Showing posts with label Concert. Show all posts
Showing posts with label Concert. Show all posts

Saturday, December 15, 2012

JLO Dance Again World Tour in KL

Again??? Mesti kamu cakap aku ndak puas ni kan.  Memang la bah ndak puas tengok konsert JLO hari tu di Manila pasal sekejap jak.  Ini kira appeal balik la bah ni.  Bukan apa.  Gini ceritanya... my cousin menang 2 keping tiket konsert JLO free from Celcom.  Nilai tiket adalah RM600++ setiap satu.  Kebetulan aku memang berada di KL pada hari konsert tu (2 Disember 2012), so my cousin jual murah-murah la tiket tu sama aku.  Jadi aku bawa la my sister Elsa untuk tengok  ni konsert dengan harapan.....disebabkan tiket mahal so tempat duduk mesti di bahagian depan-depan yang dekat pentas tu kan.  Hehehe......

IKLAN kejap.  Ayu nya aku bergambar.  Hehehe...


Ok sambung story...... sekalinya.... bulih-bulih pada hari konsert tu hujan laa pulak start dari petang.... adehhhh.... sudah la konsert dibuat di stadium merdeka.  Mana ada atap tu kan kalau duduk berdepan dengan pentas.  Betul-betul la malang.  Aku gerak dari rumah jam 7.00 malam.  Disebabkan hujan, jem di sana sini... mengkali jem pasal orang mau pigi tengok konsert JLO.... kami sampai di Stadium Merdeka jam 9.00 malam! Huhuuuu.... 

Bila kami sampai jak, kami kena kasi plastic rain coat.  Rupanya hujan masih tidak berenti.  Nasib la gerimis.  Memang betul-betul la kami duduk di tengah hujan.  Hadoiiiii..... Tiada atap! Ngam-ngam kami dapat tempat duduk kami.... time tu JLO pun keluar.  Aku rasa tidak payah la dorang sediakan kerusi sebab semua orang berdiri time tu tengok JLO.  Haa... tengok ni orang tengah berdiri sambil pakai plastik.  Hahaha... (termasuk aku la tu).  Mau bergambar pun susah pasal hujan.  Takut handphone rusak!  Kali ni aku tak bawa kamera la pulak pasal aku terlupa.  Sialan tul.




Sudah setengah jam konsert mula, akhirnya hujan pun berenti.  Nasib la.  Jadi aku sempat la ambik video si JLO nyanyi tu.  Haa... klik sini ya kalau mau tengok videonya tu.  Ada dua ni -------> Video 1 dan Video 2.

Jadeyyyy..... kalau semua orang sudah berdiri... apa la gunanya kerusi tu kan?? Dan sama jugak bohong.  Macam mana mau tingu JLO.  Bagus lagi duduk di grand stand yang free seating tu.  Bulih nampak lagi tu JLO walaupun jauh.  So, alamatnya tengok di skrin jak la. Itupun skrinnya kecik.

Kalau kamu tanya aku best kah tidak konsert JLO di KL ni.... aku cakap NDAK BEST! Jauh lebih best lagi konsert nya di Manila.   Pertama dari segi tempat/lokasi konsert tidak sesuai.  Jem.  Patut dibuat di luar KL jak.  Yang kedua sound system nya buruk sikit.  Aku boleh dengar suara si JLO tercungap-cungap semput.  Yang ketiga skrinnya kecik.  Aku rasa penonton di Manila jak mau 5 kali ganda dari KL ya.

Macam mana ooh ni pihak penganjur?? Masa kamu tidak tau bulan Disember ni musim hujan.  Patut kamu buat la di PICC kah.  Renung-renungkan laa... Nasib baik aku tidak beli tiket RM600++.  Time tu aku tengok VVIP/Kerabat DiRaja pun terpaksa dikasi pindah duduk di Grand Stand jak akhirnya.  Kesian... Huhuu...

Anyway, itu saja la yang aku mau share sama kamu cerita konsert JLO di KL ni.  Ndak best! Tu jak.



