

29 September 1975

2. Bila saat terindah dlm hidupmu?


Bergelar Mrs. Awang Damit. Kah kah kah…

3. Bila kali terakhir dimarahi ibubapa ?


Ndak ingat.  Sebab macam selalu bah.  Rasanya setiap kali balik kampung kena marah especially time Raya. Hahahaha….

4. Bila kali terakhir ehem ehem ehem?


Ehem tu apa? Hari-hari pun aku terbatuk.

5.  Bila kamu akan married?


Sudah bah... ndak kan la mo balik-balik kahwin.


BAGAIMANA



1. Bagaimana jika ada org yg buat kamu sakit hati?


Bukan susah… kasi sakit hatinya balik. Kah kah kah…

2.  Bagaimana kalau ada org cakap kamu lawa/hensem?

Bagi tau orang tu balik, “Ya… saya tau memang saya lawa”. Hahahaha…

3. Bagaimana jika ada teman kamu, meninggalkan kamu?

Macam taik la bah tu.  Itu bukan kawan namanya.  Tinggalkan dia balik la.

4. Bagaimana jika ada org yg tidak suka sama kamu?


Aahh...tiada hal…. Aku pun bukan suka dengan dia. Kah kah kah…

5. Bagaimana kalau ketika kamu bangun, kamu dikelilingi api?


Berteriakan sambil cuba melarikan diri


6. Bagaimana jika kamu keseorangan?


Tengok TV atau blogging.

 

Si Kimora, Cathj, Umanja dan Alicia kena taggggg..... hehehe.... kalau rajin sila buat ya. Saja laa... untuk suka-suka. Mau ku-tag si Rosc - mengamuk dia nanti. Kweng-kweng-kweng...

 

Saturday, February 14, 2009

Happy Valetine's Day

Kepada kawan-kawan yang sedang hangat bercinta tu... terutamanya yang bujang... Happy Valentino laa... huuhuu... brapa kuntum bunga dapat tahun ni? As for me... bertempiaran bunga di luar rumah. Hihihi. So, rasanya tak payah la laki buang duit beli bunga untuk aku ni. Bagus lagi dia kasih aku bling-bling. Kah-kah-kah... (Sebut pasal Valentine ni, terus teringat aku dengan kawan lama aku si Paulina Valentine... hmmm... lamanya tiada khabar berita darinya. Entah masih hidup kah dia ni? Senyappp jak...)





Ni gambar kucing bukan gambar si Sadong ya. Aku copy dari google jak ni.
P/S: To Cathj, Happy Anniversary & Valentino!!

Thursday, February 12, 2009

Happy Birthday Bapa...

Happy Birthday to our beloved bapa on 6.2.2009 
yang ke-62.  Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki... amin....


Seperti biasa, setiap tahun my bapa akan celebrate birthday nya di KL bersama daughtersnya. Bininya @ our mummy dikasih tinggal di Tawau - ndukk bah kesian. Pasal tiada orang jaga rumah. (Kesimpulannya: Jangan buat rumah besar, nanti bila anak sudah besar dan sudah tidak mau tinggal bersama orang tua, rumah jadi kosong - tinggal laki bini!!).  Tak banyak yang mo distory pasal trip kali ni entah macam tiada mood pulak aku.  Tangkap gambar pun kurengg. Ini saja yang ada dalam cameraku:-

6 Feb 2009 - Celebrate birthday bapa di Lemon Garden, Shangri La Hotel Kuala Lumpur.


7 Feb 2009 - bersuka ria di Genting Highland...


7 Feb 2009 - Dinner @ Jake's Charbroil Steak

Rating:  **** (Food)

Wednesday, February 11, 2009

My Top Favourite Movie

Aku telah ditag oleh si Zue yang bertajuk My Top Favourite Movie.  Ok, kita tengok apa yang boleh aku kategorikan sebagai my top favourite movie... 

Masa kami kecik-kecik kan, kami adik beradik memang minat tengok cerita The Sound of Music.  Kiranya memang best la dulu-dulu.  Boleh dikatakan siap lagunya pun boleh dihafal. Entah apa yang peliknya, walaupun cerita ni berkali-kali dimainkan dalam TV/Astro, aku tetap akan tengok dan tidak bosan untuk menengoknya berulang-ulang kali.  Tu laa namanya pun MY TOP FAVOURITE MOVIE....


Musim tahun 80-an, (1985 rasanya), kami gila wayang The Goonies la pulak.  Siap cousin-mousin pun gila dengan ni movie. Sebenarnya memang kami ni peminat kepada Steven Spielberg.  Apa pun wayang yang dibikin oleh si Steven tetap menjadi pujaan hati kami.  Pernah satu ketika aku telah ternampak CD The Goonies ni berjual di Speedy dan aku telah membelinya (Time tu aku dah kerja UMS) dan malangnya CD itu telah hilang entah siapa yang meminjam ndak mengasih balik.  Sedih... bukan senang mau dapat CD nya ni.


