skip to main | skip to sidebar

About Her

My Photo
CHINA DOLL
Blog ini mengisahkan seorang perempuan yang memang kaki shopping. Kerjanya asyik mengumpul beg, kasut dan accessories. Selain itu, dia juga penyayang dengan binatang terutamanya dengan kucing. Dulu ada banyak kucing di rumahnya sehingga dia sentiasa kena marah oleh jiran-jirannya kerana pelihara banyak kucing. Tapi sekarang kucingnya tinggal 3-4 ekor...yang lain semua pupus kerana asyik mengurat di rumah jiran dan tak pandai pulang rumah...
View my complete profile

Followers

Chatting with her

Her Family

  • Kee Heritage
    My Journey To Islamabad Pakistan 27-31.1.2012
  • My Aunt - Liau
    Apa Kabar? - Lama tak jumpa
  • My Childfruit - Herda
    Birth - part 3 (hopefully the last part :P )
  • My Childfruit - Ina
    This blog will be privatised
  • My Cousin - Alicia Kee
    2012!
  • My Sistah - Elsa Kee
    Shogun Japanese Buffet
  • My Sistah - Elsa Kee II
  • My Sistah - Farina Kee @ Amoi

Her Friends

  • Agee
  • Aishah
  • Ajelin
  • Anjangkh
  • Beeps
  • BLOSSOM
  • Booh7979
  • Cathj
  • Chot
  • Dewi
  • Izan
  • Jojo
  • Kimora
  • Mimi
  • MomieCay
  • Mummy Zahin
  • Neetot
  • Qion
  • Rahma
  • Ratna
  • Rosie
  • Sylvia
  • Wendi
  • Zue

Her Fave Blog

  • In LVoe with Louis Vuitton
    Louis Vuitton "Taiga Made To Order"
  • Hanis Haizi
    The 2012 SM/SSM Awards
  • The Schazwany Hameed's Blog
    It's hereeeeee!!
  • The Pink Stilettos

Archives

  • June 2007 (2)
  • July 2007 (18)
  • August 2007 (4)
  • September 2007 (17)
  • October 2007 (2)
  • November 2007 (17)
  • December 2007 (18)
  • January 2008 (26)
  • February 2008 (9)
  • March 2008 (7)
  • April 2008 (6)
  • May 2008 (10)
  • June 2008 (15)
  • July 2008 (22)
  • August 2008 (16)
  • September 2008 (15)
  • October 2008 (19)
  • November 2008 (14)
  • December 2008 (31)
  • January 2009 (28)
  • February 2009 (23)
  • March 2009 (26)
  • April 2009 (16)
  • May 2009 (16)
  • June 2009 (27)
  • July 2009 (22)
  • August 2009 (21)
  • September 2009 (16)
  • October 2009 (17)
  • November 2009 (7)
  • December 2009 (2)
  • January 2010 (12)
  • February 2010 (20)
  • March 2010 (5)
  • April 2010 (7)
  • May 2010 (15)
  • June 2010 (2)
  • August 2010 (21)
  • September 2010 (13)
  • October 2010 (20)
  • November 2010 (6)
  • December 2010 (12)
  • February 2011 (1)
  • March 2011 (7)
  • July 2011 (14)
  • August 2011 (3)
  • November 2011 (1)
  • January 2012 (10)
  • February 2012 (20)

Her LIST

  • Accessories (85)
  • Animal Planet (56)
  • Award (6)
  • Bag (37)
  • Beauty (43)
  • BFF (6)
  • Birthday (91)
  • Bla-Bla-Bla (98)
  • Car (9)
  • Cool Gadget (22)
  • Cuti-cuti Malaysia (23)
  • Dinner (6)
  • Family (20)
  • Fashion (5)
  • Food (50)
  • Gift (18)
  • Handphone (8)
  • Her Wardrobe (8)
  • Home (24)
  • In Her Shoes (31)
  • Life (57)
  • Love Life (14)
  • Movies (16)
  • Opis (56)
  • Perfume Garden (15)
  • Shopping (45)
  • SPA (2)
  • Stationery (3)
  • Travel and Living (43)
  • Wedding (9)
  • Wish List (24)

Live Traffic Feed

Counter (Since July 2008)

Free Web Counters
Free Hit Counters

China Doll

My Valentine

Wednesday, February 29, 2012

Ini entry sepatutnya keluar pada 15 February 2012 tu tetapi atas dasar kesibukan.... terpaksa la dipost lambat. Sorry yer. Lady F tengah sedaya upaya untuk memblog hari-hari ni.

Anyway, mau kasi tau bah ni sama kamurang yang me and my hubby celebrate our Valentine's Dinner di.... sanaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... Eiffel Tower! Huahuahuahua... Picaya kah kamu??? Sia tipu kamurang ja bah tu. Tiada bah.... dekat jak bah kami celebrate kunuk. Kami berdinner di Jesselton Hotel, KK.



Ini la menu siaurang.


Ini appetizernya - Prawns cocktail. Punya sadappp...


