Monday, March 30, 2009

Shanghai Trip - Episode 2

29 March 2009 (Sunday) - Day 2

Breakfast @ hotel

Pelik breakfast dorang ni.  Buffet nya sedikit saja.  Cuma ada salad, buah, juice, roti/bun etc. Rupanya kita perlu order daripada menu alacarte.  So, kamipun order la plain omelette.  Bila sampai tu omelette, laki tengok aku dengan muka macam taik!!  Apa lagi... Di tepi omelette tu kena simpan babi guring ampai-ampai!!  Hmmm....  sabar jak aku.  Minta omelette ada free bacon.  Bagus tu.  Hehehe...Nasib baik kami ada stand by bawa makanan tin and maggie.

Kasut Boot Jahanam

Lepas breakfast, aku sudah bersiap sedia mau menyerang Huaihai Road. Masa mau keluar bilik hotel, terasa aku macam kaki aku sejuk-sejuk.  Babi betul! Rupa-rupanya kasut boot aku buat hal! Kuyak sial di tepi tapak kaki!!  Silap aku juga tak tengok sebelum jalan tu.  Apa ndaknya. Last aku pakai kasut boot tu masa tahun lepas pigi ke Jepun. (Ini kasut boot lain - bukan yang Charles & Keith tu). Naib baik boot murahan. Alamat aku kasih tinggal dia di Shanghai!! Nasib aku ada bawa spare kasut!


Driver Taxi Terlajak

Sebelum jalan, siap-siap sudah minta hotel tolong tuliskan tempat-tempat yang mau dipigi dalam bahasa cina.  So, pagi ni kami pigi ke Maison Mode and Times Square di Huaihai Road.  Palui tu driver taxi.  Kami mo ke Maison Mode.  Bulih-bulih dia tak nampak tu Maison Mode punya bangunan.  Besarnya tu gambar GUCCI.  Aduii... Bingung-bingung dia mencari Maison Mode.  Sabar jak aku.  Aku sudah cakap sama dia yang dia terlajak.  Tapi dia masih tak reti bahasa.  Dia jalan straight-straight-straight.  Macam 3km la sudah terlimpas.  Last-last masa di traffic light merah, kami ketuk cerminnya suruh dia drop kami di situ saja.  Palui tu driver taxi! Terpaksa kami jalan kaki pigi ke Maison Mode. 


Singgah Sekejap di Barbie Shanghai
















On the way to Maison Mode, ternampak ada Butik Barbie. So, kami singgah sekejap tengok-tengok.  Best dan besar. Ada 6 tingkat.  Endukk bah... tengok mukaku tu. Ndak pun nampak. Hehehe.... (Lai, lain kali zoom bah... ketara ko ni tidak expert tangkap gambar). Tak sempat aku beli barang Barbie pasal tiba-tiba aku sakit perut semacam.  Rupa-rupanya - BENDERA JIPUN. 

Maison Mode yang buruk

Bila sampai Maison Mode... hampeh gue.... penat saja kami ni jalan kaki.  Kecik betul rupanya butik Gucci nya.  Sikit saja beg nya.  Enduk kesian.  Tak banyak pilihan.  Hampeh.  Sungguh hampeh. Pokoknya di Maison Mode/Times Square tak banyak butik.  Bidak betul!!  Jangan pigi sana la lain kali!! Buang karan! So, last-last jawapannya balik ke Plaza 66.  

Haa... tu nah tulisan cinanya besar-besar.


Welcome to The Bund Shanghai

Ngantuk sudah aku ni.  Malas mo cerita panjang.  So, baca sini kalau mo tau lebih lanjut pasal The Bund <---- click situ. (Sorry tak banyak gambar pasal aku tak ada program Photoscape dalam PinkyMac)



(Gambar waktu malam)
(Gambar mau masuk waktu senja)

Shanghai Trip - Episode 1

28 Mac 2009 @ Saturday - Day 1

Flight kami bertolak from KL-Shanghai jam 1.40 pagi @ MH386.  Punya laa mengantuk... Jawapannya tidur dalam flight la... Trip kali ni memang free and easy.  (Kami beli tiket awal January time MAS buat offer online hari tu).  Betul-betul free and easy ni.  Hotel dan airport transfer pun urus sendiri.  (Biasanya kami minta travel agent uruskan).  Tiba di Pudong Airport jam 6.40 pagi.... Cuaca sejuk gila! 9 celcius.... Bagagar aku...

