Saturday, September 29, 2007

Birthday Girl


"Happy Birthday to me, happy birthday to me, happy birthday to me.... yup... happy birthday to me" Birthday yang ke brapa tu ya?? Sweet 17. Aaah... peduli la tentang umur. Yang penting, biar kelihatan cantik dan muda selalu... itu harussss.... Hahahaha. Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki. Amin....

video

Tuesday, September 25, 2007

Lelong-Lelong...

Gambar-gambar baju ini cuma sementara bertempek di blogku sebab atas permintaan ramai. Sesiapa yang berminat untuk beli boleh hantar YM sama aku. TQ.
Picture 1 - RM30 (SOLD OUT)
Picture 2 - RM15 (Booked)
Picture 3 - RM30 (SOLD OUT)
Picture 4 - RM10 (SOLD OUT)
Picture 5 - RM35 Picture 6 - RM15
Picture 7 - RM10 (Booked)
Picture 8 - RM30
Picture 9 (2nd hand) - RM10
Picture 10 - RM35
Picture 11 - RM15 (SOLD OUT)
Picture 12 - RM35
Picture 13 - RM30 (SOLD OUT) Picture 14 - RM15 (SOLD OUT)
Picture 15 (2nd hand) - RM10 (SOLD OUT)

Picture 16 - RM30
Picture 17 - RM44 (Booked)
Picture 18 - RM40 Picture 19 - RM30 (SOLD OUT)
Picture 20 - RM30 (SOLD OUT)

Permanent Hair Removal

Tiba-tiba terfikir mo buat Permanent Hair Removal for my upper lip and underarms. Boring... asyik-asyik kena cukur. Hehehehe.... Aku rasa kaum wanita di luar sana pun menghadapi masalah yang sama tu... So, weekend tu, i walked in terus ke DermSense @ DermKlinic Skin Health & Beauty Centre di Api-Api Centre. Kononnya baru mo bertanya-tanya. Tapi tak sangka, terpedaya terus dengan cakap therapist tu, jadi i terus buat!! So, i try buat for my underarms dulu sebab kalau buat dekat upper lip takut sakit sebab kulit nipis/sensitif. Macam mana pengalamannya?? Mula-mula dia simpan cooling gel, lepas tu ketiak aku disembur dengan benda macam cooling steam (cuma tiada steamnya) - rasa sejuk betul... macam kena aircond la bah. Best la... tak lama kemudian dia tembak ketiak aku dengan laser. Rasa sakit sikit macam kena gigit semut. Lepas tu, tidak sampai 20 minit.... siap sudah. Memandangkan ini adalah first trial, so harga promosi yang dikenakan adalah RM128.00 (Harga sebenar dlm RM300++). Therapist tu kata, at least kena buat sampai 5 kali baru boleh hilang tu bulu. Means, dia suruh aku ambik package la tu.... Tapi, since benda ni mahal, so kena fikir betul-betul la. Ada sesiapa yang berminat mo buat kah??

Monday, September 24, 2007

Hair Care

Mo tau apa rahsia penjagaan rambutku??? Ini la dia.... KERASTASE... Aku dah pakai product ni bertahun-tahun lamanya.... hmmm.... agak-agak.... almost 9 years. Product ni memang bagus. Segala masalah rambut boleh diselesaikan. Masalah ketombe kah, hairloss, split end etc semuanya ada disediakan. Di antara barangannya yang paling i suka ialah hair mask. Semua jenis hair masknya i ada. Dan, yang paling i love is Nutridefense.


Kononnya hair dryer ini bagus agar rambut tidak menggerbang serta tidak merosakkan rambut sebab dia ada thermoprotec with ION nourishment. So, aku telah beli hair dryer ini. Tapi belum sempat pakai lagi.


Sunday, September 23, 2007

Jalan-jalan cari makan...