Cream of mushroom soup with sides of spring roll - sedapppp... i tell you. Memang setakat ni kalau mushroom soup yang paling sedap aku suka makan di Jesselton Hotel/Bella Italia. I heartttt...


Ini pilihan main course kami - Grill fish with lemon butter sauce served with butter rice or french fries. Tetapi memandangkan aku lapar jadi aku pilih butter rice la.


Yang terakhir... dessertnya... strawberry cake with chocolate sauce on top. Ndak la sedap. Tapi aku makan habis dua ketul termasuk hubbyku punya kek. hahahaha.


and pengabisan sekali... kami dihidangkan dengan minuman panas... coffee/tea. Ndak la aku ambik gambarnya pasal biasa-biasa jak cawannya. Hahaha... So, begitu saja la kami celebrate kami punya valentine. Nothing special. No chocolate, candy and flower tapi prezzie mesti ada. Hahahaha.... Ooopss... aku belum terpikir mau hadiah apa ooo dari my hubby. Tapi dia sudah awal-awal minta beli Samsung Galaxy 7inch. Ini tidak boleh jadi. Aku kena juga minta sesuatu ni tau. Tapi apa yang mau diminta ni???? Masih bingung. Tak mau la handbag/kasut. Apa ya? Ada idea kah???



HAPPY BELATED VALENTINE'S DAY PEEPS!

Posted by CHINA DOLL at 12:07 AM 1 comments Links to this post  

Labels: Love Life

My Flower Collection

Tuesday, February 28, 2012

Tajuk post "My Flower Collection". Orang kumpul bunga di taman luar rumah. Tapi aku kumpul bunga dalam kotak. Mau tengokkah??

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@

@


Ini laa collection bunga saya. Hahaha....


Bunga yang aku maksudkan ni adalah pin brooch dan boleh juga digunakan untuk clip rambut. Two in one la. Cantikkan?? Aku ada pelbagai colour. Cuba tengok ni. Nehhh... i have orange, green, turqoise, beige colour...



and many-many colour...





Bunga-bunga ini akan kusematkan dibajuku seperti ini. Cantikkan? This is Lady F style kunuk.



and the latest collection of my bunga is Red colour. Yang ni orang bagi aku tau.



Beautiful. Love it so much! Thank you Zimah. Ternyata ko memang sayang sama aku dan memahami kehendakku. Hahaha...

and wanna say thank you juga dengan pemberian gula-gula yang cute ni. How sweet of you.




It's YUMMY!


Posted by CHINA DOLL at 12:15 AM 2 comments Links to this post  

Labels: Accessories

Gerai Ikan Bakar Mak Alang

Monday, February 27, 2012


Hari ni aku mau cerita lagi pasal makanan. Biar la 3 hari berturut-turut cerita pasal makanan. Setiap kali aku memblog pasal makanan ni mesti la perutku mulai berbunyi-bunyi kelaparan lebih-lebih lagi meningu gambar-gambar makanan ni.

Okay... kali ni aku mau promote GERAI IKAN BAKAR MAK ALANG yang terletak di....... haahhh... ini yang aku gagal ni. Aku pun tak brapa pasti. Yang aku tau macam terletak di belakang Istana Negara kah dorang cakap. Nanti korang goole laa ya.

Haa... ni dia gambar gerai ikan bakar Mak Alang tu. Masa aku pergi makan tengahari time tu memang agak ramai juga la orang. Gerai ni terletak di paling hujung. Ada banyak gerai tu situ.



Aku ada ambik beberapa keping gambar. Cuba tengok ni. Ada macam-macam jenis makanan dia bakar ni. Siap pakai daun pisang. Itu yang best tu.



Yang ini ikan bakar. Tapi aku tak order yang ni hari tu.


Pekerjanya tengah sibuk membakar sutung.


Nahhh... itu dia.... sotong dan udang.... nyaman... boleh bikin menitis air liur ooo....



Akhirnya... kami cuma order....

???

??

?

???

??

?

???

??

?

Ikan pari Mak Alang....



dan... sotong bakar Mak Alang


Makan dua lauk ni pun sudah cukup kalau untuk dua orang. Kenyang giler. Aku tak brapa fan sangat dengan ikan pari tetapi memandangkan laki aku yang order time tu jadi aku makan jer la. Tapi tu sotong mimang sedapppp aaar... (aku cakap sedap pasal aku ni memang suka makan sotong).

Jadi kepada peminat ikan bakar tu yang kebetulan berada di KL atau mau ke KL atau yang sudah berliur tengok ni gambar boleh laa singgah ke Gerai Ikan Bakar Mak Alang untuk merasa ikan bakarnya... Sedappp....

Posted by CHINA DOLL at 7:20 AM 1 comments Links to this post  

Labels: Food

Restoran Al-Azmi Garden Sentul

Sunday, February 26, 2012

Baru juga kelmarin post makanan pasal ikan singgang, sekarang post lagi makanan ikan siakap masak stim limau. Aduiiii apa sudah mau jadi ni.... Bikin laparrrr oooo.... HELP.....