Taxi Sapu

Entah kenapa... macam aku tidak prepare pula trip kali ni.  Main hantam-hantam saja ni.  So, bila keluar saja dari airport, main baca signboard saja la.  Cari laa lambang teksi.  Ikut signboard. So, turun la kami ke tingkat bawah guna lift.  Sekalinya kami tengok macam kosong. Mungkin pasal masih awal pagi kan. Tapi ada laa beberapa orang ni memanggil-manggil kami "Taxi?".  So, kami pun cakap la mo cari taxi pigi hotel.  So, terus ada laa si Acai ni mengangkat beg kami ni.  Kami pun si buduh ni ikut saja.  Bila keluar airport... jeng-jeng-jeng... tiada taxi pun ya!!! Dibawanya kami ke seberang jalan, turun tangga lagi ni, menuju ke bangunan car park.  Macam laju jugak la si Acai tu berjalan.  Mau juga 15 minit kami ni jalan kaki.  Laki aku sudah tidak sedap hati.  Aku pun bingung.  Bila sampai carpark, si  Acai cakap "wait for 2 minutes". Lakiku sudah cakap macam ni teksi sapu jak.  Aku diam jak.  Entah kenapa aku jadi buduh kali ni.  Palui-palui! Mimang aku sudah terasa yang kami ni naik teksi sapu.  Ndak lama tu datang la kereta (MPV) yang ampai-ampai mimang tiada tulisan TAXI.  Jadi kami pun naik la kereta tu bersama si Acai dan driver.  Sambil kereta tu berjalan ndak lama kemudian si Acai kasi kami bil/resit teksi. Terkejut aku.  RMB580 @ RM300 gitu!! SIALAN.... Ampai-ampai/bulat-bulat laa bah kami ni ditipu.... Dia suruh kami bayar time tu juga.  So, kami ni pun takut sudah ni.  Terpaksa laa bayar kan.  Sudah tu, my laki kasi RMB600, bulih-bulih si Acai buat signal supaya balance RMB20 tu dikasih tip untuk dia.  SAITAN.... Lakiku buat signal - geleng kepala (tidak setuju).  Last-last dia kasih balik lakiku RMB15 sebab konon itu saja duit yang dia ada. So, laki pun setuju la.  Ndak lama kemudian kereta tu berenti.  Si Acai keluar dari kereta. Then driver terus hantar kami ke hotel.  Apa laa ertinya tu konon??? Si Acai jadi orang tengah kah tu apa? Palui.  Mungkin dia pun dapat duit dari driver la tu.  Setan betul.... Sepanjang perjalanan ke hotel, muka laki jadi bingung-bingung pasal mungkin kami kena tipu awal-awal.  Apa ndaknya... sedangkan dari KL ke KLIA pun baru RM70.00.  Dari airport Pudong ke Hotel kami dalam 50-60km.  Sempat lagi laki tanya aku samada betul kah ni jalan ke arah bandar/hotel.  Marah la bah aku!! Sama-sama bah kami ni first time ke Shanghai. Mana la bah aku tahu.... Geram aku.  Geram pasal aku kena tipu!!  Sudah tu driver taxi pun tidak pandai cakap English.  Dia asyik cakap cina saja.... rupanya dia pun tidak berapa tahu kedudukan hotel kami.  Tapi bila sampai area Nanjing Road, jumpa juga dia hotel kami... Bila sampai depan hotel, aku terus tengok betulkah ni hotel kami.  Aku takut salah hotel lagi dia hantar kami. Ngam-ngam ada bellboy buka pintu kereta kami.  Aku tanya betulkah ni HOTEL SOFITEL HYLAND.  Dia cakap ya.  Akupun bersyukur..... hehehe....


Welcome to Sofitel Hyland Hotel

Wah... bilik  memang tip top! Check in di Tingkat 30.  Layanan istimewa.  Kami sampai hotel jam 8.30am.  Ingatkan hotel tak kasih masuk bilik lagi pasal terlampau awal kami sampai. (Normal check in time jam 2pm).  Dikasi juga kami masuk bilik... bilik memang lawa gila.  Ok la. Puas hati.  Malas mo tangkap gambar bilik.  Boleh tengok di websitenya terus.  Dan satu lagi... hotel ni wangi..... asal masuk hotel... mmmm.... wangiiii... betul.  Entah pewangi apa hotel ni pakai.  Tapi wangiannya memang sedap!!  After masuk bilik... Zzzzzzz..... charge battery badan dulu.


