Wednesday, April 29, 2009

Award


Dapat award lagi... Thank you cath... Ini laa yang buat aku sayangggg dengan si Cath ni. Hehehe. So, i nak pass award ni dengan . . . . . orang yang rajin update blognya iaitu Kimora, Rahma and Dewi.

Tag from Rahma - How Well You Knew Your Hubby??!!

1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
~~ Berita, Travel & Living or Golf ~~

2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
~~ Ulam kira salad kah tu? Anggaplah salad – Ulam + belacan

3. What’s one food he doesn’t like?
~~ Rangkak bah laki aku ni. Semua makanan pun dia makan. Cuma mungkin dia kurenggg suka fast food kali ~~

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
~~ Nescafe tarik ~~

5. Where did he go to high school?
~~ Tak tau aku apa nama sekolah tu. Sekolah asrama di Perlis kah gitu. ~~

6. What size shoes does he wear?
~~ 8 ~~

7. If he was to collect anything, what would it be?
~~ Shoes! Bertempiaran lagi tu. Hahaha… ~~

8. What is his favorite type of sandwich?
~~ Hmm.. Macam dia tak suka sandwich tapi kalo terpaksa… pilihannya tuna kot ~~

9. What would this person eat every day if he could?
~~ Nasi, ikan masak asam pedas or curry fish head ~~

10. What is his favorite cereal?
~~ Oat lah. Walaupun jarang makan cereal ~~

11. What would he never wear?
~~ Make up. Hehehe… ~~

12. What is his favorite sports team?
~~ Kalau golf ada team kah? ~~

13. Who did he vote for?
~~ BN di hatinya~~

14. Who is his best friend?
~~ Me, myself and I. Perasan.. hahaha… ~~

15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
~~ Mengungkit!!! Hahaha.... Aku kan hantu bangkit. ~~

16. What is his heritage?
~~ Brunei ~~

17. What is his favorite colour?
~~ Grey/Brown~~

18. What is his habit?
~~ Macam mana mau explain ya. Hmm… dia suka pegang rambutnya naik ke atas. Satu hari entah brapa kali mo buat. Benci aku... macam orang kepaingan~~

19. What is he proud of?
~~ Kalau dia dapat projek la... hahaha ~~

20. Lastly, do you think he will read this?
~~ Aku tetap akan tunjukkan kepadanya post ini~~

I want to tag these people ---> Auntie Liau, Cathj, Ajelin, Blossom and Zue

Tuesday, April 28, 2009

Workshop @ MAC 1Borneo

24 April 2009, mulai jam 12.00pm-2.00pm kami di kalangan PA-PA UMS pigi attend ni workshop di MAC 1Borneo. Sepatutnya buat di Novotel Hotel. Tapi oleh kerana ramai yang last minute menarik diri, so terpaksa la buat di MAC saja.
MAC In Mode - A hands-on, interactive workshop where makeup artist will be guiding attendees throughout the workshop. This is formatted in a classroom-style, where attendees are seated at tables with a tabletop mirror and tabletop supply caddy. It is a trend-focused workshop featuring four product categories: face, eyes, cheeks and lips. Attendees are educated on current trends in colors, products and application.
So, ini la hasil kejadiannya.... hanya sempat diambil gambar ketika sampai ofis pasal semua orang busy semasa di MAC.

Aku minta dibuat smokey eyes yang bewarna biru konon. Cukup lebamkah biru tu?

Macam puntianak aku tengok mukaku di sini. Pucat!!

Monday, April 27, 2009

Boring-boring...

Ini la mangsa keboringan. . .

Buku notaku
Diaryku

Puncher

Telefon

Tempat simpan paper clip dan stamp pad

Gunting dan pembuka surat
Stand cop

Mouse - tapi ini bukan aku buat. Ini yang main beli la...
(Saja jak aku masukkan gambar ni)


Monitorku

Calculatorku <--- harta ofis paling disayangi


Wednesday, April 22, 2009

Plat Number

Jeng-jeng-jeng... what have i done with my plat number? ada bling-bling... hihihi... Kalau diikutkan, ini adalah yang ke-3 kali aku tukar plat number pasal yang sebelum ni aku sudah kasi tau sama laki suruh carikan aku jenis nombor yang berkilat. Asal dia buat mesti la salah bah. Ndak faham-faham jugak dia sama bininya ni. Aku bilang, kalau boleh biar lah satu batu silauannya. Orang panggil jenis plat number ni crystal kah kunuk. Entah betulkah ndak. Nah... akhirnya... jumpa jugak aku yang number jenis berkilat ni. Bukan lagi setakat nombor. Di siring-siringnya pun ada kilatnya. Puas hatimu Chinadoll? hihihi....