Semalam kami berbuka puasa di Restoran Salut. Restoran ni terkenal dengan udangnya yang fresh sebab dorang ternak udang di situ. Tapi yang herannya kenapa makanan di situ jadi tidak sesedap yang sebelum ini??? Ini adalah menu kami pada hari itu.
Udang Steam. Ini kira ok la...

Sup lokan - tawarnya supnya... macam tiada garam.

Sayur Pakis Belacan yang masin sangat-sangat sehingga tidak boleh dimakan!!

Kima masak halia.... punya pekat... terlampau banyak kanji. Sudah tu, kimanya pun tidak kelihatan. Banyak halia dan bawang saja.

Yang ni apa pulak?? Tikus kah apa ni?? Ini babies aku. Kenapa termasuk dlm sini? Hihihihihi

Saturday, September 22, 2007

Kasut lagi...

Pelaburan semalam..... pantang tengok kasut. Kasut yang sebelum ini pun ada 3 pasang lagi belum pakai. Yang ni aku beli di Charles & Keith. First time beli kasut di situ. Cantik kah??
kah kaki aku yang cantik? hehehe...

Friday, September 21, 2007

BlackBerry

Terkejut macam tidak percaya.... ingatkan bos-bos saja yang kena bagi handphone free ni. Rupa-rupanya PA pun dapat.... tapi bukan semua PA dapat yer... ehem-ehem... cuma PA kepada Pegawai Utama jer... Sudah tu.... bukan handphone sembarangan/murahan tau... it's blackberry you.... bukan dewberry.... boleh guna internet 24 hours.... oh.. please be jealous of me.... hehehehehe... Tapi... handphone ni, bukan laa hakmilik aku... kira hakmilik ofis la... tapi di bawah jagaan aku... maknanya... untuk kegunaan aku jugak... Selamat laa duit aku.... tak payah sms guna handphone peribadi aku lagi. Aku baru dapat handphone ni kelmarin. So, masih blur lagi. Banyak kena belajar.

Eeee.... gemuknya jari aku!!! (Reyvina... ko biar betul.... ko tiada skill tangkap gambar la)

New Born Babies

8.9.2007, kucing aku si Twist beranak sekali lagi. Tahun ni saja sudah 3 kali beranak. Kali ni dia beranak cuma 2 ekor. Warna putih dan warna grey. Aku rasa dua-dua ni jenis kembang bulu macam dia jugak. Nama babies pun belum ada lagi. Tengah fikir masih. Cuba tengok gambar ni. Geramnya aku.... hari-hari aku picit-picit tu babies. Tengok ni....

Tengah nenen dengan mamanya si Twist

Pandai tutup mata... sebab silau dengan flash camera.... hehehehe

Gambar ni ditangkap masa umur dorang 13 hari...

Wednesday, September 12, 2007

Our Anniversary Dinner

Sempena our wedding anniversary yang ke-7 tahun baru-baru ini, kami celebrate di KL. So, kami makan malam di Restoran Rama V bersama the Sisters... Tidak sempat bergambar-gambar sebab camera macam gelap semacam jak. So, yang sempat digambar cuma lauk-pauknya... Yang sedihnya, lauknya tidak sesedap dulu. Kah pasal salah order ?!@#

Asparagus Scallop
Ikan Masak 3 Rasa

Tom Yam Putih (Santan)

Ketam Masak Sambal Pedas

Daging Green Curry @ Yellow Curry

So, akhir sekali kena pilih dessertnya.



Dan yang paling akhir sekali, terkejut jugak sebab aku dapat hadiah daripada my sister. Dalam hati aku, "eh-eh... ada hadiah... tak sangka". Lagi laa happy bila buka hadiah tu adalah merupakan set barangan penjagaan rambut Loccitane. Sesuai untuk aku. (Thank you sis)

It's not just a bag... it's LV

Terkejut macam tak percaya.... terkedu pun ada... hehehehe.... Laki memaksa aku memilih beg LV sebagai hadiah anniversary/birthday. Dia asyik bising pasal aku selalu beli beg ciplak. Actually lama sudah dia suruh beli beg yang ori... tapi, aku jak yang degil pasal aku ni cepat bosan. Aku terasa rugi beli beg mahal-mahal ni. Tapi, oleh kerana dia sudah memaksa, so, akhirnya, aku angkat si Marilyn ni. (Thank you lai)

P/S: Agaknya bila beg ni akan dilelong?? Beg Marc Jacobs yg beli di Bandung pun sudah lama tak pakai.