Shopping in Shanghai

Lepas charge battery badan, apa lagi... window shopping la dulu... Memang ini la tujuannya mo datang ke Shanghai ni.  S.H.O.P.P.I.N.G!!  Kami minta teksi hotel hantar ke Plaza 66 di Nanjing Road.  Bingung tu Bellboy.  Jadi aku cakap la, LOUIS VUITTON.  Baru laa dia faham.  Dia kasi tau la tu teksi suruh hantar kami ke situ.  Bulih-bulih tu driver teksi tidak tau tu Plaza 66. Palui sekali lagi! Kin panasss.... Terpaksa tu bellboy pigi masuk hotel tanya kawan-kawannya di mana tu Plaza 66.  Aduii.... ndak lama kemudian tu, cakap cina la dorang. Baru laa faham tu driver taxi.  So, kena hantar la kami ke Plaza 66 di Nanjing Road (West).  Bersebelahan dengan Plaza 66 ada Westgate Mall, Isetan dan Citic Square.  Kiranya sungguh menghampakan juga shopping mall di Shanghai ni. Ingatkan besar la bah kan... rupa-rupanya.... hmm... jauh lebih best lagi Hongkong.  Tak banyak pilihan branded itemnya.  Sungguh sedih sekali.... HAMPA gue...

Pengajaran apabila berada di Negara China

Bila sudah penat tu, kami pun mo balik hotel la ni.  Kasi la tu address hotel sama teksi. Berkerut-kerut muka driver.  Tapi dia masih juga mo hantar kami.  Sekali dia hantar kami... ketawa jugak aku ni.  Bukannya dihantarnya kami ke hotel.  Dihantarnya kami ke shopping mall yang bernama RAFFLES CITY.  Aduiii.... confident betul tu driver taxi.  Mau tak mau terpaksa keluar juga dari taxi tu.  So, sempat juga la kami me-round di Raffles City tu walaupun tiada apa-apa di situ.  Boring shoppingmall nya ni.  Tiada apa-apa. Bagus lagi shopping di KL. Bila keluar dari Raffles City, kami pun ambik taxi untuk balik ke hotel.  (Taxi di area bandar memang murah.  Harga dalam RMB11-RMB15) Banyak juga kami tahan taxi tapi satu pun tak tau baca English.  Jadi ada satu driver taxi ni cakap cina sama aku. Naib baik la aku ni faham sikit-sikit kan... dia cakap dorang tak faham baca English. Apapun mesti ditulis dalam bahasa cina.  Pelik dorang ni. Untuk makluman semua, setakat ni tiada satu pun driver taxi yang kami jumpa pandai cakap orang putih ya!! So, pengajarannya adalah... pastikan anda menulis semua tempat-tempat yang hendak dilawati dalam Bahasa Cina termasuklah hotel anda sendiri!!  Ko bawa dorang cakap English pun dorang tetap akan cakap cina sama kita. Lucu! Bagus cakap melayu terus!  So, akhirnya kami berenti minum di Coffee Bean dan minta tolong dengan orang yang duduk di sebelah meja kami yang kebetulan faham cakap English.  Dia tolong la tuliskan nama hotel kami dalam Bahasa Cina.  Akhirnya, bila kasi tu tulisan sama driver taxi terus driver taxi faham dan hantar kami balik hotel.  Dan yang lucunya, rupanya hotel kami tu dekat dengan Raffles City.  Cuma perlu jalan kaki dalam 15 minit. Hehehehe...

Sunday, March 29, 2009

Shanghai Earth Hour

Ini laa kunun time Earth Hour di Shanghai.  Kelam kabut aku balik hotel dari ber-shopping sebab takut gelap konon. Rupa-rupanya... masih banyak kedai terang benderang.  Nyesal aku...  malas aku turun balik pasal sudah pakai baju tidur.  Kweng-kweng-kweng... Video ni aku ambik dari tingkap di bilik tidur kami di Tingkat 24. Cuba tingu ni:

video
(Mo tau... sabar ja aku upload ni video dalam blog... macam lamaaa laa kan)

From Shanghai with L.O.V.E...

Hello....  Chinadoll sekarang tengah berada di Shanghai sambil mem-blogging. Hehehe... Hari ni masuk hari kedua berada di Shanghai.  Macam menyesal pula aku membawa si PinkyMAC (pasal bikin berat) memandangkan di hotel kami ni ada disediakan perkhimatan internet termasuk PC nya sekali. Hehehe... Kami menginap di Hotel Sofitel Hyland di Nanjing Road East. Hotelnya very marvelous!! Bilik bersih, cantik, syampu dan sabun guna product from Loccitane dan yang paling penting katilnya/tilamnya kingsize bed dan baru! (Tau laa selama ni aku selalu dapat 2 katil single ataupun katil single yang disambung menjadi satu. Bila tidur badan jadi sakit pasal terasa garisan pemisah di tengah-tengah katil tu) Setiap jam 6pm-8pm ada free minum-minum/cocktail di tingkat 30. So, tu la aku boleh guna internet di situ.  Tapi sebenarnya daripada bilik kami pun memang ada free internet.  Jumpa lagi... aku mau sambung window shopping.... Bye...