P/S: Oh ya... masa aku tukar plat number ni kan sempat lagi tu bini tauke promote aku crystal/diamond yang boleh melekat di aircond kereta. Hmm... bayangkan laa... aircond tu penuh dengan bling-bling. Hmm... macam mana agaknya tu ya?

Hooray....


Yahoooooooo.... akhirnya..... habis sudah exam.... yahoooooooooo.....rindunya aku dengan blog....
Malam ni harus pigi berurut badan! Kerana sakit sudah satu badan ni akibat terlampau lama duduk dalam dewan periksaan dan terlampau banyak menulis. Entah apa-apa jak aku merapu dalam kertas periksaan tu. Apa pun... aku harap lulus la.... mudah-mudahan... amin... Lepas ni kena baca buku lain la pulak. Hehehe...

Thursday, April 16, 2009

Silent Mode

Terpaksa kasih silent mode dulu ni blog buat sementara waktu disebabkan aku kena belajar kerana ada exam PTK 21 dan 22 April 2009 ni. Makkk aii... ndak lama lagi tu tau. Aku benci belajar!! Terutamanya kalau buku tu tebal. Benci-benci!! Benci sangat-sangat!! Bagus kalau buku tu ada gambar fesyen yang menarik. Bikin tension dan nervous. Malam-malam aku asyik termimpi-mimpi yang aku tak dapat menjawab soalan. Palui kan. Aduiii.... Sudah la setiap kali aku buka buku, mengantuk la pula. At the end, buku yang tengok aku tidur. Kalau la betul ada petua yang mengatakan buku tu boleh direbus dan diminum supnya supaya kita ni terus pandai/dapat ilmu, memang awal lagi aku buat tu. Apapun, wish me luck.... dapat aras 3 pun jadi la...

Tuesday, April 14, 2009

Good Bye Shanghai....

Lets Go To The Zoo


Macam boring bah di hari-hari terakhir kami di Shanghai. Tak tau mau pigi ke mana sudah. So, selepas lawatan ke museum, kami ke Zoo. Gara-gara mo tengok Panda secara live la ni konon. Kira jauh juga la zoo ni. Terletak dekat Shanghai Hongqiao International Airport. Kira not bad juga la dia punya zoo ni. Nampak macam buruk... hmm... tapi banyak isinya. Segala anjing pun ada dalam zoo. Hmm... pelik. Tapi kucing cuma satu ekor la pulak. Kesian... So, dipendekkan cerita... nampak la aku si Panda.... gemuk dan pemalas rupanya. Hihihi.






Good Bye Shanghai

Kami punya flight from Shanghai to KL pada 1 April 2009 jam 10.20 pagi kalo tak silap aku. Terlampau lama tidak update blog sampai ter-erase sudah memory Shanghai di kepalaku. Kami ambik taxi meter from hotel to airport.  Gara-gara tak mau ditipu sekali lagi.  Dan bila sampai airport, betul-betul kami terperanjat tengok meter taxi.  RMB152.00 @ RM80 la gitu. Bayangkan sialannya kami kena RM300 masa first day tiba di Shanghai hari tu. Ketara la bah tu kena tipu.  Normally bila sampai airport (mana-mana airport di oversea), laki akan mengajak untuk mengambil gambar di luar airport.  Tapi kali ni kami macam tiada mood pula mo bergambar di airport.  Entah kenapa.  Bukan la pasal airportnya buruk.  Airportnya ok. Agak besar juga. Pokoknya laki cakap, cukup la sekali merasa pigi ke Shanghai. Kalo kena kasih free tiket untuk pigi ke Shanghai pun dia tak mau. Hehehe... So, good bye Shanghai...



Shanghai Trip - Episode 3

Sorry lambat update blog pasal Streamyx buat hal lagi. Kejap ada kejap tiada. Kalau komplen, malar tu telefon tak kena angkat. Jawapannya asyik aku bercakap dengan mesin operator.