Aku bukan apa bah sebenarnya. Asyik-asyik aku tingu gambar makanan dalam handphoneku kan... macam ndak sah bah kalau ndak dikasi masuk dalam blog untuk dijadikan tatapan. Heyyyy.... ni la aku mau kasi tau sama kamu ni. Kalau setiap kali aku ke KL kan, aku akan singgah pigi Restoran Al-Azmi Garden di Sentul semata-mata untuk makan ikan siakap masak stim limau ni. Memang betul-betul sedap laaa bah.... terutamanya aku ni kan suka makan makanan yang asam-asam. Nahh... tengok ni gambar ikan tu. Terus bikin aku berliur bah!!

Kebanyakan menunya memang sedap-sedap bah. Yang selalu aku order kalau bukan sup tomyam, sup ekor, sayur kailan ikan masin, puyuh goreng pedas, telur dadar etc. Sorry tak sempat ambik gambar masakan yang lain-lain sebab terlampau gelojoh terus dingappp. Memang sedap bah masakannya. I likeeee it so much. Sudah tu service dorang pun kira laju juga. Nah ni nah aku sempat google di blog orang ada cerita pasal restoran ni. Cuba tingu ni blog. Ada tu gambar masakannya. Aku tiada kepentingan apa-apa di restoran ni. Aku tak kenal pun dengan tauke restoran. Aku cuma pelanggan biasa dan tolong promote kepada kawan-kawan saje. SELAMAT MENJAMU SELERA....


Ni la gambar Restoran Al-Azmi Garden, Sentul.


Posted by CHINA DOLL at 5:08 PM 1 comments Links to this post  

Labels: Food

Selera Ramai 1 Ikan Singgang

Saturday, February 25, 2012

Pernahkah kamu makan lidah guring?? Bukan lidah manusia okay...  Aku maksudkan ni lidah sapi/lembu.  Nahhhhh.... ni la aku mau promote sama kamurang ni...


Seumur hidupku ndak pernah bah aku ni makan lidah guring (lembu punya lidah ya).  Sebut jak lidah... macam terus geli la bah aku.  Sekali aku makan ni lidah guring... punya nyaman aahh... sadapppp... crunchy... macam makan daging juga bah.  Ndak la bah berbau.  Wangi bawang besar ada laa... hmmm.... sedapnya... sampai sekarang aku masih ingat/rasa ke-enakannya. Tapunnn.... tapunn....

Di manakah restoran yang aku maksudkan ada jual hidangan lidah guring ni??? Sanaaa.... KL... aku tidak berapa pasti kedudukan/alamat restoran tu.   Tapi aku ada google la.  Alamatnya di No. 19-20, Medan Selera, Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1, 50300 Kuala Lumpur. Nama restoran tu... SELERA RAMAI 1, IKAN SINGGANG!  Ni dia gambar restoran tu.   


Actually menu masakan utamanya adalah Ikan Singgang.  Aku pun first time makan ikan singgang ni.  Lakiku bah yang mati-mati mau pigi makan ikan singgang ni. Ini la bah dia rupa masakan ikan singgang tu.   



Bulih tahan jugak la supnya ni.  Kalau kamu suka makan sup atau makan masakan kampung... nahhh... mimang sadappp la ni.  Tambahan lagi dengan makanan di bawah ini.

Ikan bakar + sambal belacan, ulam-ulaman dan sayur pakis - nyaman..... lidah guring awal lagi abis ya.  Huahuahua...  

So, kepada sesiapa yang ndak tahan nampak rupa masakan ni, bolehlah singgah mencoba di Selera Ramai 1 Ikan Singgang ya.  SELAMAT MENJAMU SELERA....

Posted by CHINA DOLL at 6:21 PM 1 comments Links to this post  

Labels: Food

Confessions of a shoeaholic

Friday, February 24, 2012

Hello girls.... sorry kerana lambat post cerita ni.  Busybody lately.  Ahakkss... Busy di ofis bah... tambahan aku sakit bah lagi. Tu la pasal... kesian... tanda-tanda tuak bah tu... itu la balik-balik sakit.



Bila aku upload jak gambar di atas ni dalam FBku... adehhh... punya ramai yang click likes ni photo kunuk siap mengomen-ngomen bah.  Lebih-lebih lagi bila baca tajuk post ni.  Jadi kontroversi terus.  Ahahaha... Sorry girls..... please don't get me wrong.  Kasut-kasut yang kamu tingu ramai-ramai tu bukanlaa hakmilik si Chinadoll a.k.a Lady F walaupun hakikatnya how i wish they are mine....huhuuu...



