Showing posts with label my pride and joy joy joy. Show all posts
Showing posts with label my pride and joy joy joy. Show all posts

Saturday, May 30, 2020

Husky - My Pride and Joy Joy Joy

Husky is now 8 months old and semakin sangat nakal.  How time flies.  Jan la cepat besar sangat Husky πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.  Comel sangat anak mami ni bah.  Bikin aku geram sama dia hari-hari.  Kerjanya pagi-pagi suka kasi bangun aku.  Kenapa? sebab... dia nak makan treats 😏😏😏.  Itu la perangai Husky.  Tapi ni anak tidak suka dibelai-belai kecuali kalau dia mengantuk sangat. 









P/S:  Now you know kan why my baju raya suppose to be grey?? Hahaha... #ikutwarnaHuskylaa

Sunday, April 19, 2020

Faces of Cats










This is my Puteh.  He is siamese cat.  Puteh bring success, good health & long life πŸ’—πŸ’–πŸ’“



This is Husky.  Husky is BSH in grey color.  Husky bring love & harmony to my home πŸ’–πŸ’–πŸ’–


This is Princess Jasmine Aladdin.  She is mix maincoone & parsi (striped).  Jasmine bring 
good fortune & happiness  πŸ’–πŸ’–πŸ’–




Monday, April 6, 2020

My Very Good Morning View

Setiap pagi bila buka mata ja... toleh tepi katil... tadaa... this is my good morning view 😍😍😍 bikin geram tengok.  Penuh bedside table.  Ini la si Jasmine yang sombong.  Tidak mau disentuh/dibelai langsung.  My pride and joy joy joy... Sabo jer la....



Sunday, February 23, 2020

Happy Birthday Jasmine!

Today Jasmine is officially 1 year old.  
Happy Birthday Princess Jasmine Aladdin!
DOB:  23 February 2019
Mummy loves you very mucho!





Saturday, January 4, 2020

My Little Husky

Say hello to Husky... my pride and joy joy joy πŸ’“

Name:  Husky 
Gender:  Male
D.O.B :  4 September 2019 (4 months)
Breed:  British Shorthair (BSH)
Color:  Solid Blue

Tersangat lah comel kan... Yess... i know hahahaha.  Namanya si Husky.  Tapi dia bukan sejenis anjing ya! Hahaha...  FYI, ni la kucing idaman kalbu ku selama ni.  Akhirnya... tercapai juga idamanku memiliki kucing BSH.  

Si Husky ni aku beli dari Kuching, Sarawak ya.  Berbulan juga aku tunggu untuk dapatkan dia ni.  Kena tunggu dia at least 4 months baru boleh kena rehome.  Jauh perjalanan si Husky ni.  Dari Kuching dia naik kapalterbang ke Miri jam 7am.  Tiba di Miri jam 8am.  Transit di Miri entah brapa jam.  Kurang-kurang mau juga 7-8 jam mengkali.  And then, from Miri to Lawas bertolak dalam jam 2.50pm.  Tiba di airport Lawas jam 3.30pm.  Kami ambil dia di airport Lawas (drive from KK) tiba dalam jam 4pm.  Kami terlambat sampai sebab jem teruk di area Kimanis to Beaufort.  Kasian Husky tunggu aku dalam kurungan.  Sudah la airport Lawas tu sunyi.  Masa aku collect Husky ni, kesian bah.  Sendiri2 dia dalam kurungan di lantai.  Tinggal tunggu kena pungut.  Andukk... Ada tu gambarnya.  Boleh follow di instagram husky.299

Jauh perjalanan si Husky.  Sudah naik kapalterbang, kena lagi jalan darat dari Lawas to KK.  Fuhhh... tapi bila Husky sampai rumah saja... well well well... sungguh aku tidak sangka.  Husky is very independent.  Tak payah diajar.  Dia boleh makan, minum, berak, main dan tidur sendiri.  Semua tu aku tak payah ajar. Tak payah ajar dia di mana tandas.  Dia memang cerdik.  Dia boleh bawa diri.  Mula-mula risau jugak aku.  Pasal aku takut dia trauma naik kapal/kereta... then kena menyesuaikan diri di rumah bersama si Jasmine.  Tingu-tingu... si Jasmine pula yang kena menyesuaikan diri sama dia.  Hahaha...




Sampai di sini dulu cerita si Husky.  Kalau mau tengok gambar-gambar si Husky boleh tengok dekat instagramnya.  Jangan lupa follow ya gais.  husky.299


Tuesday, January 22, 2019

Oh Puteh

Missing my pride and joy joy joy.  Semalam dia kena admitted di klinik sebab demam panas.  Suhu sampai mencecah 41 celcius 😿😿😿.  Menurut doktor konok gara-gara luka-luka di badannya sebab selalu bergaduh.  Pening mami PutehπŸ’†πŸ’†πŸ’†.  Sudah-sudah la tu bergaduh.  Gangster kampung pisang betul ko ni. After 3 days baru boleh bawa pulang sebab perlu dijarum tiga hari berturut-turut.  Andukkk... kesian.  Cepat-cepat la ko sembuh ya nak.  Mummy miss you 😿😿😿.