Noon at the Museum

Hari terakhir kami di Shanghai, kami menyempat pergi ke museum. Tak banyak gambar yang diambil. Pasal melawat museum bukan la kesukaan/kegemaran aku. (Kegemaranku adalah bershopping) Tapi memandangkan aku sudah penat jalan kaki kerana mencari tu Dimei Shopping Center yang terletak di area yang berdekat dengan museum, so aku singgah jak la ke museum ni. Afterall sebab free admission. Masa kami pigi ni museum, dia punya main entrance tengah renovation. Jadi kami kena berpusing satu bulatan untuk masuk dari pintu belakang. Hmm... penatnya. Sempat lagi tu duit aku terjatuh/tercicir on the way mencari pintuk belakang museum. Nasib baik ada cina-cina tua (aku rasa tourist juga la), teriak aku dalam bahasa cina yang cuba mengasi tau aku bahawa duit aku jatuh/tercicir. Aku ingat aku kena maki cina bah sudah time tu. Hehehe. Aku rasa macam bukan duit aku. Tapi dia mati-mati cakap itu duit aku. Jadi aku ambik jak la. Nasib juga duit yang tercicir tu sikit. Macam dalam RM15-20 duit kita la...
Sewaktu berada di museum, aku tertarik dengan satu patung cina ni. Aku rasa dia ni maharaja yang kejam kerana adakah dia pijak baby!! Entah samada dia pijak baby or orang kerdil la. Cuba tengok gambar di bawah ni. (Click the photo to enlarge). Itu saja la yang menarik perhatianku dalam museum cina ni. Yang lain-lain tu... biasa-biasa laa... setakat pasu-pasu boleh tengok di Jalan Tuaran. Hihihi. Oh ya... by the way, dia punya museum ni besar dan macam ada 5 or 6 tingkat ya. Bentuk di dalamnya macam Pavillion KL la pulak (Ketara yang aku ni suka pigi shopping mall kan. Hehehe)


Shanghai Night

Ini gambar-gambar ketika berada di The Bund dan di Pedestrian Nanjing Road East. Cantikkan Shanghai di waktu malam. City that never sleep kunun. Ndak pandai ngantuk la Shanghai ni kan?



Shanghai Noon

Ini gambar ketika siang berada di area Shopping Mall (Nanjing Road West) dan di Yu Garden. Paling laki aku benci pigi ke Yu Garden ni. Ramai orang. Mostly tourist la. Banyak jual souvinier. Baru tu kalau mo cari teksi untuk pulang ke hotel punya la payah. Kalau mau que di taxi stand pun ada orang lain yang main buyuk menahan teksi dari depan. Kurang hajar betul! Dan driver taxi tu pula melayan. Aduii... dasyat dorang ni. Tiada disiplin bah.

Thursday, April 9, 2009

Quick Shopping

Tengok hasil rembatanku selama 2 jam semasa singgah di KL hari tu.

Hmmmm..... my favourite perfume - Tresor Lancome. Yang ni kalo tak silap sudah dibeli masuk botol ke-6 kali.
Ni hadiah untuk Zally sempena harijadinya 3 April. Perfume India Hicks Island Night EDT by Crabtree & Evelyn.



India Hicks Island Night Rich Body Cream by Crabtree & Evelyn - ni aku punya la.


Earings from DIVA (terpaksa kamu tengok terbalik. Banyak kali sudah aku adjust ni gambar tapi masih juga terbalik. Palui)

7 pieces gelang from DIVA.


Cincin also from DIVA.



Another cincin also from DIVA. Tapi besar sikit dari yang di atas tu.



Cincin again - also from DIVA and more bigger and merrier.

Wednesday, April 8, 2009

Dedicated To NAL - The bags

This post is dedicated to Nal.  Sorry la lambat post benda ni pasal terlampau busy tahap gaban di ofis dan streamyx di rumah pula buat hal.  So, ini la shoppingan aku sewaktu di Shanghai tu.  Kesibukan aku ni betul-betul tahap DVD sampai beg baru pun belum sempat dirasmikan lagi. Hehehe...