Kasut-kasut ini sebenarnya adalah milik tuan punya kedai iaitu si Christy Ng.  (Terus famous sekejap bah si Christy Ng oleh aku dalam FB.  Hahaha).  Nahhh.... tengok ni kasut-kasutnya yang bertempiaran sampai ke tangga-tangga.  Dia jual kasut ni secara online. Actually, dia belum ada kedai lagi tu.  Jadi sementara waktu ni dia simpan kasut-kasutnya di sebuah rumah.  I'm not sure samada dia tinggal di rumah tu ataupun tidak. Time aku nampak jak kasut-kasut ni terus aku terbayang dan berkeinginan untuk membuka bisnes begini oooh..... macam best pulak.  (Berangan sekejap)

Dijadikan cerita, sebenarnya aku datang ke rumahnya ni kerana aku telah membeli kasutnya secara online dan malangnya kasut itu sizenya kebesaran pulak sama aku.... Itu la bah yang susahnya kalau membeli barang secara online ni kan.  Ndak bulih ditest/try.  Nasib baik la bila aku emel sama si Christy dia cakap boleh ditukar dan kebetulan size yang aku mau ada.  Aku order size 39 so aku tukar ke size 38.  Ini laa bah gambar kasut yang aku beli tu.  Namanya True Love Lace.  Makkkk aiiii... main lace-lace bah... punya tinggi.... Cantikkah??? (Bila la kunuk aku mau pakai ni ya??? siap ada ribbon di belakang lagi tu. Hihihi)

Color: Black Lace
Materials: Lace, satin and other man made materials. 
Style: Peep Toe Pump with back bow.
Dimensions: 4.5" heel, 0.75" platform approx.


Sambung cerita..... memandangkan aku terima kasut ni by pos Malaysia pada hari Jumaat lepas dan kebetulan pula aku ke KL pada hari keesokannya (Sabtu)..... jadi aku sempat la pigi ke rumah si Christy tu semata-mata untuk menukar si True Love Lace ni.  Punya laa susah mau mencari rumahnya ni di Taman Bukit Emas, PJ.  Sudah laa susah... sempit lagi tu lorong-lorongnya tu sebab banyak kereta berparkingan di siring jalan.  Kalau aku disuruh drive confirm ndak pass ohh!  Nasib baik laa drebar siaurang time tu champin jugak dan jumpa la ni rumah.  Ahhh..... ni nah gambar rumahnya (gambaran dari luar) yang sempat rupanya lakiku ambik gambar.
 

Masa aku sampai ke rumah tu aku dilayan oleh si Irene Wong.  Aku tak pasti si Irene ni siapa. Mengkali mamak si Christy kali atau maciknya kali ataupun rakan kongsinya.  Aku cuma diberitahu oleh si Irene bahawa si Christy outstation ke luar negara.  Ertinya tak sempat la aku jumpa si Christy.  Berabis si Irene promote aku kasut-kasut si Christy.  Kebanyakannya memang tinggi-tinggi belaka.  5inch ke atas okayyy....  Cantik-cantik juga kasutnya tapi lagi cantik gambar dalam websitenya (internet).  Hehehe... Teknik bergambar tu sebenarnya penting juga.  Itu la orang boleh terpedaya membeli secara online tu.  Huhuuuu...

Akhirnya setelah banyak kasut yang aku try... ada yang aku suka tapi sizenya kecik la... besar laa... pokoknya untuk dapatkan sizeku ni sangat susah! Ada setengah kasut aku pakai size 38 dan ada pula yang size 39 and sometimes ada size 36!  Pokoknya tingu design kasut tu la. Kalau kasut yang bertutup memang susah sikit mau cari sizeku.  Jadi... akhirnya aku telah terbeli satu lagi kasut jenis peep toes juga la.  No choice.  Sila lihat gambar di bawah.  


Kamu nampak tu kasut yang warna biru tu?  Namanya si Serene.  Sexy kan dia.  Tinggi... (Psstt... ada macam rupa kasut pelacurankah ??#$%^& toinkkk... huahuahua)

Color: Blue Black 
Material: Suede, immitation leather and other man made materials 
Dimensions: 1.25" platform, 5" heel approx.

Sampai di situ saja la kisah storyku pasal pembelianku dengan si ChristyNg dot com (http://christyng.com) 

Tapi lepas saja beli tu kasut, bulih-bulih terjumpa dan terbeli lagi dua pasang kasut pada hari yang sama di kedai NOSE.  Nahhh... apa sudah mau jadi ni??? Tanda-tanda mau kiamat kah tu?? 4 pasang kasut in a day?? Aduiiii membazirkah aku ni???? Padahal ada lagi kasut di rumah yang aku belum pakai tu... Nasib baik kasut Nose ni murah sikit jika dibandingkan dengan kasut si Christy tu.

Nahh tingu ni.  Jarang kamu tingu aku pakai kasut macam ni kan.  Apa kamu panggil ni? Wedges kah? Aku try-try jak beli jenis kasut ni.  Mau juga try rasa pakai wedges kunuk sebab orang cakap selesa.  Tapi ndak tau la pulak yang ini selesa kah tidak.