FYI, ni gambar-gambar lama time muka masih comel.  Sekarang haram jadah tak boleh masuk rumah sebab pandai mengancit 😹😹😹.  Sorry yer Put.  

Tuesday, June 7, 2016

My Pride And Joy Joy Joy

Meet Baby One Eye Willy and Baby Pearl Grey
My Bundle of Joy


Sila la LIKE page mereka di FB ya ----> One Eye Willy and Pearl Grey




#myprideandjoyjoyjoy #bundleofjoy #babywhite #babywilly #babypearlgrey

Thursday, January 22, 2015

My Baby Black

17 Oktober 2014, anak kucing yang mungkin berumur 2 bulan sesat datang di luar dapur rumah kami menangis-nangis mencari mamanya. Telinga dan badan berkurap habis, kurus kelaparan.  So, the next day nya kami bawa ke klinik untuk dirawat.  Selepas dirawat, anak kucing ni yang kami namakan Baby Black kuat makan sehinggakan perutnya semakin hari semakin besar macam mau pecah! 

Bloated habis.  Sampai takut aku mau pegang dia. Dia makan tak berenti.  May be pasal lapar or i don't know la.   Gastrik kali.  So, lepas tu kami hantar lagi dia ke klinik dan dikasi tinggal di klinik selama 4 hari gitu sebab kami outstation time tu. Bila balik dari klinik kurapnya ada kering-kering… tapi perut tetap boroi.  Klinik bagi 10 hari punya ubat makan untuk Baby Black.  Kesian dia hari-hari makan ubat dan dikasi pakai ubat sapu. 


17 Disember 2014, selepas 2 bulan… syukur alhamdullillah… Perut sudah slim, kurap sudah hilang, semakin aktif, nakal, kuat makan, kuat birak, makin berat dan semakin hensem.  Kos rawatan Baby Black termasuk mummynya… almost 1k! Huhuu… kenapa aku sebut termasuk kos mummynya??? Sebab aku telah terjangkit kurap or something like kutu hamak Baby Black!! Nanti la kalau ada masa satu hari nanti aku post pasal jangkitan kutu hamak yang kena sama aku tu ya.



Today


Me selfie with my pride and joy joy joy :)
and of course with my new hair color!


Saturday, November 23, 2013

My pride and joy joy joy

BERITA GEMBIRA!  Si Puteh telah melahirkan di atas atapku pada 4 Oktober 2013.  Dari hari dia melahirkan kami tidak tau di mana lokasi sebenar dia letak anaknya.  Ada beberapa kali my maid cuba menyubuk ke atap rumah tetapi tidak dijumpa.  Sehingga la minggu lepas kami dapat mengesan kerana anak-anak kucing itu sudah pandai berlari-lari.  Got cha!!  Akhirnya anak-anak si Puteh telah berjaya diturunkan.   Hanya 2 ekor saja yang kami dapat tangkap.  Manakala yang seekor lagi si Puteh yang bawa turun sendiri.  Punya laa susah mau tangkap ini anak miauuu.... sebab liar dan penakut... ndak pernah nampak orang kan.  Tu la pasal.  Nahh... ni nah gambar dorang.  3 ekor.  Besar sudah.  1 bulan lebih.  Gemuk-gemuk lagi tu.  Tidak sangka pulak.  Macam cantik jer... macam comel jer... hahahaha....


Ni la indung nya... si Puteh.


Aku ni suka bah dengan anak kucing.  Terutama kalau kucing tu sudah masuk umur 3 bulan.  Suka betul aku.  Tapi setiap kali aku ada anak kucing mesti aku dalam dilema.  Apa ndaknya.  Biasa umur 3 bulan ke atas ni kucing akan jadi nakal.  Kuat main... lari sana lari sini.  Pandai panjat pagar dan pigi ke kawasan rumah jiran.  So, jiran akan mengamuk sama aku.  Itu yang buat aku susah hati.  Terpaksa bah aku kasi anak-anak kucing sama orang walaupun aku tidak mau.  Susah juga kan kalo hidup di kawasan perumahan yang berjiran ni.  Especially berjiran dengan kawasan cina yang tidak suka dengan kucing.  Hairan aku.  Kiri kanan depan belakang semua tak suka dengan kucing.  Entah la kenapa.   Kalau dorang nampak kucingku jak terus dorang akan halau atau siram.  Kadang aku pun turut kena marah oleh tu jiran.  Kalau ada kucing lain (yang bukan kucingku) limpas di kawasan rumah jiran, aku juga yang kena tuduh.  Kena tuduh kerana membiarkan kucing tu ke rumah dorang dan berak di rumah dorang.  Huhuuu...  Kin panassss... Bikin sakit hati... bikin stress!! Begini comel nya kucing aku ni... bulih-bulih ndak kena suka. Heran aku... Susah juga kalo ada manusia yang tidak suka dengan binatang.  Tiada perasaan kebinatangan langsung.   Biar dorang dapat pembalasan di akhirat nanti.  Baru dorang tau.  Huhuu.... 

Apapun, I just love my cats.... my pride and joy joy joy....