P/S:  Cuaca di luar sejuk betul. 9 celcius. (Musim Spring konon di Shanghai tapi tiada pun bunga berkeluaran. Pelik. Mungkin masih awal Spring.)

Saturday, March 28, 2009

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMS

Wah.... aku bangga dan happy kerana Jabatan Bendahari telah mendapat tempat kedua bagi pertandingan kategori perbarisan dan tempat ketiga bagi kategori sepanduk tahun ini sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMS yang diadakan kelmarin 27 Mac 2009. (Walaupun aku ada perasaan sedikit sedih pasal tidak dapat join perbarisan tahun ini. Huhuhu...) Kepada semua staff Bendahari yang bersungguh-sungguh dan bersemangat untuk menang tahun ini... tahniah! Good job you guys!  



Congrats!! From Shanghai with love...

Thursday, March 26, 2009

Bercuti

Hai kawan-kawan sekalian...
Saya akan mulai bercuti pada 27 March sehingga 2 April 2009.
Jangan rindu aku ya. Hehehe.... Aku berfikir mo membawa si PinkMac ketika sedang bercuti tapi fikir punya fikir... hmm... berat! So, malas. Tia jadi la.

Wednesday, March 25, 2009

Birthday Tag from Cathj


The rules to comply with:-

1. Make a list of what you want on your birthday
2. The list should be 10 numbers
3. Post the image of this award in your posting
4. Give it to 10 friends of yours

Nah.... disuruh aku list down birthday wishku. Bukan alang-alang punya list aku bikin ni. Ambikmu!!
1. Bungalow besar. Kalo boleh yang ada swimming pool (<---- ini ditujukan khas untuk laki)
2. Sport Car yang 2 pintu. (<----- haaa.... ni pun sama... ditujukan untuk laki juga)
3. $$$ yang banyak
4. Vacation to Europe with hubby and family
5. Build-in Wardrobe yang besar dan luas yang terus ada tempat simpan kasut dan beg. Oh ya dan jangan lupa tempat simpan accessories sekali - kalau boleh wardrobe tu sebesar bilikku yang sekarang ni.
6. LV Bag (Vernis Pegase, Multicolore speedy, Damier Neverfull)
7. Tanah
8. Cincin diamond from Tiffany & Co. yang ada ciri-ciri 4C dan biar lah diamondnya tu besar.
9. Handphone VERTU (<---- tapi terlampau mahal). So, handphone biasa pun ok.
10. and finally, berharap salah satu permintaan (or lebih bagus lagi kalau SEMUA permintaan - ni kes temahak) di atas dimakbulkan... Amin...

Aku rasa 10 orang ini akan bersemangat untuk membuat tag ini:
1. Elsa (<--- dia ni aku macam sudah tahu apa listnya. BEWARE... birthdaynya 10 April)
2. Amoi (<---- DUIT, VACATION, RUMAH dan KERETA BARU. Betulkah moi? )
3. Ajelin (<--- dalam list mesti ada VACATION & $$$ )
4. Alicia (<--- yang ni mesti list nya melebih-lebih ni. Kalau boleh lebih dari 10 dia mo kasih listdown.)
5. Herda (<--- dia ni pulak sukakan SURPRISE time birthdaynya kunun dan aku rasa dalam listnya mesti ada PERFUME. Sebab dia amat sukakan perfume)
6. Azlena (<--- aku rasa la kan... hmm... dia ni cintakan beg. So, mesti ada perkataan GUCCI or LV dan VACATION tu harus!)
7. Dewi (<--- dia ni ingat mo kahwin jak ni. Jadi mungkin dia belum ada masa mo fikir birthday listnya. Aku takut nanti dia sediakan list hadiah untuk perkahwinan la pulak)
8. Kimora (<--- something to do with happy ending love story kot... hehehe)
9. Agee (<--- Vacation mesti ada, MUNGKIN kereta baru. Hehehe)
10. Jojo (<--- hmm... yang ni... mesti laa yang baik-baik punya. Dlm listnya aku rasa mesti dia minta SUCCESS, KESIHATAN, MURAH REZEKI dan PANJANG UMUR)

Tuesday, March 24, 2009

Friendship Award


Yeay-yeah... aku dapat award... (Bangga lagi tu. Hehehe) Thank you Cathj .... Oooh... terharu aku terima ni award pasal aku cuma kenal si Cathj melalui blog dan tidak pernah langsung berjumpa dengan beliau... Sudah tu, bukan senang dia mo pilih 4 orang yang istimewa untuk diberi ni award. (Mentang-mentang la ada 4 gelas di situ. Hehehe).
So, tiba la giliran aku pula untuk memberi award ini. Maka dengan berbesar hatinya saya ingin memberi ni friendship award kepada kawan-kawan ini...
Ajelin, Jojo, Rahma and Kimora...