Yang ni pun aku beli jenis peep toes.  Sebenarnya aku suka bah pakai kasut yang bertutup abis tapi masalahku kan... selain masalah size... sempit di depan bah.  Gemuk-gemuk bah jari kakiku ni.  Jenis lebar di depan.  Sudah tu kakiku sebelah kecik dan sebelah pulak besar sikit.  Ndak balance. Jadi ndak selesa bila mau pakai kasut bangsa bertutup. Tu la pasal kena pakai peep toes... malar menyubuk jak jari kakiku ni.  Sudah laa jelek pasal lebam di kuku yang hari tu sampai sekarang masih belum pulih :(

Kasut ni sebenarnya aku tingu macam ndak berapa comfy sama aku pun.  Tapi oleh kerana i like... aku beli jak la.  Jadi buat sementara waktu ni, kasut ni aku akan pakai untuk dalam rumah jak.  Ya la.... untuk ber-catwalk dalam rumah... test-test baju sambil pakai ni kasut. Hahaha... kasih longgar-longgar dulu sampai comfy baru la boleh pakai ke luar rumah.

THE END.

Posted by CHINA DOLL at 5:16 PM 2 comments Links to this post  

Labels: In Her Shoes

Finding Handsome

Wednesday, February 22, 2012

LOST CAT


"still searching" for my pride and joy-joy-joy


"HANDSOME"



MISSING FROM LORONG RAJA UDANG 7, TAMAN KINGFISHER II ON

13 FEBRUARY 2012


Posted by CHINA DOLL at 5:12 PM 3 comments Links to this post  

Labels: Animal Planet

Whiteheads

Wednesday, February 15, 2012

Tajuk postku hari ni adalah pasal "Whiteheads". Aku mau tanya kamurang bah. Kamu adakah masalah dengan whiteheads?? Aku memang sudah lama mempunyai masalah dengan whiteheads jika dibandingkan dengan blackheads. Dan whiteheads ni la puncanya aku berjerawat jugak. Tension betul aku. Kalau dulu whiteheads ni tidak la mengganggu aku sangat sebab setakat ber-whiteheads di hidung aku rasa itu normal la kan?? Normal kah tu??



Tapi ini mulai sudah pigi ke pipi. Oh no!!!!! Aku pun apa lagi... gatal tangan ni. Malar memicit eh silap! Mem-facial sendiri bah di rumah. Berbiji-biji bah tu whiteheads timbul. Aduiii sedihnya. Terlebih minyak bah aku nie. Kah hormon tu?? Adakah makin tua makin menjadi pulak tu jerawat. Aduiiii.... helpppppp..... bila la aku akan merasai kulit wajah yang halus dan berseri-seri tu aar??? Ini asal orang jumpa aku mesti tanya kenapa dengan mukaku ?!@#$%^&*() BIKIN PANAS!! Bikin hilang confident bah jerawat ni. Sialan betul. Stress aku.

Sudah setahun mengkali aku ni tidak facial gara-gara tempat yang aku selalu facial tu bankrap aar... jadi itu kedai/beauty parlor sudah tutup!! Sekarang ni aku tengah cari tempat facial yang bagus/boleh dipercayai la. Kadang aku tidak suka bah pigi sembarangan punya kedai pasal nanti kena sama tu junior beautician, susah jugak tu tau. Whiteheads ni bukannya boleh sembarangan picit. Kalau salah picit, itu whiteheads tidak mau keluar... nah alamatnya... jadi laa bengkak dan jerawat pun membesar. Actually selalu terjadi sama aku ni. Ndak kira la samada aku yang picit ataupun time aku pigi facial di kedai. Kalau orang tu main tekan-tekan jak alamatnya... aku pulang rumah jak confirm akan bengkak. Kalau bukan bengkak jerawat, kuning masak ranum aaar....

So, lately aku telah membuat assignment di rumah. Aku telah merajinkan diri untuk meng-google apakah itu whiteheads and punca kejadiannya. Mari kita baca sikit.

Whiteheads are form of acne and one of the greatest fears of the beauty – a build-up of oils, serum and dead skin that plugs up your pores. Just like the blackheads, the whiteheads can be also seen in both teenagers and adults. Whiteheads can be shortly defined as: tiny, pearly, white raised spots formed in the skin where skin cells clog and close a hair follicle (the reason why they are also called closed comedones). (No wonder makin banyak whiteheadsku rupanya kesilapanku adalah memakai SERUM selama ini. So, terpaksa la buat sementara ni tidak boleh pakai serum.)


Many people mistake whiteheads for pimples as they both look alike but there is a difference because whiteheads should be removed very carefully. (Nahhh! Dengar tu.... itu la masalahku sebenarnya!! Bila dipicit tapi tak keluar, tu yang jadi pimples!!)



The exact cause of whiteheads isn’t still known for sure but most of the dermatologists suggest that the whiteheads are caused by the accumulation of hardened sebum (oil) in the pores of the skin. If the skin pore closes up then the bacteria will remain under the skin – it will begin to grow and after a few days a whitehead will be formed. (Ini pun masalah ku jugak. Asyik pakai serum/cream yang berada di pasaran khas untuk menutup skin pores... tau-taunya apa jadi!!)

Whiteheads usually occur on different parts of the face, most commonly around the eyes and on the cheeks. Most of the people also get whiteheads on the chest, neck and forehead. Whiteheads are often accompanied with blackheads, pimples and acne. (Habis laaa aku....)