Thursday, September 6, 2007

Red Hot


Untuk makluman, lada padi ni tumbuh sendiri dengan mekarnya di kawasan rumah aku. So, kira jimat jugak laa aku tak payah beli lada padi. Kiranya, kucing-kucing aku ni pun membuat sumbangan jugak la sebab memberi baja kepada hasil tanamanku ini. Kweng-kweng-kweng. So, sesiapa yang berminat mo lada tu, bagi tahu aku ok... Jual murah-murah... ada banyak ni. hehehehe...

Hit & Run


5 September 2007 jam 11.00 malam, laki aku pulang rumah dan bagi tahu aku yang dia nampak ada kucing mati di tepi jalan dekat area rumah kami. Aku cakap mungkin kucing orang lain. Tapi dia rasa itu memang kucing kami. So, dia suruh bangunkan amah dan bawa segala scope, kotak, suratkhabar untuk angkat bangkai kucing. Sah!!!! Memang kucing kami. Kesian si Baby Hitam... mati kena langgar. Ini kes hit and run la ni. So, jumlah kucing sudah makin berkurang. Setakat hari ini ada 9 ekor. Tapi, tak tau la pulak minggu depan or minggu depannya lagi. Sebab si Twist tu tengah sarat mengandung. Gambar di atas ni adalah gambar terakhir yang aku sempat tangkap petang semalam sebelum dia mati. Dia memang suka sangat minum air dalam habuk rokok. In fact, tempat habuk rokok tu sudah jadi tempat minumannya.
P/s: Keliling rumah kami ni sudah penuh dengan kuburan kucing... kalau dikira, macam lebih 10 ekor dah kena tanam di keliling rumah.

Wednesday, September 5, 2007

Ragam Kusing-kusingku...

video

Rakaman pelbagai ragam kucing-kucingku. Tidak semua kucingku ni masih ada. Ada yang sudah jadi arwah. Cakap pasal kematian kucing ni... banyak sudah kucingku yang mati akibat diracun orang (sial pigi mampus tu orang yg meracun), dilanggar orang (kes hit & run laa ni), dilanggar oleh lakiku sendiri!! (Sorry lai...), mati pasal penyakit leukemia dan ada yang missing in action.

Tuesday, September 4, 2007

Handphone Manik

Aku kerjakan cover handphoneku. Comel kan??

Monday, September 3, 2007

Murder She Wrote

31.8.2007 jam 10.00 malam, kira tanggal keramat jugak la.... kucingku si Ketot dilanggar mati secara kejam oleh lakiku sendiri!! Bila lakiku panggil aku bagi tahu yang dia terlanggar si Ketot, terkejut dan takutnya aku mo tengok. Masa aku tengok si Ketot tu, aku tengok dari jauh jak. Time tu dia sudah menggelupar. Darah berperancit-perancit habis mengalir di tiles. Aku tidak sampai hati mo cerita or describe macam mana cara kematiannya. Kesian... tapi apakan daya.... sebab lakiku tidak sengaja. Laki aku pun turut sedih. Apa ndaknya, kucing ni pun sudah lama tinggal dengan kami. 3 tahun lebih laa gitu. So, jumlah kucing yang ada sehingga ke tarikh hari ini tinggal 10 ekor la. Twinkle, Twist, Tiger, Nikos, Black, Baby Hitam, Baby Putih @ Tinkle Belle, Belang, Kurus dan Vacuum.

Bodyshop Makeover Siri ke-2



Akhirnya ini la hasilnya.... Tapi kenapa gambar ni macam model calender cina ?!@#$