Jorn - Damier Graphite Canvas.  This is Jorn. Yang ni sebenarnya my hubby punya beg. Kiranya beg ni hanya digunakan sewaktu mo travelling - untuk simpan dokumen dan sebagainya la. Tapi akhirnya si PinkyMAC yang masuk di dalam tu. Hehehe...

LV Stephen Sprouse Collection - Speedy30.  Beg ini adalah limited edition konon sebagai tribute to Stephen Sprouse (artis/pereka fesyen grafiti yang sudah mati akibat kanser paru-paru).  Aku rasa ni beg keluar sempena musim bunga. Fyi beg ini adalah pilihan laki. Sebenarnya kalau diikutkan hati aku kurenggg sikit dengan beg ni pasal aku berkenan sangat-sangat dengan Damier Neverfull tapi malangnya aku ni asyik-asyik kena fool.  Hehehe... Damier Neverfull hanya ada dijual di US dan UK buat masa ini. Entah kenapa aku minat sangat dengan Damier Neverfull padahal beg tu simple jak.  Dijadikan cerita, sudah kena offer - angkut jak la - bikin collection.  Nanti nyesal pulak kan.  Tapi bila lama-lama tengok beg ni, suka pula aku dengan bunganya yang besar-besar dan macam glow in the dark laa.... hehehe.....



Coach - from Bonnie Collection.  Sebenarnya aku beli ni beg pasal dia tak macam beg Coach yang biasa-biasa.  Lagipun aku fikir mungkin si PinkyMAC boleh masuk dalam tu.  Tapi bila difikir-fikir macam ada sedikit penyesalan membeli beg ni coz bukan yang ni yang aku mau sebenarnya. Tapi masa tu tiada banyak pilihan. (As i said - bidak bah shopping di Shanghai tu). Aku beli masa tu pasal laki asyik membatu api suruh beli sebab nanti tiada kenang-kenangan dari Shanghai katanya. Bila balik Malaysia, terkejut dengan perbezaan harga.  Pasal di Malaysia lagi murah banyak!! Sialan - Chinadoll tertipu. 



LV Monogram Multicolore Judy MM.  Di antara semua keluaran beg LV, aku paling L.O.V.E yang multicolore range especially yang warna putih and SPEEDY 30 is in my wishlist. Bila sampai from Shanghai, kami bermalam di KL satu malam. So kiranya menyempat lagi singgah ke LV Starhill since hotel kami di area situ jak.  Bila masuk butik tu jak, aku telah ternampak si Judy MM and totally fell in LOVE with her.  Tanpa fikir panjang, aku terus gosok kad.  Kah kah kah... Fyi, the salesperson told me that i'm the first customer yang beli ni Judy sebab Judy ni baru sampai pada hari tu.  Diorang ternanti-nanti siapa agaknya orang pertama yang akan membeli si Judy ni and it happens to be me! Woww.... i'm so proud!!  So, presenting you my Judy MM.


(Ketara belum dipakai.  Masih ber-plastik lagi dan masih dalam kotak ya.  
Belum ada masa mau mengatur. Harap weekend ni boleh pakai la. Hehehe)

Professional Makeup Course

4 April 2009, aku telah menghadiri Professional Makeup Course anjuran Makeupbiz KL di Marina Court KK.  Entah tiba-tiba aku ternampak iklan di suratkhabar.  Cuma perlu bayar RM250.oo untuk course ni. Kena ajar make up bridal selama 8 jam dan dapat sijil. Ini sukatan kursusnya:

 
Dorang guna product MAC & Kryolan.  Aku ajak si Aziah sekali.  Dia berminat untuk pigi.  So, pigi la kami ni konon.  Siok and best juga laa.... Kami make-up dan di-make-up kan.  Kononnya aku dan Aziah mau make up antara satu sama lain. Tau-tau sampai sana kena kasih pisah-pisah la pulak kami ni.  Ada 10 orang peserta semuanya.  Macam aku dan Aziah saja yang daripada KK.  Yang lain daripada Tenom, Keningau dan Sandakan.  