You should never try to remove whiteheads alone at home, never! You should know that whiteheads are different from pimples or blackheads. If you try to squeeze the whitehead you may easily break the skin which will result in permanent, reddish scar. (This is what happen to me now. :((( Huwaaaa..... Tu laa gatal tangan kan. Tapi siapa bah tahan....)

The best way to prevent the formation of whiteheads is to follow a strict skin care regimen, as follows:

  • Clean your face at least twice a day with skincare products that are appropriate for your skin type. Use a facial cleanser that contain salicylic acid or alpha hydroxyl acids as there ingredients help in unclogging the pores.
  • Exfoliate your skin regularly – twice or three times a week. Apply the exfoliating products all over your face, using light, circular motions concentration on the problem areas of the face forehead, nose and cheeks. Try to find a gentle exfoliator with small particles it will encourage newer, smoother and healthier skin cells to grow, helping to unclog the pores. (I'm trying hard nowadays)
  • Even if your skin is oily or mixed you should never forget to apply a moisturizer or a hydrating cream. (Ini la bah yang aku selalu skip ni. Pikir kalau muka berminyak tak perlu pakai moisturizer. Selama ni aku cuma pakai hydrating serum. Tapi katanya SERUM tu la punca whiteheads. Bingung tul.)
  • Once a week steam your face for a few minutes to cleanse your skin in deep. Steaming is very important to loosen debris that may be embedded into the skin. When steaming the face you wide the clogged pores and soften the skin in order to cleanse more easily the impurities, the traces of makeup, the dust, the sebaceous secretions as well as the dead skin cells.
  • You can also use a comedone remover (a comedone extractor ) tool – a handy device to help keep pores free of blackheads and blemishes. It will remove all clogged dark bumps with trapped sebum, bacteria and excess oils dislodging pore blockages leaving skin clear and smooth. This tool should be used immediately after steaming the face.

If you have just a small number of whiteheads don’t do anything – leave them the way they are because sometimes whiteheads go away by themselves in a few days. (Betulkah boleh hilang sendiri??? Ndak laa aku picaya)

You should never try to squeeze the whitehead alone; you had better go to the nearest beauty parlor and consult a beautician or a dermatologist. (Helppppp.... i need a profesional beautician!!! Aku dah pernah jumpa Doktor sebelum ni tapi macam tidak dapat membantu)

The cosmetologists are trained to remove whiteheads and the other forms of acne flawlessly. They use special methods and tools to extract the whiteheads without a risk of skin infections and scarring.

  • The first thing the cosmetologist will do is to steam your face – to widen the clogged pores and to soften the skin in order to cleanse more easily the impurities. After steaming it will be more easily to remove the comedones /blackheads, whiteheads/ and the little pimples.
  • Then she / he will use a sterilized needle to gently prick the tip of the whitehead with the needle. A gentle pressure will be needed to ease out the pus. Basically this is to most common way used by the dermatologist and the beauticians to remove the whiteheads. The method resembles the way a pimple is popped but a higher degree of attention is needed.
Now, kamu sudah understand kah apa itu whiteheads?? Kalau sudah merayap ke pipi tu... kamu paham-paham la tu ya. Itu yang paling bikin stress tu. Walaupun mungkin tidak la berapa ketara tetapi setiap kali aku menyuci mukaku, aku dapat merasakan kehadiran timbulan-timbulan whiteheads tu di permukaan kulit mukaku and I hate it! Siapa bah suka kan.

Jadi kesimpulannya... aku tidak mau jumpa doktor ok. Bulihkah kamurang rekomen aku tempat facial yang bagus dan boleh dipercayai?? Mungkin bagi kamu masalahku ni tidak la berat sangat. Tapi aku mengidamkan kulit yang licin dan bersih bah. Jeles bah aku tengok muka orang yang bersih, licin, flawless, tidak berminyak gitu. Ini aku baru mekap satu jam sudah luntur! Pa macam oooo..... Sesiapa yang ada tips-tips tu atau mempunyai masalah yang sama, bah... please la share sikit di ruangan komen ya. I would appreciate it. Thanx!


Posted by CHINA DOLL at 5:25 PM 8 comments Links to this post  

Labels: Beauty

My Valentine's Flower

Tuesday, February 14, 2012

Tahun ini aku sudah warning dengan my laki.  Aku cakap jangan belikan aku bunga hidup sempena Valentine's Day.  Tapi aku mau bunga palsu. Hahaha... bunga palsu maksudnya... bunga plastik la bah.  Cantik lagi... dan terus boleh dijadikan perhiasan dalam rumah. Memandangkan aku tidak picaya dengan pilihannya... aku takut dia beli bunga sembarangan... maka aku telah memilih bunga yang aku mahu, beli dan tuntut semula dengan my laki.  Punya teruk aku ni.  Hahaha... Main buyuk la bah tu.  Ketara aku ni hina dan cerewet.

Oleh itu, dengan bangganya saya ingin menayang gambar bunga Valentine saya.... Bunga ini dibeli di Just For You manakala pasu bunganya dibeli di Familia <--- Familia bukan kedai saya ya. Hahaha.