Lepas tu bila masuk tahun 90-an pulak, aku suka tengok Home Alone.  Ndak kira la Home Alone 1 or 2.  Sebab ni cerita memang lucu bangat!!  Aku rasa semua orang sudah pernah tengok cerita ni pasal cerita ni pun sentiasa main di TV especially time X'mas.



Ada satu kali tu kan musim orang gila hindustan.  Aku ni sebenarnya memang minat cerita keling jugak la masa aku kecik pasal ada satu ketika tu aku pernah tinggal dengan nenek aku di mana nenek aku ni memang minat cerita keling. Ndak kira la bollywood atau rythm & talaam. Al maklum laa dulu-dulu manada banyak siaran tv. Manada astro time tu kan. Yang ada pun cuma TV1 dan 2.  Kira dulu-dulu pujaan nenekku ni si Amitabh Bachan...Ndukk... bah kesian...

So, dijadikan cerita... banyak-banyak wayang hindustan... haa... ni wayang la jadi pujaan aku... siap heronya (Hrithik Roshan) jadi pujaan aku... siap lagunya macam boleh dihafal time tu. Kaho Naa... Pyaar Hai... Seingat aku dulu... wayang ni la yang mengasih kalah si Shah Rukh Khan serta menjatuhkan Kuch-Kuch Hota Hai nya...


Aku jugak minat cerita wayang P.Ramlee. Yang paling aku favourite kan adalah Alibaba Bujang Lapok - bersama 40 orang penyamun.  Bila tengok cerita P.Ramlee ni, teringat aku terus dengan Arwah Uncle (bapa JJ).  Arwah ni paling minat tengok wayang-wayang P.Ramlee sehinggakan anak perempuannya (cousin aku si Kitang) masa kecik-kecik dulu, bila bermain akan berlakon jadi si Marjina @ Sarimah.  Hehehehe...



Aku sukaaaa movie ni - The Parent Trap.  Entah kenapa.  Sebab mungkin si Lindsay Lohan pandai berlakon - kira hidup la wataknya dalam cerita ni.


Tak tau la ni boleh di-consider sebagai Movie kah ni tapi aku hantam jak la.  Kasi bulih jak la walaupun ini cuma Drama Series sebab aku memang gila dengan cerita Desperate Housewives ni.  Sanggup aku tengok cerita ni again and again and again....



Bak kata my sister Elsa, dia bilang aku ni Ratu Tag.  Jadi seperti biasa laa... kali ni turn aku baca dan tengok dorang punya Top Favourite Movie la pulak.  Tak ramai yang aku tag kali ni. Hmm... okay... main tutup mata....aku baca nama orang-orang yang aku tag ni la... seperti biasa... orang-orang bertuah...hehehehe... Nah ambik mu!!

Elsa, Amoi, Alicia, Herda, Azlena, Rosc and Cathj



From Bandung with love

Thank you 10000000000000000000000 kali to Neetot.... 

P/S:  Aku pesan belikan warna pink macam air bandung.  Yang ko belikan aku ni macam warna belacan Bandung apahal?? Anyway, thank you la. Aku memang tiada colour ni pun.  So, boleh diterima laa.  (Sempat cerewet lagi... sudah la kena kasih free.  Sempat Neetot cakap dengan aku.  "Lain kali pesan warna pink panther..." kweng-kweng-kweng)

Tuesday, February 10, 2009

Tagged by Kimora

Rules:
It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag 10 people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real...nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.


1. What is your name? FAMILA

2. A four letter word: FAST

3. A boy's name:  FARID

4. A girl's name:  FASHA

5. An occupation: FARMER

6. A color: FUCHSIA

7. Something you wear:  FLORAL DRESS

8. A food: FISH HEAD CURRY

9. Something found in the bathroom: FOAM CLEANSER

10. A place: FLORIDA

11. A reason for being late:  FLOOD (<---- macam laa tinggal di area Topokon)

12. Something you shout:  FUNYITTT... (<---- bulih kah ni? Actually its MUNYIT... tapi sudah kehabisan idea. So, hantam jak la. )

13. A movie title: FANTASTIC FOUR

14. Something you drink: FRUIT JUICE

15. A musical group:  FABULOUS CAT 

16. A street name:  FRANKLIN CANYON

17. A type of car: FERRARI

18. A song title:  FALLEN  

19. A verb: FEED



Sexy Blog Award

Wah... dapat award lagi. Kali ni bukan award sembarangan tau.  SEKSI BLOG AWARD kunun. Bukan senang mo dapat ni award.  Entah betulkah jugak sexy blog ni. Kah kah kah kah... TQ la sama si Kimora.  Dia bilang sampai hidungnya berdarah tengok blog ku yang sexy ni.  Matiiiii.... very die... So, tiba la masanya aku pun mo pass ni award sama orang-orang yang buat hidungku berdarah... Elsa, Amoi, Alicia, Herda, Azlena, Rosie, Momie Cay, Zue, Ajelin and  Agee  (<----- make sure kamurang lekat di blog kamu ya. TQ)

Monday, February 9, 2009

Tag from Rosc

RuLes & ReGuLaTioNs.:.