Aku dimake up oleh si Haneem (orang Keningau.  Aku tak kenal dia. Baru kenal time tu. Haneem ni umur 26 tahun/masih bujang). Mau tau punya bidak muka aku selepas di make up. Macam pelacur HongKong  kelas atasan!!!  Laki aku cakap, bagus lagi aku jangan make up. Hahaha. Aduiii... bulu mata palsu yang aku kena kasih pakai... dasyat gilaa!! Bukan lagi kaki nyamuk.  Macam kaki labah-labah laa bah tu. Pokoknya bidak la.  Bukan laa aku cakap si Haneem tak pandai make up aku.  Tapi aku rasa pasal aku ni tak sesuai dikasih make up yang heavy-heavy ni.  Ketara over la bah tu! Hahahaha...

Tengok gambar ni.  Ni aku kasih make up si Haneem.... Pandaikan aku make-up dia. Hehehehe.... Wah... aku sudah boleh kasih make up orang.  Jangan jeless... huhuuu....


P/S:  Kamu mau tingu gambarku yang jelek tu?? hehehe....

Awards from Kimora & Pearl




Yeah-yeah aku dapat award lagi... Terima kasih saya ucapkan kepada Kimora & Pearl. Maka dengan berbesar hatinya saya ingin bagi award ini kepada:
Elsa Kee
Amoi Kee
Auntie Liau
Alicia Kee
Azlena
Herda
Cathj

Tuesday, April 7, 2009

Tagged by Kimora - Tag Five

1. What were you doing 5 years ago?
Tidak ingat. Tidak mau tahu pun. Tapi yang tentunya - time tu sudah kerja di UMS.


2. What were the 5 things on your to do list today?
(Sebenarnya ada banyaksss. Tapi ini yang ringkas saja la)
Buat Laporan Punch Card Staff
Buat Laporan Cuti Staff
Taip memo/surat
Hantar dan jawab emel
Blogging (terutamanya buat hutang tag)


3. What are 5 snacks that you enjoy?
Burger
Sandwich
Kuih-kuih yang sedap
Pisang Goreng
Pizza 


4. What are 5 jobs you've had?
Secretary
Secretary
Secretary
Secretary
Secretary Forever.... (ampun.... gila aku ni kali)


5. Tag 5 person and who are they?
Elsa
Agee
Ajelin
Jojo
Alicia

Tagged by Pearl & Kimora

1. Letakkan gambar profile anda...

Tadaaa... ini la gambar profile aku... 








2. Terangkan apa maksud gambar itu...
Tiada maksud. Time ni tengah posing bergambar di Hong Kong. Laki yang mo tangkap gambar. Dia bilang lawa kunun view di belakang tu. Aku rasa lawa lagi aku daripada view di belakang tu. Kah kah kah...


3. Kenapa pilih atau letak gambar tu...
Entah?! Pasal bajuku pink mengkali. Hahaha.  Ndak juga la. Pasal itu adalah gambar yang terbaru time tu. (Dari masa ke semasa gambar profile pandai berubah mengikut mood).


4. Tag 5 blogger
- Jojo 
- Cousin Alicia
- Agee
- Auntie Liau @ AragangTandik
- Childfruit Azlena

Streamyx yang DVD


Balik dari bercuti punya laa berlambak kerja di ofis... makkk aiii.... mana laa sempat baca emel yang beratus-ratus tu apatah lagi mencubuk di blog orang.  Hehehe. Harap rumah punya internet - haram jadah!!  Geramnya aku dengan Streamyx.... DVD betul (Dead Very Dead)! macam 1 minggu lebih laa aku tidak boleh ber-tenet di rumah. Bikin panassss.  Banyaknya aku mo update ni.... aduii... sabar jak la aku.  Apa-apa pun, sabar peminat ok.... Ini bulan mimang bikin headache.  Terlalu cepat masa berlalu. Banyak betul kerja di ofis.  Macam ndak pandai habis tu kerja.  Mana 21hb aku ada exam PTK.  Sialan. Malasnya aku mau membaca ni. Esei lagi tu kunun.  Ingatkan time sekolah saja baru mo membaca buku.  Rupanya sudah kerja pun, kena juga baca buku.  Palui. Mana sudah tu buku PKPA/Perintah-Perintah Am.  Maunya buku tu dilekat bling-bling supaya bikin semangat untuk belajar. Nah, keluar sudah aku dari tajuk. Ceritanya baru laa hari ni internet di rumahku dah ok.  Penatnya aku mengejar membaca blog orang. Hehehe....  Apa pun sikit demi sikit blog ini akan di-update-kan.