Ni la dia my Valentine's flower

Cantikkan??? Bunga ni dijual memang sudah sedia berikat. Aku beli 5 ikat. Aku cuma minta my maid - Milah bantu aku cucuk ke sponge bunga tu jak. Tapi the whole idea is mine. Termasuk laa simpan butterfly tu ya. Cute kan? Puji laa sikit. Hihihi...

Jadi... kesimpulannya... no more fresh flowers or red roses for me on Valentine!! Bazir duit saja. Imagine kalau beli roses time Valentine... double oo harganya kan. After all the roses akan aku buang jugak. Sebab Lilian Too bilang tidak boleh simpan bunga mati dalam rumah. Not good! Fengshui tidak bagus!



So, to all lovers out there.... who celebrate Valentine's Day...
HAPPY VALENTINE'S DAY!

For me... every day is Valentine's Day as long as i have him :)
Romantic kan Lady F.  Hehehe...


Posted by CHINA DOLL at 7:26 AM 3 comments Links to this post  

Labels: Home, Love Life

R.I.P. Whitney Houston

Monday, February 13, 2012


Kelmarin 12 February 2012, aku dapat berita mengejutkan melalui muka buku mengenai penyanyi terkenal Whitney Houston telah didapati meninggal dunia di dalam sebuah bilik hotel di Beverly Hills.  Kematiannya belum dikenalpasti lagi, sedang dalam siasatan tetapi menurut sumber dari pihak media ada kemungkinan kematian beliau adalah disebabkan terlebih pengambilan dadah.

Kesian dan sedih juga kan.  Whitney meninggal dunia dalam usia 48 tahun.  Sayang betul kita kehilangan seorang diva.  Bestnya bah lagu-lagu Whitney ni.  Aku ni bukan la peminat fanatik Whitney tetapi aku suka dengan lagu-lagunya.  Mostly semua lagunya aku suka especially I wanna RUN TO YOU and SAVING ALL MY LOVE FOR YOU, cause you are always will be THE GREATEST LOVE OF ALL. Even if I HAVE NOTHING at all, IT'S NOT RIGHT BUT IT'S OKAY.  I hope ONE MOMENT IN TIME WHEN YOU BELIEVE I will LOOK TO YOU and says MY LOVE IS YOUR LOVE and COULD I HAVE THIS KISS FOREVER? Believe it, I WILL ALWAYS LOVE YOU.

Lepas ni mau copy lagu-lagunya untuk buat CD la.  Takziah untuk kepada keluarga Whitney Houston.  R.I.P Whitney.

Posted by CHINA DOLL at 7:57 PM 1 comments Links to this post  

Labels: Bla-Bla-Bla, Life

Amazing! Rumah Terbalik

Sunday, February 12, 2012


Eh! Kamu pernahkah dengar pasal Rumah Terbalik ni??? Macam ndak percaya bah ada rumah terbalik kan. Betul nie.... Mula-mula aku nampak orang post-post gambar dalam FB kunuk ada rumah terbalik terletak di Tamparuli. Aku ndak percaya. Hairan aku kenapa ada orang mau buat rumah terbalik. Mula-mula kupikir ada orang tinggal dalam rumah terbalik tu. Rupa-rupanya rumah tu dibuat khas untuk bisnes la pulak... apa lagi... untuk tarikan pelancong la tu. Jangan kan pelancong... orang KK sendiri pun mau datang tingu. Jadi.... dijadikan cerita... aku sendiri telah memijakkan kakiku ke rumah terbalik itu pada hari Sabtu lepas. Senang saja mau cari ni rumah terbalik. Sana Tamparuli... terletak di siring jalan jak. Senang mau nampak laa. Sebelum tu stesen Shell (kalau jalan dari KK).


Gambar rumah terbalik dari pandangan depan bermodel kan dua perempuan jelita. Huwaaaa.... sila jangan muntah!!

Bayaran masuk RM10.00 sekepala untuk dewasa (mykad). Kalau budak-budak RM5 (di bawah 12 tahun). Bagiku kira agak mahal juga bayaran masuknya ni sebab bukan boleh ambik gambar pun masa berada dalam rumah tu. Lagipun rumah tu kecik jak bah. 10 minit jak kita masuk dalam tu round-round lepas tu keluar dan hanya boleh bergambar di luar rumah. Masa kami pigi tu kira agak ramai juga pengunjung yang datang. Jadi untuk masuk ke dalam rumah tu kena bergilir ikut group. Hanya boleh masuk 8-10 orang kali ya. Mungkin dia takut roboh kali sebab macam struktur rumah tu tak kuat. Pasal terbalik kan.

Sebelum masuk tu, kena suruh pukul gong dulu - tanda selamat datang. Welcome To Rumah Terbalik...