Monday, December 10, 2012

JLO Dance Again World Tour in Manila



Macam mana mau start blog kisah ni ya? Blurr sekejap aku. Hehehe.... mulanya gini... My good friend Melania ajak kawan-kawan lama kami untuk pergi shopping trip ke Manila konok.  Actually plannya ni sudah lama.  Kira-kira awal tahun lagi.  Ramai la kunuk yang mau join tu.  Lebih-lebih lagi ada pakej penginapan murah plus menghadiri konsert JLo! Kami bayar pakej ni cuma RM620 seorang (termasuk penginapan 3 malam di Remington Hotel World Resort Manila plus tiket konsert and airport transfer).   Tapi harga pakej ni tidak termasuk tiket penerbangan ya.  Tiket kami beli sendiri dalam linkungan RM500 seorang pergi balik naik Cebu Airlines dan balik naik Air Asia.

Tapi bila part pembayaran.... tiba-tiba ramai pulak kawan yang tarik diri disebabkan ada yang tidak dapat bercuti/ada program lain la pulak.  And akhirnya hanya me, Melania, Mary and my sister Elsa saja yang dapat pigi.  Huhuuu....

Dan yang paling hebat tu.... bulih-bulih si Melania tersilap beli tiket penerbangan kami ke Manila.  Hahaha... Dia telah terbeli tiket kami on 26 November 2012 jam 6.05pm from KK (tiba di Manila jam 8.05pm) iaitu the same day and same time with JLO punya konsert.  Hahahaha....

So, begitu la ceritanya.... walaupun flight kami delay dalam 30 minit....nasib baik la kami dapat keluar dari airport Manila dengan cepat dan tanpa menghadapi masalah dengan imigresen/kastam airport.  Padahal macam-macam sudah kami dengar pasal pengalaman buruk orang ber-deal dengan pihak imigresen/kastam airport di Manila.  Nasib baik la tiada apa-apa... kami dapat keluar dengan mudah.  Dan kebetulan juga hotel kami ni betul-betul berdekatan dengan airport.  Tak sampai 10 minit naik kenderaan sampai sudah di hotel. Hehehe...

Sampai jak hotel, kami terus ambik kunci bilik di reception (sebab my sister sudah tolong check in kan awal coz dia ambik flight from KL so dia duluan sampai di Manila), kami hantar beg ke bilik.... turun ke lobby, kenderaan untuk pigi ke Mall of Asia sudah menunggu kami time tu.  So, kiranya rush la kami terus ke konsert. Dalam 20 minit gitu kami sampai ke Mall of Asia.  Time tu sudah dekat jam 10.30pm rasanya.  My sister sms me dia kata JLo lambat keluar.  So, kiranya bila kami sampai tu... ampitttt la jugak kami bah tingu JLO nyanyi walaupun kami cuma dengar dalam 4-5 lagu kalau ndak silapku. Hehehe...

Punya besar tu Mall of Asia.  Macam penuh tu dewan oh. Banyak orang. Tempat duduk kami pun yang di belakang-belakang bah.  Kasiannn.... Nah tingu ni.  Sempat kami bergambal tapi ndak la kamu nampak JLO sebab macam semut.  Hihihi.


Nah ni ada beberapa keping gambar JLO yang adikku sempat ambik.  Itupun diambik melalui skrin besar yang dekat pentas tu. Hahaha...



Yang ni kena zoom.  Hebat jugak kamera Lumix ku yang kecik tu ya.  Hehehe...



Ini time lagu pengabisan/penutupan.  Punya smart.  Tumpah tu dust dari siling. Kalau pakai DSLR konpom chantek ni.  Tapi apakan daya... DSLR tak boleh bawa masuk dalam.


So, begitu la al kisah kami tingu konsert JLO di Mall of Asia.  Walaupun cuma sekejap tapi I LIKEEE... siokkk... best!  Best bah tengok konsert live banding kita tengok di tv.  Apapun, aku mau share sama kamurang video yang sempat aku rakam time konsert JLO tu.  Saksikan la dua video ini.  Sila click sini  -----------> Video 1  dan Video 2.

Oh ya! Kami sempat bergambar dengan Miss Earth di luar dewan.  Actually ramai bah Miss-Miss tu di luar dewan pasal kebetulan dorang memang berada di Manila untuk pertandingan Miss Earth.  Ramai orang bergambar-gambar dengan dorang ni.  So, aku dapat tangkap Miss Tanzania ni pun jadi laa sebagai kenang-kenangan.





Sebelum aku akhiri post aku pasal JLO concert ni......  aku mau kamu tengok ni gambar di bawah.  Gambar ni aku ambik semasa aku shopping di Green Hills, Manila.

@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@
@



They actually selling it.  What say you? Hehehe....