1. Do not copy the answers.
2. The tag questions must be 100% same.
3. Tag people after doing the tag.
4. No tagging back..:.
Chinadoll is tagging these people:
#5 Agee
#6 Zue
#9 Jojo
#10 Herda


How do you know 1?
~♥ She is my sister
.:.
What would you do if you never met 2?
~♥ Perlukah aku jawab ni soalan buduh?
.:.
What would you do if 3 & 4 dated you?
~♥ Lucu punya soalan la bah ni. Apa dia ingat aku ni lesbian?
.:.
Would 5 & 6 make a good couple?
~♥ Bulih laa...
.:.
Do you think 7 is attractive?
~♥ Ooi... kenapa tidak... (kembang la tu si Neetot)
.:.
Do you know anything about 8's family?
~♥ Ndakkk seberapa ooo... cuma aku tau dia ada adik lelaki kerja di UMS.
.:.
Tell me something about 9.
~♥ Dia malas update blognya!!
.:.
What language does 2 speak?
~♥ Kalau dengan adik beradik of course la Bahasa Tawau. Kalau dengan ofismatenya dia cakap Bahasa Singlish - Macam Phua Chu Kang.
.:.
Who is 3 going out with?
~♥ Lakinya la
.:.
How old is 4?
~♥ 32. Ni tahun masuk 33.

.:.
Who is 6's favourite singer?
~♥ Entah?!@#$%^&*() Perlukah aku ambik tahu sedangkan aku sendiri pun tiada favourite singer. Kah kah kah...
Siapa la konon Zue??
.:.
Would you date 7?
~♥ Hehehe...Kenapa tidak? Sudah la dia ni attractive & hot mama... FYI dia siap sudah plan mo ber-valentine dengan aku. Kah kah kah...
.:.
Is 10 single?
~♥ Isskk... kahwin sudah la.
.:.
What is 9's last name?
~♥ Muhajirah MUCHLISH
.:.
Would you consider being in a relationship with 1?
~♥ Hahahahaha.... sekali lagi... lesbian punya soalan kah ni?
.:.
Which school does 2 go to?
~♥ St. Patrick
.:.
What do you like about 3?
~♥ Pasal dia cousin aku la... hahahaha...

(Happy Tagging To Ya'll)

Wednesday, February 4, 2009

2008 Cute’s Blogger Award

1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” and put it on your blog

2. Link or tell a bit about the person who gave you the award...  

About Kimora

1. Mengenali 'beliau' sejak dia masuk kerja di UMS. Rasanya macam sejak tahun 1998 kah. (Perkataan "Beliau"? Macam tokoh2 la pulak)

2. Orangnya kan lemah lembut. . . sejuk hati kita bila bercakap dengan dia ni.  

3. I love her smile - So sweet macam gula.

4. Oooo.... walaupun dia bujang tapi sudah berpunya ya!!!

5. Jangan main-main! Kawan saya ni sangat setia pada yang satu!!!! 

3. Each one of you who receive this award must list down 10 facts / hobbies about yourself... (about Chinadoll la ni...)

1) I love everything yang shining, shimmering, glittering - pokoknya dalam satu perkataan yang dipanggil BLING-BLING.

2) I love shopping

3) I love travelling 

4) I'm a cat lover

5) My favourite colour is pink at the moment.  Kadang pandai berubah. Kenapa tu ya?

6) Gila blogging - ndak kira la.. memblog kah, membaca blog orang kah ataupun mem-busybody di blog orang (maksudnya - meninggalkan komen di blog orang)

7) I'm married - 8 tahun sudah ooo...cepatnya masa berlalu.... 

8) Suka mengacau/cari pasal dengan laki sendiri. Contoh: Kalau laki ada di rumah dibawa bergaduh. Tapi kalau laki tiada di rumah dicari la pulak.  Hmm... pelik.

9) Suka menyimpan "barang" yang sepatutnya dibuang.(OMG... Sounds like my mother!)

10) Suka bongkar almari untuk try pakaian lama ataupun pakaian yang baru dibeli lalu digayakan depan laki! Macam modelling gitu.  (Laki pulak time tu tiada perasaan. Mengkali dia ingat bininya ni sot! Kah kah kah). 

4. Pass this award to 10 bloggers and link them in your blog. 

Elsa, Amoi, Herda, Azlena, Ajelin, Alicia, Dewi, Agee, Rosie and Momiecay (Nah... buat ni assignment!!)