Friday, March 20, 2009

Happy Birthday Kimora

Happy Birthday To My Friend 
 Kimora @ Siti Badrah
20 March 
(sama pula birthday dia dengan my sister rupanya...)
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.... amin....

P/S:  Ooohh... sungguh cute kucing ini. Cuba la kucing aku buat begini sama aku. Boleh pengsan aku.  Hehehe...

Happy Birthday Kak Itok

Happy Birthday To My Sister 
Farida Kee @ Kak Itok
20 March 
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dapat jodoh, bertambah cantik dan makin muda..... amin....

P/S:  Cantikkk pula gambar kek ni. Hehehe...

Monday, March 16, 2009

Kelabu Oh Kelabu...

Tengok laa bah gaya kucingku si Kelabu @ Smoky yang spoilt ni.  Kalau pulang rumah, teriak-teriak... mengantuk.... tidur bawah meja. Cukup tidur/makan, jalan balik pigi ke rumah orang cari girlfriend... aduii....

Kain Batik Free


Hooray.... kami satu ofis dapat kain batik free.  Rasanya semua staff UMS dibekalkan kain batik free (corak dan warna berbeza mengikut jabatan masing-masing) memandangkan kakitangan Kerajaan diminta untuk memakai baju batik pada setiap hari Khamis.  Lawa kah kain ni? Actually ini bukanlah pilihan aku. Kalau ikutkan hati, aku mau sangat yang warna merah tu.... tapi apakan daya... ramai orang yang berkulit gelap rupanya di ofis kami ni. Hahahaha... Jadi terpaksa la akur dengan warna yang ini (aku pun tak tau apa colour ni sebenarnya. Bukan juga oren dan bukan juga coklat. Seakan-akan warna oren bata?).  Apa warna atau corak sekalipun, janji ianya GRATIS!!   Tapi... yang bikin panas tu... tailor aku pulak buat hal.  Baju Raya tahun lepas pun masih belum siap. Kalau aku hantar kain ni entah bila pulak mau siap. Kweng-kweng-kweng... kawan-kawan di luar sana yang sedang membaca blog ini, tolong rekomen tailor yang bagus ya.  Muchas Gracias...

Sunday, March 15, 2009

My Weekend Project

Tadaa.... 


Akhirnya siap jugak projek aku ni... amacam?stunning kah? Hehehe...

One Word - Tagged by Elsa

USING ONLY ONE WORD! It's not as easy as you might think! Copy and change the answers to suit you and pass it on. It's really hard to only use one word answers. Be sure to tag the person you received it from!

USING ONLY ONE WORD! It's not as easy as you might think! Copy and change the answers to suit you and pass it on. It's really hard to only use one word answers. Be sure to tag the person you received it from!

1 .Where is your cell phone? - Handbag
2. Your significant other? - Hubby
3. Your hair? - Long
4. Your mother? - Fatima
5. Your father? – Illias
6. Your favorite place? - Bedroom
7. Your dream last night? - Zero
8. Your favorite drink? - LemonT (Bulih kah ni? Hehehe)
9. Your dream/goal? - Success
10. What room you are in? - Bed
11. Your hobby? - Shopping
12. Your fear? - Darkness
13. Where do you want to be in 6 years? - Canada
14. Where were you last night? - Home
15. Something that you aren't? -Short?
16. Muffins? - Dislike
17. Wish list item? - Bags
18. Where you grew up? - Tawau
19. Last thing you did? - Blogging
20. What are you wearing? - Jeans
21. Your TV? - Sony
22. Your pet(s)? - Cats
23. Friends? - Chipsmore
24. Your life? - Happy
25. Your mood? - Swing
26. Missing someone? - No
27. Car? - Benz
28. Something you're not wearing? - Lens
29. Your favorite store? - Wisma (Bulih diterima kah ni?)
30. Your favorite color? - Pink
33. When is the last time you laughed? - Morning
34. Last time you cried? – February
35. Who will resend this? - Herda
36. One place that I go to over and over? - KL
37. One person who emails me regularly? - Elsa
38. Favorite birthday present? - Bungalow (wishlist la bah ni)
39. Favourite place i'd like to be at right now? - Bed

I tag Herda, Zue, Ajelin, Agee, Jojo & Elsa.

