17 Oktober 2014, anak kucing yang mungkin berumur 2 bulan sesat datang di luar dapur rumah kami menangis-nangis mencari mamanya. Telinga dan badan berkurap habis, kurus kelaparan. So, the next day nya kami bawa ke klinik untuk dirawat. Selepas dirawat, anak kucing ni yang kami namakan Baby Black kuat makan sehinggakan perutnya semakin hari semakin besar macam mau pecah!
Bloated habis. Sampai takut aku mau pegang dia. Dia makan tak berenti. May be pasal lapar or i don't know la. Gastrik kali. So, lepas tu kami hantar lagi dia ke klinik dan dikasi tinggal di klinik selama 4 hari gitu sebab kami outstation time tu. Bila balik dari klinik kurapnya ada kering-kering… tapi perut tetap boroi. Klinik bagi 10 hari punya ubat makan untuk Baby Black. Kesian dia hari-hari makan ubat dan dikasi pakai ubat sapu.
17 Disember 2014, selepas 2 bulan… syukur alhamdullillah… Perut sudah slim, kurap sudah hilang, semakin aktif, nakal, kuat makan, kuat birak, makin berat dan semakin hensem. Kos rawatan Baby Black termasuk mummynya… almost 1k! Huhuu… kenapa aku sebut termasuk kos mummynya??? Sebab aku telah terjangkit kurap or something like kutu hamak Baby Black!! Nanti la kalau ada masa satu hari nanti aku post pasal jangkitan kutu hamak yang kena sama aku tu ya.
Today
Me selfie with my pride and joy joy joy :)
and of course with my new hair color!
No comments:
Post a Comment