Jadi aku kunuk yg mem-volunteerkan diri untuk pukul gong. Hehehe... Masa disuruh pukul kan, macam bengong-bengong aku ni sebab first time kan. Ndak pasti aku di mana mau pukul. Jadi aku main redah... aku pukul la di bahagian atas. Huahuahua. Bulih-bulih aku kena kasi ketawa ya oleh orang. Kurenggg tul. Rupa-rupanya sepatutnya di bulatan tengah tu pulak patut dipukul. Hahaha. Jadi aku kena suruh pukul semula. Bikin malu betul. Tiada bah barang ni di kampungku di Tawau. Hahaha...

After that, kena suruh lagi kami ni mengetuk pintu rumah sebelum masuk tapi tak sempat ambik gambar time tu. Susah mau ambik gambar sebab time tu hujan gerimis. Semasa berada dalam rumah tu kami diberi penerangan kisah mengenai rumah terbalik ni. Aku tidak berapa fokus apa yang dia cerita sebab kebeliangan aku meningu barang-barang dalam rumah tu semuanya terbalik sampai mau feningggg aku. Maksudnya semua la barang-barang melekat di atas siling. Macam-macam la bah ada dalam rumah tu. Segala mesin jahit, set sofa, katil, barang dapur, jamban, perhiasan dinding dan sebagainya... termasuk laa kucing! Hahahaha... of course la kucing palsu bah. Tak kan la kucing yang diawet. Huahuahua.. Oh ya! Semua barang dalam rumah tu tidak boleh disentuh ya. Ndak kuat kali gam nya. Kami yang berada dalam rumah tu pun cuma boleh berjalan di atas karpet merah. Nampak sangat memang rumah tu tak stabil. Risau juga aku lama-lama berada dalam rumah tu. Karang ada mesin jahit jatuh dari siling menimpa atas kepala!!


Gambar diambil dari luar belakang rumah terbalik. Nampak kah ada biskal melekat
di atas tu.



Ini gambar dari pemandangan siring pulak.

Nahh.. ni lagi dasyat. Kereta kancil pun melekat di atas bumbung. Huahuahua...


Aku rasa ndak sampai setengah jam kami di sana. Lepas ambik gambar di luar rumah kami pun blah. Kira enjoy juga la bah sebab kiranya sesuatu yang baru kan dan jarang-jarang jugak la bah pigi tempat begini. So, kamurang bila lagi mau pigi??? Jangan tunggu lama-lama... orang bilang nanti bangas!! Huhuuu...


Posted by CHINA DOLL at 9:53 PM 5 comments Links to this post  

Labels: Bla-Bla-Bla

Kek Coklat

Thursday, February 9, 2012

Mari kita belajar buat kek coklat yuk. Nahh... sekali lagi sejarah berulang kembali. Hahaha... Terberjaya pula aku terbikin kek. Kek coklat lagi tu. Huhuu... tingu ni gambar kek coklatku. Cantik dan menyelerakan kah?? Sedapppp ni i tell you. Bila kamu rasa ni... perghhhh.... manis macam aku ooo... hahahaha....



Ok tuan/puan sekalian... (oopsss... adakah jua lelaki membaca blogku ni???).... mari aku turunkan ilmu untuk membikin kek coklat yang telah diajar oleh macikku Kak Ani (macik tapi dipanggil kakak. Pa macam ni??) dan turut dibantu oleh sepupuku Adek. Actually ini adalah second time aku buat kek coklat ni. Yang mula-mula tu kami buat sama-sama. So, yang ni aku buat dengan si Milah - my maid.

Ok... tanpa membuang masa... ini adalah bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A - untuk kek:

220g tepung gandum
250g mentega
30g serbuk koko
250g gula halus
5 biji telur (Gred A)
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla


Bahan B - untuk salut kek (topping):

1 packet milo size kecil (anggaran 350g)
1/2 tin susu pekat
100g mentega
1 sudu teh serbuk koko
sedikit garam


Cara-cara membuatnya:

* Tepung, serbuk penaik dan koko diayak bersama.
* Pukul mentega dengan gula sehingga kembang kemudian masukkan telur sebiji-sebiji.
* Setelah sebati dan gebu, masukkan tepung gandum yang telah dicampur dengan serbuk penaik dan koko
* Masukkan esen Vanilla
* Setelah adunan sebati, bakar kek pada suhu 180c selama lebih kurang 40 minit.

Nahhh... begini laa rupa kekku setelah dibakar 40 minit kemudian. Nampak tu tengahnya berlubangkah? Itu pasal aku cucuk pakai kurik gigi sebab mau tau samada dia sudah masakkah belum. Ada kamu tercium wangikah??? Hihihi...


Weii.. belum siap lagi ni kek ku ni. Ada lagi ni. Biarkan dulu ni kek sejuk selama 10-15 minit. Sekarang kita mau buat salutannya (topping coklat) pula.

Ok... campur semua Bahan B tadi dalam periuk kemudian panaskan dengan api kecil. Sentiasa digaul supaya tidak hangus dan melekat. Apabila sudah cair, tuang/siram coklat tu di atas kek. Kemudian hidangkan kepada tetamu tuan/puan yer. SELAMAT MENCOBA...


Posted by CHINA DOLL at 10:34 PM 1 comments Links to this post  

Labels: Food

Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License

Creative Commons License