Tag - Know Yourself Better

Aduii... rupanya ada lagi tag yang si Jojo bagi dengan aku ni.  Kenapa laa panjang betul ni tag... makkk aii... Lepas tu, aku perasan ni tag tidak running number. Apsal tu? Ko delete soalan-soalan yang ko tak mau jawab kah? Hahaha... Tapi aku ikut dan buat jak la ya.

The purpose of this is to let your friends know you better and it's so much fun! Here are the rules - copy this post then replace my answers with yours. Then tag 20 people to do the same thing.  If I tagged YOU, it's because I want to know more about YOU!

1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE? 
Aku rasa tidak laa....   

2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIed? 
Hmm... masa tengok wayang Bride Wars - adalah part-part sedih tu.   

3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING? 
Oh no... tidak sama sekali... syukur la kerja seharian lebih banyak memerlukan menaip. Hehehe...   

4. WHAT IS YOUR FAVORITE MENU FOR LUNCH? 
Apa pun boleh. Cincai asal halal.

5. DO YOU HAVE KIDS? 
Nope.   

6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON, WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU? 
Yessss.....absolutely
  
7. DO YOU USE SARCASM? 
Macam tidak la pulak.    

8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS? 
No.   

9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?
Oooo... tidak sama sekali... takutttt... kecuali la kalau aku digantung/di-ikat bersama lakiku then baru la aku mau. Pernah jugak aku cadangkan dengan laki aku buat bungee jumping semasa kami di New Zealand tapi dia tak mau. So, nasibbbb laaa... hahaha.   

10. WHAT IS YOUR FAVORITE CEREAL? 
Bak kata si Jojo, Nestum boleh dikira cereal kah? Hehehe...   

11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF? 
Jarang bah aku ada kasut yang perlu mau di-untie. Kecuali kasut sukan. Tapi memandangkan kasut sukan ni besar dan a bit longgar, so aku tidak perlu untie la. Hehehe.   

13. WHAT IS YOUR FAVORITE ICE CREAM? 
Keladi @ Yam - family favourite.   

14. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE? 
Entah... kulit muka orang tu kali... hitam atau putih. Hehehe...    

15. RED OR PINK? 
Kalau tiada pink baru aku pilih red.  So, jawapannya mimang PINK la.    

16. WHAT IS YOUR LEAST FAVORITE THING ABOUT YOURSELF? 
Sama dengan jawapan si Jojo - me and time... (how come the clock is moving much faster than me)    

17. WHO DO YOU MISS THE MOST? 
My hubby la (ketara bah sayang laki kan... laki jak yang tak perasan).    

18. DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST? 
Yes.    

19. WHAT COLOR PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING
Sekarang ni baru bangun tidur dan masih pakai baju tidur pun dan of course kaki ayam. Tapi warna underwear pink ya. Hehehe.    

21. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW? 
Aku terdengar bunyi air rock gardenku sambil tu aku terdengar jugak suara si Kelabu berteriak-teriak mengasih tahu dia baru pulang dari berjalan. Boleh diambil kira kah tu?    

22. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOR WOULD YOU BE? 
Pink la.    

23. FAVORITE SMELLS? 
My perfume, my bilik, my tilam, my bantal busuk. Hehehe.    

24. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE? 
My hubby la.    

26. FAVORITE SPORTS TO WATCH? 
Tiadaaa.... aku tiada perasaan dengan sukan-sukan ni.    

27. HAIR COLOR? 
Dark brown la kali.     

28. EYE COLOR? 
Dark brown.    

29. DO YOU WEAR CONTACTS? 
No.    

30. FAVORITE FOOD? 
Banyaksss. Ketara rangkak ni. Masakan Thai, melayu, Italian....    

31. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS? 
Scary Movies (Lepas tu ending wayang aku akan kutuk-kutuk sebab tak lojik. Hahaha)    

32. LAST MOVIE YOU WATCHED?  
Bride Wars.    

33. WHAT COLOR OF SHIRT DO YOU LIKE TO WEAR? 
Black.    

34. SUMMER OR WINTER? 
Winter.    

35. HUGS OR KISSES? 
Dua-dua boleh kah? Temahak ni. Hehehe...     

37. MOST LIKELY TO RESPOND TO? 
Mainan Tag la kali - macam skrg ni la (Tapi ikut mood juga)

38. LEAST LIKELY TO RESPOND TO? 
Hal berkaitan ofis especially kalau ada orang mau tanya pasal UMS.   

39. WHAT BOOK ARE YOU READING NOW?
Kan aku dah kata aku tak baca buku... (alamakk... mati la aku. April ni exam PTK... aduii... mana sudah tu buku PKPA? Benciiii)    

40. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD? 
Mouse la bah ampai-ampai.    

41. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT? 
Konsert AF yang boring semalam.  Tapi aku tak brapa concentrate tengok  sebab aku tengah sebok blogging.    

42. FAVOURITE SOUND(S)? 
Bunyi ketenangan - selalunya didengar apabila time kita pigi ber-SPA or facial.    

43. ROLLING STONES OR BEATLES? 
Beatles.    

44. WHAT IS THE FARTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME.. 
Cape Town and Europe.    

45. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT? 
Ini yang part paling sedih ni kalo aku kena tanya soalan begini. Hmm... rasanya aku masih belum jumpa tu "talent" la walaupun kononnya manusia ni dilahirkan mempunyai 300 bakat. Fuyoo...    

46. WHERE WERE U BORN? 
Tawau, Sabah.    

47. WHOSE ANSWERS ARE YOU LOOKING FORWARD TO GETTING BACK 
Orang-orang yang aku tak sabar tag.    

48. HOW DID YOU MEET YOUR SPOUSE/SIGNIFICANT OTHER? 
Di ofisku la. Konon-konon dia mau jumpa Bos aku tapi rupanya dia mengurat aku la pulak. Hehehe...  

THE END.... finally...  

Ahyo... ramainya mo di-tag.  20 orang. Mataiii.... Aku tag sikit jak la asal ada. Ok ape.. Kali ni aku mau tag orang-orang ini:  Elsa, Amoi, Alicia, Herda, Azlena & Auntie Liau.

 

Saturday, March 14, 2009

Tag - Seven

First time si Jojo tag aku.  Tajuk Tag - Seven @ 7.  Tapi yang herannya kenapa tag ni cuma ada 6 tajuk/soalan saja? (Nah... ambikmu ni)

7 qualities of my dream girl/boy
1. Penyabar (Ini yang palinggg utama - sebab kena tahan sama perangai aku yang macam sial ni)
2. Palingggg love and sayang aku - pokoknya paling mengutamakan aku la. (Buruknya perangai aku.)
3. Loyal
4. Understanding
5. Strong - kuat la bah tu... macam superhero gitu.
6. Sweet - kah kah kah
7. Pandai buat kerja/bertukang/kreatif la bah gitu

7 crushes
(Tak ramai... satu saja. Hehehe)
1. Jason Donovan (oh you don't want to know... kisah lama. Hahaha)
2. 
3. 
4. 
5. 
6.
7.

7 feelings about dating a girl/boy I like...
1. Seperti berada di awang-awangan
2. Senyum-senyum kambing! Hahaha...
3. Gumbira
4. Cepat konon ada perasaan rindu. Hahaha.. Getek la bah ni!!
5. Jiwang  
6. Cukup la 5 tu.
7.

7 special places to visit with my life partner
1. Umrah/Haji (Alim rupanya aku ni. Hahaha)
2. Paris
3. Canada
4. Switzerland
5. Las Vegas
6. Italy
7. Austria

7 special gifts to her/him
1. Apa lagi selain diri aku ni? Hehehe
2.
3.
4.
5.
6.
7.


7 songs to be sung to her/him.. . 
(Aku tak pandai nyanyi... so satu lagu saja yang aku boleh nyanyi untuk si Dia)
1. Lagu "Doreamon". Hahaha...Laki aku mesti senyum-senyum ni.
2. 
3. 
4. 
5.
6.
7.


Tag seven people and leave a note in their blog... Elsa, Cathj, Alicia, Herda, Kimora, Rahma and Karen.

Picture Tag by Herda

Instruction:

Go to your photos folder in your computer. Go to the 6th folder of photos. Go to the 6th picture in that folder. Put the picture on your blog and a description of it. Invite six friends to join the challenge. Link them in your blog and let them know they have been challenged!



Picture Description : 
Wah....dalam banyak-banyak folder gambar.... gambar ni yang terpilih!! Untung mummy angelku ni -  si Elizabeth Ginsos pasal wajahnya termasuk dalam blog aku. Hahahaha.... Gambar ni diambil semasa kami mengikuti rombongan lasbella KEKAUMAS ke Indonesia pada tahun 2007.  Aku tak ingat la nama tempat  kami bergambar ni. Tapi yang paling aku ingat, lawatan kami ni memang burukkkk!!!  Macam-macam berlaku sepanjang lasbella ni.  Bas rosak la, orang lambat bangun la, orang bergaduh sampai mo berpukul, sikit masa untuk shopping la, machet la, ada orang ketinggalan bas la, orang kena tahan di balai pasal merokok dalam kapalterbang la... eee.... dasyat la... Moral of the story, kalo mo ikut rombongan/lawatan pigi ke mana-mana pastikan jangan terlampau ramai orang.  Bayangkan, kami ikut ni rombongan dekat 60 orang - sampai guna 2 buah bas besar. Apa pun, aku suka gambar ni pasal aku slim di sini. Hahaha...

6 Perempuan yang kena challenge untuk buat tag ini:
1. Elsa
2. Cathj
3. Kimora
4. Karen
5. Alicia
6. Zue

Thursday, March 12, 2009

The Masquerade

For Pame Eyes Only..... (Post ini ditujukan khas untuk si Pame memandangkan dia suka dengan masquerade aku ni)



Pame, untuk maklumanmu, ini masquerade dibeli pada tahun 1999 di Centre Point kalau tak silap aku. Masa tu kami PA-PA UMS buat dinner sempena secretaries week di Shangri La Tg. Aru, KK. So critanya... macam lama jugak la ni maskurap bertahan. Almost mau 10 tahun sudah. Itu maknanya... aku pandai simpan barang. Hahaha...

Ni gambar kami time dinner tu. Sorry kabur pasal dulu-dulu mana ada digital camera. :) 
(Chinadoll, Neetot, Kak Rusiah, Kak Khiriyay, Nurul, Bibi, Azimah, Kimora, Norhayati & KT)


Pada tahun 2007 pula, sewaktu aku sedang berjalan-jalan di KL, aku telah terjumpa, terpegun dan terpesona dengan maskurap yang ini:



Cantikkan? Warna pink lagi tu. Jadi konon ceritanya maskurap ni mo dipakai time Masquarade Night di Hyatt last year. Tapi bila difikir-fikir macam menyusahkan diriku la pulak bila pakai ni maskurap pasal asyik mo dipegang. Aku malas mo jadi queen control ayu. Jadi ceritanya, maskurap ni masih belum dipakai la. Saja jak mo kasi tunjuk dengan ko ni. Hehehehe....

And then, baru-baru ni sewaktu aku berjalan-jalan di 1B, aku ternampak satu masquerade yang chaaantiqqqq amat-amat...tak dapat aku describe kecantikkannya dalam blog ni. Ko yakin jak dengan kata-kata aku ni.  So if ko berminat mo beli, aku syorkan ko beli cepat!!  


Tag with awards

Oooohh... I lurve awardssss.... kali ni aku pungut ni awards from Cathj... Thank you dear...

Name 7 things/persons that you love and then pass this to 7 other bloggers....

1) My Hubby (Nah... ko baca ni Awang Damit - Namamu paling top ranking!)
2) My Family (Mummy, bapa, sisters, nenek, macik2, pacik2, cousins - semua la kaum kerabat)
3) My Friends
4) My Catsss (Walaupun my cats tidak sayang aku)
5) My House (especially my room)
6) My bling-bling (segala jam tangan la, rantai, gelang etc)
7) My SD15E :)


So, I would love to pass this awards to 1. Rosc, 2. Blossom, 3. Kimora, 4. Ajelin, 
5. Jojo, 6. Momiecay and 7. Karen.

Tuesday, March 10, 2009

Masquerade Nite

Tingu bah tu date.... punya laa lama.... Mau satu tahun bah baru aku dapat ni gambar dari si Karen. Aduii nah.... Aku mo cerita pasal ni masquerade nite pun sudah tidak ingat apa yang mo distory. Seingat aku ini adalah Masquerade Night anjuran Hotel Hyatt Kinabalu untuk private line members. Siap malam tu ada casino royale...... berjudi la kunuk kami apa lagi.... pok-pok dapat hadiah free night stay kah... sekali tingu... buang karan!! Menang pun sudah di saat akhir. Jadi yang kami dapat cuma business card holder and mouse pad kalo tak silap aku... aduii... kin panasss..... Segala hadiah best-best seperti camera, DVD hancusss berkecai.... Apa ndaknya... kalo mo dpt hadiah best, kena pandai main dart. Sebab bila kita dah menang main judi tu, tu duit kena tukar pigi dart. So, you kena lontar dart untuk mendapatkan hadiah. Memang malang.... dapat hadiah pun yang buruk. Hahaha....

Endukk bah.... maskurap kami tu... lucu betul....
(To the left-to left.... kawan farida, si farida, si Chinadoll and si Karen. Gambar si Elly pula tiada pasal dia yang tangkap gambar kami time ni. Kah kah kah)

Tangan siapa?

Mari kita tengok tangan siapa kah yang gemuk ini yang bertapuk di bawah kerusi??





..................................................................................
...........................................
................................................................................
.........................................
...................................................
.......................................................................
................................................
............................



Jeng-jeng-jeng.....




Oooo.... tangan si Belang rupanya.... Tangan tu bah.... lurussss.....